Friday, February 18, 2011

Knitted handphone cozy

Assalamualaikum...
Terima kasih atas komen kawan-kawan entri Yati semalam. Sedikit sebanyak bagi kesedaran pada saya ni.

Dari pemerhatian saya, rasa down tu boleh diubati when you get connected. Selain dari kawan-kawan online melalui blog saya ni, juga bila kita jumpa orang kat luar. Sembang dengan jiran-jiran ke, misalnya. 

Rasa down tu hilang dan kalau kita sendiri je monyok sorang-sorang dalam rumah, kita juga yang sakit jiwa.

Tadi, saya cycling dengan Sulaiman, tengok perarakan Maulidur Rasul di tadika Hafizan. Comel tau, tengok budak-budak kecik ni! Macam hari raya! Pakai baju melayu lengkap bersampin dan baju kurung warna warni, berarak sambil berselawat, rasa seronok je tengok.

Siap dengan bunga manggar dan kompang! Rugi camera saya tak leh ambil gambar outdoor, jadi tak leh share. 

Oh, siap ustazah suruh tapau lagi, ada lebihan makanan dari jamuan. Kami bawak karipap. Tadi, tapau karipap orang lain pula, dan bawak balik fruit cake, swiss-roll, rezeki, Alhamdulillah.... ^_^

Ok, jom kita tengok tempahan handphone cozy yang Yati siapkan baru-baru ni dan sudah pun diterima oleh tuannya dari Melaka. :D

Ada 6 biji knitted handphone cozy. Ada tali kecil, boleh gantung di pergelangan tangan, ala-ala wristlet.

Hitam itu menawan.

Contoh, bila buka, isi handphone.
Close-up sikit. Button closure.
Satu handphone cozy warna hitam. Lagi 5, pink kaler you...

Pink is sweet.
Setiap satu, lain bunga dan button. Unik.
Ok, terima kasih pada Ika dari Melaka yang sudi order handphone cozy dari Yati. 

Masa nak buat order ni, Yati takde knitting yarn warna hitam. Tapi sebab customer dah request nak color tu, kena la cari. Banyak kedai pergi, takde jual. Kat Seri Iskandar dan Batu Gajah, habis kami pi. Ada satu kedai apek ni, dia kata, mana ada orang kait warna hitam.. Takde orang maa.... Hehheh... Tapi jangan under estimate kedai lama yang kedai papan kat Batu Gajah tu, sebab kain cotton pun dia ada tau... Tak ku sangka... buah cempedak menjadi nangka...

Last-last saya jumpa juga benang kait warna hitam di satu kedai ni, yang depan kedai dia, banyak jual peralatan sembahyang orang cina. Sape sangka kan? Tengok-tengok kat dalam, siap ada jual benang DMC lagi! Tu dia....

Hari ni hari Jumaat!!! Yahoo....

13 comments:

  1. wah.. rajinnya Yati :)
    Cantiklah pink colour...

    ReplyDelete
  2. memang cantik lah yati.. brp yati jual 1 pcs hfon cozy ni..

    ReplyDelete
  3. cantik! :)

    yati, berduka lara lagi ker? ala, jgn la cenggitu. orang kata, lagi besar periuk, lagi besar keraknya. rezeki Allah tu ada kat mana2. tak semestinya orang beli itu ini, maknanya diorg banyak duit. mesti diorg berhutang jugak tu! hehe.. think positive k. cheer up! :D

    ReplyDelete
  4. cantiknyer..
    tp kan saya pun x pernah tgk benang hitam minlon or nona.. tp kalo hitam campur pink mesti cantik kan..

    tentang senyum semalam, seronok baca komen blogger2 lain.. saya pun dapat ilmu jugak..
    thanks yati.. :D

    p/s: Sekolah Pasti anak saya buat perarakan mualidur rasul esok.. :D

    ReplyDelete
  5. Sindar,
    hehhe... timasih. Kena merajinkan diri demi sesuap nasi. Chewah...
    Yati pun suka pink! :)

    Kak Su,
    awat lama tak singgah sini? :)
    Timasih, kak.

    Kakyong,
    Terima kasih, kakyong.
    Satu handphone cozy, RM8. Murah ke mahal, kakyong rasa?

    h4ni3,
    Hoyeh hoyeh... Hanie datang sini. Dah habis hibernate dah? ;)
    Takde dah. Kita duka lara sekejap je.
    Thank you Hanie! Cheer up, cheer up!

    Zila,
    Timasih. :)
    Hitam dan pink? Zila baru je bagi Yati idea. Hehhe... timacih.
    Oh, benang hitam tu brand Wina. Acrylic yarn.
    Welcome. Sama-sama la kita belajor mana yang kurang atau lupa kan.
    Hoo... buat esok ke? Elok juga tu, sebab cuti, ramai parents boleh tengok. Tadi sekolah Hafizan, tak ramai boleh datang, kerja kan.

    ReplyDelete
  6. Comel2 lah, Yati! Kedai org Cina lah yg byk jual pelbagai2 brg cam kt Mersing. Satu kedai je ada jual mcm2 kasut, baju sekolah, benang2, periuk, syampu, dll..Saya suke masuk kedai2 cam ni.

    Take care!

    ReplyDelete
  7. Aisyah,
    thank you.
    hehhe... sebenarnya, Yati tak rasa pun ada jual benang. Husband yang suruh masuk dan tanya. Memang ada! Banyak la barang jahit, dan macam-macam lagi.
    Memang dia orang ni pandai niaga.

    ReplyDelete
  8. waaahh wuucin nk satu boleh? (^_^)V

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah jika yati dh rasa ok..trkdg kwn2 yg byk mainkan peranan utk kita brfikiran lbh positif...hidup xselalunya indah n xslalu sedihkan.....

    ReplyDelete
  10. Wuucin Kimora,
    Hehhe... nak ke? Satu RM8 je.
    Kalau nak, email Yati ya nak kaler apa.
    Email yati_my@yahoo.com

    Kak nza,
    Ye kak. Lumrah kehidupan. Timasih pada kawan-kawan semua yang banyak membantu, termasuk akak. :)

    ReplyDelete
  11. kak yati,kedai tuh kat area mana ekk..?
    yang saya tau kedai kat batu gajah,kedai yg sebaris ngan fair mart & dekat dengan avon tuh jer..(berdepan dengan pemborong makanan ringan)

    ReplyDelete
  12. ariena,
    Kedai yang sebaris dengan fairMart tu dah takde banyak benang kait dah, sekarang kan.
    Kedai dekat Avon tu, Ammy Trading (hujung sekali, kawasan pasar malam), situ la yang ada jual benang kait color hitam.
    Lagi 2 kedai yang ada jual benang ialah kedai belakang Ammy Trading ni, terletak di jalan batu gajah - Tanjung Tualang, dia ada jual banyak barang, kain dan benang pun ada.
    Lagi satu, dekat sikit dengan kedai jual periuk belanga pinggan mangkuk, also same row, dia banyak benang nona.
    Cuba la cari dan tanya, ok. Sebab kedai apek tu, benang dia kat dalam, kalau tak tanya, kita tak nampak. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea