Saturday, December 17, 2011

Being happy

Assalamualaikum...

Bila saya check email sambil main neopets, ada banyak order masuk.
Bila saya check email dan fokus pada kerja saya sahaje, tak de pun orang order atau customer bayar.
Bila saya check email sambil tengok cerita Korea kat YouTube, banyaknya customer bayar dan order.

Issue nya di sini, saya kena online sambil enjoy. Kalau saya serius fikir kerja-kerja, mana nak cari duit, duit, tak boleh. Buat sesuatu tu kena ada suka. Kena ada ketawa. Kena ada relax. Tak boleh tension kerja je.. dan terus kerja. 

Tapi kalau kawan yang kerja pejabat tu, jangan la buat macam saya ya. Tak berkat rezeki anda nanti, time office hours, main game kat fb ke, atau chatting.

Saya takpe, kerja sendiri dari rumah. 
Saya tak boleh main game kat fb tu. Game yang jenis sekejap sekejap kita kena tengok, kalau tak, masakan kita hangus, tak pun, ikan kita mati tak makan, yang jenis kena tengok.

Jadi, saya pun beralih pada pet yang saya sudah bela sejak kerja saya sebagai junior programmer dalam 10 tahun dulu. Pet saya ni, kalau saya tak jenguk dia, lupa bagi makan sehari ke, sebulan ke, setahun ke, dia hampir mati je... tapi tak mati. Jadi, saya cuma jenguk dia bila saya suka je, tak semestinya hari-hari.

Ni la pet saya, cuyun nama dia. 
Cuyun ni pun ada kawan petpet dia, nama ketot.


Kalau boring-boring dan nak bela pet cam Yati, boleh la klik gambar Cuyun kat atas untuk join bela pet.

Dah saya melalut pasal pet pula. 
Berbalik pada topik kita, benda ni applies pada hidup kita. Contohnya kalau kita sedih, dan menangis, dok sedih, sedih je hari-hari, asyik komplen itu, komplen ini, hari-hari, tak de benda baik akan berlaku kat kita.

Melainkan kita tukar fikiran kita, kita mula senyum, kita mula bersyukur atas apa yang kita ada, baru la sinar mentari tu akan menjelma, walau pun hari hujan. 

Tu je la saya nak cakap. Ada hari kita akan rasa sedih juga, rasa nak putus asa juga, tapi sekejap dah la. Setakat melepaskan rasa atau apa terbuku di dada. Tapi lepas tu, kuatkan lah semangat balik dan hadapi hari dengan gembira. 

Kalau kita harap orang akan beri kita bahagia, nanti kita juga yang kecewa kalau orang tu tak layan kita. Oleh tu, carilah kebahagiaan dari dalam. Ada hari, kalau kita rasa kita sorang, yakinlah yang Allah bersama kita. 


Ni apahal pula gambar durian yang keluar. Yati ada juga teringin nak makan durian. Tapi Yati senyap je. Sebab last sekali makan, Yati batuk dan demam. Hari tu, husband bawa balik durian, officemate nya kasi. Banyak. Bagi kat jiran-jiran la, kami amik 2 biji je, yang kecik. 

Kebanyakannya Yati makan. Husband makan seulas dua je. Sambil makan, Yati fikir dalam kepala, saya boleh makan banyak-banyak durian ni, dan saya akan sihat, tak demam. 
Esoknya, Yati ok je. Alhamdulillah.... kadang-kadang semuanya dalam kepala kita je. Sebab kita je asyik fikir benda yang buruk-buruk, tu benda buruk pun datang kat kita.

Ok le.
Have a great weekend semua!!!! ^_^

Thursday, December 15, 2011

Felt keychain - Pokok

Tanya sama pokok
Apa sebab goyang...?
Mungkin sebab tak dapat masuk juara lagu kot...
 

Hari tu masa buat coin purse tu, ada potong kain felt. Alang-alang tu, Yati potong lebih sikit, untuk buat keychain pula.

Last sekali, posing semua...


Semua masuk ready stock kedai. 

Saiz: 2.5 inci X 2 inci (tidak termasuk panjang keychain ring).

Harga: RM5

Hari ni, pagi, husband Yati nak pi hantar borang BR1M tu. Kami pun ngekor la sekali. Nak pi LHDN Ipoh, rasa mesti ramai orang, sedangkan kami tak leh lama, sebab husband time-out sekejap je. Jadi kami pun pi pusat kumpul hasil di Sitiawan. Bila dah selamat hantar dan balik rumah, tengok-tengok ada pejabat rakan muda kat Seri Iskandar ni pun boleh terima borang tu. Heeee... apeda... ^_^

Tuesday, December 13, 2011

Kenalkan, cik T...

Dah lama dah menatang ni buat bising malam-malam dalam kotak. Yati ingat kan, cicak mula-mula. Sebab cicak kat rumah ni, agak agresif sikit, dan kurang sopan serta tak tau malu pula tu. 

Sehingga lah satu pagi, bila Yati masuk bilik jahit, nampak menatang ni kat tingkap. Macam dia nak keluar. Tapi tingkap tutup, camana dia nak keluar kan. Dari jauh ingat rama-rama sesat masuk rumah, nampak color coklat je. Bila pergi dekat, nampak la... rupa-rupanya dalam rumah ada tikus! Menatang ni tengok Yati, Yati tengok dia, pastu cabut dia masuk celah kotak. Dalam bilik menjahit pula tu, sungguh bahaya. Kang habis benang saya.

Ish... dah lebih 6 tahun dok rumah ni, tak pernah ada tikus. Dah kena beli perangkap tikus. 
Weekend lepas balik Lumut, jadi sebelum tinggalkan rumah, letak la perangkap tikus yang Abe dah beli lebih awal dalam bilik jahit Yati. Letak umpan ikan kering.

Sampai je kat rumah hari Ahad, berjaya juga menangkap menatang ni.


Comel pula ye. Sebab dia kecik. Anak-anak tengok dan suruh bela lagi. Hish... bukannya hamster, kan. Dah la menatang ni mendatangkan penyakit. 


Lepas dah tangkap, satu masalah pula, camne nak hapuskan dia. Nak buang kat pasor ke, nak buat apa. Bapak Yati suruh katok je. Pastu Encik Abe pun katok la dengan kayu. Katok tu pukul ler. Dah mati dah pun menatang ni. Harap takde la yang lain. 

Kawan-kawan ada tak masalah cik T ni kat rumah?

Monday, December 12, 2011

Crocheted coin purse

Assalamualaikum...

berikut coin purse baru buat. Ni first buat yang crochet. Sebelum ni, banyak buat coin purse dan handphone cozy yang knit punya.

Pandangan depan
Projek sambil-sambil ni. Sambil tunggu husband dalam kete, sambil tengok tv.

Pandangan belakang.
Color pun ikut suka hati.

Bahagian dalam
Saiz dia, 5 inci X 4 inci.
Harga RM15.
Masuk dalam ready stock kedai. ^_^

Friday, December 09, 2011

Cinderella's Stepsister

Sape tengok citer ni, angkat tangan..! Hehhe...


Dah lama sangat Yati tak layan citer Korea. Last sekali citer Korea yang Yati tengok dari awal sampai akhir, citer Winter Sonata. Lepas tu ada la 2-3 citer tengok, tapi tak ikut betul-betul.

Tapi citer Cinderella's Stepsister ni satu hari, kebetulan Yati boleh tertengok. Kebetulan, episod 1 pula tu. Terus melekat.

Terer betul orang Korea ni buat citer ya. Sampai boleh tersentuh hati kita. Ada la 3-4 episod dia, Yati boleh termenangis tengok. 

Masa Ki Hoon tu pergi, tinggal surat, tapi Hyo Seon tak bagi kat Eun Jo. Pastu Eun Jo pergi tepi pantai, dia nangis tu. Kita pun boleh terasa luluhnya... terer la pelakon dia.

Cinderella's Stepsister ada Isnin sampai Jumaat, pukul 5 petang, TV2. Tapi tak lama lagi nak abis dah citer ni. Huu... sedih... 

Selamat hujung minggu semua! Take care! ^_^

Wednesday, December 07, 2011

Projek crochet-a-long siap! ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bolero sudah disiapkan semalam. 

Masa sedang kait edging
Saya hampir habis kait edging bila saya tengok balik, bolero tu jadi menggelembung. Jadi, saya buka balik dan kait semula. Baru saya tahu, kaitan edging tu tak boleh terlampau ketat sangat.

Tadaa! Akhirnya sudah siap!
Saya bawa merata projek ni. Masa pergi KL minggu lepas pun saya bawa juga. Sambung kait sikit-sikit bila-bila ada masa terluang. 

Ada beberapa benda juga lah yang saya belajar masa buat bolero ni. Walau pun saya sendiri tak boleh memodelkannya buat masa sekarang sebab tak muat, tapi rasa suka bila dapat hasilkan pakaian kait pertama ni. 

Sebenarnya, takde la tak muat sangat. Rasanya, kalau saya boleh kurangkan 10 kg, saya boleh pakai ni. Ha, malu saya. Sekarang korang dah tahu berapa overweight-nya saya.

Benang ni la saya guna untuk projek bolero ni.
 Sebab pertama kali cuba kait pakaian, tu guna benang acrylic biasa dulu. 

Yeh, dah siap!
Hari nak hujan ni. Sampai sini dulu ya. 
Take care dan jumpa lagi! ^_^

Tuesday, December 06, 2011

Koleksi benang kait

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Kawan-kawan pekabo hari ni?
Yati Alhamdulillah, sihat.

Best juga cuti sekolah ni, sebab bila anak-anak dok rumah, boleh tolong kita buat kerja rumah. Anak yang besor la kan. Yang kecik tu, cuma pandai sepahkan rumah je. Macam Amirul, hari ni dia tolong sapu dan jadi 'runner'. Kejap-kejap suruh dia amik daun kari kat depan, suruh siram pokok, etc. Sekarang dia tengah kemas bilik dia.

Hari ni nak citer tentang koleksi benang kait. Yati kumpul beli sikit-sikit. Kebanyakannya benang local, brand Nona, Wina, Ondori dan Minlon.

Koleksi benang kait

Cuma baru-baru ni je, ada rezeki lebih sikit, dapat la Yati merasa beli benang dari Turki. Seronoknya! Dalam 5 bulan juga la, nak menabung beli benang import tu. Sangat berbaloi la, bila rasa benang tu, sangat lembut. Yati beli benang cotton, bamboo dan wool, dari kedai benang online Hazeleaf Yarns.

Benang Turki mali..
Turki mali juga...
 Tak lupa juga, masa pergi KL minggu lepas, singgah Daiso di 1 Utama, berikut barang sempat beli.

Benang kait acrylic dan lace
Kain felt
Jarum knit, crochet, knitting loom, cover button, lace.
Suka sangat. Peluk-peluk benang tu, sebab geram. Sebab selama ni cuma meleleh air liur tengok kawan-kawan beli benang import ni. Jeles juga, tapi kita jadikan sebagai perangsang diri sendiri, untuk kumpul duit, beli untuk diri sendiri juga, tanpa guna duit suami. Alhamdulillah. Takde idea lagi nak buat apa dengan benang-benang di atas.

Ok le, nak sambung kerja. Yati ingat nak online selang sehari, untuk siapkan order. 

Hari online - Isnin, Rabu, Jumaat
Hari tak online - Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad

Tapi sebab ada customer dah bayar, tak sedap pula tak check email, nanti lambat respond pula. 

Semoga hari ni hari yang ceria pada kita semua! ^_^

Sunday, December 04, 2011

Mencelah kejap...

Assalamualaikum...

Memang berhabuk habis blog Yati ni. Lama benor tak update. Tapi takde la selama dulu tu, sampai sebulan senyap sunyi blog ni.

Yati sekarang tengah ada gap masa sikit. Lepas ni, rasanya akan busy balik. Banyak la benda yang berlaku sepanjang tak update blog ni. Yati pun tak tau mana satu nak cerita.

Yati cerita dalam bentuk intisari rancangan je boleh tak... hehhe...

  • Projek cross stitch hari tu dah siap. Tapi nanti ada projek baru masuk lagi kot.

  • Yati pergi KL dalam minggu ni. Tapi sekarang dah balik Perak. Kami pi untuk repair rumah kat KL. Belum repair sepenuhnya. Belum boleh bagi orang sewa lagi. 

  • Rasa macam pelancong pula masa pi KL tu. Sebab banyak benda berubah. Ada satu hari, kami pi makan sarapan nasi berlauk di Kampung Baru. Dulu masa zaman bercinta, kat sini la kami selalu makan. Tak sangka kedai ni masih ada. 

Sulaiman makan nasi lauk gulai ayam.
  • Setelah lebih kurang 7 tahun tak tengok wayang, Yati pi tengok wayang kat GSC 1 Utama. Dengan kakak. Husband jaga anak kat Starship Galactica, tempat budak-budak boleh main satu hari, tak leh kuor, ada orang jaga. Yati tengok citer Twilight - Breaking Dawn Part 1.

  • Projek kait bolero Yati dalam fasa cantum. Lepas ni, kait edging pula. Tapi, tak muat lah, Yati pakai. Sedikit kuciwa! Ingat projek pertama kait garment ni, boleh la pakai sendiri. Tapi Yati akan siapkan juga, boleh buat ready stock. Kalau sape badan petite, boleh la. Kalau kembang macam Yati, tak muat.

Sekian intisari rancangan untuk hari ni. Lain hari bila berkesempatan, Yati akan cerita panjang lebor lagi. Rindu kawan-kawan semua. ^_^

Saturday, November 19, 2011

Cerita hari Sabtu

Assalamualaikum...

saya ada kait sikit hari ni. Sambung projek bolero, crochet-a-long project dengan group Yarn Lovers Malaysia. Hehhe... ayat lengkap.


Entri sebelum ni, saya dah siapkan bahagian belakang. Sekarang saya tengah buat bahagian depan, kiri. Tak siap lagi dalam gambar di atas, ada 2-3 rows lagi.

Kawan-kawan boring ke saya dok citer pasal projek ni? Sebab ni pakaian pertama yang Yati kait. Jadi, nak share tu, bukan sebab nak eksyen, lebih pada sebab sebagai perangsang pada diri sendiri. Lebih kurang macam kalau saya boleh siapkan ni, lepas ni saya boleh kait apa saje, kalau saya nak. 

Crochet dan knitting ni, kepuasannya memang lain. Mungkin sebab dia dari benang, jadi benda. Kalau cross stitch tu, kita designkan fabric tu, kain dah ada. Jadi, memang suka la bila kita dah berjaya kait satu-satu benda tu. Walau pun benda kita kait tu, kecik je. Tak caya, cuba try. ^_^

Pada petang pula, waktu perlawanan bola sepak antara negara kita dan Myanmar, Yati sekeluarga ke mamak. Ada appoinment dengan customer. Alhamdulillah, Yati ada order cross stitch nak kena siapkan ni. Jadi...

  1. Blog ni mungkin tak kan ber-update sampai la Yati siap order cross stitch. Macam biasa la ye, kawan-kawan yang dah lama singgah rumah Yati ni, mesti tahu, bila ada order cross stitch je, maka terpaksa lah Yati menyepikan diri dari dunia online ni sat.
  2.  Projek bolero terpaksa diketepikan dahulu. Nasib tarikh akhir hujung bulan depan. Harap dapat siapkan.


Tengok bola kat mamak ni, macam tengok kat stadium juga ya. Bila hampir masuk gol ke, bila gol ke, bukan main la sorak dan tepuk tangan.

Tu je la citer hari Sabtu. Esok nak kumpul material untuk projek cross stitch. Nak start enjin cross stitch ni. 

Selamat ya!

Friday, November 18, 2011

Timeout

Assalamualaikum...

Semalam husband ajak dinner awal di luar. Alhamdulillah...

 Lepas makan, lepak tepi laut. Bukan laut sebenarnya. Tapi ini la laut terdekat bagi kami. Nak pergi Lumut tu, jauh sikit.


Anak-anak main frisbee. Percaya tak, frisbee tu Yati punya, sejak sekolah rendah. Beli kat A&W. Dari zaman Yati main sampai la sekarang, anak pulak main.



Yati tak jogging. Lagi pun, tak elok kan, lepas makan terus bersenam. Alasan, hehhe...
Tengok orang je. Sambil tengok pemandangan.


Penat juga la budak-budak ni, sampai berpeluh.


Ada rainbow pula, tapi tak berapa nak nampak. Hari mendung, nak hujan. Dah turun pun hujan, sikit. Tapi matahari masih ada.

Malam pula, masih timeout dari online. Nak kait la. Akhirnya, bahagian belakang bolero sudah siap.


Pattern bolero ni ada 3 pieces. Lepas ni, nak siapkan bahagian depan, kiri dan kanan. Lepas tu, cantum dan kait edging pula. 

Sambil kait tu, sambil bayangkan Yati pakai bolero ni. Hehhe... harap cukup la benang. Sebab benang 1 roll color ni Yati dah habiskan test 2 pattern tapi tak jadi. 

Selamat berhujung minggu! Tahniah pada anak-anak yang dapat result cemerlang UPSR semalam. ^_^

Wednesday, November 16, 2011

Projek sekarang...

Assalamualaikum...

nak tengok tak hasil kait Yati terkini...


Tengok kat sini dah jadi macam rupa alas meja atau alas tv, kan. Tu sebenarnya bahagian belakang projek crochet-a-long group YLM. Kait bolero (small jacket).

Nampak macam besar. Tapi bila test letak belakang, muat-muat. Ye la, ye la, saya ni gemuk sikit. Tapi kena tunggu siap la, baru tahu muat ke tak. Kalau tak muat, masuk kedai la. ^_^

Ni pattern ketiga Yati cuba. Yang mula-mula dulu Yati tunjuk, tak jadi, buat pattern lain. Tapi yang ni kira jadi la rasanya, Insya-Allah, sebab Yati tak pernah kait apa-apa sampai jadi sebesar camni. Excited juga, nak bagi siap. Tapi lambat benor progressnya, macam siput.

Kena kurangkan masa online supaya dapat siap lebih. Tapi boleh ke... bila lambat online je, dah rasa lain macam. Hehehe... 

Ok ler... jumpa lagi..

Monday, November 14, 2011

Aktiviti kami

Assalamualaikum...

lepas dah pulang buku teks sekolah, sekarang dah takde homework, ni la kerja budak-budak kat rumah ni...


Sulaiman pun dah boleh main dah game tembak-tembak ni. Dia tengok Amirul dan Hafizan main. Yati jangankan main, tengok sekejap je pun dah rasa pening.

Nanti kesian kat Sulaiman. Opah nak bawa pi KL lagi abang-abang ni, tinggal lah Sulaiman sorang dengan mama lagi. Seperti biasa, time cuti sekolah.

Tu aktiviti anak, ni aktiviti Yati pula...


Pinjam buku kakak. Buku ni recommended baca oleh Oprah. Kalau boleh sekarang ni, nak penuhkan masa dengan aktiviti je. Yati dah start bawa jarum crochet dalam handbag, supaya boleh kait bila tunggu husband isi minyak ke, beli barang ke. Selain crochet, nak baca juga. Sebab dah laaaaaaama sangat tak membaca buku-buku camni.

Bila masa dipenuhi, otak kita takde masa nak fikir benda yang bukan-bukan. Lebih baik mem-busy-kan diri. 

Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik dari semalam pada anda semua. ^_^

Sunday, November 13, 2011

Felt keychain - Owl

Assalamualaikum...

dah lama Yati tak buat felt keychain ni. Jadi, burung-burung hantu ni semua sebagai ready-stock kedai Yati.


Last sekali, posing semua, sebelum masuk kotak ready stock.


Keychain owl ni berukuran 6 cm X 6.5 cm, tidak termasuk panjang keychain ring.
Setiap satu berharga RM5, tidak termasuk kos pos.


Projek seterusnya, saya nak siapkan crochet-a-long projek ni. Tak siap-siap lagi dari hari tu. 

Selamat, semua! ^_^

Thursday, November 10, 2011

Outing...

Assalamualaikum...

petang Isnin lepas, cuaca baik, jadi kami pi jogging. Yati je yang jogging. Anak-anak main kat playground. Kalau lah dapat buat tiap-tiap hari. Tapi ada hari, hujan waktu petang. Dan ada hari juga, malas nak jogging.


Weeeeee.... lepas pusing-pusing, turun pening..


Amirul ni, dah besor pun nak main kuda.


Budak berdua ni kan... tak nak tukar baju angry bird yang aunty dia orang baru bagi. Lepas mandi dia orang nak pakai balik. Tapi sekarang dah basuh dah, mana boleh pakai baju sama hari-hari, masam!


Sulaiman ni memang berani. Kita yang takut dia tertonggeng.


Mama jogging 3 round je, itu pun bukan round tasik yang besor tu. Round bulatan yang kecil je, letih ler, hehe... Pastu jalan-jalan tengok dalam tasik ada ikan tak. Sambil tengok sunset.


Kat mana ni? Kat UTP la.

Orait. See you later.. ^_^

Wednesday, November 09, 2011

Le' cucur the ikan bilis

Assalamualaikum...

Pada suatu petang, hujan turun renyai-renyai. Yati dalam mood rajin dan lapar. Tanpa membuang masa, Yati ke dapur, membancuh adunan membuat cucur ikan bilis.

Tatkala sedang mengambil mangkuk adunan, teringat resepi cucur nasi ber-ikan bilis oleh Kak Anim, di mana Kak Anim telah memasukkan kentang ke dalam cucurnya. Boleh la cuba guna kentang.

Yati tak blend kentang, cuma potong dadu kecil-kecil. Tepung pula Yati campur tepung gandum dengan self raising flour. Ikan bilis dan bawang Yati tumbuk.


Hidang dengan satu jag kopi O (sakit pala hilang je, pekena kopi balik, hehhe), cuaca pula sejuk je. Pastu terus tak dinner, kenyang makan cucuq! ^_^
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea