Friday, March 04, 2011

Resepi kundas (Le' cucuq)

Selain cokodok, kundas ni, memang anak-anak Yati suka. Kalau cakap Perak, sebutan dia kundeh. Meh kita tengok camana rupa kundeh ni.

Bulat-bulat rupanya.

Di luar rangup, dalam lembut.

Resepi kundeh:

2 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1 cawan tepung gandum
Sebiji telor
Air
Gula secukup rasa. Kalau nak boleh dimakan begitu saja, 6 sudu besar gula. Kalau nak buat tawar pun boleh, kurangkan gula, cicah kundeh dengan sambal tumis, terangkat!

Cara-cara:
Campur semua bahan dalam mangkuk. Kacau sebati. Tambah air. Kepekatan adunan seperti nak buat cokodok. (tidak cair)
Goreng dalam minyak panas. Bila sudah brownish, boleh angkat. Sedia untuk dihidang.

Sekian resepi dari mama saya. Sedap dibuat untuk minum petang.

Jom kita tengok Sulaiman, dia demam hari ni. Cian anak mama.

Suka muncung mulut bila amik gambar.

Hari ni hari Jumaat! Yeh!

19 comments:

  1. salam yati,boleh gak akak cuba nanti.akak ambik resepinya ya..kalau buat tawar boleh cicah sambal tumis kan?.

    ReplyDelete
  2. Kak Anim,
    boleh kak, sila-sila.
    Memang syok cicah sambal tumis, atau gulai. :)

    ReplyDelete
  3. ada nama glamer tu
    le' cucoq.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Hanie,
    Hehhe... mesti, mesti.. :D

    ReplyDelete
  5. Kundeh? Baru first time dengar nama ni.

    Kesian Sulaiman demam ye. Cepat sembuh ye sayang..:)

    ReplyDelete
  6. Kak Yus,
    hehhe... resepi dari mama Yati.
    Sulaiman cakap, "Masih". :)

    ReplyDelete
  7. Xpnh sy tahu ada kuih tu, nti blh la try, resipi dh Yati bg tu...hehe

    alahai cianyer Sulaiman demam, cuaca sama kot, skrg ni panas & berhaba kan...

    ReplyDelete
  8. MIL akak pnggil kuntas n bentuknya pn lain...4 segi ttp rasanya bhn sama je kot..mmg sedap yati mkn dgn smbal tumis...tiba2 tringin nk makan.....TQ 4 sharing...

    kesiannya budak tomei tu demam...moga cpt sembuh ye....

    ReplyDelete
  9. Siti Hajar,
    sila, sila. Bahan nak buat pun tak banyak.
    Ye betul. Dah la budak ni suka main kat luor. Tu sampai demam tu.

    Kak Nza,
    Ha... nama hampir sama. Memang best kalau ada sambal tumis.
    Timasih kak. Sulaiman tu susah makan ubat. Bila bagi ubat, keluar balik. Dah sumbat ubat bontot petang tadi. Harap esok dah ok.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...
    Salam kenal. Tadi namapak kat rembau. Terus follow samapai sini. minta izin ye follow blog ni.

    ReplyDelete
  11. Kak Sam,
    waalaikumsalam...
    Akak dari blog kak Anim ya. :)
    Timasih follow Yati.

    ReplyDelete
  12. simple jer resepi ni...boleh try ni..TQ yer yati..brkongsi resepi....Tapi nama tu pertama kali dgr...

    ReplyDelete
  13. mula-mula baca tajuk ingatkan nama buah,oh..rupanya cekodok kata org n9 lah.bila tgk yg yati buat ni teringat cekodok air panas yg emak buat,pun sedap....cekodok yati ni klu ct buat kena letak gula sbb anak suka klu yg rasa manis2 ni.

    ReplyDelete
  14. Mulutpayau,
    Memang simple. Tak yah potong-potong bawang ke, menumbuk ke.. semua campak je. Resepi ekslusif ni, boleh la cuba. Resepi dari mak.

    ct N Honey,
    ha ah, betul. Untuk anak-anak, kena letak gula. Kalau kita yang tua ni, takpe tawar pun bole cicah sambal. Budak ni, tak minat sambal tumis. :)

    ReplyDelete
  15. wa..blog berwajah baru...u look blue la dear..cucuq tu nampak sedap je..cuba nyanyi sket..."kami dah pulang emak buat cucur mudah saja tambah air..." comel je sulaiman, w/pun demam...tu proses ank kuatkan antibodi tu..moga cepat baek ye

    ReplyDelete
  16. Epit,
    hehhe... lama dah tukor. Cuma ko je yang lama tak singgah blog aku. Kenapa profile ko not available? Susah skit nak jenguk blog ko.
    Cuba enable access to profile.
    Hehhe... tu lagu cucur segera dalam paket. Ni homemade ni, original.
    Sulaiman dah baik demam, alhamdulillah. Thank you, Epit. :)

    ReplyDelete
  17. yati..ingat masa yati buat utk bfast zaman kita duk kat palladium dulu...;o) -liza

    ReplyDelete
  18. Salam,

    Hurm, nampak sedap. Kak Yati, boleh tak kalau kita guna tepung gandum biasa n letak baking powder?

    Semoga Sulaiman cepat sembuh amin..

    ReplyDelete
  19. Liza,
    hahaha... dulu masa bujang, Yati tak reti buat. Dia tak jadi bulat, kan. Pastu tawar pula tu. Kena cicah sos baru sedap. Hehhe... rindu la zaman dulu.

    Ummufarhan,
    salam.
    agaknya, boleh. Sebab self raising flour tu pun adalah tepung biasa campur baking powder kan. Cuba UmmuFarhan buat ya. Kak Yati tak pernah try lagi.
    Terima kasih atas doa tu. Sulaiman Alhamdulillah, sudah sembuh demam. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea