Monday, April 18, 2011

Cerita mancing semalam

Assalamualaikum....

Hari Sabtu, kami lepak kat rumah je. Hari Ahad baru pergi mancing. Tapi kan... ha... ni nak cerita ni. Tempat kami selalu mancing tu. Yang baling je, ikan tangkap tu, dah tak boleh masuk dah. Dia dah letak pagar, tak kasi orang masuk. Boring betul.

Walau pun lombong banyak, tapi banyak yang orang sini panggil, tanah tol. Tanah kerajaan yang diberi pada orang yang mohon untuk diusahakan. Ada kawasan lombong luas sangat, dia buat kolam itik kat satu sudut lombong je, tapi habis semua kawasan lombong dia letak pagar, tak kasi orang masuk.

Hmmm.... takde rezeki mancing semalam. Ada lah dalam 5 tempat kami pergi lepas tu, cari tempat sesuai. Pergi kat kolam dekat stesen keretapi Batu Gajah, tak sesuai, sebab ada pacat, ada nyamuk. Kalau kami je pi takpe la. Tapi sebab anak-anak pun kami angkut sekali, tak boleh la. Kat satu sudut lain di kolam tu juga, kami pi, curam pula. Takde tempat piknik, letak tikar. Hehhe...

Lepas tu pergi tepi sungat Batu Gajah pula, dekat restoran nasi lemak ayam golek tu, tak sesuai juga, ada orang 'minum' bawah jambatan. Dekat Tronoh, kami pergi belakang tempat lori pasir selalu masuk. Hujan pula, walau pun tempat tu dah sesuai. Tapi ikan pulak takde. Kerbau ada la, mandi dalam lombong.

Pergi kat kawasan perumahan baru di Tronoh tu, ada orang pancing situ kata, situ ada ikan lampang. Lampang ke, lempang... hehhe.. tapi dalam 2-3 hari ni, takde pula ikan. Pulak.... Hmmmm... itu la dia, tak habis pun umpan kami guna. Mata kail je dah habis 2, Yati punya saje. Sebab sangkut kat kayu.

Ish... deme ni, tak tau la aktiviti haram apa deme buat. Pasang jala kat lobong, yang melombong emas ke bijih ke, kami tak tau la, pun ada. Ntah ada permit ke tak. 

 Itu la ceritanya. Misi memancing semalam, tidak berjaya, takde rezeki. Esok, cadang nak pergi pula. Esok Perak cuti ya. Jangan jeles, kawan-kawan semua. Cuti Hari Keputeraan Sultan Perak. ^_^

Tak bestnya. Takde gambar ikan. Ni Yati share sikit apa yang Yati sedang kait. Takde kaitan langsung dengan tajuk entri. Gambor belakang je la ye.

Menatang apa tu yek..

Lain hari Yati cerita projek kait Yati ni. Masih knit. Belajar crochet takde progress lagi setakat ini. 

Selamat bekerja semua! Esok orang Perak cuti. Yahoo...!! ^_^

22 comments:

  1. Sian Yati & family....datang sini je lah, kami bawak gi mancing kat laut! Aahh...saya tau apa yg Yati kait tu! Bila baru boleh kongsi?? Anyway, selamat bercuti!

    ReplyDelete
  2. haa tak sabar nak tengok hasil kaitan yati! selamat bercuti ..bestnyaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. ha'ahlah Yati. Menatang apa tu..hihi

    Gigih Yati dan keluarga cari tempat memancing ya. Bagus juga, ada aktiviti keluarga. Kami??

    Dua2 tak minat memancing...huhu

    ReplyDelete
  4. Sungai takde ke yati... kalau kat kampung akak, lombong takde, tp sungai pahang ada hahaha. kalau tak pon g kat paya... banyak ikan haruan besar2....

    ReplyDelete
  5. Kak Aisyah,
    hehhe.. takpe, takde rezeki. Mancing kat laut kang, mabuk laut pulak. Hik hik!
    Ha, kak Aisyah dah dapat agak apa Yati kait ni ya? Hehhe... nanti-nanti dulu, sebab belum siap. Terima kasih, kak. :D

    Rafidah,
    hehhe... sabor, sabor. Timacih. Kita pun seronok, esok holiday!!!

    Kak Yus,
    sejenis binatang peliharaan, Kak Yus, Yati kait tu.
    Aktiviti keluarga, tak keluar rumah pun boleh. Sembang dengan anak-anak satu family pun kira bagus juga. ^_^

    Kak Mila,
    dah pergi dah sungat Batu Gajah. Tapi ada orang tu, minum arak bawah jambatan. YAti takut. Paya tu dalam hutan, kak. Tak sesuai untuk budak-budak. YAti fishing sambil piknik. Dengan bekal nasi lemak dan bantal untuk si kenit baring. ^_^

    ReplyDelete
  6. tok ayah pun kaki pancing, slalu je ajak ami teman dia pegi mancing

    ReplyDelete
  7. wah..minat mancing ye kak ! best kan kalau dapat 'feel' tu . mmg ketagih lah...pngalaman Hanie memancing dah lamaaa sgt..mase kecik2 dulu,dah tu dapat plak ikan seko0r dua,suke bebenor ! ;)

    ReplyDelete
  8. Kak Su,
    Mesti tok ayah banyak pengalaman pancing ni. Kak Su tak minat ke? :)

    Ummi Hanie,
    Hehhe... kalau dapat ikan memang syok Hanie. Kalau takde ikan, boring juga. Muhahahha...

    ReplyDelete
  9. teringin nak memancing gak...mcm bes je bile baca citer yati g mancing...

    sy pnh mmncing skali je...ms zmn sek ren..lama dh tu...2 pn mancing kat sawah je... ;p

    ReplyDelete
  10. hahahha...berjalan jauh tu...baik p batu kurau makan durian ..tengah murah ni ...hehehhe nak cuti boleh tak ..kita org perak gak...

    ReplyDelete
  11. bestnya aktvti mmncing ni...tapi Mp hnya sempat memancing di pasar jer...
    Teringin sangat nak memancing......
    Trbayang keseronokan umpan dimkan ikan....

    ReplyDelete
  12. assalam yatie..seronoknya cuti..ada program nak pi mancing lagi ke..

    ReplyDelete
  13. selamat bercuti...mmg semangat memancing betul.....yati ni.. menatang apa tu yek?...

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum kak

    takpe, pi pasar je beli ikan..kan sonang hehehehe..itu yg ibu saya ckp dahulu krn tak benarkan sy mancing hahahaa

    ReplyDelete
  15. xpelh yati, xde rezeki la hari tu....
    lain kalu boleh g mancing lagi....

    ReplyDelete
  16. wa... bestnyer cuti... Wilayah ni takde sultan..jadi xde la cuti extra tu.. jeles tau.. hehehe...

    banyak nyer tempat yati round.. sungguh pemancing tegar nih.. hehe.. selamat memancing ek. dpt ikan, bleh tayang resepi apa yang chef yati kita masak... :D

    ReplyDelete
  17. ape kata yati knit bentuk ikan pulak?
    hehehe
    boleh jugak hilangkan rasa terkilan sbb tak dapat pancing ikan tu

    ReplyDelete
  18. Salam, kalau famili pemancing ni, jimat duit ikan setiap bulan kut..

    ReplyDelete
  19. mesti frust xdpt pancing ikan kan Yati, sllu letak je mata kail trs dpt ikan...huhu...xpe len kali cuba lg eh..hehe

    ReplyDelete
  20. Ziraziz,
    kalau teringin tu, elok pergi tu. Nanti terbayang-bayang mancing. :)
    Yati dulu masa sekolah rendah pun mancing kat sawah je. Sama kita ya cikgu. :)

    Kak Suzie,
    hahaha... kak, Batu Kurau tu pun Yati tak tau kat mana. Muhahaha... Kalau kerja kat Perak, boleh la cuti. Tapi kat Perak, tak banyak lobang kerja. Huhu...

    MulutPayau,
    Mancing di pasar lagi best, gerenti dapat ikan. :)
    Memang seronok mancing ni mp. Bila dah dapat ikan sekali, nak lagi, nak lagi....

    Kak Erna,
    waalaikumsalam warahmatullah...
    Ha ah kak, pi mancing lagi cuti semalam. Cuma tak dapat ikan je.

    Ct,
    Itu kucing yang dikait, dari pandangan belakang. Macam takde rupa kucing sangat, kan. :)

    Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam warahmatullah...
    Ada benarnya apa yang ibu Sahrom cakap tu. Sebab sekali dah dapat ikan mancing ni, gerenti melekat nak mancing je kerjanya...

    Kak Nza,
    Betul tu kak. Ada hari boleh dapat ikan banyak, ada hari, takde ikan.

    Zila,
    Ada... kan ada cuti hari Wilayah... :D
    Tu dah tayang dalam entri hari ni. Buat masak tempoyak. Ikan mancing kat pasor malam. Hehhe..!

    Hanie,
    idea yang bagus tu, Hanie. Nanti nak cari pattern ikan.

    Kak Mid,
    salam.
    Memang jimat, dan seronok la, aktiviti dengan anak-anak.

    Hajar,
    Ye ya, akan terus mencuba. :D

    ReplyDelete
  21. apa tu yati... kucing sedang berehat ke... ekekkeke

    ReplyDelete
  22. Kakyong,
    ya, betul! Kucing la tu! ^_^

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea