Sunday, March 27, 2011

There's no place like home

Assalamualaikum...

Yati ada siapkan satu cross stitch hanging untuk seorang teman blogger. Hajar ada menjemput ke kenduri di rumahnya, tapi Yati tak dapat hadir. Tu yang Yati ingat, nak beri sesuatu as a gift. ^_^


Sudah selamat pun diterima oleh Hajar. 

Dah lama tak ke Kedah. Masa Hajar ajak, teringin nak pergi. Tapi atas sebab yang tak mengizinkan, tak dapat nak jejak kaki ke Kedah. 

Saje, nak jalan-jalan tengok kenangan lama. Dulu Yati sekolah rendah di Alor Setar. Selalu juga hujung minggu ke Sungai Petani, tengok kakak sulong yang waktu tu sekolah di sinun. 

Mungkin lain masa. 

Hari ni, tak tau nak cakap macamana. Jadi tension dibuatnya layan kerja sekolah Amirul. Amirul dah 2 kali tipu Yati. Yati kemas bilik Amirul hari Jumaat lepas, dia boleh sembunyi beberapa buku sekolah dia kat mainan dia dalam bilik. Ada la dalam 5-6 buku dia sembunyikan. Bila Yati tanya hari-hari kerja sekolah dah siap ke belum, dia kata, takde kerja sekolah. Rasa my blood go upstairs la bila tahu dia tipu kita. 

Kalau anak kurang cerdik kita boleh terima. Kan ke kita hantar ke sekolah untuk menuntut ilmu. tapi bila dia malas buat homework, hangin Yati satu badan. Bila kita check buku yang disembunyikan tu, nampak cikgu bulatkan page yang tak siap, tulis Incomplete! Ish ish... tak tau apa nak buat. Dah marah Amirul dah. Mama Yati suruh letak cili je kat mulut Amirul, sebab tipu kita.

Amirul, anak sulung Yati
Yati dah pun bagi peluang kedua pada Amirul. Tapi dia tipu kita buat kali kedua. Lepas ni, memang kena check setiap hari kerja sekolah dia. Definately no cartoon on Astro 611-615 lagi selagi homework tak siap. Hangin Yati sampai sekarang. 

Phew... tarik nafas... astaghfirullahalazim.....

15 comments:

  1. memang hangin kan Yati, anak2 kecik2 lagi dah pandai tipu kita. Yus pun sama...

    Tp sekali tu jelah Aqil pernah buat. Kalau buat lagi mmg hangin satu badan yus..

    ReplyDelete
  2. Kak Yus,
    ha ah la kak.
    Kita percaya kat dia. Pandai je dia tipu kita.

    ReplyDelete
  3. Comel benda hanging tu! Perangai budak2 memang camni lah, Yati...Anak2 lelaki saya pun buat cam tu tapi yang rugi dan seksa dan malu diorg sbb kena hukum dgn cikgu kat kelas. Bila kita marah/bebel, diorg tak dengar. Nasib baik lah yg pompuan tak cam tu. Rajin pulak buat homework!

    Kita bersabar je lah, Yati...☺

    ~Aisyah

    ReplyDelete
  4. Yatie..dugaan membesarkan anak..

    ReplyDelete
  5. nak tanya, kak yati pki benang brand ape ye? DMC mahal, Ondori dh tutup product...

    ReplyDelete
  6. selalunya anak ct bila ditanya dah siap keje rmh,bila check adalah aje yg tertinggal,kalau pening2 kepala pas aje hal ni kat ayahnya,baru diorang tahu,sbb kalau dngn ayah mmg tak ada maaf bagimu.....

    ReplyDelete
  7. anak lelaki yati mmg byk cabarannya..Farouk masa year 1 mmg buat akak hangin ttp alhamdulillah thn ni dia dh ok ckit...yati cuba bacakan Selawat 11X
    Alfatihah 1X
    surah toha ayat 1-5 1X
    n tiup kt dlm air bagi amirul minum..
    xpun yati ikut tips kt sini:
    http://4fn1mn.blogspot.com/2011/03/berkongsi-tip-kecemerlangan.html

    mmg kita trpaksa kena lakukan ikhtiar yg lebih utk mrk nie yati cz amirul anak yg pintar n brpotensi cemerlang ttp sikap dia buat kita agak hangin.....

    ReplyDelete
  8. lama dah xjahit cross stich ni..so sweet..
    anak2 nk membesar mmg byk kerenahnya, klau xsabo mmg ble tension dibuatnya..sabo je la kan..
    btw dah join contest berbasikal kat cni
    http://duniacontestku.blogspot.com/2011/03/aksi-si-cilik-berbasikal.html
    tq

    ReplyDelete
  9. Yati.. banyak2 sabar ek.. :D
    saya kurang pengalaman nak bagi nasihat... :D

    ReplyDelete
  10. hehe..thanks yati!!! suka tau sy..

    Amirul sorok h/work...?? lor..msti ada sbb dia xnk bt h/work tu, yati try la slow talk dgn dia nape dia xnk bt h/work, klu hjr mmg hr2 check h/work anak2, klu xsiap h/work hjr xkasi tidur tau, biar la tsenguk2 dpn buku pun hjr suh bt jgk, 1 lg hjr suka call cikgu anak2, senang tau dr mulut cikgu cmna peragai anak kita, maklum la hjr ni keja takut xde ms nk pantau anak kt luar..

    ReplyDelete
  11. amboi Amirul.. kakyong kena amik pelajaran ni.. walaupun fikri baru tadika, harus lah mbiasakan diri check beg sekolah dia... ;)

    ReplyDelete
  12. Kak Aisyah,
    Thanks kak. :)
    Yati sabor la ni kak. Budak pompuan selalunya baik kan. Yati ada juga tanya Amirul, cikgu dia tak denda ke, rotan ke, marah ke, tak buat homework. Dia kata tak pun. Ish, musykil bin ajaib.

    kak Erna,
    ye la kak. Macam-macam karenah budak-budak ni.

    Norh,
    ye, agak nakal. Harap Amirul akan berubah nanti.

    Jari Lentik,
    Yati pakai benang DMC. Tak pernah pakai brand lain. Memang harga sekrang dah 1.80. Tapi kat sini ada jual harga lama lagi. :)

    ct N Honey,
    bagus juga camtu. Bila penat check boleh pass kat ayahnya. Yati, tak leh pass kat sape. Bapak budak ni sibuk kerja je, balik dah malam. Ya betul, bila kita check, mesti ada yang tertinggal kan.

    Kak Nza,
    Yati dah noted down. Insya-Allah, Yati akan cuba amalkan. Terima kasih ye kak.
    betul kata kak Nza, memang kena ikhtiar lebih sikit. Lagi satu, sebab Amirul malas solat. Kalau dia jaga solat, Yati rasa sikap Amirul tak macam ni.

    Sari,
    thanks Sari. Sari pun boleh buat juga.
    Thanks join contest tu ya. Yati dah pun submit penilaian gambar pada Kakyong. Camana pun, juri ada ramai, bukan Yati sorang. Good luck Sari! :)

    Zila,
    ye, Yati akan terus bersabor. Mudah-mudahan Amirul akan berubah.

    Siti Hajar,
    sama-sama. Yati pun suka juga bila Hajar suka. :)
    Sudah slow talk dengan Amirul. Dia kata dia tak buat sebab homework cikgu bagi banyak sangat. Adakah logik jawapan tu?
    Bagus Hajar buat camtu, check homework anak dan pantau dengan cikgu dia orang.
    Yati hari-hari check buku dan bag dia. Tu pasal dia sembunyi dalam bilik dia, dia ingat kita tak leh jumpa agaknya. Tuhan nak tunjuk dia menipu, Yati boleh jumpa juga buku dia sembunyi tu.

    kakyong,
    ye kak. Biasakan lah mulai sekrang, walau pun cuma di tadika, untuk spend few hours a day, check kerja sekolah anak.

    ReplyDelete
  13. Yati...mmng bnyak cabaran dlam mndidik anak2..Mp pun sllu hangin satu bdan ngan anak2 ni..kdng2 sabar tu dah sampai thp maksima..Anak2 Mp pun sllu jugak mcm tu..asal jer tanya..tak de krja skolah..tapi ckg sllu kmplen dia tak siap krja skolah..

    ReplyDelete
  14. MulutPayau,
    ish ish... sabor, urut dada dengan karenah anak-anak ni ya.
    Yati percaya lepas ni Amirul tak buat lagi. Insya-Allah tak. Kalau buat juga, mungkin maknya jadi hulk pula lepas ni. Hihi...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea