Monday, January 03, 2011

Hari pertama sekolah

Pukul 4 pagi, mata Yati dah terkebil-kebil dah tak boleh tidor. Risau Hafizan punya first day sekolah. Mata tak boleh sambung tidor balik. Jadi Yati bangun, lipat kain, prepare breakfast. Pukul 6, siapkan budak-budak. Encik Abe cuti hari ni. Jadi mula-mula hantar Amirul dulu. Amirul masuk tahun 2. Tak ada gambar nak pergi sekolah. Bateri kamera kong.


Seterusnya, hantar Hafizan pula. Hafizan, 5 tahun, masuk tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). 


Mula-mula, Hafizan ok. Dia ikut je apa ustazah suruh buat. Dalam pukul 9 macam tu, kami nak balik. Kami babai la kat dia. Bila kami sampai kat mana kami park kereta, bila Yati toleh belakang, nampak Hafizan ikut dari belakang. Sudah.... budak ni nak ikut balik rumah pulak.....

 Cepat-cepat Yati patah balik, pergi kat Hafizan, pujuk dia masuk kelas balik. Hafizan tak nangis. Dia diam je. Bila tanya, dia nak pergi mana, keluar kelas, nak balik rumah ke? Dia angguk. So, Yati pun cakap la, mama tak balik. Mama tunggu Hafizan kat luar. Jadi dia pun masuk kelas semula.

Sebenarnya, bukan Yati sorang. Ada mak yang kena duduk tepi kerusi anak dalam kelas. Ada yang duduk dengan anak kat luar kelas, sebab anak nangis, tak nak masuk. Ada 2 yang minta izin balik kat ustazah, cuba esok la pulak. Sebab emak teman dalam kelas - anak nangis, mak duduk luar, anak nangis. 

Hafizan lain sikit. Dia tak macam Amirul. Amirul pernah merasa tinggal di bawah jagaan nursery masa Yati kerja dulu. Hafizan, selain dari opah dan aunty, tak pernah berenggang dengan Yati. Ustazah pun cakap macam tu. Memang dari pengalaman dia, anak-anak yang ibunya surirumahtangga susah sikit nak biasakan diri masa mula ke sekolah. 

Last-last kami balik juga. Dalam pukul 10 lebih camtu, bila ustazah dah tutup sliding door kelas dan pintu. Kami senyap-senyap balik. Bila habis waktu sekolah, mata Hafizan nampak bengkak. Tanya dia, dia nangis ke? Ha ah. Kenapa nangis? Sebab mama balik. Huuuu.......

Itu la pengalaman hari pertama sekolah hari ni.Macamana pula dengan sorang lagi ni, Sulaiman, yang juga tak pernah berenggang dengan Yati, bila masa dia nak ke sekolah nanti....?


Esok tak tau la macamana. Besok Yati sorang. Encik Abe kembali bekerja. Apa pun, hari ni, memang letih giler.... 

Babai.... thanks for reading...

8 comments:

  1. macam2 ragam budak kalau baru nak bersekolah ni kan kak yati....

    ReplyDelete
  2. Yatie,
    macam-macam. Memang kena bersabor banyak-banyak.

    ReplyDelete
  3. alaaa...
    sampai bengkak mata ker...
    kesian la pulak.. huhu

    ReplyDelete
  4. salam,

    kak, seronoknya dengar citer akk..saya pun tak sabar nak tggu anak masuk skolah nnt..

    ReplyDelete
  5. heheheh..sib bek kak dah ada pengalaman kan

    ReplyDelete
  6. budak2 kan.....mcm anak sedara saya pun mcm2 hal..hehehe

    ReplyDelete
  7. h4ni3,
    tu la. Rasa nak amik balik, mama homeschool dia je la. (podacit..!). Tapi nanti dia tak tau berkawan / tak dapat bergaul pula.

    ummufarhan,
    haa.. tak sabar ya... nanti bila time anak sekolah, kelam kabut tau... enjoy la masa anak tak masuk sekolah lagi ni. Bila dia orang dah sekolah, rasa rindu je kat dia.. hehhe...

    Eis,
    Hehhe... timasih, ikut muka bapak dia kot...

    Sahromnasrudin,
    dulu lain, sekarang lain, Sahrom. Takde anak yang sama, masing-masing ada angin tersendiri. Kena la banyak bersabor.

    Rafidah,
    ha ah...tapi dah anak, sabor je la. :D

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea