Sunday, April 10, 2011

Gift dari Hanie

Yati selamat terima gift dari Hanie ni hari Jumaat baru ni. Hanie satu family pergi holiday ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, dan dengan murah hatinya memberi giveaway kepada 10 pengomen terbanyak di blognya. 
Ini la dia...

Gambar pemandangan. Nampak macam lukisan, tapi sejenis sulaman sebenornya.


Meh kita tengok dekat sikit.


Ha, kan benang tu. Disulam sedemikian rupa jadi gambar. Ntah macamana orang Vietnam ni buat yek. Kreatif deme ni. Lawa, kan? Terima kasih banyak, Hanie. Nanti Yati pergi framekan, boleh gantung.

Cerita fishing kami semalam pula. Hujan, jadi kami fishing sat je. Yati dengan Hafizan dan Sulaiman duduk dalam kereta. Amirul dah Encik Abe yang fishing. Dapat 10 ekor juga. Yang bestnya, 4 ikan besor, lebih besor daripada biasa kami tangkap. Berbaloi le, Encik Abe tukor tali pancing baru, lebih panjang. Sekali baling, sampai ke tengah kolam ha...

Yati tak ambik gambar ikan. Takut korang boring pula, asal hari Sabtu, cerita mancing, gambar ikan. Boring tak?
Sekian la cerita hari ni. Selamat beristirehat di hujung minggu ni pada semua kengkawan. ^_^

14 comments:

  1. kaki pancing rupenye yati ni ye.... ;)

    ReplyDelete
  2. cantiknya..nnti boleh frame wat kenangan....

    ReplyDelete
  3. tak sia-sia mengomenkan,dpt gak hadiah..

    ReplyDelete
  4. Ziraziz,
    hehhe... takde lah. :)

    Kak Nza,
    betul, betul, betul. :)

    Ct,
    hehhe... suka. Kita komen bukan nak hadiah, tapi sebab suka baca blog kawan-kawan.

    ReplyDelete
  5. akak hujung minggu pun tak kemana, dok melepak kat umah je

    ReplyDelete
  6. mmng cantik gmbar tu..kreatif betul...
    Hari Ahad...Mp dah masuk kerja...

    ReplyDelete
  7. assalam yatie..cantiknya pandai hanie bagi hadiah sulaman..mesti yatie suka sangatkan..
    tengok dari gambar pun akak suka..cantik..

    ReplyDelete
  8. mak aihhh...sulaman rupanya...derang ni memang tangan seni betul kan...

    tapi yati sure leh buat gambar ni ngan crosstitch gak kan :)

    ReplyDelete
  9. perghh..kalau saya, terus buat frame....mmg cantik sgt....

    ReplyDelete
  10. Kak Su,
    dok lepak rumah hujung minggu pun best juga, layan tv dan anak-anak kan, kak.

    Mulutpayau,
    Ha, betul la kan. Mp kat kelantan kan? Hari Ahad kan hari kerja. :)

    Kak Erna,
    waalaikumsalam kak.
    ha ah kak. Memang suka sesangat. Dok belek je, masa baru terima tu.
    Cantik dia buat.

    Rafidah,
    ya la Fida. Kreatif.
    Boleh, gambor pemandangan boleh buat, tapi nak jahitnya berkurun kot baru siap. :)

    Sahromnasrudin,
    Itu la dia. Akak kena tunggu hujung bulan.

    ReplyDelete
  11. Salam Yati, waah rajin gi mancing. Masak pe ikan2 tu? Arrr cantik hadiah tu, memang kraft tangan org Vietnam cantik2!

    ReplyDelete
  12. Yong Halima,
    Goreng je yong. Hari ni buat masak kicap je ikan tu. Kalau buat pedas-pedas anak tak makan pula.
    Ye la yong, kat sini takde pun jumpa kraftangan sulaman camtu. Cantik orang vietnam buat.

    ReplyDelete
  13. sukalah citer fishing yati niii.. bestkan dok santai2 ngan famili sambil fishing

    ReplyDelete
  14. Kak Mila,
    suka ye kak? Next time Yati stori siap dengan gambor ya. :)
    Memang best. Lupa segala masalah bila berada dengan alam. Dengan angin tepi lombong, ibarat macam dok tepi laut juga. ^_^

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea