Links

Tuesday, April 26, 2011

Bila ketua keluarga tidak solat

Assalamualaikum....

Cerita: Ada satu keluarga, terdiri dari ibu, bapa, dan 5 orang anak lelaki dan perempuan. Anak yang paling sulong dalam sekolah menengah, manakala yang paling kecil, berusia 5 tahun. Bapa budak-budak ni tak pernah menunaikan solat. Solat Jumaat, 3-4 minggu sekali baru pergi. Solat sunat Raya Puasa dan Korban baru dia pergi. Ibu anak-anak ni selalu nasihatkan suami, supaya bertaubat, dan sembahyang. Tapi, tak dilayan langsung oleh si suami.

Anak-anak yang meningkat remaja selalu bertanya pada si ibu, kenapa ayahnya tidak pernah solat? Ibu tak tau nak jawap apa, cuma berkata pada anak-anaknya supaya berdoa, semoga Allah bukakan pintu hati si ayah untuk solat.

Untuk anak yang kecil, si ibu mengajar anak-anak solat dengan cara sembahyang seperti biasa, tapi anak-anak kecil ikut dari belakang, dari segi pergerakan solat, kerana mereka belum boleh baca bacaan dalam sembahyang. Si ibu berasa tidak suka, dan adakala perasaaan benci itu datang mencucuk-cucuk dalam diri kerana si suami tidak pernah mengerjakan solat. Tidakkah si suami berasa apa-apa, bila ibu yang jadi imam dan anak-anak kecil ikut dari belakang, padahal tempat si ibu tu sepatutnya si suami yang buat?


Soalan: Apakah cara terbaik untuk menegur seorang yang telah dewasa supaya solat? Bukannya dia tidak tahu hukum solat itu wajib, tapi dia masih tak nak buat juga. Perlukah si isteri mengadu kepada pihak agama supaya diadakan sesi kaunseling pada si suami?

Si isteri tak kenal mana-mana ustaz yang boleh nasihat suaminya, lantaran kesibukan menguruskan anak-anak dan bekerja juga, tidak pernah solat jemaah di masjid. Suami seorang yang penyayang pada anak-anak, rajin juga menolong buat kerja rumah seperti mencuci kain dan mengemas, cuma tidak pernah solat. Setelah sekian lama mendirikan rumahtangga, si isteri amat berharap suami dapat menjadi imam di rumah semasa solat jemaah di rumah bersama anak-anak. Sekian.

Yati rasa seorang ketua keluarga sepatutnya tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Tapi, kalau dah si ayah macam ni, susah juga ya. Cuba kita letak diri kita di tempat si isteri. Apa pendapat kawan-kawan?

P/S: Rasa macam blog Probites Et Fides oleh Sahromnasrudin pula. Sebab beliau selalu melayang minda. Banyak info yang kita tak tau pun boleh jadi tahu bila baca blog Sahrom.

30 comments:

  1. betul juga kan Yati. Memang susah bila ketua keluarga sendiri tidak solat...

    Sperti yang si isteri lakukan, minta doa dari Allah, semoga di buka pintu hati suaminya itu. Mungkin bila melihat anak2nya sentiasa solat, lama2 terbuka juga pintu hatinya...

    ReplyDelete
  2. si isteri kena berdoa tanpa jemu
    semoga satu hari nanti Allah bukakan hati si suami.. aminn

    ReplyDelete
  3. emmm memang susah... nak tegur selalu kang dkata membebel plak yer... maybe boleh minta org tua2 mcm mertua (ibu n ayah lelaki) untuk nasihatkan kut.. or sesapa jer yg dihormati oleh suami

    ReplyDelete
  4. yatie..isteri teruskan berdoa supaya dibuka kan pintu hati suaminya dan tingkatkan imannya.
    insyaallah..

    ReplyDelete
  5. Kak Yus,
    itu la dia. Bila kita baca masalah macam ni, rasa berat hati kan.
    Ye la kan, mungkin satu hari nanti, akan terbuka juga pintu hati si ayah.

    Hanie,
    Amin....!

    Kak Mila,
    Bagus juga tu kak Mila, orang yang suami hormati untuk nasihat.

    Kak Erna,
    Insya-Allah, kak. Kena terus berdoa, kan.

    ReplyDelete
  6. Solat tiang agama...

    suami wajib jd ketua, klu si ketua xajar, mcmna nk memimpin, dosa isteri & anak2, si ketua keluarga yg tanggung tu, jd fikir2kan & selamat beramal!

    ReplyDelete
  7. Hajar,
    Betul. Kalau suami tak solat, dia dosa. Kalau isteri dan anak-anak tak solat sebab dia tak solat, dia yang tanggung. Bertimpa-timpa dosa. Masya-Allah...

    ReplyDelete
  8. ketua keluarga xsepatutnye xtau solat...kalau xsolat skalipun,jgn sesekali tunjuk terang2 pd anak2/keluarga....

    kak yati udah kena tag sini;
    http://ummihanie.com/2011/04/tag-panjang-lebar-memang-gigih-nak-jawabnye-p/

    ReplyDelete
  9. ermm bkan nak buka pekung.. tp nak share juga sbb pakusu yanpn camni..
    isteri dan anak2nye solat.. tp bapaknye.. setahun cume sekali jek.. solat sunat hari raya puasa.. solat jumaat tak taula tp rasenye dia tak pegi gak kot.. baca cerita ni.. igtkan kisah pakusu sbb anak dia 5 org gak.. tp dah besar2la.. sorang dah keje.. sorang kat oversea.. 2 kat u.. 1 sekolah lg.. slh sorang anak dia anta sekolah agama.. sorang lg tu cukup pandai berhujah psl agama. & kesemua anak2nye bijak & rajin solat.. bukannye nenek yan tak bising, tak nasihat.. tp same jek.. keras ati.. ms kecik2 dulu jek dia rajin solat + mengaji..

    ReplyDelete
  10. susahlah kalu ketua kluarga xtunjukkan teladan yg baik pd anak2....

    ReplyDelete
  11. Ummi Hanie,
    Kalau tak tau, boleh belajar kan. tapi kalau tak mahu, susah la.
    Kak Yati sudah jawap tag Hanie! ^_^

    Yan,
    terima kasih sudi share kisah Yan. Rasanya, memang banyak situasi keluarga macamni sekarang kan. Ketua keluarga tak solat.
    Kebetulan sama pula dengan cerita Pak Usu Yan ya. Pelik juga ya dengan orang macam ni.

    Kak Nza,
    Susah kan kak Nza. Nanti anak banyak bertanya, nanti mungkin anak pulak terikut-ikut sebab bapa sendiri tak solat.

    Encik Zino,
    masalah negara, kan.

    ReplyDelete
  12. harap-harap kes begini tak ramai ya. Panduan utk sesiapa yang baca entri ni yg masih bujang.. kalau dah tau bakal suami atau boyfren tu jenis tak solat.. reject terus.. tak payah ada perasan nak tolong berubah lepas kawin. Sebab bukan tugas isteri utk membimbing suami... dan ego suami juga jarang sangat nak dengar cakap isteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu klu nak cari calon cari yg rajin ke masjid sekrg2nye org tu dah ada asas agama yg blh didik ank n keluarganye, nak cari menantu pun same kena pesan kat ank2 cari yg pandai agama tp ingat jodoh pertemuan ajal maut di tgn tuhan yg penting solat istikharah utk menentukn pilihan terbaik...jgn menyesal di kemudian hari

      Delete
  13. Kakyong,
    Itu la. Takut la, nanti kita semua kena bala.

    Kak Mid,
    Cakap kak Mid tu ada benornya. Dr. Fadzilah Kamsah pun ada cakap camtu. Dia kata, kalau kita kawin dengan seseorang tu dengan harapan untuk mengubah pasangan kita, jangan harap la. Lagi-lagi lelaki, kan kak. :)

    ReplyDelete
  14. Just sharin'..suami sy x pernah solat,baik solat 5 waktu, solat jumaat, solat raya pon ade yang missed. Kami dulu sama2 jahat b4 kawen but I've left the bad things. Sy da mula berjinak2 dgn solat, puasa dan mengaji w'pon sy x pernah buat semua tu. Kami mempunyai 2 anak yg masih kecil. Sy sentiasa fobia jika anak2 akn bertanya why they never see his dad pray unlike their ibu.. Sy mengaku yg sy da give up utk nasihat dia tp akn sentiasa berdoa semoga die berubah but let's time decide.

    ReplyDelete
  15. Anonymous,
    terima kasih, share cerita anda di sini.
    Tahniah, dan teruskan melakukan amalan yang wajib kita buat. Sebagai isteri, kita teruskan lah menjadi contoh yang baik pada anak-anak kita. Urusan suami yang tidak solat, kita serahkan pada Allah. Doa seorang ibu dan isteri pasti akan dimakbulkan, kerana Allah Maha Mendengar. :)

    ReplyDelete
  16. Suami sy juga tidak solat..lebih menyedihkan ibu bapanya ( mertua saya) juga selalu abaikan solat. Makcik pakciknya pon selalu on off solat..walaupon kat rumah.. Saya sedih. Saya pernah dimarahi dan suami protes kerana saya kejutkan dia supaya ke masjid utk menunaikan solat jumaat. Pernah juga ditimpa pelbagai masalah besar.. Anak masuk wad 5 hari dia x solat pon mohon berdoa kpd ALlah.. Mak ayah sy sendiri mcm kne tipu je dgn menantu sendiri, dia masuk bilik tukar kain pelikat, basah muka dan rambut kemudian keluar selepas 15 minit.. Kalau balik rumah ayah saya jika ada pula adik beradik lain yg smpi dulu dpt bilik tpaksa la tdo di ruang tamu..mnyebabkan dia resah gelisah dan mahu cepat balik...
    Smpi sekarang saya x habis2 memikirkan cara utk buat dia solat..

    ReplyDelete
  17. Tanpa Nama,
    terima kasih kongsi kisah anda di sini. Berdoa lah ya, dan jangan sesekali putus asa dari berdoa, semoga Allah bukakan pintu hati suami puan untuk berubah.
    Selamat hari raya dari Yati.

    ReplyDelete
  18. salam..nasib sy sama seperti "Tanpa Nama berkata 15 Ogos 2012 7:30 PG" suami jarang solat dan sll tangguh2 solat..mertua pun sama jarang solat..kdg2 rs menyesal kahwin dgn beliau..tp nk bt cane..dh jodoh..kalo ibubapa sy tahu dari dulu beliau cmni kompomlah di reject awal2..mmm masalahnye masa b4 kawin semua baik2 belaka depan mate...

    ReplyDelete
  19. Tanpa Nama,
    jangan berhenti berdoa semoga Allah bukakan pintu hati suami untuk solat. Fikir yang baik-baik sahaja, dan terus jalankan kewajipan sebagai isteri sebaik mungkin. Jangan putus asa, ya.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..
    Bila berbincang bab solat nie saya teringat seorang pakcik nie yang sejak kematian isterinya dia x pernah solat, puas anak-anaknya ajak dia solat dan anak-anaknya juga tak henti-henti berdoa utk ayah mereka namun pakcik nie tetap dengan pendiriannya yg x mahu mengerjakan solat. Beliau selalu menolak dengan baik jika anak-anaknya mengajak beliau bersolat. Kasihan dengan anak-anaknya namun mereka tidak pernah berputus asa dan selalu berdoa dan berbuat baik kepada bapa mereka. Bagi saya, ini semua ketentuan Allah s.w.t untuk memberi ujian kepada anak-anak pakcik nie..hanya ALLAH yang tahu bila pakcik nie akan berubah dan kenapa pakcik nie x mahu bersolat. Semoga kita akan menjadi seperti mana anak-anak pakcik nie yang senantiasa berdoa untuk ayah & ibu mereka dan tidak pernah berhenti berharap...kerana mereka yakin jika anak-anak berbuat baik kepada kedua ibubapa mereka ALLAH akan memasukkan keduanya ke dalam syurga...

    ReplyDelete
  21. Tanpa Nama,
    waalaikumsalam warahmatullah,
    terima kasih kongsi cerita di sini. Memang kewajipan kita berbuat baik dengan orang tua, walaupun apa saja sikapnya.

    ReplyDelete
  22. Tanpa Nama,
    setuju. Apa pun, setiap yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Wallahualam.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum.
    Rasenye kisah sayapun tak banyak bezanya dengan kisah2 diatas,Saya nikah dah 18 tahun anak lima orang,semuanya perempuan.Dulu suami ada jugak sembahyang jarang2,tapi sekarangni takde terus,ada juga tolong bagitau,ajak sekali dia kata sembahyang tak boleh paksa2.Suami saya masa sekolah menengah sek agama dan koleg pun yang ada bab2 agama gak.tak tahulah kenapa,kalu anak tanya ayang dah sembahyang ke.....dia kata dah-dah gi jauh.....,Untuk pengetahuan Kak Yati Anak saya yang sulung akan Ambik periksa SPM tahunni.Tapi Insya Allah saya berusaha agar anak2 tak tinggal solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak,
      jangan putus asa ye kak, doa supaya suami berubah dan solat. Yati punya anak sulung baru darjah 5. Semoga segalanya dipermudahkan untuk akak, dan terima kasih, sudi share cerita di sini.

      Delete
  24. Assalamualaikum.
    Kalau suami tak sembahyang, kita boleh doa semoga hati dia terbuka untuk mula bersolat.

    Tapi kalau kita nak bersolat pun dia halang macam mana? Malah pelbagai hal agama pun dia nak cuba pertikaikan, bila kita debat jadi bergaduh pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.
      Yati pun tak tahu nak cakap camana. Mungkin boleh minta nasihat dengan mereka yang lebih arif, seperti ustaz/ustazah kalau boleh. Tapi yang Yati tahu, kita harus taat pada suami selagi dia tak suruh kita melakukan sesuatu perkara yang mungkar, kan.

      Delete
  25. Sy anak ke4 dlm keluarga, sy dan mak sy je solat. adik beradik lain, bapa and aunt sy x solat. Bapa sy ego orgnya jdi sy x tau cmne nk jlnkan amar maaruf nahi mungkar. Sy hnya blh berdoa je. :(

    ReplyDelete

Terpaksa juga letak word verification ni, banyak komen spam masuk. Thank you, appreciate komen kawan-kawan. ^_^