Monday, April 04, 2011

Stitch-a-photo oleh Sue

Semalam lepas tengok ABPBH, tengok cerita Setan Budeg pula. Cerita hantu Indonesia. Pukul 12 malam start. Tengok buat kali kedua. Pun tengah cerita, tertidor juga. Pastu bila Sulaiman bangun pagi buta, gerak Encik Abe pi tengok Sulaiman. Terus dia tertidor dengan budak-budak. Pastu Yati boleh terkebil-kebil pukul 2 pagi tu. Rasa nafas orang kat telinga la. Rasa orang lari kat dapur la. Dengor bunyi orang jalan kat luar rumah la. Ni yang malas tengok cerita hantu ni. Time tengok tak takut, tapi pengalaman pasca tonton tu lebih menggerunkan.

Dalam jantung dok dup dap dup dap tu, imagine dok tepi laut, sambil minum air kelapa. Nasib baik lepas tu dapat tidor juga akhirnya. Padan muka, tengok lagi cerita hantu.

Hari ni, Yati nak share satu lagi hasil jahitan dari seorang pelanggan Yati & Stitch. Sue dari Johor. Sue bagi gambar, Yati convert kepada pattern cross stitch, dan Sue jahit sendiri.

photo --> pattern --> cross stitch


Di sini juga Yati nak maklumkan, mulai 1 April 2011, harga pattern stitch-a-photo ni ialah RM30. Harga lama RM25. Bukan saje nak naik. Tapi sebab harga ink printer yang naik dengan tingginya, sampai terkejut beruk saya bila  pi beli hari tu. Harap para pelanggan semua memahami.

Apa cerita kawan-kawan hari ni? Hari ni hari Isnin, bekerja la kita sekuatnya!  ^_^

26 comments:

  1. Kita ni sama la Yati, klu time tgk citer seram xtakut tp lepas tgk tu mesti takut & suka teringat blk, tringat sy lps tgk citer khurafat, sy nak naik atas rumah srg2 pun takut, pastu tgk tangga tringat time hantu tu sdg panjat tangga, serammmm...huhu

    Biasa la Yati, brg naik kos upah pun mesti la naik, customer kn faham tu...

    ReplyDelete
  2. bestnye..me hope pandai buat stitch jugak.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak..

    rasanya tak mampu nak tengok citer tengah malam buta hehehehehe..seram sejuk nanti....

    kalau kos naik, terpaksalah harga jualan dinaikkan kan..saya rasa semua orang faham situasi akak :-)

    ReplyDelete
  4. alahai ti, naik ker sob sob sob :-(
    byk lagi stok gambo nak dixstitch ni...

    hi hi... faham. gurau jek tu...

    ReplyDelete
  5. Siti Hajar,
    tangga memang lokasi hantu suka yek. Macam cerita Ju-on tu. Seram. Yati tak tengok lagi khurafat.
    Thanks Hajar.

    Anne,
    Boleh. Kalau ada minat, boleh belajar. takde masalah.

    Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam.
    eh, orang laki pun seram sejuk ke tengok citer hantu? Hihi...
    Thanks Sahrom. Harap-harap camtu la, pelanggan memahami masalah kita.

    Aida,
    Minta maap ya. Tak dapat nak elak. (Psst... pst... repeat customer don't worry la, bole kasi diskaun). ^_^

    ReplyDelete
  6. ct mmg tak suka ngk cite hantu sbb penakut,...hari tu kat astro penanggal dan hantu budeg ditayangkan serentak,terus tidur....
    p/s:ada sesiapa tahu budeg tu pekak ke dlm bahasa jawa?....

    ReplyDelete
  7. haha.. lain kali x payah la tgk citer hantu tgh2 malam.. huhu.. saya siang ke malam ke tetap tak tgk.. hantu kak limah pun saya x tgk.. hahaha..

    yati.. harga ink pun naik ek? adeh.. last week beli benang minlon dah naik RM2.20.. tensen btol...

    ReplyDelete
  8. ct,
    ha ah ct. Setan budeg = hantu pekak.

    Zila,
    hantu kak limah tu tak takut, Zila. Lawak giler! :D
    ya Zila, ink printer HP3325 naik bukan main tinggi daaa.... rasa nak survey brand lain pula jika rezeki mengizinkan.
    Benang minlon crochet ke cross stitch? Bior betul ni. Kat sini still RM1.70 (harga last month, benang crochet)

    ReplyDelete
  9. Yati.. benang kait.. dulu cuma RM1.60-RM1.80 tau.. RM2.00 pun x sampai.. huhu... naik mendadak btol!
    Kalo cross stitch, kat sini RM1.50 lagi.. tp itu pun saya dah lama x beli.. adeh.. baik beli benang kat kampung saya la... hehe

    ReplyDelete
  10. Zila,
    IC...Dah 2.20 sekarang yek. Tinggi benor naiknya.
    Hmmm... boringnya dengor kenaikan harga ni. Sabor je la.

    ReplyDelete
  11. Bagus nya dapat buat macam ni kan..macamane caranya yati buat dr photo jadi crosstich...cantik laa

    ReplyDelete
  12. Dian,
    Dari foto, Yati gunakan software untuk convert ke pattern cross stitch. Dari pattern, jahit cross stitch guna tangan.
    Terima kasih, Dian. :)

    ReplyDelete
  13. ya,ya melor sekarang tgh sibuk bekerja menyiapkan tempahan pelangan."bekerja la kita sekuetnyo supaya fulus masyuuuuuuk......" hahaha

    ReplyDelete
  14. Yatie..akak memang tak kan tengok semua jenis cerita2 seram ni..sebab nanti kalau tengok jugak berhari2 tak boleh tidur

    ReplyDelete
  15. Yatie....MP kalau tgk citer seram..separuh jalan jer..lepas tu buat2 sibuk..kalau anak tnya..cipta macam2 alasan coz tak nak tgk..Tapi anak MP (8 thun) pukul 2 pagi leh ngadap citer hantu sorang2...

    ReplyDelete
  16. semua harga brg dh naik la yati cuma gaji je yg xnaik2.....hu....

    ReplyDelete
  17. bak kata peniaga kat vietnam hari tu bila saya komplen mahal..

    "kakak.... now everything go uppppp.."

    huhu~

    ReplyDelete
  18. Melor,
    hehehe... selamat menyiapkan tempahan! Chaiyok! Chaiyok!

    Kak Erna,
    hehhe... sama dengan Yati. Tapi Yati tengok juga, gatai. :D

    MulutPayau,
    Beraninya anak mp tu. Bagus, tak takut hantu. Tak macam budak lain.

    Kak Nza,
    hehhe.... betul, betul, betul. Kadar kenaikan gaji tak selaras dengan kenaikan harga barang keperluan.

    Hanie,
    hahaha... negara dia orang pun harga barang naik juga yek. Satu dunia kot kan.

    ReplyDelete
  19. kakyong takut nak layan citer seram... hahahaa..

    ink printer dah main mahal ya..

    ReplyDelete
  20. Kakyong,
    hehhe... Yati layan juga kakyong. Takut-takut pun syok. :D
    Ya kakyong, beli ink printer, barang lain dah tak leh beli dah. Waaa....!

    ReplyDelete
  21. berbakat sungguh kak yati ni ... :)

    samelah mcm situasi harga brg naik kan...harga mknn pun sama naikk..

    ReplyDelete
  22. Ummi Hanie,
    timasih. :)
    semua naik...! sabor je la Hanie. Bekojo la kita sekuatnya.

    ReplyDelete
  23. sya slalu duk sorg husbnd outstation cete2 antu dia mmg xgok la..kalu gok nnti tringat2 jer nk solat pun trbnyg2..khuu..khuuu...kdg2 klau da iklan pun cpt2 tukar chanel lain...

    kak yati..tq spiderman tue....

    ReplyDelete
  24. Sue ya ni, :)
    eh, tengah solat pun boleh teringat citer hantu ya?
    Tahniah Sue, berjaya jahit. Bukan 1, tapi 3 spiderman dah siap, kan? Mesti anak Sue suka.

    ReplyDelete
  25. kak yati, nk tanye le. kt mn nk beli software nk tukar gmbr ke cross stitch pattern?

    ReplyDelete
  26. p@r@d!sEr!c#,
    Boleh beli software tu dari online store kak Yati.
    http://www.yatiandstitch.com/?p=productsList&iCategory=80&sName=Cross-Stitch-Software

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea