Tuesday, March 29, 2011

Fishing

Hari Sabtu lepas, kami balik rumah mama Yati di Lumut. Pulang semula ke rumah kami on the sama day, lewat petang. Malam dah flat, semua tidor.

Hari Ahad pagi, seperti biasa, Amirul ada taekwando. Untuk grading hari tu, Amirul lulus! Dapat naik ke belt hijau 2! Alhamdulillah.... Lepas balik je taekwando, kami pulun Amirul buat homework dia tu. Banyak.... ! Ha, duduk la situ, siapkan kerja rumah tertunggak. Selagi tak siap, tak boleh keluar jalan mana-mana.

Akhirnya Amirul siap juga homework dia petang Ahad. Jadi lepas Asar, baru dapat makan angin. Tiba-tiba Encik Abe bawak keluar batang pancing dia, kata dah lama kita tak pergi mancing. Jadi, apa lagi.... projek pancing la kami.

Singgah ke kedai ikan dan binatang peliharaan di Tronoh, beli cengkerik seringgit (dapat 25 ekor), beli tali pancing, batu pancing dan mata kail. Semua RM5 sahaja.

Tempat pancing kat sini belambak, lombong bersepah. Kami pilih untuk pi lombong on the way to Tanjung Tualang. Tempat lain ada, tapi semak samun lagi, takut ular, sebab bawak budak juga.

Kami tak pernah pergi pancing tau. Encik Abe tu, seumur hidup dia, tak pernah dapat ikan, walau pun 5-6 tahun lepas Yati hadiahkan dia batang pancing tu, sebab tengok macam minat memancing.

Cengkerik untuk umpan tu sangat besar, ok. Macam lipas. Jadi, urusan pasang umpan diserahkan pada Encik Abe. Tengok.... kami berjaya dapat ikan! Yati la yang rasmikan dulu, dengan ikan pertama.

Punya la excited anak-anak Yati. Jakun, tak pernah mancing satu, tak pernah dapat ikan satu. Menjerit-jerit, excited. Orang lain yang ada pancing sama kat situ tengok je. Mesti dia marah sebab kami buat bising. 

Ikan pertama, kedua.... Yati yang dapat pancing. Kecian abangku... Yati dulu masa kecik, selalu ikut mama Yati pancing kat sawah. Walau pun Yati tak pernah dapat ikan, tapi Yati tau la basic sikit. Dulu, Yati guna pancing buluh tau. Bukan macam batang pancing sekarang, kena pusing-pusing tu. Ikat batu tu kena betul, kalau tak, tak rasa bila ikan tangkap umpan tu.

Akhirnya, abangku berjaya juga tangkap 2 ekor dan Yati 3 ekor. Senyum sampai ke telinga, sebab tak pernah dapat ikan sebelum ni.

Berikut hasil tangkapan kami....

Ikan flower horn spesies talapia, kata kaki pancing kat situ. Tengok kat badan ikan tu, ada corak macam ikan flowerhorn, cuma bentuk ikan je lain.


Ikan besar tu, Yati tangkap tau! Huhu... seronok rupanya pancing ni. Rasa teruja, rasa seronok bila ikan tangkap umpan kita.

Tak lama pun kami pi mancing. Sebelum maghrib dah sampai rumah. Tak sempat nak termenung pun masa pancing tu. Ikan lombong tu semua sangat cepat. Bila baling, tarik. Kalau lambat tarik, habis umpan dia makan. Sangat pandai la ikan lombong.

Bila dah sampai rumah, dah nyawa-nyawa ikan dah. Budak-budak pi bagi makan roti, sambil main-main ikan tu.


Dah selamat pun Yati goreng semalam. Kena cuci 2 kali waktu siang ikan ni. Sebab agak berlendir, tapi lendir kurang sikit banding ikan  keli tu. Sekali cuci dengan tepung, sekali cuci dengan asam jawa. Goreng pun sedap. Tulang tak banyak, macam ikan kembung la.

Oh, nak tengok batang pancing Yati? Ni dia...

Tali pancing dengan mata kail dan batu pancing.


Yati tak tau guna batang pancing yang moden ni. Pakai tali pancing gulung kat botol kosong je. Tapi hari tu masa pi kedai ikan apek Tronoh tu, ada jumpa batang pancing 25 ringgit je. Murahnya. Apek kata, untuk pancing udang dan ikan kecil-kecil ok la. Kalau ikan besar boleh patah. Rasa macam nak beli pula.

So begitu la ceritanya. Bila dah dapat ikan, semangat la nak pergi mancing lagi lepas ni. Hihi....

21 comments:

  1. amboi bestnye..adek nurul pun kaki pancing gak..la ni je minat pikat burung..

    nurul kadang pegi gak mancing udang hehe best tau..tapi xpandai tarik selalu lepas je udang..ish geramm..

    ReplyDelete
  2. Bestnye!! Masa dulu, saya pun suke sgt gi mancing! Guna batang buluh je. Umpan pun kekadang cacing(ni org lain yg letak,k..sbb geli!)kekadang uli tepung&air. Skang, suami yg tukang pancing. Memang hobi die. Selalu jugak dpt ikan besar2. Kalau minat nk mancing sini, bgtau je!

    ReplyDelete
  3. hai jaga-jaga...memancing ni boleh mendatangkan gian tau...heee

    ReplyDelete
  4. salam kak..
    lama x jenguk..bz skit kak..bestnye pegi mencing...macam2 idea akk ngn suami erk...ade je bnda nk wat..bagus tul

    ReplyDelete
  5. SewLove aka Nurul,
    ooo ye ke.
    Mancing udang kat kolam je la, yang kita bayar sejam tu. kat sini ada. Hehhe... tak pun, mancing kat pasar, confirm dapat udang. Hehhe... gurau je ya Nurul.

    Kak Aisyah,
    hehhe! Sama la kita!!! Seronok!!! Yang pakai tepung dan air tu pun ada orang cakap, bagus. Next time boleh cuba, tak yah beli cacing ke, cengkerik ke kan. Untung la kak Aisyah, dapat ikan besor, tak yah pi market dah. :D

    Sham,
    hehhe.... macam dah tersangkut dah pun cikgu. Weekend ni nak pi pulak la. Hihihi....

    Mar aka Ayong,
    salam Ayong. Lama tak dengor citer. Busy ya? Oooo.. sian budak-budak, hari lain sekolah, buat homework, jadi hujung minggu la bole bawa jalan, release tension sikit. :)

    ReplyDelete
  6. Tak pernah seumur hidup saya memancing....

    Baca ni macam seronok je

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    Rajinnya. Fishing?? ooo tidak..

    ReplyDelete
  8. a kl citizen,
    ye ke cikgu? Cuba la. Seronok tau. Saya sendiri pun tak sangka, aktiviti yang menyeronokkan dengan anak-anak.

    Kak Sam,
    waalaikumsalam kak.
    Nape kak? Tak suka fishing ya? Ke, ada pengalaman buruk ni dengan memancing. Hehhe...

    ReplyDelete
  9. yati,seronok bawak anak memancing kan? hehe

    suami saya kaki pancing. adoi x tahan kalau dah keluar pancing. sekarang ni je dah kurang, tu pun sbb sibuk. hehe.

    yati pancing bottom ya? (baling umpan, pastu tunggu ikan makan?)
    kalo nak adventure sikit, try casting (memancing ala-ala campak2,patu gulung tu)try guna gewang pulak. x payah geli2 pegang cacing ke katak ke. boleh sepuluh kali baling, x hancur2. kecuali la dpt kat ikan yg ganaz, sekali dia rentap,putus tali, nangis la. hehe.

    yg pasti, saya x gemar mancing! cukup la zaman belum ada anak teman cik abg.huhu.

    ReplyDelete
  10. ct mmg tak pernah gi memancing,nasib baik suami tak minat memancing,kalau x takut tak ingat rumah pula nanti...

    ReplyDelete
  11. wa...xsangka ko suka mancing...sekali pancing dah dapat ikan besor, haruslah ko beli batang pancing tu put

    ReplyDelete
  12. Bestkan pancing ikan ni Yati, sy klu blk kg suka gak pancing ikan tp km pancing ikan kat kolam ikan FIL je, letak je trs dpt ikan tau...hehe..sbbnyer FIL klu tahu km nk blk dia xkasi ikan2 dia tu mkn, biar lapar jd bila km blk letak je pancing trs ikan tangkap..hehe

    ReplyDelete
  13. bestnya yati...lagi best bila dpt ikan besar2..mmg berbaloi2....

    ReplyDelete
  14. amboi mike..sukenya memancing..teman surrender le bab ni.. larikkkk..

    ReplyDelete
  15. yatie..patut yatie sronok sebab dapat ikan..akak pun pernah cuba mancing..tapi iakan tak minat ngan pancing akak..tak dapat ikan pun..

    ReplyDelete
  16. macamana boleh lagi terer dari kaki pancing nih?
    hihihi
    pasni yati dah takyah beli ikan kat pasar la ;)

    ReplyDelete
  17. Natasha,
    ye, memang best pi mancing satu family. Kecoh habis dengan budak-budak ni bila dapat ikan.
    Ye ke Natasha. Ni mesti sekali pergi pancing, bermalam sekali ni.
    Yati sendiri kurang pasti dengan istilah-istilah memancing ni. Tapi ye, Yati baling umpan, tunggu ikan makan. Yati rasa macam pernah tengok kat tv orang mancing cara casting tu.

    Ct,
    hehhe... kalau dia mancing, ikut la sekali. Kalau laki kuor sorang, tak sah kalau tak lama kan.

    Epid,
    ye la, ye la, nanti aku beli. Mana tau, dapat ikan lagi besau. :D

    Siti Hajar,
    hehhe... baik FIL Hajar. Yati rasa ikan kat lombong tu pun lapor juga, sebab sekali baling, tak sampai seminit dah rasa ikan makan.

    Kak Nza,
    betul tu kak. Dapat ikan besor, tak yah beli ikan kat pasor malam lagi dah.

    Sari,
    teman pun baru suka je. Dulu pun tak berkenan juga. Saje, dari dok rumah, teman Encik Abang mancing. tengok-tengok syok pula.

    Kak Erna,
    jangan putus asa kak. Cuba umpan lain pula, mana tau adda rezeki.

    Hanie,
    hehhe... kalau dapat banyak ok aaa, tak yah pi pasor. Ni dapat 5 ekor, satu hari makan dah habis.

    ReplyDelete
  18. wah wah yati..
    kalo rajin mancing, tak yah beli ikan kat pasor dah.. tp anak2 kakyong ni kan, tak reti layan ikan sungai.. dah byk kali goreng.. tp depa buat derk jer... huhuu

    ReplyDelete
  19. teringat masa2 kecik2 dulu, g mancing kat sungai pahang, pakai joran batang salak. kalau time banyak ikan boleh dapat sebaldi kecik tuh, dah banyak sgt, kitorg wat pekasam or salai jer ikan tuh... aduhhhh lamanya tak makan ikan salai

    ReplyDelete
  20. Bestnya....dulu masa kecil2 selalu memancing kat sawah.masa tu dok kat Sekinchan.guna pancing buluh aje....ikan yang selalu saya dpt ikan puyu dan haruan.

    Bila baca en3 Yati teringat pulak zaman dulu2.hehehe...

    ReplyDelete
  21. Kakyong,
    hihi, betul, betul. Save bajet sikit ye kakyong. Oooo ye ke. Hmmm... ajar je la kot slow-slow. Anak Yati pun dulu tak makan, tapi bila kita suap dia, baru depa tau sedap. Ikan keli, talapia, boleh je.

    Kak Mila,
    Peh... kak Mila ni mesti terer memancing ni. Pakai joran batang salak tu. Tak yah beli batang pancing mahal-mahal tu yek. Ikan salai tak nampak dah orang buat atau jual. Ikan pekasam ada.

    CempakaKuning,
    Eh, sama la kita. Yati masa kecik pun pancing kat sawah juga. Pun guna pancing buluh je. Hihi... Wah, ikan puyu dan haruan best yek. Yati dulu dapat ikan sepat je.
    Itu la, kenangan masa kecik, best kan.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea