Thursday, April 07, 2011

Ninja

Hafizan, anak kedua Yati, 5 tahun.

Bukan ninja turtle. Tapi ninja Hafizan. Hafizan sekarang dah jauh berubah. Lebih baik dari abangnya, Amirul. Hafizan tak perlu disuruh buat homework. Dia akan buat sendiri. Buka buku sendiri. 

Boleh main dengan Sulaiman dengan baik. Tak banyak karenah Hafizan ni. Dia ikut je apa kita suruh.

Peberet dia, ultraman, pistol dan semenjak dua menjak ni, dia suka pakai topeng ninja ni. Pergi fishing hari tu pun dia pakai. Bila tanya, tak peluh ke? Peluh.. huhu, baru tanggal.

Baru-baru ni Hafizan pergi sekolah, balik je mulut muncung. Dia bawak motor kecik mainan dalam poket baju sekolah dia. Hafizan kata, cikgu dah ambil motor mainan tu. La, sapa suruh main masa cikgu mengajar. Rupanya bukan dia yang main, kawan dia yang main. Sudahnya, Encik Abe kena pergi sekolah ambil motor tu, sebab takut dia merajuk tak nak pergi sekolah pulak esoknya. 

Cikgunya kata, la, ni ha tuannya, tadi yang mainnya orang lain.

Satu je, Hafizan ni kurang makan nasi. Nak fries je. Minum susu dalam botol lagi, bila balik sekolah. 

Hafizan, Hafizan. ^_^

15 comments:

  1. woahhh
    ini ninja mana mali???

    ReplyDelete
  2. perangai setiap anak mmg berbeza tak sama,klu anak ct suka beli mainan dgn duit belanjanye,sanggup tak sarapan disek.bila bawa blk berebut dgn adik2 yg lain...masa tu mula lah darah tinggi ct naik..hu..hu..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..

    semoga dia jadi hafiz al-Quran nnti bile dah sedikit besar ya, kak

    ReplyDelete
  4. ninja ek..iras2 akk Yati ni..betul ke ?
    tu lah..perangai bebudak ni berubah2...

    ReplyDelete
  5. yatie..comel hafizan pakai ninja.
    nasib baik dia tak nangis masa cik gu ambik mainan dia tu kan

    ReplyDelete
  6. tu topeng ninje betul ke Yati..???

    Hafizan ni gd boy la, dengar ckp ibu, tp nmpk muka dia pun lembut je..

    ReplyDelete
  7. perangai anak2 kita xsama yati....mcm2 feel depa ttp rasanya mmg dh semula kot , jadi cuma kita yg perlu mencorak mrk kan..bagus hafizan, moga jadi anak yg baik.....

    ReplyDelete
  8. macam2 feel budak ni yer. saya tak merasa lagi ngan anak lelaki. anak pompuan ni sensitif skit... merajuk je memanjang

    ReplyDelete
  9. Hanie,
    Ipoh mali lor.
    Ipoh mali talak sombong.

    Ct,
    hehe.. budak-budak ni tak sah kalau tak berebut mainan yek. Tapi at least anak ct ada usaha tu, simpan duit untuk beli mainan walau pun tak makan.

    Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam warahmatullah.
    Amin ya robbal alamin... :)

    Ummi Hanie,
    ya betul. Anak tengah ni ikut akak. Sulong dan bongsu ikut muka bapaknya.

    Kak Erna,
    Hafizan kalau orang lain amik mainan dia, dia control lagi, kat rumah baru muncung.
    Tapi kalau abang atau adik dia amik mainan dia kat rumah, gegar rumah kak, Hafizan nangis kuat!

    Siti Hajar,
    topeng ninja mainan, beli kat kedai jepun. :)
    Memang Hafizan agak lembut, lebih suka beralah kalau bergaduh dengan adik dan abangnya.

    Kak Nza,
    Mudah-mudahan begitu la kak. Sejuk hati tengok Hafizan buat homewok sambil baca Al-fatihah berulang kali. :)

    Kak Mila,
    Ooo... kalau anak perempuan lain pula yek cabarannya. Insya-Allah kalau ada rezeki tu Kak Mila, satu hari nanti, Allah je yang tau. Mana tau kak Mila boleh dapat boy pula.

    ReplyDelete
  10. Hafizan anak yati yang ke berapa?
    Nasib baik ayah dia nak gi amik balik mainan kat cikgu.. kalau saya, mungkin x kot.. haha...

    kurang makan nasi? mesti ramping jer hafizan nih.. :D

    ReplyDelete
  11. amboi...hafizan nak jadi junior naruto ke tu...isk..macam2 kreatif budak lelaki ni kan...ada je ideanya

    ReplyDelete
  12. Zila,
    anak kedua. :)
    Kita kecian je kat dia. Kalau dia merajuk tak nak pergi sekolah, kita juga yang susah.
    Memang Hafizan kuruuuuss je.

    Epid,
    Ha ah, itu lagi satu peberetnya, tengok naruto. Dia lari pun tangan ke belakang, macam naruto.

    ReplyDelete
  13. salam kak..

    biasal budak2 ni macam2 hal..kalo akak nak anak akak senang catch up pelajran akk kenala sama2 ngn dia menuggu buat homework sekali..

    ReplyDelete
  14. yati, bdk2 mmg cam tu yek... my chidren ada topeng ninja ala power ranger.. pink & blue... hihihi... my 2nd son pon mcm anak yati... selalu beralah dgn abg @ adik.. suruh buat apa pon, mesti dia buat.. just like yours...

    psssttt... mai la join my GA... dateline: 20 April... hehehe...

    ReplyDelete
  15. Ayong,
    memang Kak Yati camtu pun. Hari-hari. Mula-mula duduk dengan Hafizan, lepas tu dengan Amirul pula, abang Hafizan. Kadang-kadang sampai 2-3 jam, bergantung pada mood dia orang buat homework la. Boring juga, tapi takpe la, kita nak dia pandai kan.

    Kak Rosh,
    ye ke. Memang anak kedua ni dia jenis lembut dan beralah dengan adik beradik lain kot kan. Oh, ada GA ke, nanti Yati jenguk ya. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea