Thursday, February 17, 2011

Senyum

Ops, susah bebenor nak update blog sekarang. Sibuk, ntah buat benda macam-macam, tak habis-habis.

Semenjak dua menjak ni, rasa down sangat. Bila baca status kengkawan kat FB, rasa diri saya ni serba kekurangan la. Orang boleh beli macam-macam, senang je hidup dia orang ni, tapi saya ... saya.... hmm... tak yah cakap la.

Bukannya saya tak bersyukur, Alhamdulillah, saya bersyukur atas segala rezeki yang Tuhan kurniakan.

Tapi, sempit la hidup semenjak dua menjak ni. Adalah borak dengan sorang ni, dia punya hutang kredit card sampai 15 ribu. Banyak tu... dah la husband and wife kerja. Anak sama dengan saya, 3 orang. Barang mahal. Betul la tu, saya pun setuju. Nasib baik kita orang dah takde kredit card.

Itu dia, suami isteri bekerja. Camana hidup orang yang suami bekerja, isteri surirumah?

Terus terang, saya rasa macam nak cari kerja je. Kat fastfood pun ok. Dah apply banyak kerja, tapi takde jawapan. Tengok la camana. Kesian kat budak-budak ni je. Kalau kerja pun, kena keluor dalam 600 jugak setiap bulan untuk nursery dan transit. Yikes....!

Boring giler tau. Bukannya belanja banyak pun. Keluar duit untuk beli barang keperluan je. Itu pun tak cukup.

Penat tau sedih ni. Hari ni, saya tak nak baca status kengkawan kat FB lagi. Ko beli kete baru ke, mesin jahit baru ke, mesin mak nenek baru ke, aku anggap tu rezeki ko la. Rezeki aku Insya-Allah akan menyusul kelak.

Ok la ok la, kena stop. Esok, tadika Hafizan ada buat majlis sambutan Maulidur Rasul. Ada tazkirah, perarakan, selawat, peraduan mewarna dan jamuan. Ibubapa kena bawak kudap-kudapan. So, nak pi prepare jap. 

'till then, senyum la kawan-kawan, walau pun hati dilanda duka tak terkata.

23 comments:

  1. Yus pun kadang2 ada rasa macam tu. Tapi kena fikir juga, tu rezeki mereka. Belum tentu mereka beli kereta baru, mesin jahit baru, mereka tak di bebani dengan hutang.

    Pada yus, walau serba kurang, tapi keluarga kita happy itu yang lebih penting.

    Dua2 bekerja, kerenah dengan nursery, kerenah dengan maid, ada yang terpaksa tak jumpa antara satu sama lain beberapa hari, sebab satu kerja sana satu kerja sini. Semua orang ada dugaannya masing-masing. Itu yang Yus selalu sematkan di hati.

    Duit banyak hati susah, buat apa. Tapi kalau memang yang dapat kedua-duanya tu, alhamdulillah. Semua pun perlukan pengorbanan...betul tak Yati?

    Jadi diri sendiri, yakin InsyaAllah rezeki dari Tuhan kita tak tahu, bila2 pasti akan datang juga.

    ReplyDelete
  2. Samalah nasib kita, Yati...cuma malas nk fikir lebih2. Saya hanya luahkan perasaan pd suami je. Ada satu masa nanti, rezeki kita akan ada jugak. Jgn layan sgt, buat susah hati je, nanti mcm2 penyakit datang pulak. Don't worry, be happy! Satu lg, kalau ada peluang bacalah buku The Secret. Memang berbaloi.

    ReplyDelete
  3. As salam yatie..
    yatie jangan la rasa macam tu..
    akak walaupun bekerja..bukan jugak senang..tapi alhamdulillah setakat ini rezeki yang diberi.
    akak bukannya belajar tinggi.
    Alhamdulillah..kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.maaf jika akak cuma pandai cakap..
    memang betul yang menanggungnya yatie..
    sabar ye yatie..

    ReplyDelete
  4. rileks la kak yati...saya pon terkesima tgok kawan2 beli itu ini...rezeki kite tak sama dgn org lain...

    Sy nie, angan2 sorang2 aje...hehehe...ntah bila nk dpt mesin canggih cam kwn2...

    ReplyDelete
  5. kos sara hidup melambung-lambung sekarang...semua barang nak naik harga dah...

    ReplyDelete
  6. salam..
    susah itu ujian.. senang itu poonn ujian. syukur jika diuji dengan kesusahan, kerana lazimnya kesusahan itu membuat kita dekat pada-Nya, tapi kesenangan sering kali membuat kita lupa pada-Nya :)

    ReplyDelete
  7. Hmm...rezeki kan...banyak cara Allah bagi. Bukan material je. Kita pun s/times ada finance prob juga w/pun dua2 keje. Dok bandar semua mahal. Barang2 mahal, belajar anak mahal, hantar daycare lagi..tolak campur duit belanja lebih kurang jek...dulu stress juga. now dah get used. motivate diri. xper...rezeki diorang. life tak sama. pk postif je

    ReplyDelete
  8. setiap org berbeza yati...ada org kaya ttp xbahagia ttp xkurangnya yg serba sederhana hidup dlm kebahgiaan...apapn kita kena redha n bersyukur dgn setiap kurniaan drNya..semakin kita fikir makin kita rasa trtekan....bykan brsabar ye yati...rezeki ada dimana2..cuma cpt n lambat je....

    ReplyDelete
  9. Yati: saya pun selalu bertanya perkara yang sama dengan husband saya.. camner orang lain yang gaji sama dengan saya tapi bleh pakai baju branded.. bleh guna handphone canggih bleh pakai keta besar melancong ke luar negeri.. diorang ni banyak side income kah? atau tak banyak hutang kah? atau banyak credit kah? kadang2 blur memikirkan.. tapi selalunya saya tak pikir pun.. saya fikir itu semua rezeki masing-masing.. dan saya tak jeles pun.. hehe.. rezeki saya datang dalam bentuk yang berbeza.. :D dan keutamaan kita pun berbeza dgn orang lain.. (alamak, panjang plak komen.. huhu.. bleh buat satu blog entry..hahaha..)
    kesimpulannya, takyah la keje fast food tuh.. saya yang keje ni pun sibuk nak pencen awal.. ahahaa

    ReplyDelete
  10. yati..

    saya pun masalah yang sama....saya lagi few years back husband takde income..keja sendiri, down giler2...memang ...bab duit ni leh jadik gaduh gak kekadang..bukan la kita tak bersyukur..sometimes we wish we can be like others yang ada duit kan..

    this year baru nak mula ada hasil sket2..tu pun hutang keliling pinggang yati..sometimes i do give up..tapi kena redha and pasrah....sometimes Tuhan nak beri yang lebih baik, tu yang dia duga mcm2 . At least yati ada husband and kids yang membahagiakan...mcm saya , anak takde rezeki lagi..walaupun dah few years kawin, alhamdulillah ada anak2 sedara...and derang rapat ngan saya.
    apa2 pun, yati ada skill dan kebolehan...boleh gunakan tu untuk cari duit lebih...keja fast food pun nampak jek ada gaji kan..tapi sebenarnya penat satu hal, expenses lain lak bertambah.

    ReplyDelete
  11. Alahaii Yati... jangan sedih2 yer. Allah bg kita rezeki dlm bentuk yg macam2, ada orang diberinya dlm bentuk kewangan, ada dlm bentuk anak2 yg mendengar kata dan berjaya, ada dlm bentuk masa, dan mcm2 ler.. list goes on and on. Jadi cuba kita teliti apa sebenarnya yg kita ada tapi Allah tak bg pada orang lain.
    Macam akak.. akak admit yg dr segi kewangan mmg akak takde masalah, maybe sebab family kecik jer, plus 2 2 bekerja. Tapi akak pernah hidup susah masa kecik2 dulu, tersangat susah, pernah tuh berbulan jugak cuma makan ikan masin jer, ada tuh takde beras, kena pinjam dengan jiran sebelah.. masa belajar pon sama.. susah sgt.. dan akak tak pernah lupa semua itu, dan bersyukur sebab melalui semua itu, menyebabkan akak mmg really spend within the mean.. as long as it meet the purpose, I am ok with it, contohnya, lantaklah orang nak pakai kete besar mana, yg penting dengan kete yg ada aku sampai dengan selamat ke tempat yg dituju, lantakler org spend beribu nak henbag coach ke apa.. asalkan akak ada satu utk bawa ke opis, tak kisahler brand buat sendiri pon ok jer hahaha..
    ok.. jgn sedih2 yerr.. sorry terpanjang plak komen hehehe

    ReplyDelete
  12. Yus,
    Betul cakap Yus. Tambah hutang pula ye.
    Ye, kadang-kadang suka. Tapi ada hari bila tengok freezer kosong dan bekas beras kosong, susah juga nak happy, Yus. :(
    Thanks Yus. Yakin rezeki itu ada.

    Aisyah,
    Bagus, sekurang-kurangnya ada tempat untuk luahkan perasaan.
    The Secret? By sape authornya? Hehhe, senang sikit nak cari. :D
    Thanks Aisyah.

    Kak Erna,
    waalaikumsalam.
    Ntah kak, agak susah untuk berfikiran positif selalu bila anak nangis minta makan itu ini, tapi kita tak leh beli. :(
    Terima kasih kak, tengah usaha bertahan.

    Ina,
    Insya-Allah suatu hari nanti kan... kita juga akan dapat apa yang kita idamkan.

    Sham,
    Bukan nak naik. Dah naik dah pun. Rata-rata barang keperluan belaka, susu anak, pampers, ikan, bawang, etc. Tak masuk lagi yuran bulanan anak, kelas taekwando, minyak, bil... Hui... pening cikgu.

    Azima,
    salam..
    Betul, betul, betul...
    Tentu ada hikmah disebaliknya.

    Epit,
    Aku cuba la Epit ya untuk fikir positif. Thank you.

    Kak nza,
    Ya Allah kak...terima kasih kerana ingatkan Yati. Saya cuba sabar dan redha..

    Zila,
    thanks for smiling back. :)
    Betul, betul... beribu tu handphone sekarang. Ha ha ha... semalam pikir kerja fast food, hari ni dah tak dah. Yati memang camni, cepat ubah fikiran. Hik hik!

    Rafidah,
    Timasih kerana memahami.
    Itu la kerja sendiri ni, tak tentu. Ada hari banyak, ada hari takde langsung.
    Ada juga terpikir camtu, mungkin Tuhan nak bagi yang lebih baik kat kita, dia uji kita macam-macam.
    Yati dari dulu nak tanya. Tapi segan. Doa ye, Insya-Allah, nanti rezeki anak tu Allah makbulkan. Ada orang tunggu sampai 8, 10 tahun baru dapat.
    Betul apa Fidah cakap. Macam tak berbaloi juga, kerja fast food tu.

    ReplyDelete
  13. Kak Mila,
    Tak sedih dah kak. Yati sedih kejap je.
    When you put it that way, I guess memang ada benda lain kami ada dan orang lain takde. Thanks kerana sedarkan Yati. (hugs...!)
    Thanks juga share cerita kak Mila dulu. Sebagai ingatan pada Yati.

    ReplyDelete
  14. yati, rezeki Allah yg bagi. Kita selalu kejar rezeki tapi kita tak kejar PEMBERI REZEKI.

    jom tukar persepsi.

    banyakkan doa...Allah sentiasa dengar doa kita.

    sentiasa ingat....BAHAGIA di HATI. bukan MATERIAL semata.

    berusaha mencari rezeki yg halal, doa pd Allah...Allah akan berkatkan. Bila berkat, insya Allah cukup.

    ya? :)

    ReplyDelete
  15. Yatie,
    sama apa yg Yatie rasa.. rasa serba kekurangan, rasa rendah diri.. sbb tu kakyong jrg baca status kwn2 di FB @ dgn kata lain, jrg buka FB..

    sbb kita nak jaga hati kita.. supaya tak rasa terguris, rasa kurang beruntung..

    faham sgt perasaan tu, bila anak meminta sesuatu tp tak boleh nak belikan @ adakan... org nampak kita hepi jer.. org kata kita kedekut, nak beli menan anak2 pun tak reti...

    kdg2 kita cuba penuhi keinginan anak2, sudahnya bil api air tertunggak.. bil ansuran rumah tertnggak.. sana tak leh nak bayar, sini pun tak leh nak bayar.. ade ke org kesah, org cuma kesah kita dok rumah, jaga anak jer, ade byk 'masa'.. huhuu...

    pasni yati jgn baca dah status kwn2 tu.. kita boleh tumpang seronok, tp jauh di sudut hati kita terbias juga dgn rasa 'kurang'.. kakyong kdg2 kalo baca n3 kawan2 blog yg citer beli itu ini ker.. kakyong skip jer.. tak mau hati merana..

    elok ler isi baca dgn hal2 lain.. kena divert sikit pemikiran, tak pk sgt apa yg kurang.. pk apa yg ade, mungkin Allah menguji utk kita lebih menghargai apa yg kita ada, tdk membazir dan memberi tatkala kita 'berada'..

    take care yati.. u r not alone..

    ReplyDelete
  16. kak yati,semua org pun ada rezeki mereka sendiri. Tapi,beselah kita manusia biasa ni. Pastinya akan cemburu bila melihat rezeki yg org lain dapat. Sedangkan kita x sedar yg sebenarnya kita juga telah dikurniakan rezeki dari Allah. Anak tu pun rezeki kan kak yati?? Sebab tulah,bila saya down sbb masih blom dikurniakan rezeki yg 1 tu,saya tetap bersyukur dgn rezeki yg saya ada skrg..

    ReplyDelete
  17. Natasha,
    Thanks.
    Yati tak kejar material. Rumah besar, kereta besar, tu semua, Yati tak nak. Yati cuma nak makan pakai cukup dan boleh sediakan bila anak minta, tu je.
    Bila anak nangis minta susu tapi susu habis dan kita takde duit beli susu, macamana nak bahagia?
    Insya-Allah, Yati ingat kata Natasya dan tak kan berhenti berdoa.

    Kakyong,
    Hehhe... Yati kena buka FB kak, sebab ada fanpage Yati & Stitch kat situ. Lagi pun, ada customer datang dari situ. Kena buka juga. Tu yang terbaca status orang tu. Huhu..
    Yati pun rasa nak ubah sikit fikiran Yati ni. Bukan Yati dengki dengan kesenangan orang. Cuma nak lebih kuatkan hati supaya tak mudah rasa down.
    Waaaa kakyong, gimme a hug...!!!

    Mawarbiru,
    Ye la, kita masing-masing ada yang kurang, dan ada yang lebih. Elok juga tu, bila sedih pikir mana yang kurang, syukur dengan apa yang kita ada. :)

    ReplyDelete
  18. Kak yati,
    Terlewat pulak nak sama2 meluahkan..alhamdulillah akk dah ok.Semalam sempat baca sgh tak sempat nak komen.Apa2pun semua tu ujian buat kita kan.

    Usaha,Usaha dan teruskan usaha...insya ALLAH pasti pintu rezeki terbuka buat kita di samping doa.

    ReplyDelete
  19. semuanya meluahkan perasaan ye,..semuanya betul,setiap yang berlaku itu ada hikmahnya,cam saya ni harta tak le banyak,tapi Allah kurniakan ramai anak,alhamdulillah....

    ReplyDelete
  20. Idah,
    Ye Idah, ujian dari Tuhan.
    Kak Yati akan terus usaha dan doa. Terima kasih, Idah.

    ct N Honey,
    hehhe... sesi luah perasaan kejap.
    Betul tu, anak pun rezeki dari Allah juga kan.

    ReplyDelete
  21. as-salam..

    bersabar la yati. Allah yg tentukan nasib kita kat dunia ni. takpe, semoga kita lebih kaya di akhirat kelak. insyaallah :)

    ReplyDelete
  22. Lynn,
    waalaikumsalam. Lamanya tak jumpa Lynn di alam maya. :)
    Insya-Allah Lynn. Yati akan sabar. Amin...
    Thanks Lynn.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea