Wednesday, April 20, 2011

Rezeki hari ini

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, rezeki kami hari ni.

Ikan keli masak tempoyak, telor dadar dan sambal belacan.


Simple je. Ikan keli tu, bukan hasil tangkapan dari mancing semalam. Tapi, hasil tangkapan dari pasar malam. Hehhe... Dulu kalau beli ikan keli sekilo dapat la 10-12 ekor. Sekarang ni, dapat 4 ekor je. Nak kata besor, takde la besor sangat.

Sambal belacan tumbuk dengan lesung. Sebelum ni, Yati selalu blend je. Belacan pun Yati tak bakor dulu. Kita bakor je, kita bakor! Tu pun kasor-kasor Yati tumbuk. Buat pengubat rindu pekena sambal belacan. Telor dadar untuk Amirul.

Ikan keli tu, yang ekor dah goreng. Sebab Amirul peberet dia, ikan keli goreng. Tapi dia makan part ekor je. Kepala dia tak reti sangat.

Alhamdulillah....

Cerita semalam, kami ada pergi mancing. Cuba kat sungai pula. Tepi sungai kat on the way to Malim Nawar tu. Namun, tiada hasil tangkapan. Cuma pengalaman kaki dinaik pacat! Yer.... sungguh ku sangka, ada pacat. Gambar pacat kat selipar ada Yati tangkap, guna handphone. Tak MMS lagi ke email. Kabel dah hilang daaa...

Sehingga kami jumpa tempat yang sesuai, maka tak adalah cerita fishing lagi buat sementara waktu ni. Semalam pula hujan, jadi balik awal. Yati pula gastrik. Bukannya Yati tak makan tengahari tu, tapi nak diet punya pasal, Yati makan sayur sahaja. Nasi tak makan. Time pukul 5, perut dah lapor. Bila makan sekeping roti, terus sakit perut, sampai ke malam. Seksa la... sebab dah lama tak jogging, tu ingat nak control makan. Hmmm... kena makan nasi juga.

Sekian dulu. Kata-kata hikmah hari ni, "Fikiran menjadi sesuatu". Oleh itu, fikir la yang baik-baik, dan yang yang baik tu akan datang pada kita. ^_^

16 comments:

  1. sambal belacan..mmmm..telan air liur..kalau ikan keli kat rmh ct buat sambal aje.dah puas mkn sbb ayah mertua bela kat dlm kolam buat didepan rmh.

    ReplyDelete
  2. kalau gastrik tak payahlah diet2 Yati...

    Akak tak pandai nak masak ikan keli..

    Teringat dulu di Sheffield, husband teringin sgt nak mkn ikan keli sbb masa tu 3 thn di sana tak pernah dpt merasa. Sekali jumpalah di kedai Thai iken keli frozen. Seumur hidup tak pernah akak masak ikan keli tau! Itulah nak masak, walaupun keli tu frozen still tak tahu nak siangnya. Akak bantai potong semua kepala dia...haha. Masa isi dan ekor je lah. Takut tgk kepala dia tu tau..

    Itulah pengalaman masak ikan keli. Balik Mesia kalau husband teringin, dia beli yg siap masak je. MMg tak pandai nak masaknya akak ni, lg tengok keli tu tergedik2 sana sini. Siankan..hihi

    ReplyDelete
  3. Lintah?? Ekkkk..geli!! Sian, Yati sekeluarga tk dapat ikan..nak tengok ikan2 yg suami saya dapat semalam?? Nanti saya emailkan, ye...Tak payah diet lah, Yati. Dah cukup slim dah tu. Cuma jaga makan je...hehe mcm saya ni expert sgt!!

    ReplyDelete
  4. yatie..sedapnya ikan keli tu..masak kuning lagi tu..memang sedap..akak suka..lagi kalau keli tu disalai dulu.

    ReplyDelete
  5. ikan keli kalau dgoreng, mmg sedap tp smpai skrg bila mkn mesti pisahkn kepala... hehehe... x tahan daulat...

    yati, diet tu diet gak tp kesihatan kena jaga. org kurus pun blm tentu sihat tau..

    ReplyDelete
  6. Yati...Mp dan keluarga mmng suka ikan keli..smnggu skali mesti beli di pasar..Biasanya goreng jer..
    Yati diet ke?????..tapi kesihatan perlu jaga yer...

    ReplyDelete
  7. akak suka ikan keli.. tp tak reti nk masak. pernah sekali tuh akak try goreng, dah lama sgt dah, asyik meletop jer.. uih takut ler.

    Yati.. kalau nak diet, rasanya yati kena jugak amik nasi tp kurangkanlah, kalau biasa tuh 2 senduk, kurangkan jd 1 senduk, nnt dah terbiasa ngan 1 senduk, kurangkan jadi half jer... tp kena makan jugak tau. akak selalunya tak makan nasi belah malam jer.. siang mesti makan.. sesekala jer sampai 2 3 hari tak makan nasi.. tekak melayu.. nak jugak nasi hahaha

    ReplyDelete
  8. suka makan ikan keli goreng jugak
    goreng rangup2.. hmm.. sedapnya gigit ekor dia

    ReplyDelete
  9. heheh tak makan ikan keli tapi anak2 suka sangat .kalau balik kg abg2 suka sangat jamu ikan keli.

    yati...
    akak tak boleh la tak makan nasi ...mesti nak nasi...tapi adik ipar sebab nak sangat mengandung dia diet protien.Tak sentuh nasi tapi makan protien.turun 20kg.Doc pesan ngan dia kalau rasa gigil makan coklat..heheh akak tak sanggup lagi pun kalau dah turun 20kg tinggal apa lah lagi kat akak ni ...tapi atas usaha adik ipar pun dia pregnant dan dapat no 2 pun...

    ReplyDelete
  10. Ct,
    kalau camtu, senang la kalau nak makan ikan keli yek. Ikan keli goreng bersambal memang sedap. :)

    Kak Yus,
    hehhe... suka baca cerita kak Yus. Yati kalau keli hidup pun tak reti juga, kak. Suruh dia siang la sekali. Jadi kita balik cuma cuci. :)

    Kak Aisyah,
    Pacat kak Aisyah, kecik sikit dari lintah. Belum mencapat berat ideal. Kena jogging lebih, tapi busy manjang. Huhu...

    kak Erna,
    ikan keli tu nak salai dulu, Yati tak reti buat. Mesti rasanya lain dan lebih sedap, ya kak.

    Kak Rosh,
    Daulat? Keturunan megat terawih? Hehhe...
    Ha ah, tapi Yati kena loose weight lagi sikit. Sebab family Yati semua besor-besor saiz, penyakit senang datang.

    MulutPayau,
    Sama la. Yati dan keluarga pun suka ikan keli. Cuma kat sini, nak jumpa every week, susah sikit orang jual.
    Yati akan makan nasi juga. Nanti kena gastrik lagi, seksa. Thanks, mp.

    Kak Mila,
    kena cuci bersih, kak. Hilang habis lendir. Letak kunyit dan garam, simpan peti ais. Tak terus goreng. Kalau terus goreng, mesti meletup, habis dapur kena lap minyak everywhere.
    Yati akan ikut saranan kak Mila tu. Reduce nasi sikit demi sikit. :)


    Hanie,
    Itu la. Semua leh makan, tinggal tulang je kan, kalau goreng rangup.

    Kak Suzie,
    Oh, tak makan ikan keli ya? Kak Suzie dah slim. Tak perlu diet. Yati kembang sikit. Hehhe... bagus diet protein tu. Tapi, kurang stok makanan berprotein dalam petiais. Kalau makan telor hari-hari tak kolesterol tinggi ke nanti. Respek dengan adik ipar kak Suzie. Banyak tu, 20 kg.

    ReplyDelete
  11. apa kata jom melawat blog khas ikan keli...jom kawan!

    ReplyDelete
  12. Yati diet ke? saya pernah gak tahan tak makan nasi.. tapi kejap je.. tak tahan... tgk org makan confirm terliur..hahahah.. last2 diet ikut cara sendiri.. lunch xmkn nasi, mlm mkn nasi.. mcm terbalik kan? haha...

    kita memang kena fikir yang baik-baik.. :D
    mencari yang baik, jumpa baik.. mencari yang salah, mesti jumpa salah.. betol tak?

    p/s: lauk2 tu nmpk sedap.. cemaner tahan tak makan nasi?? hehehehehe

    ReplyDelete
  13. Yati,
    kakyong pun tak leh tak makan nasi.. kalo gastrik apa pun tak leh nak buat... jgn tak amik nasi langsung, cuma kurang kan ajer...

    kakyong pun dlm misi nak mengecilkan perut... hehehe.. payah sungguh nak slimkan badan ni yer.. almaklum dah menternak lemak sekian lama... ekkekeke



    n3 terbaru kakyong.com
    Tak mudah nak gegar 1000 blogger
    akhirnya ku sedar diri
    Kenali sahabat ibu : Shira @ AshAnas

    ReplyDelete
  14. Keli oh Keli,
    ye la, nanti saya jenguk ya. Thanks singgah sini.

    Zila,
    Ha ah Zila, tengah cuba control makan. Nampak gaya, memang tak boleh tak makan nasi. Kena juga amik sikit.
    Betul, betul, betul. Oleh itu, fikir yang baik-baik. Sebelum tidor pun, fikir benda yang baik-baik juga.
    Hahaha... ikan keli masak tempoyak mana boleh tahan. Lagi-lagi ada sambal belacan. Hehheh...

    Kakyong,
    betul tu kakyong. Kalau gastrik, alamat terbongkang je la atas katil. Huhu...
    Itu la pasal. Lemak dah tepu, kena cari masa untuk exercise ni. Good luck pada kita berdua ye! :D

    ReplyDelete
  15. ikan keli goreng garing, fuhh sedappp

    ReplyDelete
  16. Kak Su,
    Sedap kan. Makan dengan nasi panas-panas, takde banyak lauk pun takpe. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea