Tuesday, March 15, 2011

Begedil

Begedil

Hitam tak begedil Yati? 

Resepi begedil dari mama Yati

Bahan-bahan: 
Ubi kentang, ikut suka nak letak banyak mana. (direbus)
Bawang merah, ikut suka nak letak banyak mana.
Ramly minced beef, ikut suka nak letak banyak mana. (digoreng terlebih dahulu)
Roti kering yang keras tu. Tumbuk roti kering hingga jadi serbuk untuk nak golek-golek begedil.
Sedikit serbuk perasa.
Sebiji telor.

Cara buat:
Rebus ubi. Tapi untuk gambar begedil tu, Yati goreng. Saje, sebab tengok ramai yang goreng kata begedil jadi cantik. Ha ah, memang betul la.
Sudah rebus atau goreng ubi, tumbuk ubi sampai lenyek. Campur semua bahan kecuali serbuk roti. Gaul rata dan uli menjadi bentuk bulat leper.
Sebelum goreng, golek--golek begedil di serbuk roti yang telah ditumbuk dari roti kering.
Goreng tak perlu deep fried, sikit sahaja minyak sudah cukup.
Bila sudah masak, angkat dan boleh la dihidang.

Begedil yang digolek dan ditenggelamkan dalam serbuk roti. Sedia untuk digoreng.


Sekian resepi begedil. Simple saja. Selain makan dengan nasi, sedap juga di-sandwichkan dalam roti bersama timun, tomato dan sos. Cubalah! ^_^

20 comments:

  1. oh mcm tu ke resepi mama yati :)
    selalunya sy buat ngan bwg merah yg dah goreng..boleh le cuba, kentang tgh byk kat dapur tu ^^

    ReplyDelete
  2. ooo.. boleh try ni.. bila rajin nanti.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Lynn,
    ha ah, macam tu la resepinya.
    IC.. ha ah, betul, nanti Yati pun nak cuba dengan bawang yang digoreng dulu.

    Hanie,
    hehhe.... bila rajin.. :)

    ReplyDelete
  4. yum yum.. akak ni pantang nampak makanan, terus rasa nak makan hahaha..

    boleh jugak nak pelbagaikan bahan, mcm kakak ipar akak isi ayam yg dah digoreng terlebih dahulu dan telur goreng dadar yg dipotong kecik2.... sedap jugak. ada tuh dia isi mayonis.. sedap jugak hahaha.. semua sedap ler nampaknya.

    ReplyDelete
  5. buat begedil juga ya..hehe

    boleh try resepi yati pula lain kali ni..:)

    ReplyDelete
  6. rajin betul yati ni yer....Mp jarang2 buat bgedil ni.....anak2 memang suka tapi emaknya yg agak malas...

    ReplyDelete
  7. tgk begedil yati, trs rs lapar..nyumm...nyummm..

    dh lama x bt begedil...

    ReplyDelete
  8. yummy nye..esok lunch nak cari begedil lah..nak masak alahai mcm malas je, beli pun jadi lah

    ReplyDelete
  9. sedapnya tengok begedil ni memalam macam ni.terasa lapar pulak

    ReplyDelete
  10. kentang tgh byk kat rumah ni.. buleh la buat.. ;)

    ReplyDelete
  11. Kak Mila,
    bagus la tu kak. Berselera. Ada orang masa mula mengandung, tak lalu makan, lagi susah.
    Hehhe... betul, betul.. lagi satu, begedil tuna dalam tin tu pun sedap juga. :)

    Kak Yus,
    ha ah, ikut kak Yus. Tapi versi lain sikit.
    Boleh, sila-sila. :)

    MulutPayau,
    ooo... ikutkan hati malas juga. Tapi teringat mama Yati cakap, jadi ibu, kena rajin, kalau tak, anak tak makan. :)

    Ziraziz,
    buat la cikgu. Sekali-sekala, tukar menu. :)

    SewLove aka Nurul,
    takpe orang bujang, senang beli je. :)

    Diari-Selebriti-Mama,
    hehhe... sedap, cuba la buat!

    Kakyong,
    sila kakyong. Simple je pun, tapi selera makan dengan nasi panas.

    ReplyDelete
  12. sesekali mkn nasi dgn begedil sedap gak kan? tukar selera la plk, sllu kn lauk ikan, ayam dll..btl x Yati?

    Nti nk try la, nyum..nyum..

    ReplyDelete
  13. Siti Hajar,
    Yati dah lama tak makan lauk ikan dan ayam. Layan telor je. Ekonomi meleset. Hehhhe... begedil sedap juga.
    Sila Hajar. :)

    ReplyDelete
  14. wow.. nmpk sedap nih.. 1st time tgk resepi begedil guna serbuk roti nih.. thanks for sharing yati! :)

    ReplyDelete
  15. Zila,
    welcome Zila. Cuba la. Memang sedap, sesekali ubah rasa.

    ReplyDelete
  16. sedapnye kak..lapa la ujan2 ni..kak yati..blog saya dah boleh follow dah..

    ReplyDelete
  17. Nor Huda Hayati,
    hehhe... memang sedap. Cuba la buat. ooo ye ke, nanti kak Yati jenguk ya.

    ReplyDelete
  18. Nor Huda Hayati,
    Kak Yati dah follow, tapi still tak boleh komen.

    ReplyDelete
  19. Yummm.... tak pernah buat lagi. Nak try la... tq sebab berkongsi resepi ni!:)

    ReplyDelete
  20. Precious Crafts,
    Cuba, jangan tak cuba. :)
    You're welcome.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea