Friday, October 29, 2010

Sepi

Seminggu juga blog saya ni sepi ya. Sibuk, banyak kerja.

Saya online selang sehari. Hari ni online, esok saja jahit. Lusa saya online, tulat saya jahit.

Hari saya online, saya online dari pagi sampai ke lewat petang. Betul-betul macam orang kerja pejabat. Saya layan semua email, enquiries, orders, semua la saya check. Dah tentu la sambil online tu, multi-task, sambil masak nasi, sambil masak lauk, sambil tengok anak, sambil siram pokok, dan lain-lain.

Tapi saya paling suka hari saya menjahit. Duduk di meja kerja saya. Sambil hirup secawan nescafe panas. Sambil menjahit.

Berikut progress saya...


Teka teki apa yang saya tengah jahit dah pun terjawap hari tu kan. Tulisan khat. Jenisnya, khat Kufi. Tulisan ni, salah satu dari jenis seni khat Islam. Pada zaman Abasiyah, khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul. ***


Untuk lebih info mengenai khat Kufi ni, sila la google atau yahoo search sendiri.


P/S: Adakah hari mendung, atau jerebu... atau letusan dari gunung merapi... korang rasa sakit tekak tak? Mari la kita minum plain water banyak-banyak.

Friday, October 22, 2010

Kudaku lari gagah berani

- Entri dalam loghat Perak -

Semalam, teman anak beranak melepaskan mike pergi...

Semuanya berlaku dengan agak cepat...

2-3 hari sebelum ni,  tuan mike ditanya oleh tokei tu, sama ada kami nak jual mike tak. Teman iakan je. Cuma tuan mike tu, sayang katanya.

Sebenornya, teman dah lama rasa nak lepaskan mike. Ate, mike tu... ngada-ngada sangat, manjanya terlebih. Tua la katakan. Eh, tua pulak... lama. Sori la, teman tersebut tua pulak.

Mike pun satu, tahun lepas, asal tuan mike dapat gaji je, mike rosak. Asal rosak je, time tuan mike dapat gaji. Selalu macam tu. Mana la teman tak angin.

Walau pun mike ni jenis yang jaga tuan. Mike tak pernah rosak di tepi jalan, sampai susahkan teman laki bini dan anak- beranak. Kalu nak rosak tu, mike kuor bunyi dulu, bagi tanda nak rosak. Asal bunyi slow, boleh jugak diabaikan. Tapi kalu makin kuat, kena la bawak mike ke bengkel.

Mike ni pun satu tau. Memilih benor la. Bengkel bawah pokok tu, kalau tuan bawak mike, 2-3 trip juga mike suka ke sana. Saje je, nak menghabiskan duit. Ate, kena la bawak mike pergi bengkel jauh sikit, kat Batu Gajah nun, baru mike repair sekali terus baik. Tapi, sekali repair, beratus tu.

Mike tau tak, teman selalu sakit hati dengan mike. Teman anak beranak tak de can nak pergi holiday kat Langkawi ke, sebab asal dapat bonus, time tu ler mike minta repair baikkkkk punya... mahal tu... abis jugak duit.

Perangai mike tu makin menjadi-jadi bila tuan mike bawak balik Wira satu hari tu. Mula-mula tu, boleh juga teman antor dan ambil Amirul kalu tuan mike tu takde. Lama-lama, mike dah macam merajuk je, teman tengok. Nak start pun susah. Sampai kan sekali tu, kena pinjam jumper, sebab nak meng-idupkan mike.

Teman tau, mike terasa ati bila tuan mike dah ada Wira. Tapi, kan dia selang seli guna mike. Ari ni dia bawak Wira. Esoknya, dia bawak mike. Hari-hari macam tu, selang-seli. Apa yang mike nak lagi? Tuan mike tu pun tak pernah simpan mike kat luor. Mesti simpan kat dalam, tak kena hujan dan panas.

Kemuncaknya, bila sebulan yang lepas, mike dah tak nak start. Langsung tak nak. Tuan mike panggil pomen, hantar bateri baru, mike start. Tapi lusanya, mike tak nak start balik. Nape mike buat perangai camtu?

Sejak tu, mike dah tak nak start dah. Macam merajuk je. Teman pun berbincang dengan tuan mike tu, supaya kami jual je mike. Masa raya hari tu, ada sedara kat Tumpat bagi nasihat, ye la. Harga mike ni, makin lama, makin susut. Jadi, sementara ada orang nak, elok la kami jual je.

Lagi pun, teman tak mau la mike terima nasib macam kawan mike kat luor pagar tu. Dia kan sama spesies macam mike juga. Tapi keadaan dia lagi teruk. Body dah berkarat, berlubang. Kaki pun dah kempis. Kat sini, majoriti nya kakitangan gomen. Majoriti juga ada 2. Ye la, suami isteri bekerja, satu untuk kegunaan suami, satu untuk kegunaan isteri. Dan kebanyakan nya, simpan di luar rumah. Sebab garaj pun tak muat sampai 2.

Jalan kat kawasan sini pun, idok le besor mana. Kalu satu rumah dah ada 2 dan salah satu simpan luor, tak ke sempit namanya tu. Tapi tak kisah le tu, sebab bila siang je, 2-2 hilang. Cuma kawan mike yang kat luor pagar, kat depan rumah kita tu je tak hilang-hilang. Dah 2 tahun dah, duduk je kat situ. Ish, tak tau la teman apa nak cakap. Bukannya tak ada, sorang dua dah sound dah dengan tuan kawan mike tu. Sejak Proton buat promosi tukor yang lama, dapat 5 ribu tu, sampai la promosi tu berakhir, sampai la ni kawan mike tu dok je kat situ.

Repair pun idok, pakai pun idok. Kalu sayang benor, apsal tak deme simpan je, dalam almari, dari dibior dalam hujan dan panas, sampai berkarat. Teman tengok, dah rupe besi buruk dah pun. Tapi iya la. Tuhan tu jadikan manusia tu, rambut sama hitam, perangai lain-lain. Setinggi-tinggi Gunung Everest, tinggi lagi ego deme. Sesegar sardin dari dalam tin, sardin lagi muka deme. Setebal tembok jeti Lumut, tebal lagi muka deme. Idok juga dibuat apa-apa, walau pun sorang dua udah sound. Tapi teman anak beranak ok je, masih tersenyum.

Idok ke deme tu rasa kesian tengok orang lain nak keluor rumah pun payah? Kena go head gostan 2-3 kali baru boleh keluor? Apa, idok ke deme tu rasa kesian tengok masa sedara atau orang tua orang lain datang menziarah, kena letak kete menjulur keluor. Entah la. Asal deme senang udah le, ye dak. Orang lain susah takpe. Apa deme peduli, kete deme lagi satu, kancil, boleh kuor senang je. 

Teman dah melalut pasal lain dah ni. Tapi kesimpulan nya, teman cuma tak nak mike terima nasib yang sama macam kawan mike kat luor pagor tu. Mike faham, kan? Mike ni teman rasa masih kuat... Kami rasa, kami tak mampu nak menyara sampai 2. Next year, Hafizan dah nak kena antor ke tadika. Jadi, dah 2 orang budak dah kena pergi sekolah rumah ni. Asal pergi sekolah, mike pun tau kan, kena kuor duit untuk yuran, buku, baju, etc? Dalam keadaan barang keperluan harian yang makin mahal ni, tuan mike sorang tu the only breadwinner in the house. Eh, speaking London pulak teman... Teman pulak, bekerja sendiri dari rumah, pendapatan tak tetap. Jadi, mike faham maksud teman kan?

Bukannya teman anak beranak tak sayang. Sayang tau... Mike ni, kenderaan pertama yang teman beli, masa kerja pertama teman, lepas habis belajor. Masa tu, teman cuma bekerja sebagai programmer. Masa tu, teman baru je kawin ngan tuan mike tu. Anak pun tak ada lagi. Jadi, mike dah duduk dengan teman anak beranak hampir sama usia dengan perkahwinan teman, 9 tahun. Ye le, mike tu cuma second-hand. Mike waktu tu pun, dah 4 tahun kuor. Jadi, usia mike dah lebih kurang 13 tahun. Mike dah lama, ada banyak experience, mike banyak berjasa pada teman anak beranak..

Teman masih ingat lagi. Mike ni, kenderaan pertama teman juga, lepas teman dapat lesen. Ada sekali tu, teman terlanggor lori. Bukan lori langgor. Tapi teman yang langgor. Teman nak tukor lane. Ingat ke, muat. Tapi, tak muat rupanya. Dalam keadaan jalan sesak, kat Jalan Ampang tu. Habis badan mike calar. dari depan sampai belakang, kemik. Tapi mike tetap bertahan. Kuat la mike ni. Teman still boleh drive mike balik rumah. Walau pun dalam keadaan terketor-ketor. Ye la, baru accident dengan lori. Mau tak takut. Kuat betul mike ni. Teman pun kuatkan hati bawak mike, sebab tengok mike kuat. Gagah mike melawan benda yang jauh lebih besor dari mike. Teman kagum. Itu la pengalaman tak dapat lupa dengan mike.

Tapi semalam, buat pertama kalinya, teman tengok mike berseri-seri. Tokei tu pulak, bawak bateri yang sudah di caj dan dipasangnya kat mike. Terus mike hidup! Waktu dicuba oleh tokei, teman tengok mike umpama kuda yang riang, yang baru dilepaskan dari kandang. Gembira, gallop ke sana, ke mari. Handsome, macam storybook omputih, Black Beauty tu... 

Mike gembira ye... teman dapat tengok tu. Takpe la, tuan baru mike tu pun rasanya, orang senang. Dia beli mike cash. Mesti dia tak ada apa-apa problem untuk maintain mike. Mike duduk baik-baik, berkhidmat la dengan cemerlang dengan tuan baru mike ya.. Teman tau, kalau mike dok dengan teman anak beranak, mike pun dah tak happy, monyok je muka, sebab ada Wira tu kan...

Mike jaga diri tau... Tuan mike tu emosi semalam. Dia sayang sangat kat mike. 

Tadi petang, teman anak beranak boleh terserempak pulak dengan mike. Wah, baru kuor bengkel ya. Rim dah tukor, plat number dah ganti baru. Dah tak bunyi apa-apa la. Kecuali bunyi mike cakap bye-bye kat teman anak beranak. 

You go along now....
We will always love and miss you!
Selamat jalan, Iswara ku!





Gambor-gambor kenangan sebelum mike pergi semalam...


Thursday, October 21, 2010

Progress projek

Projek photo stitch, perkembangan terkini...


dan seterusnya, semalam, siap sampai sini...


Projek besor.
Mungkin korang dah boleh agak kot apa yang saya jahit ni...
Saya bukan bagi teka teki tau ni. Nak teka, teka la, tapi takde hadiah tau..
Jawapan pun saya tak bagi... kita tunggu dan lihat... hehhe...


Wednesday, October 20, 2010

Felt Keychains - Happy Flowers

Assalamualaikum....!
Camana hari anda hari ni?

Flashback sikit koleksi keychain bunga pernah dihasilkan tahun lepas.



dan dalam bulk order yang ini...



Terbaru, perkenalkan, kawan-kawan... nama dia orang ni... Happy Flowers...



Dalam koleksi ni, semua bunga tersenyum belaka... dengan warna felt dan benang yang lebih ceria dan berani.. Satu keychain, harga RM3.
Pattern keychain ni design oleh suami saya sendiri. Dia nak tolong sangat...

Ok, kalau nak jamu mata tengok lain-lain bentuk keychain yang pernah dihasilkan, boleh la ke page Yati And Stitch di muka buku ya. Tengok Photos, kategori Crafts, linknya di sini.

Untuk makluman semua, order felt keychain ni, cuma dapat dibuat bulan depan, November, sebab bulan ni, saya nak habiskan dulu order yang ada.

 Apa aktiviti riadah nak buat tengah bulan ni ya... Hmmm....


Monday, October 18, 2010

Bicara Santai bersama IK

Akhirnya, dapat jugak saya jumpa secara live, Irfan Khairi...



Kalau anda pembaca blog Yati ni dari dulu, ingat tak Yati pernah cerita dulu, Yati pergi Mini Workshop Dari Kosong ke Jutawan di Ipoh, dapat jumpa Dr Azman Ching. Hari Sabtu lepas, Yati pergi ke program Bicara Santai bersama Irfan Khairi, juga di Ipoh.

Apa yang Yati cakap ni dari sudut pandangan Yati secara peribadi tau. Dari sudut seorang surirumah yang terperap di rumah, kurang berjumpa orang dan senang rasa down, dari kerja rumah yang tak habis-habis dan list goes on la. Apa taknya, bila keep in touch dengan kawan-kawan lama kat FB ke, tengok masing-masing dah pun berjaya naik pangkat, beli kete besor, dari kerjaya masing-masing. Tapi kita ni, surirumah... accomplishment...? Kalau translate ke graf, mahunya mendatar je... Tak sama bila kita bekerja, pegang duit sendiri, di mana kita boleh belanja bila saja kita nak, kita boleh save berapa saje kita nak... Itu la Yati dulu.. tapi itu la namanya berkorban... betul tak... ada la sebab masing-masing kenapa sesuatu tu berlaku... kalau nak story the morning glory, memang tak abis-abis... Jadi, dipendekkan cerita...

Pernah tak anda berada dekat orang yang pencapaian atau status dia umpama langit dengan bumi dengan anda? Di mana anda rasa caj-caj positif atau aura keluar dari dia... bzzzz.... bzzzz..... sesuatu yang susah nak diterangkan dengan perkataan, cuma boleh dirasa.... kita rasa kita nak amik sikit aura dia, buat semangat kita... perumpamaan lain macam... ... rasa nak terkam je... aaaaummmmm kat dia, tapi of course la, tak kan kita nak buat camtu kan... tapi perasaan tu HEBAT sekali! Itu la yang Yati rasa, everytime Irfan Khairi (IK) lalu tepi atau berada dekat. Yati kalau hadir majlis ilmu camni, memang suka dok tengah-tengah, tepi laluan yang penceramah lalu. Saja, nak rasa....hehhee...

Seronoknya! Walau pun tak lama pun. Walau pun ada yang diperkatakan tu ada dalam buku beliau. Tapi itu la dia, berguru dengan buku - lain, tapi bila cikgu ada kat depan, lain rasanya.... Rasa lebih faham, dapat tangkap mesej lebih jelas.
Yati rasa, IK ni seorang yang genius. Apa taknya, kalau 25 tahun dah jadi jutawan. Tambah pula, apa yang diperkatakan tu sesuatu yang logik, diterima akal. Bukannya ada maksud sembunyi-sembunyi pun. Simple je.

Sayangnya, tak dapat capture kenangan manis ni dengan camera, sebab camera yang tak leh shoot outdoor. Masih tak beli yang baru lagi. Cuma dapat abadikan seberapa banyak dalam memori. Dan kenangan sikit, Yati pilih buku pertama Irfan Khairi yang Yati beli few years back, untuk di sign autograph....


Buku ni la....



... yang ubah cara pemikiran Yati beberapa tahun lepas. Tau tak dulu, Yati start niaga internet ni tanpa modal, dengan hanya jadi affiliate produk baby, dan promote barang pun di forum yang benarkan ahlinya buka kedai thread dalamnya, secara percuma? Bila dah setahun buat kerja tu, dan customer paling jauh Yati dapat, dari Jepun, dan baca buku tentang perniagaan internet ni, mostly dari IK. Belajar slow-slow. Ilmu internet, blog, selain beli juga buku-buku motivasi lain dan parenting. Yati ubah niaga, kepada sesuatu yang Yati suka, cross stitch. Itu la dia, kenapa IK ni macam idola atau mentor la bagi Yati.

Satu lagi IK ni baiknya... dia layan setiap orang bergambar, dan minta autograf, semua dia layan dengan baik. Yang tua, yang muda, yang bertanya soalan, dijawap dengan senyuman. Mana tak rasa macam nak terkam, Astaghfirullahal azim...

Thank you to suamiku sayang, yang take over jaga anak-anak selama 4 jam. Ingat ke, lepas campak Yati kat Hotel Heritage, dia orang balik rumah. Tengok-tengok, lepak kat Padang Polo. Budak-budak tu main sampai tak larat main dah. Kesian. Tapi bukan selalu mama pergi, mama pergi cari ilmu sekejap je...

Kalau anda belum subscribe newsletter IK, join la sekarang. Selain tips-tips kewangan, dan perniagaan internet yang sangat-sangat berguna pada peniaga online, anda boleh tau kot-kot IK dan mentor-mentor jutawan yang lain ada buat workshop di tempat anda. Ni link blog IK.

Wednesday, October 13, 2010

Apa saya tengah buat sekarang...


Projek cross stitch. Orang punya ni. Tu kena jahit dengan berhati-hati. Takut pun ada, sebab tak pernah buat photo stitch camni. Progress agak lambat. Tapi berjalan..
^_^

P/S: Lupa pulak nak cakap. Saya dah check darah dah semalam, dah pun jumpa klinik panel yang boleh buat. :)

Tuesday, October 12, 2010

Hadiah Contest Probitas Et Fides

Nama Yati naik sebagai salah sorang pemenang contest di blog Probites Et Fides. Hadiahnya, dah pun dapat minggu lepas.

Posmen hantar kad je, suruh amik parcel di pos office. Ate... nak antor ke rumah camana nye... udah bungkusannya besor camni...


Silap-silap, boleh accident encik posmen naik motor kalau antor ke rumah. Jadi petang yang sama, kami pun pergi la ke post office. Huisy, suspen bebenor...

Bila tengok slip pos laju pun, teman dah naik bulu roma. Sungguh berusaha tuan blog ni, iaitu Encik Sahrom. Yati sendiri pun tak pernah menang hadiah masuk contest cenggini. Jadi, satu family la seronok.

Ini la hadiahnya....



Apa orang panggil ni? Yati panggil, lampu tidor. Letak kat bedside kan. Macam tau-tau je akak ni memang suka produk anyam-anyam ni. Dari dulu dok belajor anyam dari newspaper lama, tapi tak pass lagi. Tapi lampu ni memang cantik.

Bila pasang, tak nyala, boss...! Husband pun pergi la cari mentol kat kedai, malam tu. Setelah dipasang...

...

...

...

....



Wah.... sila la tepuk tangan! Romantik you....



Amirul dah amik dah lampu tu, letak dalam bilik dia. Sebelum ni, dia suka tidor tengah rumah. Ada lampu cantik, terus tidor dalam bilik dia. Waaahhh... bab amik barang mama la, Amirul ni memang champion... takpe la tu...

Terima kasih ya, Sahrom... lain kali buat contest, boleh la kak Yati cuba nasib lagi. Hehhe.... tapi jangan bagi soalan susah-susah tau...

Sunday, October 10, 2010

Saya maafkan...

Tak sempat tulis apa-apa pun hari tu. Sebab masa tu tak mengizinkan. Masa tu penuh sangat dengan aktiviti. 

Sebenornya, saya ok je. Cuma sikit rasa tak puas hati dengan jawapan yang keluar dalam paper tu. Saya sebenornya mencari-cari perkataan tu, tapi tak jumpa. Perkataaan apa? Alaa... perkataan yang orang susah nak sebut tu. Yang ada, cuma perkataan simpati. Saya tak perlukan simpati. Tapi saya ok je, saya terima semua seadanya.

Tup tup hari yang sama... kami terima surat jawapan aduan dari pengarah hospital sendiri. Kan kami ada hantar surat aduan masa hari yang sama dulu, kepada hospital. Kat sampul, tertulis Urusan Seri Paduka Baginda. Ingat ke... surat dari SPA ke.. tapi ada cop Hospital Manjung. Ok...
 
Ha, ni baru betul... pihak hospital momohon maaf atas segala kesulitan yang kami dah alami dan lain-lain perkara yang disebut dalam paper. Saya maafkan. Saya anggap, perkara ni dah selesai. Tengok, bukan susah pun nak pujuk saya...

Sekarang, Yati belum decide lagi nak buat apa seterusnya. Sebab ada beberapa kawan yang tanya. Sebenornya, depan saya, takde banyak pilihan pun. Sejujurnya, saya rasa, kami tak mampu ke swasta. Alternatif yang terlintas dalam otak saya ni, mencari klinik panel suami untuk check darah ATAU ke hospital Manjung balik, atau hospital Ipoh. Tu je. 

Kat sini, kena tanya dulu. Sebab setengah klinik, tak leh check thyroid. Ntah, saya pun tak tau apsal. Dulu masa dok KL, aman damai je, saya check kat klinik panel husband. Jadi, takde problem langsung. Ubat semua teratur je. Saya pun sebenarnya, rasa dah letih. Dah ada thyroid sejak 2003. Rasa cam nak operate je. Tapi aritu, tak boleh, sebab dia dah kacau jantung. Skrang saya dah rasa lebih sihat. Cuma tak decide lagi nak buat apa.

Husband saya ok je, kalau saya telefon pengarah hospital tu balik. Sebab ye la, orang atas mungkin tak tau camana orang bawahnya buat kerja. Tapi kalau saya check kat sana balik, agaknya, mesti orang lab kena marah setidaknya kena sound oleh pihak atasan. Karang dia dendam kat saya, dia amik darah saya, sambil buat slam dunk kat saya ke... cucuk kuat-kuat tangan saya ke... tak ke saya kena tulis surat kat paper lagi sekali...? Hehhe... Tak pun, ada doktor pun turut kena sound ke, nanti kot saya ke sana operate, dia tinggal cotton kat dalam leher saya, tak ke saya ninggal terus... Camana pulak kalau pisang berbuah buat kali keempat, dan lagi,  dan lagi...

Ha ha ha... Yati ni memang suka fikir benda-benda camni. Sorry la kalau merepek sikit. Cuma at this moment, saya belum decide lagi apa nak buat. Walau pun body saya macam dah bagi hint sikit-sikit. Contohnya, saya ter-recall doktor pernah cakap, long term effect makan ubat thyroid ni, mungkin saya akan jadi gemuk balik, atau dari pengalaman silam, rambut pun dah makin banyak gugur, saya rasa masa makin suntuk... 

Cuma banyak benda kena buat sekarang ni yang buat pikiran ni tak berapa pikir ke arah kesihatan sangat, walau pun saya tau, benda tu sangat-sangat penting... 

Tunjukkan la jalan, ya Allah...

Friday, October 08, 2010

Tuesday, October 05, 2010

Sudah keluar!!!

*** Entri Updated ***


Merujuk kepada entri Yati dulu, tentang layanan Yati terima masa pergi Hospital Manjung, hari ni, aduan Yati sudah pun disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia. Ruangan forum. Versi online, ada di sini.



Ni, keratan rentas dalam Utusan.




^_^

Tak sihat...

Yati tak berapa sihat. Jangkit dari budak-budak ni. Mula-mula, Amirul batuk dulu. Lepas tu, jangkit kat Hafizan dan Sulaiman. Pastu, kat Yati pulak.

Kalau setakat demam dan selsema, boleh buat tak layan lagi, buat kerja rumah. Tapi kali ni, sampai lembik dibuatnya. Dengan kunjungan dari 'Makcik Asma' lagi. Timing pun baik punya. Time malam-malam, klinik dah tutup. Sampai kenyang guna 'Encik Haler'. Tu pun semput lagi. Dah lama tak kena camni. Dua malam lepas, ingat macam nak mati dah. Nafas dah cungap-cungap, dada sakit sangat. Nak baring, dok dengor 'weezing' nafas sendiri, susah nak nafas. Abis tu, duduk je la. 


Esoknya baru dapat jumpa 'Mr Nebu.' Lepas tu, lega la kejap. Pastu, semput lagi. Jangan kata nak cuci kuali, berjalan sikit dah semput dah ha... Ish ish... pelik saya. Nak kata pi jamuan aidil fitri minum ais, takde pun. Jangankan minuman berais, air sejuk pun Yati tak minum. Pun semput jugak. Pernah terlintas di fikiran ni, si thyroid ni  ke yang mengacau saluran nafas saya...? Wallahualam, saya pun tak tau...

Hari ni dah baik sikit. Boleh la buat kerja. Alhamdulillah. Batuk tu yang tak tahan. Jarang-jarang batuknya. Tapi sekali batuk, terus semput. 

Kepada customer kedai Yati, yang ada tunggu respond dari Yati, mintak maaf banyak-banyak ya. Thank you atas kesabaran anda.

Semput oh semput... cepat la engkau pergi jauh-jauh dariku...

'Encik Haler', kawan baik di kala semput.
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea