Monday, September 27, 2010

Kedai barang cross stitch dan jahitan di Perak

*** Entry updated***

Saya sibuk sikit, antara kerja rumah, tengok anak, memasak, siapkan order customer, kraf, knit, trip to post office, ke kedai alat jahitan... 
Tak sempat jenguk ke blog kawan-kawan. Alhamdulillah, rezeki anak-anak.

Bercakap tentang kedai alat jahitan, saya jumpa 3 lagi kedai jual peralatan cross stitch di Ipoh. Lokasi ketiga-tiganya di Plaza Yik Foong. Satu kedai, located di ground floor, banyak sangat benang kait. Saya ulangi, BANYAK SANGAT!!! Knitters, kalau anda cari benang kait, macam-macam jenis ada di sini. Tak pernah saya tengok dijual di kedai alat jahit biasa, yang untuk crochet, yang tebal, yang macam-macam la... syurga la pada mereka yang gila knit! Yang penting, fulusnya... Hehhe... buttons pun banyak kat kedai ni. Tapi, mahal ye... ke, sebab saya tak biasa beli button oversea yang mahal tu. 1 pcs sampai seringgit. Bentuk ada macam-macam.... tapi kedai ni, ada satu saya kurang sikit. Tuan kedainya kurang mesra, mungkin kah dia sibuk mengira sambil mengait dan sambil melayan customer lagi... Tapi dia ada 2 orang pembantu... tapi semua orang dalam kedainya sibuk mengait... takde sorang pun bercakap...

Dua lagi kedai, di Lower Ground floor, ada 2. Wait se-minute, ada kah itu pattern dari kertas merah yang saya lihat di display di cermin kedai? Oh no..... tapi saya tak sempat masuk. Kerana anak-anak sudah meragam, saya cuma browse thru barang di cermin kedai dan jalan pulang ke parking. Adakah itu rotary cutter yang saya nampak display di kedai lagi satu di lower ground? Juga, ada jual bobbin dan floss number sticker jugak. Tapi, yang saya beli kat eBay tu, lagi murah dari sini.

Ok, sekarang sudah tau. Next time kalau cari tempat lain tak jumpa, boleh la ke Ipoh pulak.

Kedai yang biasa saya pergi, di Seri Iskandar, ada 2 yang jual benang DMC. Tapi tiada kain cross stitch dijual. Satu, sama row dengan Kedai Kain Seri Iskandar, satu row dengan pos office. Satu lagi, di kedai belakang pintu gerbang Seri Iskandar.

Kalau nak cari kain cross stitch, sila ke Beauty Enterprise, belakang the Store, Sitiawan. Kat situ, tokei kedai very friendly, boleh kira dalam kepala je, berapa besar kain kita perlukan. Hanya cakap kat dia, berapa besor design pattern kita. Benang DMC semua jenis ada. Selain Aida, zweigart pun ada, tapi mahal ye... sila bawa duit banyak...

Kedai alat jahitan dan barang perkahwinan belakang Billion juga bagus. Benang ada, kain ada, pattern pun ada. Yun Yun Air Tawar pun sama. Tapi kebanyakan kain nya, kain lubang besor. 9ct.

Ada satu lagi kedai di Maybank, dekat Kamdar, di simpang on the way to Sitiawan tu. Pun ada benang DMC dan pattern tak banyak. 

Kat Batu Gajah ada satu kedai kraftangan. Dulu, ada kain felt tapi macam stok lama. Kain cross stitch pun tak banyak pilihan. Benang dia pun macam dah berabuk, macam jarang orang beli.

 Kat Tanjong Malim  - kedai jual peralatan crosstich, benang murah, RM1.20, pattern tak selalu up-to-date, peralatan knitters - ok, murah. Tapi benang tak up-to-date jugak. Kedai ni syurga untuk tukang jahit! Lokasi? Kat deretan kedai Stesen Bas Tanjung Malim. Sebelah ngan bengkel keter., kedai jual alat kraf perkahwinan..satu jer kedai dia kat situ. (Credits to Sueann for sharing info)

Ada kedai, benang dia still 1.30. Ada kedai, 1.50. Kalau anda tahu mana satu, boleh la jimat. Nak cari benang, pergi kedai ni... walau pun satu jimat hanya 20 sen, tapi kalau dah beli banyak, kan jimat banyak tu kan...

Sekian, diharap dapat memberi panduan kepada kawan-kawan dan customer yang bertanya, mana nak carik barang-barang di Perak ni. Memang tak sebanyak pilihan di KL, tapi, kita guna la apa yang ada. Kalau tak jumpa juga... sila la beli online... ^_^


Tuesday, September 21, 2010

Goodies received recently...

Camana hari anda?
Dah balik kepada rutin biasa dah bagi kami. Budak dah pergi sekolah, bapak budak dah pergi kerja, mak budak masih di rumah, jaga 2 orang kanak-kanak rebina dan uruskan online bisnes dari rumah. Busy, busy... bagus jugak sebab busy ni, sebab tak sempat nak layan hati ku yang terluka... Terluka sebab apa? Hmmm... tak leh nak cerita, lagi pun nanti I sedih you.... tak nak la sedih-sedih... hidup mesti gembira! ^_^

Eh, ada sesetengah sekolah cuti yek... Sebab budak darjah 6 dah start UPSR. Mesti parents yang ada anak amik UPSR ni, berdebor-debor rasanya. Good luck ya untuk adik-adik yang amik UPSR! Sekolah Amirul tak cuti la, sebab sekolah Amirul ni baru beroperasi Jun yang lepas, dia tak amik budak darjah 6, sebab takut ganggu tumpuan murid untuk UPSR, nak kena pindah pulak dari sekolah lama.

Lupa pulak nak cerita...

Sebelum kami balik beraya hari tu, encik posmen ada singgah. Ingatkan bil, tapi ada cenderahati dari kawan baru saya... jeng-jeng...


Dari kawan baru, Sueann, pemilik blog Jurnal Fansuri.
Pandai jahit bag Sueann ni. Siap terima tempahan lagi. Dok Perak jugak, kat Tanjung Malim.. Hehhe... Sueann telah bermurah hati hadiahkan beberapa ribbons, notebook comel, dan sampul duit raya (dah habis guna laa... ). Thank you, Sueann. Balik kampung sebelum raya hari tu pun hatiku berbunga-bunga... 

Seterusnya, masa di Kelantan, sebenarnya, dah usha benda ni setahun yang lepas. Tak sangka pulak masih ada. Harga murah. Yati tak pernah jumpa kat mana-mana kedai di Perak ni. Perak ni, bukan macam KL. Barang kraf, jahitan, aksesori, kebanyakannya susah nak cari, tak macam di KL. Ini la dia...


...toolbox! Untuk barang-barang kraf Yati. Jadi, boleh la bawak kemana-mana. Sebelum ni, balik rumah mama atau balik Kelantan, dah la tak boleh online. Jadi sekarang, boleh juga habiskan kerja mana yang patut.
Ni bahagian dalam toolbox...


Banyak boleh letak. Tray paling bawah tu, boleh angkat dan isi benda lagi. Saya sangat suka! Dapat jugak akhirnya. Jarang beli sesuatu untuk diri sendiri. Jadi, memang suka bila dah dapat benda ni. Husband Yati cakap, dah macam make-up artist dah ni. Hehhe, mana ada, orang lain dah lama ada. Kita baru nak ada.. 

Oh ok la... kerja banyak. 
Selamat berpuasa enam pada mereka yang berpuasa enam ya! 
Take care semua!

Wednesday, September 15, 2010

Home sweet home...

Dah balik Lumut sebelum raya. Sempat tolong buat rendang ayam, kuah kacang, rebus ketupat dan buat roti jala lagi... 

Balik Tumpat raya kedua. Amirul dan Hafizan tak ikut balik Kelantan. Dia orang nak dok dengan opah. Aunty dan Atam (kedua-dua kakak Yati) ada, jadi takpe la kalau dia orang tak nak ikut. Hafizan tu, pengikut setia Amirul. Amirul no problem. Tapi sedikit risau nak tinggalkan Hafizan. Tapi takpe la...

Raya kedua, petang, Yati, husband, dan Sulaiman, balik ke Tumpat. Pernah travel petang balik Kelantan. Tapi rasanya, takde la bertolak selewat camni. Ikut jalan Grik-Banding-Jeli. Sampai di R&R Titiwangsa pukul 9.30 malam macam tu. Sebenornya, everytime lalu Banding tu je, memang Yati takut pun, sebab jalan berlingkor-lingkor kan... macam ular kena palu. Macam jalan kat Bukit Putus tu. Tak kira siang atau malam. Baca ayat qursi je dalam hati. 

Waktu berenti kat hentian R&R Titiwangsa atas puncak tu, hujan turun lebat. Nasib baik kejap je. Pergi toilet. Pastu sambung perjalanan balik. Yati all the way, tutup mata, sesekali je bukak mata bila rasa kete laju. "Slow sikit, slow sikit", kena ingatkan selalu. Tengok, kabus tebal sangat. Macam orang bakor sampah. Rasa macam enter twilight zone je... masuk dunia lain. Hujan dan berenti. Tapi kabusnya.. masya-Allah.. rasa jarak penglihatan cuma berapa meter je boleh nampak. 

Ada pro dan kontranya travel malam atau travel siang. Malam, rasa smooth je, cepat je sampai. Anak pulak tidor. Jadi, takde la nak layan karenah anak lagi. 

Yati sempat tertidor. Sedor je, dah sampai Bukit Bunga. Tengok, ada kedai buka, ada kedai dah tutup. Time tu, dalam pukul 10.30 lebih. Sampai Jeli lebih sikit, bila dah masuk simpang ke Rantau Panjang tu... kete berenti. Rupa-rupanya, lembu tidor atas jalan. Menakutkan... cuba bayangkan... kete kita dikelilingi lembu. Bukan sekor dua ye. Tapi berpuluh-puluh ekor Yati rasa. Depan kete kami, ada kete kancil sebiji. Tak hon pun. Cuma slow-slow jalan. Lembu pun slow-slow bangun, gerak ke tepi. Sangat rapat. Bila Yati tengok kuor tingkap, dekat sangat dengan lembu.. Besor pulak tu... hui... sape punya lembu daaa... bior je tidor tengah jalan malam-malam. 

Akhirnya, kami sampai kampung encik abe, Tumpat, kul 12 malam. Rekod... pukul 6.30 dok Perak, pukul 12, dah dok Tumpat. Kete pun tak banyak, walau pun travel raya ke-2. Ada kete, tapi tak banyak berbanding travel siang.

Di Kelantan, beraya rumah sedara terdekat, tak pergi jauh pun. Raya ke-4, kami balik Lumut balik. Kali ni, balik siang. Yati takut. Memang sesak dari Kelantan. Kat Tanah Merah, sangkut 2 jam. Kat Pasir Mas pun sangkut. Kul 11 pagi tolak, pukul 8 malam baru sampai Lumut. Pengsan... Sulaiman pun dah naik boring.

Bila dah sampai Perak, baru la encik abe bukak cerita. Hari yang kami travel malam tu, abe ada nampak benda dok tengah jalan. Benda... benda pe? 'Benda' tu la..! Benda tu membelakangkan kete kami. Dia dok tengah jalan. Abe ngelak benda tu, tak langgar. Pastu masa nak balik ke lane betul, ada tayar lori kat tengah jalan. Seolah-olah macam benda tu block tayar lori tu. Kalau kami langgar dia, bererti kami langgar tayar lori, dan Tuhan saja tau, apa yang akan berlaku kat kami... sungguh tak logik tayar lori yang besor tu boleh berdiri tegak di tengah jalan. Nak kata lori rosak, lori pun tak ada. Cuma ada benda tu... Naik bulu roma Yati masa taip ni... pandai pulak encik abe sembunyik cerita ni dari Yati. Bila dah sampai Perak, baru dia story. 

Yati dari awal lagi dah takut, masa mula naik puncak tu. Agaknya, Yati baru discover yang mungkin Yati ni takut gelap kot... travel malam di Banding umpama teraba-raba dalam gelap. Tanpa satu cahaya pun. Mulut Yati tak berenti baca ayat qursi, dada dup dap, dup dap... yati rasa macam next time balik, tobat tak nak balik malam lagi bila lalu Banding.. dah la Yati boleh terbaca pengalaman orang ni, dia cerita, masa lalu kat situ, ada pompuan tahan kete, nak tumpang... putih jer... benda yang encik abe nampak tu tak la jelas figure nya. Nampak rambut je menggerbang... kaki tak nampak.. tapi macam dia duduk la tengah jalan... Tobat aku tak nak lalu situ malam lagi... Bior la panas pun, sesak pun, kita jalan siang je la next time... huhu....

Sungguh bosan entri tak bergambar. Gambar raya pun takde. Raya yang sederhana, tanpa gambar raya. Sebab kamera kami rosak, tak leh amik gambor jauh, ter-over flash.. Bila nak beli baru pun tak tau...
Camana raya anda...? ^_^

Tuesday, September 07, 2010

Selamat Hari Raya...!!!

Kedai saya akan ditutup dari 9 sampai 17 September, sempena cuti raya.

Selamat hari raya kepada semua kawan-kawan online. Sekiranya ada tulisan saya pernah menyinggung perasaan, tolong maafkan ya...Baik-baik bawak kereta... semoga semua selamat sampai di kampung masing-masing! 

Kami akan balik Lumut hari Khamis, dan Tumpat pulak, tak confirm lagi...


Selamat hari raya!!!
Kad raya dari Yati untuk semua, kalau sudi, ambil la ye... gantung! ^_^

Monday, September 06, 2010

Knitted coin purse

27 Ramadhan... 
Jiran kanan dah balik kampung...
Jiran kiri dok vakum dan polish kete...
Jiran depan kemas dan vakum rumah....
Kami... masih di sini, encik abe kerjaaaa....
Hahaha... nanti petang raya baru balik daaaa.... sib baik sejam je ke rumah mama....

Mari la kita tengok projek last weekend saya...
Bila dah habis knitting tu, untuk bagi kemas, kita sew in hujung benang dengan cara, guna jarum embroidery, susup masuk through the edge hasil knitting kita tu, lebih kurang 5 baris pertama, dan gunting la yarn tu.


Ni mana pulak datang lubang ni....


Ini kes snip yarn terlalu rapat dengan hasil knitting kita la tu... waaa..musnah harapan, penat je mengait... aku pi buat lubang pulak...

Terus simpan dalam drawer...
Camne nak buat ni... sakit ati pun ada....

Lima minit kemudian, amik balik....
Saya tau apa nak buat...


Kita tepek dengan felt.. jahit zip, jadilah coin purse....


Ni apa kes ni... jahit zip pun senget? Tak kemas langsung... Boleh la, untuk kegunaan sendiri.... cubaan pertama buat purse dari knitting....

Orait.... ada kerja menunggu....
Selamat hari raya ya, pada semua... maaf zahir batin... berhati-hati di jalan raya, jaga diri, jangan main mercun, kang meletop! Selamat menyambut hari raya bersama keluarga dan sanak saudara! Dah dah, pi balik kampung, jumpa orang tua, tolong buat rendang pi....

Friday, September 03, 2010

Felt Keychains - Heart

Simple je, tapi buat dari hati... untuk pelanggan Yati And Stitch yang membeli dekat-dekat nak raya ni... Sebagai penghargaan...


Juga di masukkan ke kedai Yati di kategori Crafts, bagi sesiapa yang berminat nak beli.

Hari ni, last day budak-budak sekolah. Esok dah start cuti sempena raya. Mesti semua dah apply cuti bagi yang bekerja. Juga, dah decide kot, nak balik kampung sapa dulu raya ni... 

Bagi yang dah nak balik kampung, berhati-hati di jalan raya ya!

Wednesday, September 01, 2010

Business card case

22 Ramadhan. 
Pekabo kawan-kawan hari ni?

Hari tu, yang Yati belajor nak tukor color benang tu, yang dah siap, jadi dari terbior begitu je, Yati buat la jadi tempat letak business cards.


Jalur kuning bawah tu, boleh nampak yang Yati sambung benang baru kat tengah. Jalur kuning kat atas tu la baru ikut apa yang Yati nak belajor, start benang color baru kat line baru. Tak kemas. Boleh improve lagi, kan...


Tambah 2 button. Boleh la buat simpan business card yang ada.

Ok... banyak kerja... 'till then, take care everyone!