Monday, March 07, 2011

Aktiviti hari Sabtu

Pada hari Sabtu lepas, kami bangun awal. Hafizan ada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat tadika-tadika PASTI dalam daerah Parit, Perak. Ramai la yang datang. Ada tadika PASTI dari  Bota Kanan, Titi Gantung, Parit, Taman Maju (Seri Iskandar), Taman SIDEQ (tadika Hafizan) dan ada lagi beberapa tempat, lupa pula.

Majlis bermula seawal pukul 8 pagi. Acara pertama, perarakan kesemua murid-murid PASTI ni sambil berselawat. Jom kita tengok gambar. Gambar diambil guna camera handphone ye, minta maaf, kualiti kurang memuaskan.

Cikgu-cikgu dengan murid-murid, diiringi bunga manggar, kain rentang. Hafizan berbaju melayu light green.
Lepas tu, murid-murid semua duduk bawah khemah. Ada persembahan dari murid-murid pula. Ada sorang adik ni, umur 5 tahun, membaca al-Quran. Kita dulu, masa 5 tahun, baru nak kenal huruf alif ba ta kan. Ni adik ni, dah boleh membaca Al-Quran dengan baik.

Ada persembahan selawat, nasyid dan sajak juga dari murid-murid ni.

Hafizan bawah khemah, tengok persembahan kawan-kawan.

Ada juga ceramah dan penyampaian hadiah pada pertandingan mewarna yang telah diadakan lebih awal, juga penyampaian anugerah pada guru-guru cemerlang PASTI. 

Sulaiman, Amirul (dia ambil gambar sendiri), sebahagian dari muka Yati (Sulaiman yang ambik). 

Tu muka mereka yang perut keroncong, belum breakfast. Nasib baik ada juga orang jual samosa dan air, buat lapik perut.

Yati suka tengok Hafizan. Rasa menyesal pula tak hantar Amirul ke tadika PASTI dulu. Hafizan dah boleh baca alfatihah. Ok, memang sebutan kurang betul, tapi dia dah boleh ingat dari awal sampai habis. Next year, ingat nak biar Hafizan kekal di PASTI lagi. Tak masuk pra-sekolah di sekolah dekat ni pun takpe. Boleh tak.... hehhehe..

Sekian laporan.

16 comments:

  1. bagus la tadika dia

    tempat harraz, w/pun taski abim, takde pulak sambutan maulidurrasul ni

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya aktiviti derang ek yati...heheh suka tengok hero2 yati :)

    ReplyDelete
  3. anak2 di latih sejak dari kecil lagi berselawat ke atas rasulAllah saw..elok tu yati kan..
    anak akak yg sulung dulu akak hantar ke tadika PASTI..mmg cepat dia menghafaz ayat2..sekarang ni along dah pun bekerja..alahai rasa baru je tgk diorang berjalan..huhu

    ReplyDelete
  4. meriahnya yati.. macam hari raya plak...
    anak saya kat Pasti pun syukur dah pandai baca alfatihah.. doa2 pun byk dah pandai.. sebutan tu lama2 betul la.. hehe..

    ReplyDelete
  5. yatie..lapuran dah diterima..he he.
    dulu masa anak akak kecik mlagi pun sekolah pasti jugak..

    ReplyDelete
  6. Hanie,
    memang bagus.
    Ooo ye ke.. mungkin cikgunya sibuk ajar benda lain kot. Sini 2 kali, satu peringkat sekolah, hari tu peringkat daerah. Seronok tengok.

    Rafidah,
    Best. Budak-budak semua tengok ceria je.
    hero-hero Yati ni nakal. Kena tahan sabor je la dengan karenah dia orang ni. Orang buat persembahan, Sulaiman nak join.

    Kak Anim,
    betul kak Anim. Hafizan dah boleh selawat. Terkejut Yati. Amirul pun tak ingat lafaz selawat tu.
    cepat je masa tu berlalu ye kak. Anak kak Anim dah kerja dah, mesti rindu masa dia orang dah takde kat rumah, betul tak?

    Zila,
    hehhe... betul, macam hari raya.
    Ha ah, Yati pun tak berapa tekan kan sangat sebutan tu. Dia dah boleh ingat tu pun, dah rasa bagus sangat-sangat.

    Kak Erna,
    hee.. laporan berita kanak-kanak minggu ni... :)
    ye ke kak... memang dah lama kan dah ada sekolah PASTI ni.

    ReplyDelete
  7. bolh thn meriah gak smbutannya tu...

    along n angah masuk abim masa umo 5 n 6 thn..mmg bagus sgt2 cz semua doa2 lazim mrk hafal..byk adab2 yg baik mrk plajari n amalkan ...amat brbeza dgn naurah yg masuk tadika biasa..xde kerja lain, blk tadika nyanyi melalak2 n brjoget....hu....

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak..

    meriahnya sambutan ..yang pasti program begini akan mengeratkan lagi hubungan ibubapa dengan pihak pengurusan sekolah kan..bagus program cenggini

    ReplyDelete
  9. sAlam,

    Best nyer nnt anak dah sekolah :) kat rumah saya pun ada pasti nnt nak hantar situ gak insyaAllah...

    ReplyDelete
  10. Kak Nza,
    Meriah kak, sambutan Maulidur Rasul kat sini.
    Betul, betul. Kalau tadika biasa, color, nyanyi, joget. Tadika Abim pun ok jugak kan, macam PASTI juga. Banyak doa dan bacaan diajar.

    Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam Sahrom.
    ye betul. Cikgu-cikgu pun dah kenal dengan ibubapa. Ibubapa pun dapat berkenal sesama ibubapa. Bukan selalu dapat berjumpa.

    UmmuFarhan,
    salam.
    Elok la tu. Memang bagus. Tengok anak-anak dah pandai baca doa lazim, rasa sejuk je hati.

    ReplyDelete
  11. seronok tgk gelagat budak2 ni kan... happy jerr

    ReplyDelete
  12. meriahnyaa sambutan maulidur rasul kat Pasti...kawan2 pun ramai jgk hntar anak ke Pasti..kecik2 dan pndai baca macam2 doa..

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..moga2 berkekalan dan menjadi asas tauhid yang kukuh dalam setiap anak2 yati apabila sudah pandai membaca doa dan juga fatihah..

    ReplyDelete
  14. Kak Mila,
    Ha ah, budak-budak suka je kan. Takde masalah.

    MulutPayau,
    betul-betul. Memang elok hantar anak ke Pasti ni. Pandai cikgu-cikgunya mengajar.

    Kak Salmi,
    Mudah-mudahan kak. Melentur buluh biar la dari rebungnya kan. :)

    ReplyDelete
  15. tabika abim fikri pun takde buat sambutan maulidurrasul... tp dr segi pengisian rohani & penghafalan ayat Alquran tu.. kakyong setuju sgt2...

    sejuk rasa hati, bila anak2 sambil main sambil selawat.. kdg2 fikri baca doa sebelum belajar.. kdg2 baca alFatihah.. walaupun masih tunggang-langgang tapi adik2 pun dah mula mengikut... x rugi hantar anak ke tadika islam.. x kiralah pasti ke abim ke.. ;)

    ReplyDelete
  16. Takpe la kakyong. Yang penting pengajaran dalam kelas tu kan.
    Ye kak... sambil buat homework, baca al-fatihah. Sambil main, nyanyi nasyid lagu nabi. Hehhe...
    Ye ke... pandai Fikri. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea