Monday, January 31, 2011

Monday blues

Bukan orang kerja je ada monday blues. Hafizan pun sama. Hari Isnin, dia malas mandi nak pergi sekolah. Bila dah siap, suruh masuk kereta, dia termenung depan pintu. 

Hari ni, dia melalak. Hari-hari, Encik Abe yang hantar Hafizan ke tadika, lepas tu dia pergi kerja terus. Hari ni, Hafizan punya la melalak. Belum masuk pagar sekolah lagi. Dok tengah jalan, menjerit-jerit. Orang semua tengok.

Encik Abe pun masukkan Hafizan dalam kereta semula dan balik rumah. Sampai rumah, kena sebijik Hafizan dengan bapaknya. 

Malu juga sebab dah sebulan pun ke sekolah, tapi masih melalak-lalak. Yati pun pujuk la Hafizan, kena pergi sekolah, nanti mama tunggu. Baru dia nak bergerak.

Jadi tadi, Yati pun tunggu la Hafizan, sampai Hafizan masuk kelas. Tiap pagi, kalau tak hujan, macam perhimpunan la. Murid-murid semua berkumpul dalam barisan di luar, menyanyi, berzikir, baca doa, sambil menyedut udara segar.

Adalah lebih kurang setengah jam, Yati dengan Sulaiman dok situ, tengok dia orang. Bila dah masuk kelas, kami pun cha alif but.

Hafizan, Hafizan..... bukan Monday je blues. Everyday juga layan blues...

Hafizan, pakai uniform sekolah. Muka sedih je.

Hmmm... Hafizan ni tak suka ke sekolah situ ke .... Tak tau la kami. Tak suka pun, dia kena belajor untuk suka. Tadika PASTI ni bagus. Yati rasa, kami sebagai ibubapa pun tak mampu nak ajar sebagaimana cikgu-cikgu dan ustazah ajar.

Hafizan selalu kata, bila kuku dia dah panjang, dia suruh kami potongkan. Dia kata, nanti syaitan duduk bawah kuku kalau kuku panjang. 

Bila kami makan satu family, dia tegur dulu. Baca doa dulu sebelum makan.

Dalam sebulan, ada sekali je kami kira, dia riang ria pergi ke sekolah. Ada hari, dia melalak menjerit. Ada hari, dia pergi, tak bersuara, tapi airmata meleleh je. Ada hari, dia tak nak kuor kereta, bapaknya kena dukung. 

Adoi....

Meh kita tengok gambar sorang lagi hero Yati ni. Hero yang kalau cakap "Jom! Kita ambik Hafizan kat sekolah". Dia la yang mula-mula sekali pergi kat pagar, tunggu kita.

Sulaiman, mana-mana kita pergi, mengikut je.

Time mama buat kerja, dia main tepi meja. Nanti rajin-rajin gi sekolah ye, jangan jadi cam Hafizan.

Selamat bercuti pada yang bercuti esok, Hari Wilayah. Hari Khamis dan Jumaat pula Chinese New Year. Long weekend la kita bercuti. 

Anda ada plan nak pergi holiday mana-mana ke?

Take care semua. Berhati-hati di jalan raya.

20 comments:

  1. ooo tak cuti lagi ye Yati? Anak2 yus semua dah mula cuti...

    Plan balik Muar dan Melaka je cuti ni...

    ReplyDelete
  2. Yus,
    tak cuti lagi. Ada sekolah dah cuti. Tapi dia orang ada pi sekolah hari Sabtu, ganti cuti kan. Anak-anak Yati takde.
    Best la dah cuti. Selamat balik kampung! :D

    ReplyDelete
  3. kat kemas sini, dah cuti seminggu... cuti cny? jom blk kampung

    ReplyDelete
  4. haha... mmg bagus pun Pasti tu.. bila balik nyanyi lagu nama2 nabi sejuk hati mendengarnyer (walaupun byk salah dari betul) huhu..

    selamat bercuti jugak yati..
    saya tak ke mana2 pun musim hujan nih..

    ReplyDelete
  5. Epit,
    wah, ye ke... bestnya, dah start cuti.
    Ha ah, nanti aku pun balik kampung, tapi kampung dekat la, kampung jauh tunggu raya posa. :)

    Zila,
    betul tu. Kita dengor dia orang baca ayat hafazan, zikir munajat pun, suka sangat dengor.
    Hehhe... lepak rumah pun best juga.

    ReplyDelete
  6. Yati, mcm2 ragam anak tadika ni... Anak akak yang sulung dulu tu, cikgu kata rajin tido kat sekolah... hmmmm

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..

    tempat kak masih sekolah lagi??? kat cini byk dah tutup..cuti awal kan..1malaysia hehehehe

    ReplyDelete
  8. Kak Nisa,
    tidor kat sekolah? Hehhe... sekurang-kurangnya, dok diam tu. Tak ganggu pelajar lain. Melalak ni bahaya. Berjangkit. :D

    Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam warohmatullah.
    Sekolah. Tapi ada sekolah dekat sini juga, area Tronoh, dah cuti, sebab ramai chinese.
    Hehhe... seronoknya, sebab ramai cuti, trafik pun tak berapa sesak kan.

    ReplyDelete
  9. hehehe yati....budak2 pun ada monday blues kan :) apa2 pun selamat melayan budak2 time cuti minggu ni hehhehe

    ReplyDelete
  10. yati,
    cuba tanya hafizan, ada orang buli dia kat sekolah tak??

    harraz pun, still liat nak bangun
    bila masuk pagar sekolah, jalan pun slow motion jer
    macam orang ngantuk jer
    hehehe

    ReplyDelete
  11. as salam yatie..cuba tanya ngan cik gu..macam mana hafizan di sekolah...
    cari puncanya..akak pernah rasa dulu..
    cuti ni tak kemana2 pun yatie..cuma pergi jemputan kenduri aje..

    ReplyDelete
  12. yati, cer tgk balik koleksi gambor heroes2 semua - mereka memang suka dok lam bakul kan? tatau laa kenapa.. tapi memang ramai laa budak kecik suka dok lam bakul.. ekekekekek peace!
    -Aniqahana-

    ReplyDelete
  13. Yati, ini salah satu dugaan buat ibubapa....Walau bagaimana pun nnti mesti ada sesuatu perkara yang membuatkan anak Yati tu akan suka ke sekolah akhirnya.... Sabar, dear.

    ReplyDelete
  14. anak lelaki lmbat matang ckit la yati...cuma kita perlu byk brsabar dgn mrk ni..insyallah lama2 oklh hafizan tu....farouk dulu pn nangis lbh kurg 2 minggu gak ttp akak antar kt pintu terus belah...bila tnya cikgunya ok je lepas kita dh blk......

    tadika pasti mcm taski gak..bagus cz byk anak2 belajar doa2 n amalan harian yg baik..along n angah pn sk kt situ dulu..mmg berbeza sgt yati...

    ReplyDelete
  15. Rafidah,
    ye la Fida. Ada angin dan mood budak-budak ni. Kena la banyak bersabor.
    Thanks, you too, have a great holiday! :D

    h4ni3,
    dah tanya la Hanie. Bila di sekolah, dia ok. Time nak pergi sekolah tu, dia tak suka.
    Hehhe... Harraz bagus. Slow motion takpe, asalkan tak nangis dan tak perlu ditarik masuk. Hehhe...

    kak Erna,
    waalaikumsalam kak.
    timasih, kak. Yati ada juga niat camtu. Nanti Yati cuba.
    ooo bestnya makan kenduri.

    Aniqahana,
    peberet place budak kecik. Tak dalam bakul, dalam kotak. :D
    Thanks singgah sini ya.

    Kak Dee,
    Thanks kak. Mudah-mudahan camtu la. Nak anak happy je, tak nak sedih.

    Kak nza,
    hehhe... tu la kak. Hafizan juga ok kat sekolah. Nak pergi sekolah tu yang dia malas. Amirul dulu takde la macam ni. Amirul suka ke sekolah.
    Ya, betul. Banyak doa bacaan harian, zikir, fardu-ain yang diajar kat PASTI. Yati tengok pun bagus.

    ReplyDelete
  16. salam kak..
    siannye anak akk tu..tp yela kak sy kat sekolah tu pun same memula tu siap berkepung ngn ank murid nak balik ikut mak..macm2 kerenah..tp kesian tgok diorg...maybe enviroment kot...lama2 nnt okla..ingt lagi adik sy dulu siap sekolah masuk ngn sy sekali dia x mo dok dlm kels dia nangis..huhhu

    ReplyDelete
  17. bagus la Hafizan sek tadika Islam..
    Fikri ni pun sejak sekolah, dah pandai eja alif-lam-lam-ha... mcm2 lah dia dah belajor.. kdg2 ade perkara kita ajor, dia tak brp nak ikut.. jd memang elok la dgn bantuan cikgu & ustazah, dpt juga dia catch-up...

    Yati pernah tanya tak hafizan suka sekolah ke tak?

    sulaiman memang comel la.. byk amik muka yati... sejuk ni...

    ReplyDelete
  18. Ayong,
    wah, siap berkepung tu. Kak Yati dulu tengok ustazah kat sekolah Hafizan siap kena tumbuk dan terajang lagi dek sorang budak ni, yang berkeras nak keluor balik rumah. Ayong sabor ya, mendidik anak-anak ni.
    Hehhe... hari ni Hafizan pergi sekolah siap bye-bye lagi kat akak. Jadi, rasanya, ok la tu.

    Kakyong,
    Betul tu kakyong.
    Pernah tanya Hafizan. Dia diam je. Homework dia buat, kakyong. Cuma Hafizan ni macam manja sikit. Kawan usik sikit, dia jerit. Tak leh nak tengok/cuit barang tulis dia langsung.
    Hehhe... ye ke... ada yang kata, ikut muka bapaknya. Kening kot ikut Yati. :D

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Kak yati, saya pelik juga kenapa hafizan menangis2 tanak pi skolah sedangkan dah sebulan dia skolah n ada masa dia gembira. mcm ada sebab dia tanak pegi tu. kalau saya anak mcm tu, saya akan cuba siasat..intai ikut tingkap hehehe..

    anak2 kak yati memang cute miut..:)

    ReplyDelete
  20. UmmuFarhan,
    Hehhe... dah intai pun. Masalah Hafizan bukan di sekolah, tapi di rumah. Dia nak tengok kartun astro. Dah 4 tahun dok rumah tengok kartun, time gi sekolah, dia berat la skit. Minggu ni dah improve sikit dah. Dah ok. :)
    Timasih!

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea