Wednesday, January 12, 2011

Blue knitted coin purse

Originalnya, nak buat saiz biasa. Tapi ada orang buat bising, hon kereta, Sulaiman yang tidor terkejut lalu melalak dan Yati yang waktu tu tengah mengait, tersalah masuk lubang, terus tak jadi, nak kejor tengok anak. Bila dah tersalah kait lubang, Yati dah lost, tak tau nak sambung balik. Yati cabut semua. Tinggal sekerat. Tapi kaitannya tak dimatikan secara proper, jadi ingat nak modify tepi dan buat pot coaster.

Bila Encik Abe balik rumah for lunch, dia kata, buat la purse untuk dia. Memang dia nak kecil pun. Tak yah lining dalam, simple je. Jadi Yati jahit la zip.


Nampak menegak kan, selalunya melintang Yati buat. 


Purse kecil dan simple untuk Encik Abe. Dia ni selalunya sumbat duit dalam poket je. Tu banyak syiling la tu. Sian dia. Tak beli pun wallet baru untuk Encik Abe. Habis belanja kat anak-anak je bulan ni. Boleh la pakai purse ni buat sementara ya.

Sudah masuk minggu kedua dah sekolah. Kebanyakan hari, Hafizan menangis time pergi sekolah. Dia kata, nak duduk rumah, nak main. Tapi bila sampai sekolah, dia diam. Malu la tu, orang lain dah tak nangis, dia sorang nangis. Tapi ada juga budak lain nangis juga. Takde parents yang tunggu dah. Semua ustazah suruh balik. Hik hik...

Dalam seminggu, 3 kali Hafizan balik lambat, extra 1 jam, untuk Iqra.

Hafizan dan Sulaiman, photo taken yesterday.

Sulaiman dah botak. Sejak sekolah bermula. Dia potong rambut sekali dengan abang-abang dia. Selalunya, dia ikut saja. Kali ni waktu dah masuk kereta, Sulaiman tepuk-tepuk kepala dia. Bila tanya, dia nak gunting rambut juga ke? Dia angguk. 

Sulaiman ni berani sikit. Dengan mamak pula tu. Amirul pun 7 tahun baru berani potong rambut kat mamak. Dia kata, mamak kasar. Sebelum tu, kena la gunting rambut dia kat apek di Tronoh. Slow motion je gunting, kedai old fashion la katakan.

Sulaiman ni tak boleh bercakap lagi. Tapi sesetengah perkataan keluar clear antaranya, nak, tak nak, tunggu, mama (dengan bapak dan abang dia pun dia panggil mama). Tapi dia faham kita cakap. Baju kotor, suruh dia letak dalam basket, dia buat. Suruh buang sampah, dia buat. Semua arahan dia ikut.

Hari ni, Sulaiman ikut nyanyi lagu Shahir. Melodi dah betul dah dia ikut. Cuma ayat je, aaa aaa... Yati tahan gelak je, sampai lagu habis. Bila dah habis, Yati tegur dia, Sulaiman nyanyi lagu.... Malu kucing pula Sulaiman.. budak 2 tahun dan pandai macam ni ya. Macam budak besor pun ada, kecuali dia tak reti cakap je. Penghibur dan teman bergaduh kat rumah bila abang-abang dia ke sekolah. 

^_^

14 comments:

  1. Ok lah tu, Yati. Jeles I tengok! Bila lah saya nk belajar ngait ni...ada jgk kawan Yati kat rumah, kami plk tinggal berdua je, anak2 semua sekolah. Yg bongsu thn 1, balik kul 12:30-1:00 pas tu Isnin-Rabu Kafa 2:30-5:30. Lama kan? Sian die tk cukup rehat. Anyway, cam tu lah nk pandai kan?

    ReplyDelete
  2. salam yatie.cantik purse tu..sesuai untuk orang lelaki..warna biru..
    yatie..hensemnya bujang yatie yang dua orang ni..

    ReplyDelete
  3. Aisyah,
    Jangan jeles dengan saya. Aisyah punya crochet beribu kali lagi lawa banding saya punya knitting.
    Memang kesian budak-budak ni. Tu pasal on weekend, bawa gi jalan-jalan, bagi lapang fikiran dia orang (dan mak budak pula boleh pi shopping. Hehhe)

    kak Erna,
    timasih kak. First time buat biru.
    Hehhe... Handsome ke? Kalau Hafizan dengar, mesti kembang lubang hidung dia. :D

    ReplyDelete
  4. anak saya kalau bergunting kedai menangis menjerit2.terpaksala potong sendiri...dah bertobek2 kepala...hehehe...

    ReplyDelete
  5. akak comel anak2 akk..suke tgok..cute...heheh. about amirul nangis pg skolah tu kak biasala kat sekolah sy tu budak siap melalak2 lagi kak nangis..macm2 hal..kejap elok..kejap nagis..semntara nk biasa..dh biasa esok okla

    ReplyDelete
  6. salam yati....cantek kaler biru tuh....sesuai kombinasi kaler :)

    hensemnya budak2 tu yati......kim peluk cium untuk anak2 yati :)

    ReplyDelete
  7. ASSALAMUALAIKUM KAK..cantik purse tue..kalernya pun sesuai utk sang jejaka kan...

    ReplyDelete
  8. betul la
    hensem budak2 2 orang tu
    nak test jap.. diorg ikut muka yati ker, ikut muka ayah diorg? hehehe

    ReplyDelete
  9. Hai bertuah juga En. Abe Yati..... Isteri yang serba rajin....!

    ReplyDelete
  10. Sham,
    ooo itu lagi untung. Bapak jadi tukang gunting, save sikit. :)

    MaRdHatILLah(Fatahiyyah),
    Hafizan la yang nangis. Amirul tu, anak sulong akak. Darjah 2 dah, no problem gi sekolah. Cikgu lagi mencabar kan, kena handle anak-anak ni, ramai pula tu. :)

    Rafidah,
    Thank you. Baru nak cuba color biru.
    Hehhe... ok! ^_^

    Sahromnasrudin,
    waalaikumsalam. Hehehe... timasih.

    h4ni3,
    Hafizan ikut Yati. Sulaiman ikut bapaknya. :D

    Kak Dee,
    hehhe... takde la. Sekali sekala je.

    ReplyDelete
  11. bagus yati.. ada gak purse coin utk suami kan...

    Fikri pun ade citer, ada kawan dia yg nangis lagi kat sekolah.. biasa lah tu budak2.. ade yg amik masa utk sesuaikan diri kan...

    sulaiman sebaya ALiya kan... Aliya mulut cam bertih, tp kalo dgn org tak kenal, terus tak buka mulut...

    ReplyDelete
  12. kakyong,
    hehhe... dia minta. Nanti tak buat, merajuk pula. ;)

    Betul tu kakyong. Ambil masa nak sesuaikan diri, budak-budak ni.

    Rasanya, sebaya. Hehhe... bagus la. Penat la kakyong melayan ya. Amirul dulu pun cam tu jugak, 2 tahun dah potpet potpet. Cuma Hafizan dan Sulaiman ni, lambat sikit nak bercakap.

    ReplyDelete
  13. Sulaiman umur brape tahun? macam anak saya yg 2 tahun lebih tu jer.. cakap banyak tp dia sorang jer paham.. hahaha... seronok baca gelagat anak2 nih.. :)

    ReplyDelete
  14. Zila,
    Sulaiman umur 2 tahun 5 bulan. Sama la umur anak kita.
    Ha ah, dia orang la penghibur, dia orang teman bergaduh bagi mak bapa risau, macam-macam. :D

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea