Friday, January 07, 2011

Projek jahitan minggu ini

Assalamualaikum.... korang pekabo?
Esok hari Sabtu. Haaa... bestnya... anak-anak tak sekolah. Boleh bangun lambat sikit. Kalau tak hari-hari bangun pukul 5 pagi, masak. 

Misi menambahkan stok kedai minggu ni kurang berjaya. Letih, malam, bila dok depan tv, tidor. Habis tu, bila masa la nak buat cross stitch ni...

Sempat siap satu je, cross stitch pencil case.


Bahagian dalamnya, guna cotton, kotak, pink.


Close up sikit gambar cross stitchnya, pencil warna...


Selain pencil case ni, sempat me-repair satu seluar kat rumah ni, yang dah koyak macam roti jala. Kain dia jenis lembut dan selesa dipakai, jadi sayang pula nak buat kain lap kaki atau kain buruk.


Ada getah seluar baru beli hari tu. Jadi Yati cuma gantikan yang lama. Baru la sedap sikit mata memandang.

Selain tu, jahit lencana baju sekolah Amirul. Entah kenapa sekolah dia orang ni tak de lencana yang belakang ada iron-on sticker tu. Jadi, kena la jahit. Dengan tangan saya yang gemuk ni, nak seluk masuk through poket baju yang kecil tu. Untuk 3 pasang uniform sekolah.


Sekian rangkuman projek jahitan saya minggu ni. Hehhe.. ntah apa ntah.

Dari awal minggu ni, Yati terasa macam nak makan murtabak. Tapi tak pergi pun pasar malam. Hujan, malas pergi.
Selamat berhujung minggu semua!

15 comments:

  1. cantik!..anak saya mesti suka..tambah2 pink colour..

    ReplyDelete
  2. Sekarng ni mmg jenis lencana yg kena barjahit semuanya kan. Rasanya dah tak jumpa lencana yg iron on sticker tu..huhu.

    Minggu lepas sibuk jahit lencana gak kat baju2 anak. 6 pasang lagi, 3 pasang sorang..huhu

    ReplyDelete
  3. ab@h_Izz,
    Timasih. Hehhe... budak pompuan memang peberet pink kan...

    Yus,
    Ha? Hmmm.... pelik.... tapi apa nak buat, kalau tak jahit, kena amik nama kat prefect pulak.
    Wah... Yus lagi banyak kena jahit.

    ReplyDelete
  4. murtabak?
    kalau malas, buat jer sendiri kat rumah
    boleh buat besar-besar.. tebal-tebal... hehe

    ReplyDelete
  5. salam yatie..cantik..mesti anak yatie rasa seronok..bekas pensil pun mak jahit sendiri kan..

    ReplyDelete
  6. dulu mmg kebykan sk wat lencana yg iron on stiker ttp ramai ibu bapa komplen cz warna cpt pudar. yelh yg jenis tu dicetak ttp yg jenis sulam lbh thn lama n xcpt pdar ttp trpaksa la dijahit.....

    ReplyDelete
  7. okla tu boleh jahit lencana anak2, cam akak ni asik hantar kedai aje walopun nak jahit lencana...hehehe, tak kemas sgt jahitan akak tu

    ReplyDelete
  8. Samalah Yati... kena jahit lencana sekolah... akak kena jahit 12 pasang... memang leceh nak jahit atas poket... Tak lama lagi kena jahit name tag diorang pulak...huhu

    ReplyDelete
  9. h4ni3,
    ada resepi, tapi peminat murtabak kat rumah ni cuma kita sorang. Lagi baik beli la.

    Kak Erna,
    hehhe... ni untuk masuk kedai online yati tu kak. Nanti baru nak jahitkan untuk anak. :)

    Kak nza,
    ooo ye ke. Yati tak tau pun. Yati rasa, yang lama tu lebih elok. Tak pudar pun. Dia orang basuh baju, pi berus lencana tu, kenapa, mesti pudar punya. Hehhe..

    Mamasyaza a.k.a. Kak Su,
    wah... hantar kedai tu. Tak tau pula Yati ada kedai terima jahit lencana sekolah. Kalau tak, Yati pun hantar. Hehhe...

    Yoon a.k.a. Kak Nisa,
    peh... 12 pasang tu... Yati pun baru 3 pasang, dah naik sakit tangan.

    Ayu,
    Thank you, Ayu! ^_^

    ReplyDelete
  10. bro Edoras baru saja join dunia blogging. Jom support and welcome him to the world of blogging! yay! ^_^

    ReplyDelete
  11. warna pink tue yg buat hasilnya menjadi sgt soft..akak sungguh kreatif..syabas...

    ReplyDelete
  12. Baincardin,
    hmmm? Nanti Yati jenguk ya.

    Sahromnasrudin,
    Timasih, sahrom. :)

    ReplyDelete
  13. fialka012,
    thank you. And thanks for dropping by here. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea