Friday, April 08, 2011

Cross stitch nama

Alhamdulillah, sudah siap pun. Sudah on the way pada tuannya. 

Terima kasih pada Nurul Yaqin, KL, yang order cross stitch nama untuk anaknya.



Nampak simple je. Cuma nama dan border. Tapi ada backstitch pada border bunga-bunga kecil tu dan nama. Harap Nurul suka.


Lepas ni dah tak ada order projek jahit. Jadi, boleh knit. Rindu, sebab dah lama tak mengait. 

Besok hari Sabtu. Nak pergi fishing ke tak lagi. Encik Abe kata, nak, sebab dia nak try tali pancing baru pasang. Lagi panjang. Boleh la baling sampai ke tengah. Tepi-tepi ni, ikan kecik je yang makan. Hahaha.... ye la tu. Kang belum sempat tarik, ikan dah terlepas sebab tali panjang sangat. Huhu... kita tengok je la. Juga bergantung pada cuaca juga. Kalau hujan, fishing apa ke bendanya.

Selamat berhujung minggu, kawan-kawan! ^_^

8 comments:

  1. sweet..

    selamat memancing yati! :))

    ReplyDelete
  2. Selam Yati,
    Aduh bestnya tengok Yati buat cross-stitch. Saya nak minta bantuan Yati untuk kasi tips, bagaimana boleh jadi tekun menjahit x-stitch sampai projek siap, dan satu lagi, jika tersilap kira sedangkan warna dah siap campur-campur dijahit, perlu buka balik tak?

    Mohon beri tunjuk ajar ya, Yaticim.. Terima kasih *hugs*

    ReplyDelete
  3. nampaknya yati dah terjebak dengan hobi memancing ni,tiap2 minggu pula sekarang ni pergi...

    ReplyDelete
  4. Hanie,
    thank you. :)
    Hehehe... jom Hanie jom, kita picnic sambil fishing!

    Ayza,
    Nak tekun menjahit sampai siap tu, sebab ini tempahan pelanggan. Amanah tu kena laksanakan. Kalau projek sendiri pun, Yati dah set kat kepala, ha, kalau tak siap projek ni, benda lain tak boleh buat. Jadi, nak tak nak, kena siapkan cross stitch dulu. Itu la tips Yati pegang dari dulu. Sebab Yati jarang buat banyak projek pada satu masa.
    Kalau Yati tersilap jahit, Yati buka balik. Sebab nanti dah siap, kesilapan tu selalu at the back of my mind la, walau pun orang mungkin tak perasan. Tapi kita tau kita dah buat silap. Tapi terpulang kat Ayza la, kalau projek sendiri, tak perlu kot.
    No problem Ayza. Macamana progress Ebru? ^_^

    Ct,
    cari lauk mentah, ct. Jimat sikit duit dapur. :D

    ReplyDelete
  5. wah, yati dah addicted dgn memancing ni...

    suka dgn semangat yati ni.. siap kan 1-1 projek... memang harus diteruskan begitu..

    ReplyDelete
  6. Kakyong,
    nak kena addicted tu tak juga. Encik Abe la yang dah gian mancing. Yati ikut je. (ye la tu...) Hehhe...
    Terima kasih kakyong, kata-kata kakyong tu bagi Yati lebih semangat, tau. Hugsss.....

    ReplyDelete
  7. Salam yati
    Sy nak tempah nama anak jugak nurul yaqin tu kawan sy gak
    Plsssss
    Dalila
    Dafina
    Danish
    Setiap nye 1 frame plssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke...
      Hmmm.. kalau tak urgent, Insya-Allah, saya boleh.
      Kalau nak cepat, 3 nama dalam masa kurang 2 minggu misalnya, saya minta maaf, tak boleh buat. Paling cepat sebulan kot, dan paling lama 2 bulan untuk 3 cross stitch, 3 nama.
      Kalau setuju dengan tempoh masa di atas, kita boleh sembang pasal harga ye.
      Email yatistitch@gmail.com
      atau
      whatsApp 012-5326471

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea