Wednesday, April 13, 2011

Macam-macam hal

Dalam minggu ni, ada kucing tumpang tidor depan pintu rumah. Agaknya selesa, kat situ. Ada lapik kaki yang tebal. Bila kucing betina tidor situ, maka kucing jantan pun datang menempel sekali. Kucing jantan tak sah kalu tak 'tanda territory' dia. Maka bila buka pintu rumah, boleh la bau hancing kucing kencing. 

Sulaiman, 2 tahun, suka bawak 'blankie' dia pergi mana-mana, hatta ke luar rumah sekali pun. Lebih kurang macam kawan Charlie Brown tu la.


Akibatnya, badan Sulaiman naik gatal-gatal.


Sudah pergi klinik 3 hari lepas. Sebab Sulaiman susah nak makan ubat, jadi tak baik lagi. Nak bagi dia makan ubat, macam nak tangkap ayam tau. Kena kepung sana, kepung sini. Tak termasuk kena wrestling lagi. Sebab dia tak makan ubat, kami sapu ubat nona roguy. Baik, redakan kegatalan dia. Tapi nanti, naik kat tempat lain pula, kat kaki pula, kat tangan pula.


Semalam, Yati bersihkan semuanya. Kawasan depan pintu, depan rumah, lap dengan floor cleaner, bagi hilang bau, spray dengan odour eliminator lagi, basuh tuala, basuh lapik kaki, segala selimut, kain, tuala, Sulaiman pakai. 

Mama Yati panggil gatal ni, 'kelkata' ke, apa ntah, lebih kurang. Sebab Yati dulu pun kena juga, masa Yati buang najis kucing kat depan rumah. 

Bila kita sound orang, orang masam muka kat kita. Tapi bila kita tak sound orang, anak kita gatal-gatal. Kalau la orang tau yang bela kucing ni umpama menjaga anak. Ini bukan kawasan kampung. Bukan saja kena bagi kasih sayang pada kucing, tapi kena mendidik juga kucing tu, supaya tak 'buang' merata-rata dan menyusahkan orang lain. Jangan cakap bahawa ini tabiat semulajadi kucing, sebab Yati pernah tengok sendiri kucing yang buang air dalam bilik air setelah diajar sejak kecik untuk buang di situ. Tak pun, beli la pasir kucing tu, yang khas untuk hasil buangan kucing tu. Lebih hygenic, kot ya nak bela pun.

Hal yang seterusnya.....

Yati tak tau nak cakap lega ke, apa ke. Yati sudah pun telefon Astro semalam, dan tamatkan perkhidmatan Astro. Notis 1 bulan. 

Yati tak nafikan, Yati buat keputusan tu dalam keadaan marah. Tapi memang sudah lama niat tutup astro tu ada dalam kepala dan sudah dibincangkan dengan Encik Abe. Cuma semalam tindakan nekad Yati buat Amirul masam muka.

Bila Yati buat kerja rumah, Yati harapkan Amirul untuk tolong tengok-tengok kan adiknya. Tapi hampa. Sulaiman buat projek main bedak. Bedak talkum, habis on the floor, kat ruang tamu tu. Amirul sikit pun tak tegah adik dia. 

Bila disapu saje, lantai masih licin, jadi nak tak nak, Yati lap dalam rumah pula. Dari ruang tamu sampai ke dapur. Sebab kesan tapak kaki dia orang. 

Main bedak satu hal, Sulaiman boleh potong rambut Hafizan kat tengah. Dah botak kat tengah. Depan dan belakang ada rambut. Dok leka tengok tv sangat. Dia biar je Sulaiman potong rambut dia

Lepas Yati siap kerja mengelap, Yati called Astro terus. Walau pun sebahagian dari Yati rasa ok, sebab sekurang-kurangnya, dapat jimat 50 ringgit sebulan. Tapi setengah lagi rasa tak best, sebab anak-anak tak suka apa yang telah Yati buat. Yati buat sebab sayangkan dia orang. 

Yati slow talk dengan Hafizan semalam dan dia quite ok dengan semua. Dan Yati rasa dia pun akan ok. Hafizan macam victim dalam situasi ni. Hafizan tak kan tengok astro selagi homework dia tak siap, unlike Amirul, tak berganjak depan tv selagi Yati tak off tv atau jerit macam tarzan.

Deep down Yati rasa kami akan manage tanpa astro. Yati sudah pun plan untuk pergi public library sini bila free. Untuk pinjam buku. Kami akan lebih membaca dan kurang menonton tv. Sebab dari result periksa Amirul hari tu, dia dapat A dalam semua subjek, kecuali untuk bahasa melayu pemahaman dan penulisan, dia dapat B. Jadi, kami akan lebihkan membaca, especially Amirul, buku-buku dalam bahasa melayu.

Yati tak nafikan nick junior dan playhouse disney channel kat astro tu bagus. Sebab Hafizan banyak belajar english dari situ. Hafizan sebut button pun as 'butt-N', macam slang british. Tapi rasanya kami boleh hidup tanpa astro. 

Langkah berjimat memang perlu bila Encik Abe baru saja dapat surat. Concerning rumah kami di KL. Kena tukar nama. Dan kena legal fees juga. Tapi sebab kami dah lama tak jenguk rumah KL, kami terlewat, sudah habis tempoh untuk tukar nama, ada penalty pula dikenakan, tak campur government tax lagi. Legal fees pun ada juga government tax, bukan Astro sahaja. Makan ribu riban juga. Tengok, takde rumah sendiri, susah, ada rumah sendiri pun susah.

Tapi kami akan usaha cari jalan macamana dan fikir positif. Bukan setakat bercakap, tapi buat terus langkap wajar untuk jimat mana yang patut. Wish us luck, kawan-kawan. ^_^

P/S: Ada rumah kengkawan tak sempat blogwalking lagi. Semalam, pengsan, lap rumah, layan karenah anak buat betul-betul rasa kurang best. Tapi hari ni dah ok, nanti Yati singgah yek. :D

28 comments:

  1. Yati, mak akak pun ada masalah kucing kencing dan be*** kat dpn umah.. bukan sehari dua, dah bertahun2... tak cukup kat simen, dia melabur kat pasu bunga pulak... habis mati pokok2 bunga... biasalah bila sound, takde sape mengaku kucing diorang... :(
    btw, akak kalau anak2 kena gelegata, akak sapukan aloe vera gel, (Fruit of the earth)... kejap je baik...
    byk dugaan kita dgn anak2 ni... sabo byk2 ye Yati...

    ReplyDelete
  2. Siannye, Yati...bersabarlah ye(rasanye Yati dah penat dengar ni dr saya!). Tu lah antara cabaran perangai anak2 kita ni. Macam2! Bila tak de Astro pandai pulak diorg buat benda lain, ek?? Memang idea yg bagus tu bawak budak2 ke library. Saya & Hazel mmg suke sgt! Kalau boleh tiap2 hari nk duk situ. Sampai org yg keje situ pun dah kenal kami, hehehe!
    Yg gatal2 tu namanye 'gegate' atau mungkin short form utk org Kelantan gatal2. Cuba ambik kain sutera(kalau ada walaupun ia baju kurung)dan gosok selalu kt tempat gatal tu. Tu petua org2 tua...apa2 pun lama2 akan hilang tu. Ada sekali tu, anak sulong saya kena satu badan sampai bengkak mata, jumpa Dr, dia kata allergic dgn udara/atmosphere. Makan ubat, sapu krim dah ok. Panjang pulak komen ni ye...:p

    ReplyDelete
  3. Kak Nisa,
    dalam pasu bunga pun dia melabur juga? Oh my... sabor je la banyak-banyak, kak.
    Aloe vera gel? Itu satu idea yang baik, kak. Sebab Yati takut sapu ubat klinik kat Sulaiman, sebab racun. Nanti dia garu kat tempat tu, masuk dalam mulut pula.
    Yati akan sabor, kak Nisa. Terima kasih. :)

    Kak Aisyah,
    yap, bukannya tak boleh buat benda lain. Mainan belambak, buku latihan, story books, berlambak-lambak kat rumah ni.
    Hehhe... bagus la kalau orang library dah kenal kak Aisyah dah Hazel. Mana tau, dia bagi pinjam buku lebih. Hehhe...
    You are very correct, itu la perkataannya, gegata! Yati pi tulis kelkata pula. Kain sutera? Nanti Yati cuba. Thanks, kak.
    Itu la, kalau la Sulaiman nak makan ubat dan boleh disapu krim, mesti cepat baik. Susah sikit budak ni kak.

    ReplyDelete
  4. Owh Yati... takpe.. tindakan dalam emosi marah memang tak elok.. tp nak buat mcmana.. kita terpaksa.. tp Yati, kita tengok la prestasi anak2.. kalau prestasi okey, dengar cakap, maybe boleh amik astro semula.. tapi kena janji jadi budak baik la.. hehehe

    pasal kucing.. adeh.. sama la kat kawasan umah saya pun.. balik keje penat-penat, tengok ada baja free depan umah.. adeh... nak marah pun x boleh.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. sabo yati.hehe.anak ka..kucing ka..rimau ka...hantam saja la. dah namanya kita ni ibu, memang dugaan banyak tul dlm bab mendidik anak ni.

    saya sgt2 menyokong tindakan yati potong astro.bagus sgt.jgn rasa bersalah.pasal anakk2, byk aktiviti lain. baik bwk gi mancing dr tgk tv :)

    oo..gatal2 tu kan...saya akan lap dgn tuala yg dibasah dgn air sejuk (ais) & sapu aloe vera. sbb bila kering, dia akan rasa panas & gatal kan?

    ReplyDelete
  6. Yati...Mp mmng tak suka kucing..anak2 pun tak suka..nasib baik jgk jiran2 tak de kucing...
    Sian btul kat Yati...sabar yer..

    Pasal astro..kdang2 srba salah jugak...budak2 kalau ngadap astro mmng tak ingat dunia...buku entah ke mana...tapi kalau tk de astro...sian pulak kat dia orang..

    ReplyDelete
  7. Yati... kalaulah aerial biasa kat rumah tuh ok.. dah lama akak tamatkan khidmat astro tuh... kalau nak suruh buat kerja rumah tuh, mmg kena ambik kad astro tuh tau, kalau tak.. mmg tak buat ler gayanya.

    ReplyDelete
  8. Yati ...kucing tabiatnya memang suka berak kat rumah orang ,kat rumah sendiri dia tak nak berak ...heheh
    tak tau la maybe boys memang telinganya keras sikit heheh .

    Anak2 ada 5 lain-lain perangainya.Akak bab tv no problem yang tak tahan bergaduh ...aduh geramnya ....for good in writing, salin semula esei kat dalam buku contoh karangan ...anak2 akak mmg buat mcm tu

    ReplyDelete
  9. Zila,
    tentang amik Astro semula tu, tak fikir lagi la buat masa sekarang atau tahun ni. We'll see.. :)
    Baja free tu, letak kat sesetengah pokok bunga, pokok pun mati, Zila. Hehhe..

    Natasha,
    terima kasih, sokong Yati. Hugsss...
    ya betul, bila Sulaiman peluh, start la gatal sana sini. Timasih bagi tips tu ya.

    MulutPayau,
    Sabor je la, mp kan. :)
    Yati pun kesian juga kat anak-anak bila takde astro nanti. Tapi Yati buat untuk kebaikan dia orang juga.

    Kak Mila,
    tv Yati pun sama juga. TV9 tak clear. TV3 je ok sikit.
    Oh, kak Mila selalu cabut smartcard astro tu ya? Yati off tv dan plug terus bila Amirul tak buat homework.

    Kak Suzie,
    Memang ye la kan. Rumah sendiri tak nak berak.
    Salin semula tu karangan tu, YAti ada juga buat. Bab pemahaman teks pun Yati selalu guide dia. Harap nanti boleh la improve.

    ReplyDelete
  10. Yati.. aah la.. bukan baja kan.. sbb rumput depan umah selalu mati lepas kucing melepas.. huhuhu... geram btol!!

    idea salin karangan tu menarik la.. haha.. nnti bleh praktik bila anak dah start darjah 1.. hehe..

    thanks for sharing tentang ubat gegata jugak.. :D

    ReplyDelete
  11. sian yati ya. melor pun ada masalah kucing tutttttt depan rumah. penat wooooo nak jaga. cara melor na elak kucing tuuttttttt gini spray kawasan yang kucing tu suka tutttttt dengan air dettol nanti kucing tak akan tuttttt kat rumah kita sehingga bau tu hilang. kena rajin la buat slalu.

    ReplyDelete
  12. Zila,
    hehhe... cian rumput tu.
    Sila, sila, boleh praktik nanti. Macam-macam kita buat nak bagi anak lebih pandai buat kat sekolah.

    Melor,
    Yati dulu siram dengan cuka. Dettol tak pernah cuba lagi. Nanti boleh la beli bila pergi farmasi nanti. Thanks Melor.

    ReplyDelete
  13. teringat kucing kat kg. siapa yg mandi pagi dulu dia yg kena bersihkan najis kucing kat bilik air. tp itu kucing dulu, kucing baru ni x tau pulak.

    comellah sebut 'butt-N' :)

    ReplyDelete
  14. Eis,
    bagus kucing Eis kat kampung. Buang dalam bilik air yek.
    Itu la, akak tak ajor dia pun cakap camtu. Dia ikut omputih cakap. :)

    ReplyDelete
  15. kat kaw rmh ct ni byk kucing liar...selalu msuk rmh menyelongkar.gtl2 ct pun panggil kelkata gak.sekarang ni mana yg boleh di cut cost buat aje...kalau byk hutang pun memeningkan kepala aje....

    ReplyDelete
  16. ct,
    kucing liar tu selongkar sebab lapor la tu agaknya, cari makan kan.
    Itu la. Tengah cuba berjimat mana boleh. :)

    ReplyDelete
  17. ooo blh sbbkan gatal2 yer, munkin pnh tjadi pd sy tp sy xperasan..btl Yati, binatang pun klu kita ajar dia blh berdisiplin..

    Sabarla Yati, karenah anak2 mmg kita xjangka, kdg2 sakit jiwa raga ni, tp suma kita kn laluinya jgk...

    ReplyDelete
  18. salam kenal, nampak teruk jugak gegatal tu ya, nampak gayanya lambat baik tu..

    ReplyDelete
  19. yatie..sian sulaiman..habis bengkak2 badan dia.
    alahan kucing memang kena jaga yatie..anak2 akak pun tak tahan walaupun dah besar.

    ReplyDelete
  20. sabar ye yati...itulh dugaan kita sebagai seorg ibu..inginkan yg trbaik...setiap anak xsama sikap mrk w.pn dr didikan yg sama..trkdg kita perlu brtegas n dlm masa yg sama kita beri kasih syg....
    cuba yati bacakan surah toha,ayat 1-5 n hembuskan dlm air n bagi anak2 minum.kalu nk senang buat byk ckit..mana tau boleh lembutkan hatinya...satu lagi, selepas solat yati sedekahkan Al-Fatihah kepada setiap anak2(contoh: Al-Fatihah wa khususan Amirul...). doa ibu 3X lebih berkat dr doa ayah..Insyallah, kita ikhtiar demi anak2..Akak pn trkdg leka nk amalkan bnde2 nie....

    ReplyDelete
  21. sian sulaiman...

    mak n adik sy pn slalu kne gatal2 cm ni...tp xpnh plak sapu apa2 ubat..baik sndiri je sbb gatal2 ni sekejap je... ;)

    ReplyDelete
  22. rupanya Sulaiman mcm yati juga.. alah dgn kucing...

    pasal Astro tu, baik juga utk anak2.. kakyong pun tak pernah ade AStro..

    semoga tercapai misi Yati utk anak2..

    & semoga dipermudahkan uruskan hal rumah Yati tu..

    ReplyDelete
  23. seronok baca komen kawan2 kat sini yati... memang penat kan hal2 anak2 and rumah ni...apa2 pun at least dapat luahkan ngan kenkawan di sini...walaupun kami tak dapat bantu secara fizikal hehehe...tapi at least...sama2 dengar and beri pendapat...kadang2 bleh buat gelak,sengih,terharu sendiri kan?

    ReplyDelete
  24. sy mmg alahan kucing kan...mahu bersin semalaman kalau kucing datang..tue yg tak brp gemor kucing huhuhhhh

    ReplyDelete
  25. anak kak yus pun ada kena gatal2 mcm tu. Akak panggil gegata..

    Astro ni memang mempengaruhi anak2 kan. Tapi anak2 akak alhamdulillah, mendengar kata, selagi tak siap kerja rumah mmg tak berani nak bukak punya. Lagipun akak pasang password untuk semua channel yang diorang suka, tu yg tak dapat mereka nak tgk selagi password akak tak bukak..

    Apa pun, Yati dah buat keputusan yg terbaik untuk keluarga, InsyaAllah..

    Yati, ada award untk Yati di blog akak. Sudikanlah ambil ya...

    TQ

    ReplyDelete
  26. Hajar,
    tak semua orang allergik dengan urine kucing ni. Ada orang tak.
    Betul cakap Hajar. Yati sabor. Ok je. Saje, luah perasaan sikit semalam.

    Che Mid,
    Salam kenal. Pekabo? Timasih singgah blog Yati ya.
    Nampak teruk. Bila gatal je, dia naik camtu la dalam gambor. Alhamdulillah, hari ni gatal Sulaiman dah surut sikit. :)

    Kak Erna,
    Ye la kak, kita kesian kat dia. Tapi pagi tadi, Yati sumbat dia ubat, ok pula. Masuk la. Tengahari ni, dah tak berapa ada dah gegata tu. Tak macam semalam dan hari2 lepas, menggaru je.
    Ye la kak, kalau dah allergik, muda, tua ke, kena juga gatal-gatal ke, atau alahan lain.

    Kak Nza,
    Ayat Toha tu YAti ada buat. Tapi tak amalkan. Aduh, lepas ni kena rajin skit. Al-Fatihah tu nanti YAti buat, Insya-Allah. Terima kasih, kak.

    Ziraziz,
    ha ah, kalau YAti kena pun, sekejap juga dah baik. Tapi Sulaiman ni lambat sikit, cikgu. Tapi hari ni Alhamdulillah, dah ok sikit banding semalam. :)

    Kakyong,
    itu la kakyong, Sulaiman ikut Yati.
    betul tu, Yati percaya, tutup akaun astro tu bagus untuk anak-anak.
    Insya-Allah kakyong, kami kerja keras sekarang. Kakyong tolong doakan ya. Huggssss....

    Rafidah,
    itu la. Sape lagi Yati nak bercerita kalau tak kat kawan-kawan di blog. Kita dok rumah, tak jumpa orang. Ringan sikit beban di fikiran. :)

    Sahromnasrudin,
    oooo ye ke.. Bahaya la tu. Kucing kan ada merata-rata. Hatta kat kedai makan sekali pun, mesti banyak kucing. Kena la halau yek. Jenuh la bersin. Ke, tak cukup vitamin c ni.. hehe... gurau je ye Sahrom.

    Kak Yus,
    Yati dah fikir masak, tu yang tutup terus. kalau pasang child's lock password tu kalau budak-budak merayu, YAti takut Yati lemah.
    Ada award ke, timasih, kak. Nanti Yati tengok ya.

    ReplyDelete
  27. Salam cik. Kalau kucing liar atau kucing jiran yg membuang memang sakit hati cik. Mungkin saya boleh share satu petua atau produk yg mungkin dapat membantu masalah kucing kencing & berak ni. Cik boleh cuba gunakan produk penghalau kucing "stray cat repellent" dari Jepun ni. Letak je produk ni, ia akan keluarkan bau yg jadikan kucing gelisah & lari. Yg penting murah, senang & tak seksa binatang. Boleh tengok detail produk ni di website ni
    http://www.tenringgitshop.com.

    Harap dapat selesaikan masalah semua. Tq

    ReplyDelete
  28. Terima kasih share sini. Semoga bermanfaat pada mereka yang memerlukan. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea