Monday, January 31, 2011

Monday blues

Bukan orang kerja je ada monday blues. Hafizan pun sama. Hari Isnin, dia malas mandi nak pergi sekolah. Bila dah siap, suruh masuk kereta, dia termenung depan pintu. 

Hari ni, dia melalak. Hari-hari, Encik Abe yang hantar Hafizan ke tadika, lepas tu dia pergi kerja terus. Hari ni, Hafizan punya la melalak. Belum masuk pagar sekolah lagi. Dok tengah jalan, menjerit-jerit. Orang semua tengok.

Encik Abe pun masukkan Hafizan dalam kereta semula dan balik rumah. Sampai rumah, kena sebijik Hafizan dengan bapaknya. 

Malu juga sebab dah sebulan pun ke sekolah, tapi masih melalak-lalak. Yati pun pujuk la Hafizan, kena pergi sekolah, nanti mama tunggu. Baru dia nak bergerak.

Jadi tadi, Yati pun tunggu la Hafizan, sampai Hafizan masuk kelas. Tiap pagi, kalau tak hujan, macam perhimpunan la. Murid-murid semua berkumpul dalam barisan di luar, menyanyi, berzikir, baca doa, sambil menyedut udara segar.

Adalah lebih kurang setengah jam, Yati dengan Sulaiman dok situ, tengok dia orang. Bila dah masuk kelas, kami pun cha alif but.

Hafizan, Hafizan..... bukan Monday je blues. Everyday juga layan blues...

Hafizan, pakai uniform sekolah. Muka sedih je.

Hmmm... Hafizan ni tak suka ke sekolah situ ke .... Tak tau la kami. Tak suka pun, dia kena belajor untuk suka. Tadika PASTI ni bagus. Yati rasa, kami sebagai ibubapa pun tak mampu nak ajar sebagaimana cikgu-cikgu dan ustazah ajar.

Hafizan selalu kata, bila kuku dia dah panjang, dia suruh kami potongkan. Dia kata, nanti syaitan duduk bawah kuku kalau kuku panjang. 

Bila kami makan satu family, dia tegur dulu. Baca doa dulu sebelum makan.

Dalam sebulan, ada sekali je kami kira, dia riang ria pergi ke sekolah. Ada hari, dia melalak menjerit. Ada hari, dia pergi, tak bersuara, tapi airmata meleleh je. Ada hari, dia tak nak kuor kereta, bapaknya kena dukung. 

Adoi....

Meh kita tengok gambar sorang lagi hero Yati ni. Hero yang kalau cakap "Jom! Kita ambik Hafizan kat sekolah". Dia la yang mula-mula sekali pergi kat pagar, tunggu kita.

Sulaiman, mana-mana kita pergi, mengikut je.

Time mama buat kerja, dia main tepi meja. Nanti rajin-rajin gi sekolah ye, jangan jadi cam Hafizan.

Selamat bercuti pada yang bercuti esok, Hari Wilayah. Hari Khamis dan Jumaat pula Chinese New Year. Long weekend la kita bercuti. 

Anda ada plan nak pergi holiday mana-mana ke?

Take care semua. Berhati-hati di jalan raya.

Wednesday, January 26, 2011

Pink knitted coin purse

Assalamulaikum...!
Pekabo kawan-kawan semua? Harap semua sihat. Sekarang ni musim demam, batuk, selsema. 

Yati baru siap buat ni.

Coin purse, colour pink.

Dalamnya, kain cotton sebagai lining.

Besornya 5.5 inci X 4.5 inci


Pink kaler you...

Hari-hari sibuk. Tapi sebab tangan dah gatal, Yati cuba buat stockinette stitch. Saje try, baru nak belajor. Secara tak langsung, belajor purl stitch juga. 

Cubaan pertama, stockinette stitch.


Takde idea pun nak buat apa. Tengok tutorial, dari stockinette stitch ni, kita boleh buat sweater, scarf, stokin, banyak lagi la.

Syok la pulak belajor benda baru ni. Selalunya, Yati knit stitch saje.

Ok, jumpa lagi. Take care.

Friday, January 21, 2011

Cerita hari cuti semalam

Semalam, Perak cuti, Thaipusam. Kami satu family, pergi terjun Ulu Kenas, berendam la. Tak plan pun, cuma idea spontan mengenangkan matahari agak terik. 

Lepas berendam dari pukul 11 pagi sampai 2 petang, perut pun lapor. Pergi la Kuala Kangsor, makan nasi, lauk patin tempoyak, ikan bakar dan ayor asam. Mahalnya. Rasanya dulu, takde la semahal ni. Udah macam makan kat KFC la pulak. RM35. Dulu, tak cecah RM20 pun, termasuk air. Yang makannya, Yati, Encik Abe dan Amirul. Itu pun nasi 2 penuh, satu lagi separuh. Hafizan dan Sulaiman, biasanya, kami amik extra plate, share nasi dengan Yati dan Encik Abe. Hmmm... selalu kami tak makan kat kedai dia, makan kat kedai sebelahnya. Tapi sebab sampai Kuala hampir pukul 3, lauk pun hampir habis. Takde pilihan. Makan di kedai dia la. 

Udah makan, beransor la kami balik ke rumah. Anak-anak dalam kete, semua kenyang, tidor le. Sampai di rumah, tengok pisang yang beli 2-3 hari lepas udah naik itam. Maka Yati pun ke dapur la, buat cekodok, untuk minum petang.

Waktu tu, pukul 5. Menghadap matahari petang menerusi tingkap dapur, Yati dengan perasaan rasa nak tidor tapi kena merajinkan diri, melenyek pisang-pisang, gaul tepung, telor dan gula.


Encik Abe dan anak-anak tengah tengok cerita the Unit, di saluran 710. Masa ni la fikiran melayang, nape la Tuhan tak bagi aku anak pompuan, boleh tolong aku masak kat dapur. 

Peluh jantan, peluh betina, semua keluor. Walau pun ada langsir, dan ditarik menutup sebahagian besor area dapur.

Tak la lama pun, dalam setengah jam kemudian, dah pun terhidang cokodok panas dan air teh sejag. Tapi rasa macam betul-betul lepas keluor buat sauna. Basah baju. Adakah dengan berdiri memasak dan berpeluh sebegitu, boleh membakar kalori? Harap-harap boleh la, walau pun sedikit.

Hafizan pula demam. Minggu ni, baru hari ni, dia ke sekolah. Dah 3 hari tak pergi, sebab dia demam. Jangkit dari kawan sekolahnya, menurut ustazah. Sebab ada juga budak lain yang demam juga. Nasib baik semalam cuti. Kami ambil kesempatan bawa anak-anak masuk hutan, hirup udara segor. 

Tau tak Amirul berjaya tangkap ikan semalam, masa mandi kat Ulu Kenas? Guna plastik je. Dia tangkap anak ikan. Dapat 4 ekor. Bila nak balik, kami lepaskan balik anak-anak ikan tu ke sungai.

Hari tu, ada seorang ibu meluahkan rasa kat Yati. Dia kata, nak cuti la dari jadi ibu, boleh tak. Kerja boleh cuti, tapi jadi ibu 24/7 tak habis-habis kerja.

Yati senyum je. Rasa lega, rasa kita normal, sebab orang lain pun macam kita juga. 
^_^

Tuesday, January 18, 2011

ADIANIEZ GIVEAWAY : RIANG RIA DARA BERDUA

 

 Atas jemputan tuan rumah, Aida, Yati dengan berbesor hatinya ingin join sama giveaway Aida ni.

Hadiah apa nak bagi kat anak dara Aida ya. Yati cadangkan, bagi buku la. Story book ke, buku colour ke, sticker book ke, hatta buku apa sekali pun, hadiah yang bagus diberi untuk anak. Sila la menjamu mata di Popular Bookstore atau pun MPH, nescaya Aida akan jumpa buku-buku sesuai untuk lingkungan umur anak dara Aida yang dua orang tu, dengan budget yang telah ditetapkan.

Tiada la Yati dapat nak tepek gambar buku, kerana rasanya, Aida pasti lebih arif buku apa yang Nurin mahupun Syuhada suka kan.Tapi kalau budak pompuan, suka Barbie la ye tak. :)

Kalau nak order kat Yati keychain pun boleh. Boleh la tengok gambor-gambor crafts yang Yati pernah buat di sini. Murah-murah saje. ^_^

Sekian, terima kasih.

Monday, January 17, 2011

Happy birthday Amirul...!

Ahad, 16 January - birthday Amirul ke-8. Setiap Ahad, Amirul ada kelas taekwando.

Amirul dah lulus test tahun lepas, kebetulan baru semalam dapat belt baru. Hijau 1. Macam hadiah pula sempena birthday dia.

Balik dari kelas, bawa keluor kek beli semalam dari peti ais. Beli masa on the way dari rumah opah semalam. Sini takde kedai yang jual kek sedap. Jadi, beli kek kat Sitiwan.

Kek Amirul pilih sendiri. Ada power rangers kuning. Happy birthday Amirul & We. (We tu panggilan anak-anak pada encik Abe, cakap kelate)


Birthday Amirul 16, dan birthday encik abe, 18 January. Selalunya, sambut bersama.

Amirul dan Hafizan.

Amirul tiup lilin.

Makan kek la lepas tu. Amirul bukan main excited lagi. Tengok anak happy, kita pun suka. Kek mana habis nak makan kita je. Bagi sikit dekat jiran depan dan tepi.

Dah 8 tahun dah anak sulong kami ni. Apa maknanya? Maknanya, kita makin tua la..! Hehhe...

8 tahun yang lalu, Yati lahirkan Amirul secara ceasarean. Position Amirul songsang sejak 7 bulan dalam perut. Sampai 9 bulan, kepala Amirul masih di atas, tak nak turun. Doktor tunjuk kalendar, suruh pilih, nak beranak bila? Yati pilih tarikh doktor available yang paling dekat dengan encik Abe punya birthday, jadi boleh celebrate sama.

Amirul satu-satunya anak yang lahir secara pembedahan. 3 tahun kemudian, Hafizan dilahirkan dan 2 tahun selepas tu, Sulaiman pula. Dua-dua secara normal. Serik kena operate. Satu, sebab sakit selepas beranak. Kedua, kos yang mahal.

Amirul adalah sebab utama Yati bergelar surirumah. Semasa pekerjaan Yati yang terakhir, boleh dikatakan setiap bulan kena ambil emergency leave, sebab dia demam masa duduk di nursery. Chicken pox pun Amirul pernah kena masa di jagaan nursery. Ada sekali Yati balik ofis awal before lunch hour, dan terus pergi nursery, tapi Amirul belum dimandikan. Waktu tu, Amirul 2 tahun. Bayangkan ya, pukul 12 tengahari, anak belum mandi dan belum salin pampers.

Bila penjaga tu nampak Yati di muka pintu, kelam kabut dia mandikan Amirul. Dan Tuhan saja la tahu apa lagi yang Amirul rasa masa di bawah jagaan nursery. Lepas tu, Yati ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jaga anak sendiri di rumah. Lagi pun, duit yang banyak tak boleh gantikan anak yang muram dan tak suka di nursery. 

bajuMerah5
Amirul, masa umur 2 tahun.









Amirul anak pertama, dan cucu pertama dalam keluarga belah Yati. Kesayangan opah dan aunty. 

Masa Amirul 2 tahun, pernah dapat call untuk pergi casting iklan budak-budak. Tapi waktu tu, dia demam. Jadi, tak dapat pergi.

Kebanyakan masa, Amirul perlu diingatkan untuk susun buku sekolah ikut jadual esoknya dan buat homework. Hari-hari kena remind. Kalau tak, dia tengok tv saja. Malam, Amirul pergi mengaji. Sekarang, dia Iqra' 4. Bila la nak naik Al-Quran ni. Yati pun tak faham sangat konsep baca ikut buku Iqra' tu. Sebab dulu Yati mengaji pun, mula dengan muqaddam, dan bila habis, naik al-Quran.

Ada kalanya, Amirul boleh diharap untuk jaga adik-adik dia. Boleh beralah dengan adik dalam soal barang dan mainan. Boleh tolong basuh Hafizan, lepas buang air besar. Boleh basuh pinggan. 

Happy birthday to Amirul. Mama nak tengok Amirul berjaya dan gembira. ^_^

Friday, January 14, 2011

Cross stitch key pendant

Penyelesaian pada mereka yang susah nak cari kunci dalam handbag yang isi banyak barang atau selalu tertinggal kunci. Gantung saja key pendant ni, serupa macam rantai.

Ring to attach key. Now you see the key.



And now you don't. Kunci tu boleh ditarik dan disembunyikan.
Cross stitch bunga

Sekejap je, dah hari Jumaat. Permulaan tahun yang agak lembab saja. Adakah cuaca mempengaruhi? Azam  untuk jadi lebih produktif. Tapi kederat takde. Kalau stay up, susah pula nak bangun awal pagi esoknya.

Esok nak pi mana? Kami balik Lumut sat. Selamat berhujung minggu semua.

Wednesday, January 12, 2011

Blue knitted coin purse

Originalnya, nak buat saiz biasa. Tapi ada orang buat bising, hon kereta, Sulaiman yang tidor terkejut lalu melalak dan Yati yang waktu tu tengah mengait, tersalah masuk lubang, terus tak jadi, nak kejor tengok anak. Bila dah tersalah kait lubang, Yati dah lost, tak tau nak sambung balik. Yati cabut semua. Tinggal sekerat. Tapi kaitannya tak dimatikan secara proper, jadi ingat nak modify tepi dan buat pot coaster.

Bila Encik Abe balik rumah for lunch, dia kata, buat la purse untuk dia. Memang dia nak kecil pun. Tak yah lining dalam, simple je. Jadi Yati jahit la zip.


Nampak menegak kan, selalunya melintang Yati buat. 


Purse kecil dan simple untuk Encik Abe. Dia ni selalunya sumbat duit dalam poket je. Tu banyak syiling la tu. Sian dia. Tak beli pun wallet baru untuk Encik Abe. Habis belanja kat anak-anak je bulan ni. Boleh la pakai purse ni buat sementara ya.

Sudah masuk minggu kedua dah sekolah. Kebanyakan hari, Hafizan menangis time pergi sekolah. Dia kata, nak duduk rumah, nak main. Tapi bila sampai sekolah, dia diam. Malu la tu, orang lain dah tak nangis, dia sorang nangis. Tapi ada juga budak lain nangis juga. Takde parents yang tunggu dah. Semua ustazah suruh balik. Hik hik...

Dalam seminggu, 3 kali Hafizan balik lambat, extra 1 jam, untuk Iqra.

Hafizan dan Sulaiman, photo taken yesterday.

Sulaiman dah botak. Sejak sekolah bermula. Dia potong rambut sekali dengan abang-abang dia. Selalunya, dia ikut saja. Kali ni waktu dah masuk kereta, Sulaiman tepuk-tepuk kepala dia. Bila tanya, dia nak gunting rambut juga ke? Dia angguk. 

Sulaiman ni berani sikit. Dengan mamak pula tu. Amirul pun 7 tahun baru berani potong rambut kat mamak. Dia kata, mamak kasar. Sebelum tu, kena la gunting rambut dia kat apek di Tronoh. Slow motion je gunting, kedai old fashion la katakan.

Sulaiman ni tak boleh bercakap lagi. Tapi sesetengah perkataan keluar clear antaranya, nak, tak nak, tunggu, mama (dengan bapak dan abang dia pun dia panggil mama). Tapi dia faham kita cakap. Baju kotor, suruh dia letak dalam basket, dia buat. Suruh buang sampah, dia buat. Semua arahan dia ikut.

Hari ni, Sulaiman ikut nyanyi lagu Shahir. Melodi dah betul dah dia ikut. Cuma ayat je, aaa aaa... Yati tahan gelak je, sampai lagu habis. Bila dah habis, Yati tegur dia, Sulaiman nyanyi lagu.... Malu kucing pula Sulaiman.. budak 2 tahun dan pandai macam ni ya. Macam budak besor pun ada, kecuali dia tak reti cakap je. Penghibur dan teman bergaduh kat rumah bila abang-abang dia ke sekolah. 

^_^

Friday, January 07, 2011

Projek jahitan minggu ini

Assalamualaikum.... korang pekabo?
Esok hari Sabtu. Haaa... bestnya... anak-anak tak sekolah. Boleh bangun lambat sikit. Kalau tak hari-hari bangun pukul 5 pagi, masak. 

Misi menambahkan stok kedai minggu ni kurang berjaya. Letih, malam, bila dok depan tv, tidor. Habis tu, bila masa la nak buat cross stitch ni...

Sempat siap satu je, cross stitch pencil case.


Bahagian dalamnya, guna cotton, kotak, pink.


Close up sikit gambar cross stitchnya, pencil warna...


Selain pencil case ni, sempat me-repair satu seluar kat rumah ni, yang dah koyak macam roti jala. Kain dia jenis lembut dan selesa dipakai, jadi sayang pula nak buat kain lap kaki atau kain buruk.


Ada getah seluar baru beli hari tu. Jadi Yati cuma gantikan yang lama. Baru la sedap sikit mata memandang.

Selain tu, jahit lencana baju sekolah Amirul. Entah kenapa sekolah dia orang ni tak de lencana yang belakang ada iron-on sticker tu. Jadi, kena la jahit. Dengan tangan saya yang gemuk ni, nak seluk masuk through poket baju yang kecil tu. Untuk 3 pasang uniform sekolah.


Sekian rangkuman projek jahitan saya minggu ni. Hehhe.. ntah apa ntah.

Dari awal minggu ni, Yati terasa macam nak makan murtabak. Tapi tak pergi pun pasar malam. Hujan, malas pergi.
Selamat berhujung minggu semua!

Tuesday, January 04, 2011

Hari kedua sekolah

Hafizan liat nak mandi. Dia kata, "semalam kan dah pergi sekolah. Hari ni kena pergi lagi ke?"... Ayoyo...

Bila sudah sampai sekolah, Encik Abe yang hantar dia masuk ke kelas. Salam ustazah, terus masuk. Bagus-bagus. Mama takut hantar. Nanti Hafizan dengan mama, dia nak ikut balik pulak.

Kami terus tinggal dia. Pergi kedai runcit, beli roti.

On the way balik rumah, singgah tadika Hafizan. Wah, hari ni belajar kat luar la. Boleh mama sembunyi balik pokok, tengok Hafizan. Ha.... nampak Hafizan senyum dan jawap soalan ustazah bila ditanya. Disuruh kira, Hafizan ikut mengira. Baca doa, Hafizan ikut baca. Mama sangat happy....

Time balik sekolah, mama pergi jalan kaki dengan Sulaiman, amik Hafizan. Ustazah nampak mama je, cakap "Ha, Wan Hafizan mana... Wan Hafizan... mak dah  ada ni... "
Anak-anak yang ibubapa belum sampai tak boleh keluar kelas. Bagus juga. Hafizan salam ustazah. Yati tengok muka Hafizan,  takde tanda-tanda nangis pun. Nampak dia ok hari ni, second day.

Yati sembang dengan sorang ibu, yang dah 2 hari dok kat situ, tunggu anak dia. Semalam, satu hari dia dok dalam kelas. Hari ni, dia balik rumah sejam. Dia kata, semalam tu Hafizan nangis sebab ada budak ambil pencil case dia. Agaknya, budak kan... suka tengok pencil case, lagi-lagi Hafizan punya Ben10. Hafizan pulak agak kedekut sikit. Tu yang melalak tu. Ustazah kata, "Balik je" kat ibu ni, tak yah le tunggu anak hari ni. Ye la, Yati pun rasa, anak-anak ni, kalau ibubapa tak tunggu, dia lagi ok. Kalau tengok muka mak atau bapak je, start la meleleh airmata, nak balik. Lagi pun, ustazah semua banyak pengalaman handle anak-anak ni. 

Kami rasa lega, Hafizan dah boleh sesuaikan diri. Masa Yati spy dia belakang pokok tu, rasa macam.... anak aku dah besar la, dah boleh pergi sekolah, dah boleh berkawan, dan sekarang belajar berdikari.... sobs sobs.... terharu pulak... Huhu....

Hoyeh.... Alhamdulillah... Ya Allah.....

Hafizan masa di rumah aunty di KL.


P/S: Harga benang DMC dah naik, dari RM1.50 ke RM1.80. Hmmm.... boringnya...

Yati punya current projek tak siap-siap lagi. Sibuk dengan anak sekolah ni. Check homeworks, balut buku exercise pulak. Hari ni petang, sakit pala. Makcik letih tapi happy!  ^_^

Monday, January 03, 2011

Hari pertama sekolah

Pukul 4 pagi, mata Yati dah terkebil-kebil dah tak boleh tidor. Risau Hafizan punya first day sekolah. Mata tak boleh sambung tidor balik. Jadi Yati bangun, lipat kain, prepare breakfast. Pukul 6, siapkan budak-budak. Encik Abe cuti hari ni. Jadi mula-mula hantar Amirul dulu. Amirul masuk tahun 2. Tak ada gambar nak pergi sekolah. Bateri kamera kong.


Seterusnya, hantar Hafizan pula. Hafizan, 5 tahun, masuk tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). 


Mula-mula, Hafizan ok. Dia ikut je apa ustazah suruh buat. Dalam pukul 9 macam tu, kami nak balik. Kami babai la kat dia. Bila kami sampai kat mana kami park kereta, bila Yati toleh belakang, nampak Hafizan ikut dari belakang. Sudah.... budak ni nak ikut balik rumah pulak.....

 Cepat-cepat Yati patah balik, pergi kat Hafizan, pujuk dia masuk kelas balik. Hafizan tak nangis. Dia diam je. Bila tanya, dia nak pergi mana, keluar kelas, nak balik rumah ke? Dia angguk. So, Yati pun cakap la, mama tak balik. Mama tunggu Hafizan kat luar. Jadi dia pun masuk kelas semula.

Sebenarnya, bukan Yati sorang. Ada mak yang kena duduk tepi kerusi anak dalam kelas. Ada yang duduk dengan anak kat luar kelas, sebab anak nangis, tak nak masuk. Ada 2 yang minta izin balik kat ustazah, cuba esok la pulak. Sebab emak teman dalam kelas - anak nangis, mak duduk luar, anak nangis. 

Hafizan lain sikit. Dia tak macam Amirul. Amirul pernah merasa tinggal di bawah jagaan nursery masa Yati kerja dulu. Hafizan, selain dari opah dan aunty, tak pernah berenggang dengan Yati. Ustazah pun cakap macam tu. Memang dari pengalaman dia, anak-anak yang ibunya surirumahtangga susah sikit nak biasakan diri masa mula ke sekolah. 

Last-last kami balik juga. Dalam pukul 10 lebih camtu, bila ustazah dah tutup sliding door kelas dan pintu. Kami senyap-senyap balik. Bila habis waktu sekolah, mata Hafizan nampak bengkak. Tanya dia, dia nangis ke? Ha ah. Kenapa nangis? Sebab mama balik. Huuuu.......

Itu la pengalaman hari pertama sekolah hari ni.Macamana pula dengan sorang lagi ni, Sulaiman, yang juga tak pernah berenggang dengan Yati, bila masa dia nak ke sekolah nanti....?


Esok tak tau la macamana. Besok Yati sorang. Encik Abe kembali bekerja. Apa pun, hari ni, memang letih giler.... 

Babai.... thanks for reading...

Sunday, January 02, 2011

Cross stitch keychain - Big house

Hari tu, keychain rumah kecil. Kali ni, rumah besar pulak.


Gambar agak kabur. Sori.


Bahagian belakang, kain cotton.


Keychain posing depan kalendar, gift dari Kak Fizan dari Sew-Addict. Thanks to Kak Fizan, yang berusaha pos kalendar tahun baru pada Yati.


Beberapa hari ni, Yati tak rasa macam nak update blog. Sibuk. Juga emosi tak menentu. Sakit hati ada, marah ada, sedih pun ada. Jadi, daripada saya meluahkan rasa di blog dalam keadaan emo, lagi elok saya diam. 
Saya rasa penat hidup begini. Jadi, elok la saya low profile jap, kumpul kekuatan untuk terus hidup. 

Selamat tahun baru pada kawan-kawan semua!