Monday, March 07, 2011

Basikal kena curi...!

Petang semalam, kami keluar. Pintu pagar tak tutup. Bila balik, basikal dah tak ada. Basikal Yati, yang ada tempat duduk baby rotan di bahagian depan, untuk bawak Sulaiman, dan tempat duduk di belakang untuk bawak Hafizan. Kalau Encik Abe tak boleh keluar ofis untuk ambil Hafizan, selalunya Yati guna basikal tu untuk ambil Hafizan di sekolah dia.

Sekarang, basikal tu dah tak ada. Encik Abe yang perasan dulu, dia kata, eh, awat garaj nampak luas. Rupanya, basikal dah tak ada. Kami park basikal tu di bahagian tepi garaj. Rasa sungguh upset.

Mungkin ada yang berkata, alah... basikal, berapa sen sangat pun. Nasib baik pencuri tu tak masuk dalam rumah, curi barang berharga dalam rumah ke, lagi teruk. 

Dah rumah berkunci, camana orang tu nak masuk. Cikgu jiran sebelah kanan kata, tak dengor apa pun, tak nampak apa pun, dia tidor sampai maghrib. Jiran sebelah kiri seperti biasa, tak masuk campur, tak keluar rumah.
 Jiran yang ni, kete yang 3/4 daripada kerete dia yang di parking depan rumah Yati ni, yang dah masuk 3 tahun tak pernah dialihkan, orang pernah langgar kete dia tu. Tapi haram dia tak dengor. Kami yang bagi salam ikut pintu belakang, bagitau dia, baru dia kelam kabut keluar. Kalau kami tak bagitau dia, orang tu pun langgar tak bagitau, sedar-sedar kete kemek, patutnya kami biar je.

Siang hari pula tu kena curi. Kan tak berapa lama dulu pun Yati ada cerita, jiran yang selang beberapa rumah dari rumah kami ni, rumah dia kena masuk juga. Habis barang kemas hilang.

Kenapa pencuri tu tak curi kereta, sebab dia orang ni semua satu rumah ada banyak kereta. Curi motor ke... ni, basikal yang tak berapa lawa kami juga yang dia nak curi.

Kenapa tak nak curi dari orang kaya, kenapa curi dari orang yang tak berapa senang macam kami ni? Ada sebiji kete dan sebiji basikal. Itu pun basikal dah takde. Basikal yang Yati buat round taman bawa Sulaiman pagi-pagi.

Yang tambah sedih tu, Yati tak pernah ambik gambar dengan basikal tu. Takde satu pun gambar kenangan. Basikal dah takde. Pencuri tu bukan saja ambik  basikal, dia ambik sekali satu piece dari hidup kami. Rasa macam ada satu lubang. 

Mesti basikal tu dah dipotong-potong, dijual. Tak pun, kalau dia pakai, aku harap dia kena langgor dengan lori! Tau tak pendatang asing kat negara kita dah lebih 2 juta orang? Semalam Encik Abe nak pergi kat rumah kongsi kat tapak pembinaan dekat rumah kami ni, nak pi tengok ada ke tak. Tapi dihalang oleh Yati dan jiran cikgu sebelah. Silap-silap, tak balik rumah.

Hai... tak tau la.Saya takde mood. :(

18 comments:

  1. assalamualaikum kak..

    ciannya...nape ada manusia senegitu suke mencuri harta org tak tentu pasal..nampaknya pas nie kene lebih berhati2..selain pintu pagar dikunci, kne stand by alarm juga huhuhhh

    ReplyDelete
  2. masa tinggal dirmh lama ct dulu rangka basikal pun dia orang curi,hubby ct cadang nak repair balik sbb tu tanggalkan semua,tinggal angan2 aje lah nampaknya.Agaknya untuk dijual jadi besi buruk lah tu,sekarang ni janji namanya besi habis kena curi,bukan dia tahu betapa bermaknanya basikal tersebut.

    ReplyDelete
  3. Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam Sahrom.
    Ntah, macam takde kerja lain boleh dibuat agaknya. Alarm tu tak la kot, tapi nak beli rantai kunci dan padlock. :)

    ct N Honey,
    le.. yang dah ditanggal-tanggal pun orang curi. Tu la kan, janji besi. Kalau kita tak jaga, besi tutup longkang ni pun dia nak curi agaknya.

    ReplyDelete
  4. kesiannya...apalh manusia nie..nk cari duit dgn senang......

    ReplyDelete
  5. sabar yer Yati, semua tu dugaan...

    Sy faham w/pun hya sebuah basikal tp ada sentimental value dia tersendiri kan...sabar la..munkin pasni ada rezeki blh beli beskal baru & bwk Sulaiman ronda2 kat taman lagi..

    ReplyDelete
  6. assalam yatie..memang tak de keje lain.. dah terdesk sangat tu kan..sampai basikal yatie pun diambik..

    ReplyDelete
  7. Kak Nza,
    tak tau la kak. Semoga orang ni mendapat balasan setimpal di akhirat kelak.

    Siti Hajar,
    Tengah sabor la ni, Hajar. Timasih.
    Ye, Insya-Allah, mungkin Tuhan nak beri yang lebih baik.

    kak Erna,
    waalaikumsalam kak Erna.
    ye la tu agaknya kak. Bila dikenang, rasa benci sangat la kak. Waaa.....

    ReplyDelete
  8. Kak Yus,
    timasih kak. Yati akan cuba bersabor.

    ReplyDelete
  9. Sabar Yati...walaupun hanya basikal tp tu harta Yati kan? Akibat ekonomi dan ke'malas'an org2 ni, maka jadilah pencuri...cuma Yati kena lebih berhati-hati,k?

    ReplyDelete
  10. Kak Aisyah,
    huhu... dah 6 tahun tinggal sini, kalau pergi kedai kejap, tak tutup gate, ok. Cuma semalam... benda nak berlaku, redha je la kak. Yati akan lebih berhati-hati lepas ni. Thank you, kak Aisyah.

    ReplyDelete
  11. aduss..tensennya kalau kes mcm tu ek....kesian yati , walaupun hanya basikal tapi geram gak kan....sabar ok,tak selamat pencuri tu buat keja mcm tuh

    ReplyDelete
  12. Rafidah,
    huhuhu... tension, Fida.
    Sekarang dah ok sikit. Bila fikir, rasa sakit hati. Mungkin Tuhan nak bagi yang lebih pada Yati, a car maybe. Hehhe (berangan tak sudah).

    ReplyDelete
  13. Salam Yati...

    Sabar ya Yati... InsyaAllah... disebalik setiap musibah ada hikmahnya.... macam Yati cakap le... kot kot.... tak lama lagi ada rezeki tergolek... Semoga Allah memberkati Yati sekeluarga dengan rezeki yang melimpah... Amin..

    ReplyDelete
  14. yati... learn ti let it go.. maybe rezeki yati utk naik basikal tuh sampai takat itu jer.. jgn sedih2. akak doakan moga yati dapat motorsikal plak sbg ganti :)

    ReplyDelete
  15. Kak Atie,
    salam kak.
    ye la kak. Yati tahu, ada hikmah di sebaliknya. Amin... berkat doa kak Atie. :)

    Kak Mila,
    thanks kak. Yati dah terima hakikat dah kak. Mula-mula je rasa geram dengan pencuri tu. Hehhe... amin... pakcik menang motor.. tapi yati takde lesen motor. :D

    ReplyDelete
  16. sedihnya..

    kakyong ni kan, tak kira lah apa pun brg yg hilang., memang boleh hilang mood... almaklumlah, bukan mudah nak mencari ganti dgn status ekonomi skrg ni... sabar lah yatie.. tp patah kaki jugak kan.. sbb tu lah kenderaan utama di kala en suami tak ada kan...

    ReplyDelete
  17. Kakyong,
    betul cakap kakyong. Ha ah... takpe la kakyong, nak buat camne. Menapak je la sekarang ni kak, exercise cara lain. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea