Tuesday, March 01, 2011

An evening in Tepeng

Ate... dah ke Kuala Kangsor, singgah le ke Tepeng. Bukan jauh pun. Last week, kita orang pi. Nak cari tempat makan, tak tau. Kami pi Tepeng semata-mata nak pi Lake Garden. Tu je. Posing je la kat Lake Garden tu.

Camera tak boleh amik gambor luor rumah. Jadi, guna camera handphone Encik Abe. Telepon antik, edisi pertama handphone yang ada camera. Layan je la ye, walau pun gambar cinonet dan kurang jelas.

Yati dan anak-anak. Amirul di belakang, Hafizan di kanan Yati dan Sulaiman di kiri Yati. Oh, gumuknya aku!

Lepak-lepak sat kat tepi tasik tu. Di bawah pokok besar yang rendang tu.

Encik Abe with the kids. Senyum bukan main lagi Abe...

Yati suka pokok tu!
Entah la, dari dulu lagi, suka benor duduk bawah pokok. Lagi-lagi, pokok besor. Rasa aman je.

Mak Yati kata, pokok tu dah berpuluh tahun dah. 
Macam pokok dalam citer Lord of the Ring (2) tu pun ada. Jangan la ditebang pokok ni, sayang kan. Kalau trim sikit-sikit takpe. Dia punya dahan dia, membengkok ke arah air tasik.

Rilek bawah pokok.

Sape pula amik gambor ni? Jauh bebenor, muka pun tak nampak. Dalam gambor: Amirul dan Yati.

Yati, Sulaiman (berdiri) dan Hafizan.

Lepas lepak di Lake Garden dalam 10 minit, hujan pun turun. Perut pun berbunyi. Singgah le makan malam di kedai tepi jalan. Memang banyak orang jual durian wei... kiri kanan jalan ada. 

Kat tepeng tu, orang kata, ada mee udang sedap. Tapi kami tak tau kat mana. Ni baru kali kedua ke Tepeng bawak anak-anak. Jalan pun tak tau. Tercangak-bangak tengok signboard.

Tak singgah zoo pun. Tak sempat, hari dah nak gelap. Next time je la ye.

Sekian cerita di Tepeng. Yati nampak gemuk tak? Dah turun 3 kilo. Memang la tak banyak pun 3 kilo tu. Tapi, Yati dah berat 68 kg since lepas beranak Sulaiman lagi. Tak turun-turun, walau pun 1 kilo. 

Tapi, sejak berjogging tu, berat Yati sekarang dah 65 kg. Ok tak? Itu pun lepas makan banyak rumah mama Yati. Sebelum makan, 64 kg. Saya suka, hilang 3 kg! 

Itu pun, makan, Yati still makan macam biasa, makan nasi lagi. Kita kurangkan pelan-pelan la. Itu pun, jogging cuma hari sabtu dan Ahad, kalau Encik Abe bawak. Kalau tak, hari Ahad je jogging. 

Kalau jogging 3 kali seminggu dan regularly, selama setengah jam, mesti lagi kurus kan. Hehhe... long way to go... untuk dapatkan berat ideal. Malaysia boleh!

Babai and take care semua!

15 comments:

  1. alahai, mmg cinonet gambarnya Yati. Tak puas tengok..hehe

    Go, Yati go. Boleh turun lagi tu. Kak yus pun nak turun lagi sikit, Jumaat lepas masa di hospital timbang 60.5kg. Harap2 dapat turun bawan 60kg...:)

    ReplyDelete
  2. sskali kluar tenangkan fikiran...lapang la ckit rasakan.....

    ReplyDelete
  3. caiyok,caiyok,semoga dpt menguruskan bdn.rajin betul berjogging,kalau ct dah tua2 ni tak larat dah nak berjogging

    ReplyDelete
  4. akak pun dah lama tak ke taiping, bwk anak jln2

    ReplyDelete
  5. Kak Yus,
    hehhe.. tak leh besorkan gambornya kak, sebab original nya kecik. camera hp zaman tok kadok.
    Wah, timbang di hospital? Kak Yus lagi ringan dari Yati. Marilah sama-sama turunkan lagi yek!

    Kak Nza,
    ye la kak. Tengok pokok, tengok orang, release sikit tension dok rumah je, jaga anak.

    ct N honey,
    Timasih! Ikutkan hati, tak larat juga jogging, tapi nak jaga kesihatan, kena la exercise skit, betul tak? :)

    Kak Su,
    Mai la Tepeng! :) Tapi Kak Su kat kedah pun banyak tempat menarik kan. Nak mai sini jauh pulak.

    ReplyDelete
  6. Sy pn sllu g Tepeng, best lepak2 kat tasek tu kan, hr tu sy p xsempat p zoo sbb hujan lebat bangat..

    Mee Udang kat Tepeng yg sedap kat Kuala Sepetang nu, Mee banjir udang, udang fresh2, Jalan2 cari mkn pn pnh p sana, sedap!

    Alahai tecitnyer gambo, ku tenung2 ttp xnmpk...huhu

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak..ada singgah zoo taiping ke?? nyaman je tgk suasana taman kat taiping nie kan

    ReplyDelete
  8. Siti Hajar,
    ooo ye ke, selalu ke Tepeng ye. Memang. Orang kata kat Tepeng tu, petang je hujan. Hujan lebat pulak tu.
    oooo kat Kuala Sepetang ye. Hari tu ada nampak signboard pi sana kat simpang. Next time boleh try!
    Hehhe... maap le. Amik gambor guna camera zaman dulu, tak leh resize. Bila besorkan, dia jadi stretch, lagi kurang clear.

    Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam. Amboi, lama tak mai sini. :)
    Tak singgah zoo pun. Hujan waktu tu.
    Betul tu. Boleh tenangkan fikiran la, pi Taman Tasik Taiping tu.

    ReplyDelete
  9. kenapa tak melawat sekolah ai?
    keekeke

    next time naik bukit larut skali
    katanya da ada tanam bunga tulip kat ateh nun

    ReplyDelete
  10. Hanie,
    hari hujan. Dan dah petang. Tak sempat nak tawaf kawasan situ. :)
    Bunga tulip? Ye ke? Sebab sana hujan memanjang. Kena tunggu hari cuti, pagi-pagi pi. Baru best, kan.

    ReplyDelete
  11. caiyook yati... mesti boleh...

    adeh bila la nak ke tepeng ni.. dah byk kali ajak en ayah ke lake garden tu... huhuu

    ReplyDelete
  12. Kakyong,
    terima kasih! Sedang usaha lagi ni. :)
    Takpe kakyong. Ada rezeki nanti, sampai la ke sana. Tak jauh pun kakyong. Makan angin, sat je sampai dari kuala tu.

    ReplyDelete
  13. bestnya lepaking di tepeng..sungguh aman damai.
    wahhh....yati mesti lepas ni fit and steady kalau buat regular eksesais..tapi mcm saya..nak mula tu adeiii..malasnyaaaaaaa

    ReplyDelete
  14. yati... cinonit nye gmbar.. camner nak kata gemuk? hehehe.. saya pun try gak kurangkan makan nasi.. tp masalahnya, kalo tak makan nasi, makan benda lain yang banyak.. last sekali ambilan kalori kita mungkin sama jer atau bleh jadi lebih... huhuhu...

    rajin yati joging.. teruskan ek.. kalau x dapat turunkan berat pun, dapat sihatkan badan.. hehe...

    ReplyDelete
  15. Rafidah,
    ya betul... rasa tenang je dok sana, Fidah. Udara pun segar, banyak pokok. Bukit pun dekat.
    Hehhe... Fidah takpe, dah slim. Yati ni, kena kerja keras sikit. Orang kembang. :D

    Zila,
    hehhe... nak buat camne, gambor tak leh nak besorkan.
    Hehhe... Zila ni pun slim juga, tak perlu tak makan nasi. Nak makan oat pun takde selera, ye tak.
    Ha ah. Bila nak start, malas. Bila dah mula jogging, rasa seronok pula. Rasa lebih ringan badan. Zila cuba la! :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea