Friday, January 21, 2011

Cerita hari cuti semalam

Semalam, Perak cuti, Thaipusam. Kami satu family, pergi terjun Ulu Kenas, berendam la. Tak plan pun, cuma idea spontan mengenangkan matahari agak terik. 

Lepas berendam dari pukul 11 pagi sampai 2 petang, perut pun lapor. Pergi la Kuala Kangsor, makan nasi, lauk patin tempoyak, ikan bakar dan ayor asam. Mahalnya. Rasanya dulu, takde la semahal ni. Udah macam makan kat KFC la pulak. RM35. Dulu, tak cecah RM20 pun, termasuk air. Yang makannya, Yati, Encik Abe dan Amirul. Itu pun nasi 2 penuh, satu lagi separuh. Hafizan dan Sulaiman, biasanya, kami amik extra plate, share nasi dengan Yati dan Encik Abe. Hmmm... selalu kami tak makan kat kedai dia, makan kat kedai sebelahnya. Tapi sebab sampai Kuala hampir pukul 3, lauk pun hampir habis. Takde pilihan. Makan di kedai dia la. 

Udah makan, beransor la kami balik ke rumah. Anak-anak dalam kete, semua kenyang, tidor le. Sampai di rumah, tengok pisang yang beli 2-3 hari lepas udah naik itam. Maka Yati pun ke dapur la, buat cekodok, untuk minum petang.

Waktu tu, pukul 5. Menghadap matahari petang menerusi tingkap dapur, Yati dengan perasaan rasa nak tidor tapi kena merajinkan diri, melenyek pisang-pisang, gaul tepung, telor dan gula.


Encik Abe dan anak-anak tengah tengok cerita the Unit, di saluran 710. Masa ni la fikiran melayang, nape la Tuhan tak bagi aku anak pompuan, boleh tolong aku masak kat dapur. 

Peluh jantan, peluh betina, semua keluor. Walau pun ada langsir, dan ditarik menutup sebahagian besor area dapur.

Tak la lama pun, dalam setengah jam kemudian, dah pun terhidang cokodok panas dan air teh sejag. Tapi rasa macam betul-betul lepas keluor buat sauna. Basah baju. Adakah dengan berdiri memasak dan berpeluh sebegitu, boleh membakar kalori? Harap-harap boleh la, walau pun sedikit.

Hafizan pula demam. Minggu ni, baru hari ni, dia ke sekolah. Dah 3 hari tak pergi, sebab dia demam. Jangkit dari kawan sekolahnya, menurut ustazah. Sebab ada juga budak lain yang demam juga. Nasib baik semalam cuti. Kami ambil kesempatan bawa anak-anak masuk hutan, hirup udara segor. 

Tau tak Amirul berjaya tangkap ikan semalam, masa mandi kat Ulu Kenas? Guna plastik je. Dia tangkap anak ikan. Dapat 4 ekor. Bila nak balik, kami lepaskan balik anak-anak ikan tu ke sungai.

Hari tu, ada seorang ibu meluahkan rasa kat Yati. Dia kata, nak cuti la dari jadi ibu, boleh tak. Kerja boleh cuti, tapi jadi ibu 24/7 tak habis-habis kerja.

Yati senyum je. Rasa lega, rasa kita normal, sebab orang lain pun macam kita juga. 
^_^

14 comments:

  1. akk..idah pun kalau nak bercuti juga sekejap jd ibu..nak gi bercuti tnpa ada rengetan,itu ini..hihihi...normal ye?normal lah kan...semua tu lumrah jd seorg ibu..bila renung2 mak2 kita dulu lagi lah kan..

    ReplyDelete
  2. yati..alhamdulillah..kita ada anak..tu yang penting..walau pun kita tak ada anak perempuan..

    ReplyDelete
  3. errkkk
    agak2 cekodok tu, ada terrr over masin tak?
    sbb campur dgn peluh jantan dan betina
    ekekekeke
    jangan marah yati! :D

    ReplyDelete
  4. kak Erna,
    huhu... Alhamdulillah... (thank you, ingatkan yati)

    h4ni3,
    hahaha... very funny Hanie! Cokodok tu lagi sedap, i tell you!

    ReplyDelete
  5. bila dah bertungkus lumus kat dapur tu mmg keluar semua peluh kan...

    Tapi tulah, tak juga kurus nya...masak aje, lg naik badan. Sayalah tu...huhu

    ReplyDelete
  6. salam,

    wah seronoknya dapat berendam,,,badak pun jeles ni..hihi..gurau jer..

    kak, banyak betul pahala akkk dapat..kalau lah Allah tunjukkn pahala tu dlm bentuk emas permata...nescaya ramai wanita pakat jd isteri dan ibu overtime hihi..

    saya pun mengidam ank pompuan kak..lumrah la tu..mertua saya tujuh ank semua lelaki...simpati pada dia tp Allah dah tetapkn begitu..

    ReplyDelete
  7. akak pn trkdg camtu, bila dh penat mula la fikir mcm2...rasa sedih, geram n mcm2...ttp family ttp diutamakan....
    trpaksa la kita bersabar...hu..

    ReplyDelete
  8. hihihi!betul..betul..aritu anis bgtau hubby,sy nak cuti...cuti yg mmg cuti...duduk tergedang ajee xpayah buat apa..

    tp bila dah tergedang tu,kita plak yg tetiba bangun teringat anak.isk!

    ReplyDelete
  9. huhu..

    Era pun selalu ckp kat hubby, "pa..mama nak MC, boleh?" dan dia senyum kelat je. terasa kena perli la tu.. hahahahha..

    Jadi suri, ti.. terima seadanya. Ada anak pompuan pun, belum tentu leh menolong. Suh basuh cawan sebiji pun, main sabunnya lebih. dari kena darah tinggi dok marah2, baik ler b uat sendiri. cepat sket siapnya. hahahaha..

    sabar je. ngomel2 sendiri. kalau hubby lalu, tinggikan sket volume. hahaha.. org lelaki tak reti sindir2 ni. deme kene ckp direct.

    beb, sekapal la kita..

    ReplyDelete
  10. Yati,,
    nanti Amirul dah besor sikit sure dia leh nolong yati kat dapur... ;)

    ReplyDelete
  11. Yus,
    Betul. Lagi-lagi cuaca agak panas kat sini sekarang ni. Tu banyak peluh tu.
    Hehhe... ye ke? Sama la kita. Kih kih kih. ^_^

    UmmuFarhan,
    hehhe... syok ooo berendam bila cuaca panas ni.
    Ye la, redha dan terima. Tapi kadang-kadang merungut dan komplen juga, bila kederat takde.

    kak Nza,
    betul tu kak. Keyword dia, sabor. :)

    Anis,
    hehhe... dah naluri seorang ibu tu kan. ^_^

    Era,
    hehhe.... setuju 100%.
    Glad to be satu kapal dengan Era.

    Kakyong,
    Amin. Harap-harap gitu la kakyong. :)

    ReplyDelete
  12. akk biasala penat kan walaupun jadi suri rumah x kerja penatnya same je mcm org keje kg2 stressnya mngalahkan org keje..cz sy tgok mak sy tu.tp kan kak akk mesti rasa sunyi punyer bila anak2 akak dh besar dah blajr jauh2..mcm mak sy skrg..adik2 sy semua blajar luar dr perak cuma yg no2 je keje ngn dok ngn dia tp lelaki mn lekat kat umah sgt..dia kdg2 sedihje..sunyi..

    ReplyDelete
  13. Ayong,
    Ye la. Bila tua lazimnya kena tinggal sorang. Anak-anak belajor dan bekerja. Masa tu, boleh la rileks sikit kan, dan buat hobi ke. Kalau layan perasaan sunyi dan sedih tu, sakit pulak nanti.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea