Friday, March 25, 2011

Hadiah dari Kak Su

Assalamualaikum...

hari Rabu petang, Yati terima parcel, dari Kedah. Hadiah dari Kak Su a.k.a. Mamasyaza. Baru-baru ni, Kak Su ada buat teka-teki di blognya, dan Yati berjaya jawap dengan betul! ^_^


Ini la dia hadiahnya...


Bag! Yati tak perasan Kak Su tulis bag di pos laju slip tu. Bila Yati buka dan tengok bag, speechless dibuatnya. Yati tak pernah terima hadiah bag dari sesiapa selama ni. Terharu!

Terima kasih Kak Su, bermurah hati bagi hadiah yang bernilai ni. Cantik! Ada ribbon scarf. Tiada poket di dalam, hanya satu compartment, tapi memang sesuai la untuk Yati yang bawa banyak barang bila keluar.

Thank you so much, Kak Su!!! Yati suka!!!

Semalam Yati tak online satu hari. Ambil time-off, nak buat order cross stitch. Lagi pun, Encik Abe outstation ke KL. Jadi kena take over semua kerja Encik Abe, uruskan anak-anak, hantar dan ambil Hafizan. Amirul, minta tumpang jiran rumah depan tolong hantarkan, anak dia pun sama sekolah dengan Amirul.  Phew... minggu yang sangat sibuk. Tapi takpe, hari ni dah hari Jumaat!!!

Lepas ni nak pergi masak kejap, lepas tu baru Yati dapat check email dan blogwalking rumah kawan-kawan ya. Pada para customer saya yang sedang tunggu apa-apa, harap bersabor ya!

Take care everyone!

17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bestnya Yati dapat byk hadiah!!... Hadiah dari akak yang tak sampai2 lagi... heheheeeee tungguuuuu....

    ReplyDelete
  3. mmg suka kalau dpt hadiah dari orang,rasa diri dihargai....

    ReplyDelete
  4. tahniah.. mmg cantik la beg tu!!

    ReplyDelete
  5. Kak Aisyah,
    Terima kasih kak. :)

    Kak Nisa,
    akak dah bersalin kan? Dah lepas pantang ke belum? Nanti Yati singgah blog kak Nisa ya.
    Takpe kak. Yati faham. Take your time, kak Nisa. :)

    ct,
    betul, betul, betul! ^_^

    Rafidah,
    Suka, suka! Can't stop smiling since 2 days ago! :D

    Manis,
    Terima kasih. :)

    ReplyDelete
  6. sukanya dapat hadiah..:):):)
    pastinya dapat menggembirakan hati:)

    ReplyDelete
  7. Pn Kartini,
    Ya, betul. Hati berbunga-bunga. :D

    ReplyDelete
  8. Cantiknyer beg yg Yati dpt tu..warnanyer lembut je, sesuai klu Yati bwk jalan2 tu, blh isi brg byk2..hehe

    ReplyDelete
  9. Siti Hajar,
    ha ah, muat la kalau isi pampers, botol susu Sulaiman, semua. Hehhe..

    ReplyDelete
  10. Yati,
    tumpang gembira dengan hadiah tu... cantik Yati.. sesuai la utk ibu2 mcm Yati... tahniah... ade rezeki tu...

    skaf tu menjadikan beg tu nampak gorjes..

    ReplyDelete
  11. TAHNIAH!!!! memang cantik beg yg yati dapat tu..hehehehe jeleessss jugak...

    ReplyDelete
  12. Kakyong,
    tima kasih kakyong. Yati pun tak sangka. Rezeki, kan.
    Betul, scarf tu beri kelainan pada bag. Balik rumah mama Yati semalam, mama pun kata, amboi, lawa bag. Hehhe...

    MulutPayau,
    timasih MP. :)
    Takde apa nak dijeleskan.

    Farrah Hasna,
    betul, suka! :)

    ReplyDelete
  13. Tahniah....cantiknya,ada ribbon scarf lagi.

    ReplyDelete
  14. CempakaKuning,
    terima kasih. Itu la, cantik bagnya. Suka! ^_^

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea