Wednesday, April 06, 2011

Fishing lagi...

Hari Sabtu lepas, kami pergi memancing lagi. Tempat kami piknik hari tu ada orang pula, jadi kami pergi tempat lain. Antara cabarannya, Encik Abe telah berlawan dengan kambing biri-biri jantan yang secara tiba-tiba datang ke tempat kami. Tak takut orang sungguh kambing tu. Dah halau pun. Dia siap nak sondol Encik Abe, walau pun takde tanduk.

Tak sempat ambil gambar kambing tu. Sebab Yati telah membawa lari anak-anak ke tempat selamat. Serius tau, kambing biri-biri jantan tu lebih tinggi dari Sulaiman dan tak comel langsung tau, bukan macam Shawn the Sheep tu. 

Shawn the sheep dengan hobinya.

Setelah Encik Abe berjaya menghalau 2 ekor kambing biri-biri tersebut dengan jayanya, baru la kami mula memancing.

Kawan-kawan yang saya hormati sekalian,
adakah anda pernah mendengar pantang larang orang cina yang mengatakan bahawa sekiranya orang perempuan sedang 'naik bendera jepun' maka tak usah lah pergi memancing? 

Yati tidak mempedulikan pantang larang tu dah hasilnya, hanya berjaya menangkap 3 ekor sahaja ikan. Sekurang-kurangnya ada juga, daripada tak dapat ikan langsung.

Manakala Encik Abe pula berjaya membalas dendam untuk mengatasi rekod bilangan ikan berjaya dipancing, dan berjaya menangkap sebanyak.....

....











......


20 ekor ikan ya! Sangat jeles saya ok! Walau pun umpan cengkerik sudah habis dikerjakan, dia telah menggumpal-gumpal secubit roti gardenia lalu mencampaknya, dan ikan besar pun makan, i tell you!

Berikut hasil tangkapan kami pada hari Sabtu lepas,

23 ekor ikan flowerhorn spesis talapia.


Sudah pun Yati buat asam pedas pada hari Ahad. Sudah buat kari pada hari Selasa. Sudah goreng sebahagiannya untuk anak-anak. 

Sekian laporan aktiviti memancing kami. Bertemu lagi di lain masa.

Take care semua!

17 comments:

  1. wuuu.. bestnya
    ikan tu banyak tulang halus2 tak yati?

    ReplyDelete
  2. haha.. kambing pun suka knitting... ;)

    bagusla.. hobi dikongsi sekeluarga.. tapi meriah2 mcm tu ikan x lari ek.. mak abah saya dulu selalu x bagi ikut mancing.. sbb suka buat bising.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Yati pun suka memancing ya? Baru kali ni akak bertemu dengan org perempuan yg suka memancing. Akak tak minat...huhu

    Banyak hasil tangkapan cik abe tu...puas makan kan. Yati pun tak kurang hebatnya, 3 ekor je pun, oklah tu, daripada kak yus tak pernah seumur hidupku memancing..hihi

    ReplyDelete
  4. Wow! byknyer ikan, mesti hati berbunga2kan...hehe

    ermmm...org cina ni byk ptg larang, munkin btl kot pantang tu sbb hjr pya bff chinese, dia sllu cerita ttg ptg lrg org cina ni...

    ReplyDelete
  5. yatie..tak pe la..3 ekor pun...ada jugak dari tak de lansung kan..pujuk yatie ni

    ReplyDelete
  6. Hanie,
    macam makan ikan kembung je Hanie, rasanya. Tulang pun lebih kurang macam kembung juga.

    Zila,
    Orang kata, kalau bising, ikan lari. Tapi kami bawa sebuku roti, ikan datang banyak kat tepi, senang la mancing. Hihi...

    Kak Yus,
    boleh la kak, dari pi shopping complex, habiskan duit, baik gi mancing.
    Cuba la kak. Belum cuba, belum tahu seronoknya memancing ni.

    Hajar,
    suka, suka. Ya, tapi tak tau la betul ke tak kan. Tak boleh percaya rasanya, mungkin kebetulan je.

    Kak Erna,
    terharu Yati, ada yang memujuk. Hehehe takpe la kak. Lain hari kita cuba dapat banyak pulak. :D

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnyer yati g memancing sekali lagi. best dapat makan ikan segar dari ladang ops.. tasik.
    kalau banyak sgt, buat pekasam pon best tau.. alahai sedapnya ikan pekasam

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Kak Mila,
    ikan segar dari lombong kak. Hihi..!
    Yati tak cukup rajin nak buat ikan pekasam. Dah tengok resepi ikan pekasam tak lama dulu. Huhu... rajin beli je. :D

    ReplyDelete
  10. Bestnya kalau dpt mmncing cam Yati.Sekarang Mp tak berpeluang untk mmncing..padahal masa kecik2 dulu sllu mmncing di sawah..

    Banyaknya dpat ikan...berbaloi betul..

    ReplyDelete
  11. MulutPayau,
    sesekali balik la kampung, mancing. :) Ye, Alhamdulillah, rezeki dapat ikan banyak. Tak perlu pi pasor.

    ReplyDelete
  12. ct mmg suka tgk kartun tu,kambing kiut....pasal pantang tu ct tak tahu lak,tapi ada pantang cina kalau kita mengandung,kita tak boleh ubah suai rumah.kalau nak buat juga orang yg mengandung tu tak tinggal kat situ buat sementara waktu...

    ReplyDelete
  13. ct,
    tu la, Sulaiman pun suka tengok. Leka la dia, sementara kita pi masak. :)
    Ha ah betul, sebab dia orang percaya nanti baby boleh dengor bising kan, tak elok kat baby.

    ReplyDelete
  14. seronoknya xtvt memancing brkeluarga camni...

    kambing biri2 tu betina kot..minat kt cik abe yati...hi....

    ReplyDelete
  15. Kak Nza,
    Seronok kak. Anak-anak pun suka. Kita pula tak yah keluar duit banyak nak bagi anak happy.
    Hehhe... kambing jantan yang attack Encik Abe tu. Dia marah kot, kami kacau port dia dating. ^_^

    ReplyDelete
  16. yati,
    cantik lah ikan2 yg dpt tu.. kalo jual org buat ikan hiasan.. boleh kot RM5-6 seekor..

    ReplyDelete
  17. Kakyong,
    ye ke, kak. Tak besor sangat pun, rata-rata besor tapak tangan je. Memang ada sekor yang tua sikit, badan dia bonggol macam ikan flowerhorn orang gila dok bela dulu tu. Tak jual la kak, makan je. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea