Saturday, March 12, 2011

Cerita hari jumaat

Amirul dan Hafizan takde. Dia orang pergi KL dengan opah dan tok. Sulaiman bising-bising tadi, marah Yati. Dia tak nangis, tapi mulut muncung panjanggg...


Semalam hari Jumaat, Yati tak online sangat. Lepas solat Jumaat, Amirul ada grading (test taekwando) kat sekolah lama dia. First time dia buat grading hari Jumaat. Selalunya, hari Sabtu atau Ahad. Encik Abe telah pun apply cuti awal, senang sikit nak pi tengok anak.

Amirul... haip!


Ramai juga ibubapa yang tunggu anak. Tengah test, hujan turun. Nasib baik dok bawah bumbung.


Kalau Amirul lulus grading ni, dapat naik ke tali pinggang hijau 2. Tak tau la camne, tengok Encik Master Pemeriksa tu masam je muka dia, garang.

Ok.. hari ni hari Sabtu. Jom jogging jom, petang ni. (kalau tak hujan). Kalau hujan, kita kuak lentang atas katil je la. ^_^

24 comments:

  1. yatie..cantiknya muka sulaiman yang tengah moncong tu..
    hujan ke tidak..petang ni..memang nak kuak lentang jugak..he he..

    ReplyDelete
  2. Kak Erna,
    hehhe.. cantik ke.. rasa macam nak cubit pipi dia, kejap-kejap muncung mulut tu.
    Selamat berkuak lentang kak! Hari minggu la boleh beristirehat kan. :)

    ReplyDelete
  3. wah amirul.. chaiyook...
    cuti sekolah g KL ya... bagus nya dpt la jalan2..

    dah 2 hari ujan.. pagi2 mendung.. semalam kain tak kering.. ahri ni gigh sidai atas segala pagar yg ade... huhuu


    n3 terkini kakyong.com
    Daftar & dapatkan gravatar anda
    Andiya Adira si budak kuat nangis
    Belle of Feb 2011 bagi blog § notre belle histoire §

    ReplyDelete
  4. good luck Amirul...chaiyok chaiyok...insy'allah, yakin boleh :)

    ReplyDelete
  5. bagus kecik2 da blajar taekwando..nurul dulu blaja silat tp dah lupa hehe...

    ReplyDelete
  6. Yati cni dh start ujan daaa...huhu

    amboi pjgnyer moncong sulaiman, kasi pendek ckit tu, tp ttp comel sulaiman ni, mcm muka Yati sejibik...hehe

    Gd luck Amirul!

    ReplyDelete
  7. comel..comel! kiss jek dia tu.. hehehe...

    ReplyDelete
  8. Walau muncung, Sulaiman tetap encem... kan Ibu kan.... :D

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..
    Bestnya tengok bebudak teakwando. Ingat nak antar jugak le si alif tu.

    ReplyDelete
  10. anak ct cuma dapat tali pinggang kuning je,lepas tu berhenti,pindah sek.sek baru tak de pula program tu,sekerat jln jelah nampaknya.

    ReplyDelete
  11. mulut muncong pn comel...hi..

    wah dh grading ye amirul..kelas taekwando farouk n kakaknya blm mula lagi...xtaulh knapa cz dh masuk bln 4 ni....

    ReplyDelete
  12. pnjangnya muncung...tapi cute!!!..
    Anak Mp t/wndo sekerat jlan jer...lepas tu brhnti...katnya malas nak g latihan..pujuk pun buat tak tau jer...

    ReplyDelete
  13. muncung yg cute....hehehee
    selamat bercuti sekolah

    ReplyDelete
  14. Anne,
    hehhe... thank you. :)

    Kakyong,
    ha ah, dia orang ni pantang cuti sekolah je, kena kidnapped ke KL.
    wah... ye ke... sini petang je hujan, kakyong. Selamat men-dobi, kak!

    Fiza,
    thank you! Amirul pun tak berapa confident boleh pass, sebab miss satu step, dia kata. Takpe, tak berjaya pun dapat pengalaman kan.

    SewLove aka Nurul,
    wah, silat pun bagus juga. :)

    Siti Hajar,
    waa... Kedah lagi hujan yek.
    hehhheh... macam muka Yati ke? Rasa ikut bapak dia la.
    Thank you! :)

    Era,
    hehhe... tu la, geram tengok Sulaiman ni, picit-picit dia kang.

    Kak Dee,
    hehhee... nanti kembang lubang hidung Sulaiman...! :D

    Kak Sam,
    waalaikumsalam kak.
    Hantar la kak. Bukan setakat tau pertahankan diri, boleh build self confident juga.

    Ct,
    ooo ye ke. Kesian. Sini pun pusat ujian cuma satu. Ada sekolah sejauh 30 km pun buat test sini juga. Kena cari kelas sendiri, tak semestinya latihan di sekolah sendiri, kena pi sekolah lain.

    MulutPayau,
    hehhe... thank you..
    ye ke... tak minat la tu agaknya. Takpe, boleh pupuk minat bidang lain.

    Kak Su,
    hhhee... thank you.
    Selamat bercuti sekolah juga pada anak-anak kak Su! Maknya cuti sekali tak? :)

    ReplyDelete
  15. Kak Nza,
    nape komen akak tak kuor kat blog Yati, tapi Yati dapat notification thru email akak tinggal komen? Hmmm... pelik bin ajaib.
    Thank you akak. Sulaiman tu memang, suka benor muncung mulut nya tu.
    Oh, kat sana lambat ye. Mungkin cikgu taekwando nya pergi bertapa tak... hehhe... gurau je..

    ReplyDelete
  16. Kak Nza,
    komen akak masuk dalam komen SPAM. dah click Not Spam dah, baru keluar sini. Pelik bin ajaib..! :)

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum kak..wah!!! tingginya muncung tue..apa yang nak dirajukkan hehehehehe

    ReplyDelete
  18. wa ca ........ hehehe3

    yati, mak nyer tak ber teckwando sama ker...

    ReplyDelete
  19. Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam Sahrom.
    Dia merajuk la, abang-abang dia pi KL, tinggal dia sorang, takde kawan nak main. :D

    Nizacraft,
    hehhehhe...
    maknya dah bersara..! ^_^

    ReplyDelete
  20. Sulaiman tuh mesti muncung sbb takde kawan.. dah rindu kat abang2 dia ler tuh.

    seronok tgk budak2 ni bertaekwando... agak2 kalau akak masukkn izzah kelas camni mesti takmo.. tak ayu & gedik hahhaa

    ReplyDelete
  21. Kak Mila,
    ya betul! :D Hari ni, maknya pun Sulaiman ajak main kete remote dia tu. Layan je la...
    Hahhahah... takde la. Kena keras sekejap je kalau join. Habis kelas, boleh ayu dan gedik balik. Serius, Yati tengok ada senior Amirul ni, budak darjah 6, ayu je, dah belt merah/hitam.

    ReplyDelete
  22. hensemnya Amirul dgn baju taekwando dia ... haha Sulaiman buat mulut muncung !

    :-)

    ReplyDelete
  23. Kak Ann,
    kalau Amirul dengor ni, kembang bontot dia. :D
    Sulaiman memang sekarang ni, time amik gambor, suka sangat pose dengan mulut ala angelina jolie dia tu. Hik hik!

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea