Tuesday, January 04, 2011

Hari kedua sekolah

Hafizan liat nak mandi. Dia kata, "semalam kan dah pergi sekolah. Hari ni kena pergi lagi ke?"... Ayoyo...

Bila sudah sampai sekolah, Encik Abe yang hantar dia masuk ke kelas. Salam ustazah, terus masuk. Bagus-bagus. Mama takut hantar. Nanti Hafizan dengan mama, dia nak ikut balik pulak.

Kami terus tinggal dia. Pergi kedai runcit, beli roti.

On the way balik rumah, singgah tadika Hafizan. Wah, hari ni belajar kat luar la. Boleh mama sembunyi balik pokok, tengok Hafizan. Ha.... nampak Hafizan senyum dan jawap soalan ustazah bila ditanya. Disuruh kira, Hafizan ikut mengira. Baca doa, Hafizan ikut baca. Mama sangat happy....

Time balik sekolah, mama pergi jalan kaki dengan Sulaiman, amik Hafizan. Ustazah nampak mama je, cakap "Ha, Wan Hafizan mana... Wan Hafizan... mak dah  ada ni... "
Anak-anak yang ibubapa belum sampai tak boleh keluar kelas. Bagus juga. Hafizan salam ustazah. Yati tengok muka Hafizan,  takde tanda-tanda nangis pun. Nampak dia ok hari ni, second day.

Yati sembang dengan sorang ibu, yang dah 2 hari dok kat situ, tunggu anak dia. Semalam, satu hari dia dok dalam kelas. Hari ni, dia balik rumah sejam. Dia kata, semalam tu Hafizan nangis sebab ada budak ambil pencil case dia. Agaknya, budak kan... suka tengok pencil case, lagi-lagi Hafizan punya Ben10. Hafizan pulak agak kedekut sikit. Tu yang melalak tu. Ustazah kata, "Balik je" kat ibu ni, tak yah le tunggu anak hari ni. Ye la, Yati pun rasa, anak-anak ni, kalau ibubapa tak tunggu, dia lagi ok. Kalau tengok muka mak atau bapak je, start la meleleh airmata, nak balik. Lagi pun, ustazah semua banyak pengalaman handle anak-anak ni. 

Kami rasa lega, Hafizan dah boleh sesuaikan diri. Masa Yati spy dia belakang pokok tu, rasa macam.... anak aku dah besar la, dah boleh pergi sekolah, dah boleh berkawan, dan sekarang belajar berdikari.... sobs sobs.... terharu pulak... Huhu....

Hoyeh.... Alhamdulillah... Ya Allah.....

Hafizan masa di rumah aunty di KL.


P/S: Harga benang DMC dah naik, dari RM1.50 ke RM1.80. Hmmm.... boringnya...

Yati punya current projek tak siap-siap lagi. Sibuk dengan anak sekolah ni. Check homeworks, balut buku exercise pulak. Hari ni petang, sakit pala. Makcik letih tapi happy!  ^_^

17 comments:

  1. alhamdulillah yatie..dah ok hafizan..tak nangis..
    memang dah besar hafizan..dah pandai..
    lma2 nanti lagi dia seronok bersekolah..

    ReplyDelete
  2. Kak Erna,
    Harap-harap camtu la kak. Seronok pi sekolah. Bila dia nangis, kita pun rasa nak nangis. Apa taknya, registration dah beratus. Huhu....

    ReplyDelete
  3. very good, as for me my son refused to go kindergaten dont want teacher also. Sad dont know what to do, he also lazy do the work which teacher ask.

    ReplyDelete
  4. Yati, akak pun mengeluh jugak bila register anak... belanja baju, buku, yuran2 dah nak masuk seribu...tu baru 2 org anak sekolah... Kalau org yg anak ramai cam mana lah agaknya...
    Benang DMC dah naik harga? Naik byk pulak tu... Harga kain pun sure naik jugak ni...Adoi!!!

    ReplyDelete
  5. akak nyer opinion, budak2 ni kena bg diorg independent skit.. kalau layan sgt, nak kena tunggu kat sekolah etc, mmg susah ler.. teringat first time izzah ke tadika arituh, kitorg tak hantar pon, sbb tadika tuh belakang taska dia jer n owner yg sama, bab bayaran semua kat taska jer. Nasib dia ok jer... walaupon komplen sbb mak org lain ada dtg, umi dia takde hahaha

    ReplyDelete
  6. Yati..anak2 sy start 2 bln dah kena hantar pegi tadika(nursery)...every morning diaorg dah faham dah bila ibu ckp, "ok let's go to school"..
    Tk sabar nk tunggu anak msk sek ren plk nanti...hihihi...

    ReplyDelete
  7. alhamdullillah, anak2 akak pun dari tadika sampai sekrg, mmg takde masalah kalo nak p skolah, tak tau la cam mana ngan sikecik nanti.

    ReplyDelete
  8. Yati.. kat area umah saya dapat lagi RM1.40-RM1.50. tgk kedai la jugak.. baru naik ke harga dia? kena beli buat stock nih.. huhuhu..

    Anak saya pun ke Pasti juga. memula excited bebenor, tapi entah mcm mana bleh tetiba dia jadi sayu hati & hentam melalak.. haha.. tapi saya tinggalkan ajer.. hahaha

    ReplyDelete
  9. Hafizan Gd boy xnangis pun yer..

    Budak2 ni Yati, bila ada mak ayah terus jd manja, tp klu xde kita blh plk dorg berdikari, biasa la tu, 1 lg bila tgk kwn2 menangis dorg pun ikut menangis padahal xde pape pun..hehe

    ReplyDelete
  10. bagus hafizan...good boy :)....benang memang dah naik :(..benang crochet nona tu pun dah naik..uwaaaaaaa

    ReplyDelete
  11. Sherry,
    wow, that's tough. Maybe you could try and ask your son, what's been bothering him. Or speak to his teacher, how is he in class. Maybe you could reward him something. Be patience and good luck. Thanks for dropping by.

    Yoon a.k.a. Kak Nisa,
    Betul tu kak. Dah la sekarang minyak naik, barang-barang semua naik harga, dengan belanja anak lagi... hai...
    Yati pun terkejut hari tu. Naik 30 sen! Dia kata, Haby & Wool dah bagi surat.

    Kak Mila,
    Ye kak, betul apa kak Mila cakap. Memang kena tinggal kan je. Boleh sebenarnya. Manja dan mengada-ngada je budak-budak ni. Hehhe...

    Ros,
    itu la kelebihan ibu bekerja. Anak-anak dah biasa sejak kecil, jadi bila masuk sekolah, insya-Allah takde masalah.

    Kak Su,
    bagus la anak-anak akak. :)

    MamaDaniel a.k.a. Zila,
    Sila la beli sementara kedai masih jual murah. Baru naik, sejak 1 Januari 2011.
    Sama la. Hari ni pun Yati tinggal je Hafizan. Walau pun dia nangis plak, tak nak pergi school hari ni.

    Siti Hajar,
    yati setuju. Memang betul. Dia orang ni jangkit. Kalau sorang nangis, yang lain pun ikut la. Tu la Yati takut tu. Pasal hari ni kat tadika Hafizan, ada sorang budak naik angin melalak-lalak. Tapi Yati balik juga. :)

    Rafidah,
    Benang crochet nona pun naik? Fidah tak cuba brand Minlon pulak ke? Boring kan... makin mahal harga benang sekarang...

    ReplyDelete
  12. hi yati my son maybe discharge from hospital esok. Malam ni dah 3rd night dia di hospital.

    ReplyDelete
  13. teringat anak yg sulung masuk tadika dulu..umur 5 tahun, 1st day sgt suka..tak sabar nak gi, 2nd day ..dah mula tak nak gi..3rd day..terus nangis tak nak turun gi tadika..sampai takleh buat ape..2 bulan dok rumah...sampailah nekad n biarkan dia menangis jer masa hantar

    ..last2..suke pulak..mggkin kena ada kawan yg ngam kut..

    ReplyDelete
  14. well done hafizan!
    harraz so far ok.. tp 2 hari jer dia nak bercerita psl skool. masuk 3rd day dia kata 'dah, jgn tanya lagi, stop!' hahahaa.. boring la tu nak layan soalan2 mak bapak dia ;D

    ReplyDelete
  15. alamak.. tetiba hang..!
    ntah lepas ke tidak komen yg dah di post tadi.. huhu

    ReplyDelete
  16. Yati, ternyata anak2 Yati dah besar.... bolih lah mula dengan penambahan ahli baru keluarga Yati...!

    ReplyDelete
  17. Sherry,
    Oh my, lamanya di hospital. Hope your son will get well soon.

    ab@h_Izz,
    hehehhe... macam-macam peel anak-anak ni ya. Sib baik dia dah dapat terima sekolah ya.

    h4ni3,
    Bagus la Harraz. No problem pun masuk school kan. Kalau dia tak nak cerita, Hanie pergi spy dia je la, tengok apa dia buat kat sekolah. Hehhe...

    Kak Dee,
    cukup la 3 orang ni kak. Jaga dia orang ni pun dah penat dah mental dan fizikal. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea