Tuesday, March 22, 2011

Macamana buat pattern cross stitch sendiri

Assalamualaikum...
Tutorial ini mungkin berguna pada yang tak tahu. Pada yang dah tahu tu, layan je la ye.

Katakan, kita nak buat cross stitch nama anak. Kita tahu motif apa kita nak masukkan. Kita tahu nak berapa besar ukuran cross stitch kita. Kita juga tahu kain cross stitch apa kita ada. Formula untuk mengira bilangan kotak pada kain, panjang dan lebar adalah seperti berikut.

Ukuran hasil akhir (panjang dalam inci)  X berapa count kain kita = panjang dalam kiraan kotak
Ukuran hasil akhir (tinggi dalam inci) X berapa count kain kita = tinggi dalam kiraan kotak.

Contoh: Saya nak ukuran cross stitch saya bila dah siap ialah 5 inci panjang X 5 inci lebar.
Saya nak jahit guna Aida 14 ct.

Kiraan:
5 X 14 = 70 bilangan kotak pada kain (panjang)
5 X 14 = 70 bilangan kotak pada kain (tinggi)

Macamana kita nak tahu kain kita berapa count? Kira berapa banyak stitches dalam satu inci pada kain kita.

Saya dah tahu sekarang berapa besar cross stitch saya dalam kiraan stitches. Sekarang, boleh la mula proses melakar.

Kita perlukan kertas graf. Kalau tak ada kertas graf, boleh guna kertas apa saja yang ada kat rumah. Jangan ambik kertas buku latihan matematik anak sudah. Kertas A4 pun boleh. Macam Yati buat di bawah.


Buat kotak-kotak kecil. Dan tulis nombor mengikut kiraan kita tadi. Macam contoh ni, Yati buat kotak sampai 70 memanjang X 70 menegak.

Bila sudah siap kotak, sila pinjam pensel warna anak untuk lukis corak apa kita nak jahit. Proses melukis ni agak lama dan remeh. Sekejap kena padam, sekejap kena betulkan position sesuatu gambar tu, supaya balance orang tengok dan sedap mata memandang.


Masa ni juga kalau kita ada koleksi benang, boleh la bawa keluar, cuba matching sesuai ke tak. Ok ke guna color ni, macam-macam tone kan benang ni, banyak. Jadi elok kita perhatikan sesuai ke tidak.

Bila sudah puas hati, boleh la mulakan proses menjahit cross stitch sekarang. 


Benang cross stitch terdiri daripada 6 utas, atau 6 strands halus yang disimpulkan bersama. Jadi, macamana kita nak tahu berapa strands floss nak guna?

Ikut suka kita nak guna berapa banyak strand, terpulang pada camana kita nak cross stitch tu jadi nanti.

Tapi bagi Yati, panduan berikut boleh membantu.

Kain 9 ct : 6 strands
Kain 11 ct : 3 strands
Kain 14 ct : 2 atau 3 strands
Kain 16 ct : 2 strands
Kain 18 ct : 1 atau 2 strands

Ok, bila dah decide berapa strands sesuai, boleh la menjahit.


Sambil jahit, dengar Sinar FM, perkataan pertama di Sinar. Semalam ada orang menang 10 ribu. Hui... kalau makcik la, syoknya pi shopping!

Ha.... dah siap pun.


Boleh hantar frame kat kedai, atau ikut la nak buat apa. Contoh ni, untuk salah seorang customer Yati. Terima kasih, sudi order cross stitch dengan Yati. 

Harap tutorial ni dapat membantu mereka yang tak tahu. Selamat mencuba!

30 comments:

  1. rumit jugak kerjanya tu
    yela.. kalau terus jahit atas kain.. kalo senget kang kena lak bukak benang balik kan.. huhu..

    ReplyDelete
  2. ooowwwwhhhhh..... camtu rupanya..
    agak rumit, tapi bila tgk hasilnya, sangat puas hati.. :D cantik...

    ReplyDelete
  3. Neat tutorial, Yati!! Dulu waktu saya gila dgn x-stitch, saya siap beli software buat paten sendiri. Siap jual lagi sebagai 1 set. Tapi tute Yati ni cukup bagus utk yg nk buat paten simple kan? Well done!

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing kak yati :)

    ReplyDelete
  5. Hanie,
    ha ah betul. Untuk elak tetas menetas ni la kita kena plan dulu. :)

    Zila,
    Thank you Zila. :D

    Kak Aisyah,
    Thanks kak.
    Ya betul. Kalau ada software, senang la. Boleh skip banyak step di atas. Dulu...? Sekrang dah tak buat ke cross stitch? :D

    Eis,
    You're welcome, Eis. :)

    ReplyDelete
  6. wahhh ada tutorial yer... tak sangka plak boleh buat sendiri.. best design mendesign niiii

    ReplyDelete
  7. Salams sister, Your stitch work looks fabulous, great work.

    ReplyDelete
  8. kak Mila,
    boleh kak. Tak semestinya kena ada software untuk buat pattern ni. Asal ada idea, jalan... :D

    Umm Mymoonah,
    Salam. Thanks!
    And thank you, for dropping by here! :)

    ReplyDelete
  9. yatie..rajin yatie bagi tutorial..
    akak dah malas nak menjahit dah yatie.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kak

    walau saya tidak tahu akan hal mengenai kait mengait ini tapi saya kagumi hasil tangan akak..sangat berseni...keep it up ;-)

    ReplyDelete
  11. kerja seni yg mengasyikkan...boleh hilangkan stress.....

    ReplyDelete
  12. rumit gak ek yati...memerlukan tahap kesabaran gaban hehehe..apa2 pun, love your creation!

    ReplyDelete
  13. Kak Erna,
    saje, dah terlanjur buat, tiba-tiba rasa nak buat tutorial sekali. Lagi pun sebab ada orang email, tanya. Tu Yati buat. :)
    Takpe la kak. Mungkin kak Erna boleh buat hobi lain. Akak kan terer masak. :)

    Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam.
    tima kasih Sahrom! Dah minat akak.

    Kak Nza,
    betul, betul, betul! :D

    Rafidah,
    thanks Fida. Memang agak rumit sikit. Itu pun bila kita caj RM30, ada juga orang kata mahal. Huhu... dia orang tak tau kita berjam mengadap benda tu, dengan harga benang, kain lagi. Sabor je la.

    ReplyDelete
  14. kak..saya baru nak mencuba buat cros stitch ni..dulu mak saya ade buat,tapi dah lama sgt,dia kata nak buat satu gambar tu hampir dua tahun baru siap,mana tak nye sebulan sekali baru sentuh..saya pon tak tahu tetiba je teringin nak buat..nnti kalau dah siap satu hasil kerja tngan saya ,saya tunjuk kat akak ye,and nnti akak komen la..

    ReplyDelete
  15. Nor Huda Hayati,
    ooo. mesti mak ada ajar kan cross stitch. Cuba la buat. Happy stitching! :)

    ReplyDelete
  16. mak tak ajar pon kak...mak kata jahit pangkah2 tu je...masa tgk mak buat dulu pening kepala je tgk..time tu masa saya sekolah rendah kak

    ReplyDelete
  17. tutorial yg bagus Yati.. thumbs up..

    dulu masa ade printed, kakyong rajin juga print kertas graf online... ;)

    tp memang kena gigih & penuh sabar nak buat patern comel2 ni...

    ReplyDelete
  18. Nor Huda Hayati,
    oh ic.. dah lama dah ye. Takpe boleh buat punya, senang je. :)

    Kakyong,
    tima kasih kak.
    ye la kak. Kena rajin je. :)

    ReplyDelete
  19. nice tutorial yatie.
    good try.
    kebetulan baru mlm tadi aida pegang jarum semula sejak dpt pindah balik melaka hi hi hi...
    mood da dtg dah....

    ReplyDelete
  20. sangat2 bermanfaat. saya je yg x rajin. kalau nak buat pattern nanti tempah kat yati je la. huhu...jenis x sabar. mau separuh jalan, tinggalkan je.

    tq yati atas tutorial yg bagus.

    ReplyDelete
  21. wah..bagus2, dulu minat x -sticth. skrg dh tak larat.ada satu yg besar tu, tak siap2..huhu

    ReplyDelete
  22. Aida,
    lama tak singgah blog Aida. :)
    Thanks Aida, niat nak share sedikit ilmu yang Yati tahu.
    Mood dah datang? Waiya... chaiyok, chaiyok Aida!!

    Natasha,
    boleh... nak tempah pattern dengan Yati lagi senang keje. :D
    Thanks Natasha, sudi baca dan singgah blog Yati.

    Ayu,
    takpe... nanti bila dah tak pening-pening dan mood ada mari, boleh la sambung UFO tu. :)

    ReplyDelete
  23. setahu saya, ada software computer nak buat cross-stitch sendiri... software tu boleh convert kan dari gambar ke cross-stitch dgn hanya tekan beberapa butang...

    pastu print keluar... cuma nak jahit bagi siap tu tak mampu nak tahan... kesabaran kena byk :))

    ReplyDelete
  24. Jari Lentik,
    ya betul. Tutorial ni berguna untuk buat pattern simple. Untuk gambar orang dan pemandangan, sudah tentu la kena guna software. :)
    Boleh jahit photo stitch tu. Cuma kena rajin dan azam yang kuat, kan.

    ReplyDelete
  25. sy ada gak buat cross-stitch dulu2... pki design kertas merah tu, naik juling biji mata...

    lepas benang DMC naik rege, dh x buat dh... jarum2 cross-stitch ada lagik dlm simpanan... beratus2 btg...:)

    ReplyDelete
  26. Jari Lentik,
    hehhe... pattern kertas merah tu memang susah sikit nak baca kan. Kecik-kecik sangat simbolnya.
    Wah, kalau tak guna jarum-jarum tu, dan masih dalam keadaan baik, boleh la lelong murah-murah second-hand. :D

    ReplyDelete
  27. salam.. tens for sharing this.. sebelum ni sriously sy blur camne nak kira panjang n lebar dalam inci sbb sy convert photos dgn 1 website tp so confuse camne nak choose inci dan jenis count tuk kain.. Awk dah membantu sy.. thanks a lot.. ;)

    ReplyDelete
  28. Anonymous,
    nape tak tinggalkan nama? :)
    Sama-sama. Suka saya dapat kongsi ilmu dengan anda. :)

    ReplyDelete
  29. salam 'alaik... kak yati, nak tanya... saya baru nak cuba buat cross-stitch. untuk orang yang tersayang. jadi, nak mulakan tu saya tahu, tapi nak matikan jahitan tu macam mana pulak... :) terima kasih atas jawapan yang bakal diberikan nanti... :)

    ReplyDelete
  30. Musafirah Pujangga,
    Nak matikan jahitan, selit saja baki benang di bawah jahitan yang kita pernah buat. (bahagian belakang)
    Saya selalunya selit dalam 5-6 kotak. Kalau kita tak cungkil dia keluar, jahitan tu secure.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea