Monday, April 25, 2011

Cross stitch birthday card

Assalamualaikum...

Kawan-kawan apa khabar hari ni?

Hari Sabtu lepas, kami ada di Lumut. Pergi fishing, tapi takde rezeki dapat ikan. Kami beli umpan udang hidup. Pertama kali memancing di laut pula. Udang tu, kami tak potong kecil. Sebab kami cuma duduk tepi laut, bukan ke tengah laut. Jadi cuma ikan-ikan kecil la yang banyak. Bila kita tarik pancing tu, boleh nampak ikan-ikan kecil munch-munch umpan udang tu. Seekor pun tak dapat, sebab umpan besar sangat. Ada juga terfikir nak potong udang tu, tapi sebab kita duduk rumah mama Yati, jadi nak fishing lama-lama tak boleh la. Itu pun, dah kena marah dah, pergi fishing tengahari buta. Hehhe...

Hari Ahad, layan anak, nak buat birthday card untuk aunty dia orang. Birthday kakak sulong Yati minggu ni. Ini la dia, kadnya.

Cross stitchnya kecil, kadnya besar. ^_^


Lebih close-up sikit.

Happy bithday, aunty!!


Dalam tu, ada la lukisan-lukisan dan tulisan Amirul dan Hafizan. Sulaiman pun menyibuk sekali nak tulis juga. Tapi tulisan tak boleh baca la. Hehhhe... Kad ni sudah on the way pun. Aunty tunggu ya!

Ok la. Harap hari anda semua berjalan dengan baik dan lancar. Take care, semua!

17 comments:

  1. cumilnya kad ni....rajin betul yati buat kad cross-stich ...

    hope have a nice wiken babe!

    ReplyDelete
  2. yatie..cantiknya kad tu..mak nya yang buat ke anak yang buat..he he..

    ReplyDelete
  3. kalau dah pandai cross stich tu, mcm2 boleh buat ya...cantik!

    ReplyDelete
  4. Rafidah,
    hehhe... takde la rajin, kena paksa dengan Amirul. Hehhe!
    Have a great weekdays to you! Bekerja la kita sekuatnya! ^_^

    Kak Erna,
    Mak budak kena paksa buat oleh budak-budak. :D

    Kak Yus,
    Terima kasih, kak Yus. :D

    ReplyDelete
  5. cantik la kad tu!!

    nanti 21 okt, nak 1 ye! hehehhe
    (tak malu!)

    ReplyDelete
  6. Hanie,
    thanks. :)
    Yati dah tulis kat kalendar. Birthday Hanie ya? Nanti nak dekat-dekat tarikh tu, Yati minta address ya. ^_^

    ReplyDelete
  7. creative nye..nape x snap bahagian dlm sekali? teringin nak tgk ^ ^

    ReplyDelete
  8. Rajinnyer Yati buat kad sendiri.. Yati.. bagitau Amirul & adik2nya.. birthday auntie zila pun nak dekat tau.. muahahahahaha.... tak malu... hahahahaha (wink..wink.. memain jer..) ahaks

    ReplyDelete
  9. Nurul SewLove,
    Timasih.
    Hehhe... lupa pula nak snap dalam. Next time akak buat card, akan snap dalam sekali. Yang ni, personal sikit, budak-budak tulis. :)

    Zila,
    hehhe... apa salahnya. Kalau birthday Zila nak dekat, bagitau je Yati ok! ^_^

    ReplyDelete
  10. dolu dolu penah wat cross stich ni... skang dah semakin melupainya...sob!~

    ReplyDelete
  11. jimat dan istimewa kalau kita buat sendiri...

    ReplyDelete
  12. baru teringat budak birthday tu tak dapat hadiah lagi hehe

    ReplyDelete
  13. Kakyong,
    Terima kasih, kakyong. :)
    Takde la rajin, budak-budak beria-ia, kita tak sampai hati nak tolak permintaan anak-anak.

    Ct,
    Betul, betul, betul! Ada personal touch omputih kata. :D

    Zino,
    Oh, cian anak Encik Zino. Baik beli present cepat-cepat. :)

    ReplyDelete
  14. Lain dari yang lain...hmmmm comel...dok sibuk juga ngan ank2 dok buat kad hari ibu...homework...

    ReplyDelete
  15. Kak Suzie,
    timasih. Gabungan idea Yati dan anak-anak. Dia orang suka ribbon tu. :)
    Ye la kan. Nanti next month, hari ibu, hari guru, kena siapkan hadiah la kita.

    ReplyDelete
  16. Nida,
    Yati tak perasan komen Nida sebelum ni. Masuk dalam folder spam.
    Terima kasih singgah sini ya. Oh, pernah buat cross stitch ya? Nape sedih? Skrang pun boleh buat juga, bila free. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea