Friday, March 11, 2011

Stitch-a-photo oleh Norsalfarina

Hari ni, Yati nak share satu projek stitch-a-photo oleh salah seorang regular customer Yati & Stitch, iaitu Norsalfarina.

Nor telah order pattern last year. Ini foto yang di email pada Yati.

Design ucapan untuk wedding.



Ini pula cross stitch yang telah siap dijahit dari pattern yang dihasilkan.



Cantik kan? Yati rasa suka sangat bila customer suka, dan Yati jadi beribu kali suka la.

Tahniah pada Norsalfarina yang berjaya jahitkan pattern tu! Tiada yang mustahil. Cuma perlukan kerajinan dan azam yang kuat saja untuk siapkan projek cross stitch.

Pada yang nak berkenalan, boleh la singgah ke blog Nor di Catatan Hati Mawarbiru. Nor ada cerita tentang projek cross stitch dan cerita hidup beliau di blognya.

Pada yang nak order pattern, sila la email Yati foto ya. Cuma RM25 sahaja. Hasilnya, memang cantik dan orang datang ke rumah semua mesti kagum tengok cross stitch gambar family, dan apa-apa gambar pun boleh la. 
Sekian.

P/S: Hari ni hari terakhir sekolah, sebelum cuti sekolah seminggu. Esok Amirul dan Hafizan akan ke KL, rumah aunty. Tinggal Sulaiman sorang.

17 comments:

  1. cantiknya!!!!!mmg sebijik dgn pattern tu.

    ReplyDelete
  2. Cute lah pattern tu! I love owls!

    ReplyDelete
  3. memang cantik! dari kiriman gambar dah boleh buat pattern pada crosstictch ye. amazing!

    ReplyDelete
  4. Yati.. teringat plak crossstitch akak yg lom siap tuh hahaha.. kengkonon nak tunggu semua siap barulah nak framekan hahaha

    wahhh asal cuti sekolah jer budak 2 org tuh tak lekat kat rumah yer... kesian sulaiman tinggal ngan ibunya jer kat rumah. Nanti sulaiman dah besar, boleh ikut sekali, mak ngan ayahnya boleh honeymoon hihihi. Anak akak dah siap telefon "mak" dia kat kampung. Suruh dtg KL. Mak tuh mak akak tp di akui sebagai mak dia jugak hahaha. takmo panggil wan.

    ReplyDelete
  5. cantiknyer..Suke tgk!

    Sama la mcm pic yg ori tu..

    Harga RM25 tu utk saiz besar mn Yati? Gmbr apa blh yer..

    ReplyDelete
  6. mak aaiiiii....sebiji pattern tu....excellent la yati...pinjam tangan ! hehehe

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak..

    cumil la...tenang je mata menatapinya

    ReplyDelete
  8. mmg cantik lah,apa tah lagi gambar owl,sayapun ada buat bantal busuk bentuk owl.
    http://cthoney.blogspot.com/2011/02/lobai-buat-birthday-party.html

    ReplyDelete
  9. cantik sunguh... cam nk tempah lak

    ReplyDelete
  10. memang cantik patern tu...

    tahniah pada nursalfarina.. berapa besar saiz cross-stitch tu yer...

    ReplyDelete
  11. Kak Nza,
    Terima kasih, kak.
    Tu la cabaran punya photo stitch tu kak. Nak bagi sama dengan foto sebenar. Kalau gambar kartun boleh la, tapi kalau foto manusia, challenging juga. :)

    Kak Aisyah,
    Thank you, kak! Suka owl ye? Cute kan.

    Kak Yus,
    terima kasih, kak Yus. Ingat ke, akak dah operate. Boleh, Yati boleh transfer foto ke pattern cross stitch. Apa saja gambar boleh.

    Kak Mila,
    hehhe... akak frame dulu mana yang dah siap. Takut kang kalau kita tak gulung dia dalam towel, nanti tinggal bekas kat kain kalau kita lipat. Frame adalah yang paling bagus untuk jaga cross stitch kita.
    Kak Mila... waaa... Amirul dah Hafizan baru diambil tadi. Sulaiman marah dengan Yati. Dia dah takde kawan. Hahahah... tak tau la, tengok dulu, bila Sulaiman dah potty train, mungkin boleh ikut. Hahaha... cuti sekolah, pakat panggil wan nya jaga Izzah ye. :)

    Siti Hajar,
    Terima kasih.
    Harga RM25 untuk pattern cross stitch. Tak kira besor mana pun. Kalau Yati tolong jahitkan cross stitch nya sekali, baru tengok berapa benang Yati guna. :)

    Joy,
    Terima kasih. Suka cross stitch juga ya.

    Rafidah,
    hehhhe.... orang tak tau, satu foto, kita kena telek berjam-jam nak hasilkan pattern. Bukan boleh convert suka hati je, benang pun kena check juga. Tapi hasilnya, memang berbaloi la.

    Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam Sahrom.
    Betul tu, bukan saje membuat, tengok cross stitch pun satu therapy tau. Cuba buat. :)

    Ct N Honey,
    Ha ah, Yati ada tengok dulu, bantal owl tu. Very cute!

    Nisa,
    terima kasih. Boleh, nak order pattern sahaja cuma RM25. Kalau nak Yati jahitkan cross stitch sekali, harga sekitar RM300++ (bergantung pada berapa banyak benang guna).

    Hanie,
    hehhe... tu la, owl comel kan.

    Kakyong,
    Terima kasih, kak. Tu la, kalau tak gigih menjahit, tak dapat la hasilnya. Tahniah pada Nor.
    Saiznya 64 cm X 45 cm atas kain lubang besor. (9ct)

    ReplyDelete
  12. thanks kpd sume yg menghargai crosstich saya ni. gigih wat crosstitch ni sbb nak hadiahkan pada adik..bila dah siap rasa lega btol. thanks kat kak yati sbb byk tolong masa nak tukar photo asal kepada chart..

    ReplyDelete
  13. mawarbiru a.k.a. Norsalfarina,
    tak payah cakap banyak la, tepuk tangan je. Clap, clap, clap! Syabas!
    ^_^

    ReplyDelete
  14. salam,

    kak yati..comel betul la..cute sangat owl tu. kalau rabbit pun comel jugak :)

    ReplyDelete
  15. UmmuFarhan,
    terima kasih. Ha ah, mungkin sebab owl dan rabbit ni macam chubby-chubby montel kan, jadi kita tengok pun geram dan cute. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea