Links

Tuesday, February 22, 2011

Binatang buas

Hehhe... melampau la tu tajuk entri. Hari ni, cuti jap dari mengait. Yati nak citer pasal binatang dan serangga yang agak mengerikan pada Yati. Sebab sejak dua menjak ni, asyik kuor je menatang ni semua.

Nombor satu dalam carta, ni...

Lipas
Dari pemerhatian saya, lipas ni kalau ada dekat dengan kita, dia suka menuju ke arah kaki kita. Betul tak? Bayangkan... kaki dia yang berbulu halus dan kasar tu berada atas kaki kita masa kita sedang cuci pinggan di sink. Eee.... 
Masa saya kecik dulu, masa saya nak tidor, saya terasa ada benda di belakang saya. Saya cuba picit, tapi dia bergerak-gerak. Seram! Terus saya keluar bilik dan menangis. Kecoh satu rumah. Bapa saya telah keluarkan lipas dari belakang saya. Saya tak tau macamana lipas boleh masuk dalam baju saya. 

Tempat kedua

Labah-labah
Sepatutnya, kita tak boleh takut dengan labah-labah ni kan. Sebab masa zaman Nabi dulu (SAW), labah-labah pernah menolong baginda semasa baginda bersembunyi dalam gua... gua... apa ye, dah lupa, sembunyi dari musuh... Labah-labah buat sarang di pintu gua, dan Nabi pun selamat. Tapi cicak yang buat bising kan? Pernah dengar tak cerita tu?

Tapi labah-labah memang menggerunkan saya. Mungkin sebab masa kecik dulu, saya pernah tengok satu labah-labah kaki panjang dan perut gemuk dalam bilik stor rumah saya. Dan dari perut labah-labah tu, keluar anak-anak yang kecik dan halus. Saya geli...

Tempat ketiga

Cicak

Cicak jahat kan. Ni bukan masa kecik, masa saya bekerja dulu peristiwa ni terjadi. Cicak pernah masuk dalam baju saya. Masa tu, saya nak solat. Ofis saya tu, bilik solatnya sempit dan hanya muat sorang pada satu masa. Sebab dah amik wudhu dan tak nak buang masa, saya tumpang solat di ruang rehat makcik cleaner. Open air. Walau pun tak berhawa dingin, tapi memang ada sudut bersih, khas untuk solat. 

Saya tak tau bila cicak ni boleh masuk dalam baju saya. Tapi bila saya dah duduk di meja saya dalam ofis, saya terasa ada benda kat belakang saya. Saya picit, dan rasa agak lembik dan kenyal. Masya-Allah! Nak je saya jerit, tapi sebab saya satu-satunya perempuan kat ofis tu, maka saya pun control ayu dan terus berdiri sambil betul-betulkan baju la konon, dan cuba keluarkan cicak tu dari dalam baju saya. Mujur juga cicak tu tak masuk ke tempat yang tak sepatutnya. Bila keluar je, cicak tu pun macam mabuk sebab kekurangan oksigen agaknya. (Padan muka, sape suruh masuk dalam baju aku), saya amik tisu, grab cicak tu, dan buang dalam tong sampah besar di luar ofis dan masuk dalam ofis semula dan buat seolah-olah takde apa yang berlaku. Padahal dalam hati, rasa nak luruh jantung saya.

Tempat keempat

Ular

Masa saya kecik dulu, tinggal di Perlis. Sebelah taman perumahan kami, ada sawah padi. Tau tak, ular tedung pernah masuk dalam rumah kita orang! Ular tu masuk menerusi lubang dalam bilik air. Lubang tu, tutup dia dah tercabut. Jadi, mak saya tutup dengan batu besar je. Masa tengah syok-syok tengok tv, dengar jeritan kakak sulung saya dari bilik air. Mak dan bapak saya pergi ke bilik air la, check apahal. Sementara saya dan kakak tengah saya, terus lari menyelamatkan diri, keluar dari rumah. Hehhe.... 

Kecoh satu taman. Tak lama lepas kami keluar, mak saya pulak keluar, sambil jerit tolong! tolong! kat jiran-jiran. Semua orang keluar rumah. Dengan pertolongan orang kampung, berjaya juga keluarkan ular tu. Tapi masih hidup. Bila ular tu atas jalan, kepala ular naik tinggi, menegak, macam nak patuk. Ular tedung panjang. Badannya berkilat. Last-last, mati ular tu, kena tetak dengan parang ke, cangkul ke, saya pun dah lupa.

Tangga kelima

Lipan

Dulu masa dok KL, takde pun menatang ni. Tapi sejak dok Perak ni, kadang-kadang lipan ni keluar juga. Walau pun kecik, takut juga. Ada sekali, mak lipan yang keluar. Tuhan tolong, Yati boleh ternampak lipan ni keluar dari bilik air ke bilik tidor. Padahal waktu tu Yati di bilik belakang, tengah cross stitch ler. Tiba-tiba terasa nak check anak tidor.

Lipan ni, berjalan sangat pantas. Laju. Besar. Badan merah. Kaki banyak. Yati terus kejut Encik Abe. Selamat, kena pukul dengan pemukul lalat tu. Kalau tak... tak tau apa yang terjadi. Sebab anak-anak Yati tidor bawah, bukan atas katil. Gerun kan...

Begitu la sedikit sebanyak haiwan yang mengerikan bagi Yati. Apa hukumnya kalau kita bunuh binatang-binatang ni ya? Encik Abe saya ni, punya la baik hati. Kalau suruh pukul lipas, dia kata, bior la... binatang tu pun nak hidup... Hish... kalau binatang berbisa tu, kalau tak pukul mati, nanti boleh mendatangkan mudarat kalau tak pada kita, pada anak-anak kita kan....

Oh, ada satu binatang yang dulu saya takut, sekarang dah tak. 

Ulat pokok bunga

Demi menyelamatkan pokok bungaku, kena beranikan diri ambil daun yang ulat ni dok bertenggek, dan buang dalam longkak. Kalau tak, bahaya ooo... ulat ni, habis daun semua dia makan. Tinggal bunga je. Lagi satu, tahi ulat ni, kalau kena kat kulit kita, gatal, jadi, kena buang. Sebab budak-budak suka main kat pokok bunga juga kadang-kadang tu. 

Sekian. Anda pula camana, apa binatang yang menggerunkan anda? Cek citer, cek citer...

** Gambar semua dari Google

18 comments:

  1. salam ukhuwah..

    dulu2 ms duk hostel, keje ms weekend ialah tangkap lipas yang bermastautin dalam locker...tensen2....

    ReplyDelete
  2. Ziraziz,
    salam.
    Tangkap lipas? Beraninya..! :)

    ReplyDelete
  3. yg last sekali tuh ler yg akak paling geli... suruh pegang pacat or lintah pon tak per.. jgn pegang ulat.... geli geleman, boleh pengsan rasanya

    ReplyDelete
  4. Kak Mila,
    Hehhe... geli ye kak. Sama dengan mak Yati. :)

    ReplyDelete
  5. kat rumah kakyong ni , yg ni 1- 3 tu memang ade.. paling byk cicak... eiii.. geram2 besor2 plak tu.. Anis siap cakap 'tokek la ibu'... hahahha....

    ReplyDelete
  6. yatie..akak kata lipas tu binatang yang miang..suka sangat manjat masuk dalam baju ke kain ke..

    ReplyDelete
  7. pandai betul binatang ni cari tempat ye,...dlm baju.ct paling takut kat lipas dan lipan(ada juga sekali sekala keluar kat bilik air)

    ReplyDelete
  8. ya Allah kak..semua saya geli kak..yg kurg sikit labah2..kalau yg besar tu lain cte la..memang pengsan terus..hehe

    ReplyDelete
  9. salam,

    eiiii kak yati gelinya saya..dan ada binatang yg kak yati letak kak atas tu saya xberani nak tengok ..huhu serammmmm..kalau labah2 tu ok, lipas pun asalkan dia tak naik ke kaki saya sudah...yg lain2 tu ya ampun..na'uzubillah

    ReplyDelete
  10. akak plg takut katak...sebut nama pn dh meremang bulu roma....

    ReplyDelete
  11. Kakyong,
    Cicak besar? Dok atas siling ok la yek, jangan dia orang turun ke bawah. Erk...!

    Kak Erna,
    Betul, betul, betul, saya setuju!

    ct N Honey,
    Ntah menatang ni, takde tempat lain agaknya nak masuk. Bahaya lipan tu.

    misyamissyou,
    Hehhe... sama la kita yek! :)

    UmmuFarhan,
    hehhe... minta dijauhkan yek binatang-binatang ni dari dekat dengan kita. Menakutkan..!

    kak Nza,
    ooo katak ye.. Yati ok lagi dengan katak. Sebab katak tak kacau orang la kak.

    ReplyDelete
  12. Salam Yati..

    Hehe...dlm semua2 binatang buas yg Yati tunjuk tu xde 1 pun yg sy geli, semua tu sy berani pegang kecuali ular la kan, 1 je binatang yg sy xleh tgk, jumpa & pegang mmg sebatu sy lari, binatang tu ialah KATAK! huhu...

    Binatang2 tu kita blh bunuh sbb dia membawa penyakit, membunuh & membahayakan kita, tp klu blh elak dr bunuh, baik kita elakkan...

    ReplyDelete
  13. waaaaaaaaa
    saya BENCI yang nombor satu itu




    komen cepat2 sbb nak tutup page ni cepat2
    eyuwwwww... goli!!!

    ReplyDelete
  14. saya geli semua binatang...takut n fobia!!saya follower br yati..free2 follow widda blik yer.

    ReplyDelete
  15. Siti Hajar,
    Salam... :)
    Beraninya Siti Hajar ni. Kalau pegang pun berani, tabik la Yati.
    Hehhe, sama macam kak Nza ni, takut katak. :)
    Thanks untuk info tu ya.

    Hanie,
    haha, sama la kita, tak suka lipas. :D

    Widda,
    Hehhe... sama dengan Yati la ye. Thanks follow. Nanti Yati singgah rumah Widda pula ya.

    ReplyDelete
  16. yg last tu geli, cpt2 scroll ke bwh..hehe :)

    ReplyDelete
  17. tq yati sbb dah singgah umah widda..

    ReplyDelete
  18. Ayu,
    Haha, ulat daun tu ya. Yati pun geli juga dulu dengan ulat tu. :)

    Widda,
    Welcome. No problem.

    ReplyDelete

Terpaksa juga letak word verification ni, banyak komen spam masuk. Thank you, appreciate komen kawan-kawan. ^_^