Wednesday, July 28, 2010

Shorts - Part II

Semenjak projek tak jadi hari tu, terus Yati takde mood nak cuba lagi. (Amenda la... bukannya susah pun nak jahit seluor). Agaknya, itu la sebabnya saya tak boleh jadi tailor. Meski pun saya teringin mencari rezeki dari rumah dengan mengambil upah menjahit baju. Satu baju kurung dah 30 ringgit. Kat KL, lagi mahal kan...

Tengok tutorial dari links yang kengkawan bagi. Jadi, hari ni, walau pun malas, buat-buat rajin jugak percubaan seterusnya. Banyak benda berlaku yang perlu lebih diutamakan, lalu Yati tak sempat nak pergi cari kain lain, jadi guna je apa yang ada. 


Sila abaikan kain lain corak yang Yati guna tu ya. Ok tak? Dah boleh pakai ni. Yati la. Husband, bahagian punggung, tak muat. (Pakai tidor la... bukannya pakai keluor rumah).
Wah... musykil ni... Yati trace je pattern dari shorts dia paling selesa. Tambah 1 setengah inci keliling, baru potong. Kena cuba lagi next time...

Husband Yati kata, haa... ni baru ada rupa seluor. Hehhe....

Monday, July 26, 2010

Pattern Kertas Merah

Pattern antik, dari kertas merah, yang Yati tak pernah jumpa dijual di mana-mana kedai di Perak. Yati upload kat kedai Yati. Antaranya....
















Untuk harga dan ukuran, boleh la singgah kedai Yati ya. Kalau nak tahu... pattern kucing kat bawah ni...


... dari pattern kertas merah la. Sangat detail. Sampai naik bosan beberapa kali. Start waktu bujang, anak sorang dalam perut baru siap. Hehhe.... tapi, puas hati la. 

Till then, take care everyone!

Rumah Untuk Disewa

*** Closed, sudah ada penyewa,*** updated 27th August 2012

Sedikit pengumuman takde kena mengena dengan kraf atau cross-stitch.
Rumah untuk disewa. 

Lokasi: Taman Tun Perak, Cheras. (Dekat Taman Len Seng, sebelah Bandar Tun Hussien Onn). Dekat dengan Carrefour, Econsave dan Jaya Jusco Cheras Selatan. Senang shopping, tak yah keluar highway pun, ada jalan dalam.

Rumah: Tingkat 4. 3 bilik tidor, 2 bilik air.

Sewa: RM400 (Boleh dirunding)

Berminat? Telefon Azlan, 012-3771781

Friday, July 23, 2010

Kad Raya Cross Stitch

Yati tukar template blog baru. Semalam, dilanda kebosanan dan takde mood. Tu yang gatal tukar template lain tu. Jugak, harap blog ni dapat load cepat sikit.

Sekarang ni, ada ke tak orang hantar kad raya ye. Kalau di kalangan budak sekolah atau syarikat tu, ada, kan... kad raya dan hamper raya. Tak mustahil satu hari nanti, kad raya pun pupus, dengan adanya eCard, MMS, SMS, lain-lain lagi. Apa kata, tahun ni, kita hantar kad raya. Kalau berminat nak beli yang cross stitch, singgah la kat kedai Yati ya.

Ni contoh, kad raya cross stitch, gambar ketupat.


More cards coming in. 
Selamat berhujung minggu semua!

Tuesday, July 20, 2010

Cross Stitch Greeting Card

Apa khabar semua?!!!
Macam nak buat konsert pulak ye...

Tambah lagi satu produk di kedai saya... kad ucapan... Ni salah satunya...


Kad tu, blank inside... boleh tulis ucapan sendiri. Dijual dengan envelope jugak.

Untuk harga, silakan ke kedai Yati ya...
Till then, take care everyone....

Thursday, July 15, 2010

Projek Tak Jadi

Mula-mula, Yati nak ucapkan terima kasih, terima kasih, terima kasih, kakyong, review blog Yati. Susah-susah je, dah la kakyong busy kan... Kembang semangkuk Yati baca review tu.

Ok, berbalik pada projek tak jadi. 
Niat di hati, nak jahit shorts untuk abang ku cayang. Panas kan, malam-malam, tidor berpeluh. Jadi, Yati beli kain cotton, supaya selesa nak pakai. 

Seumur hidup, jangan kan baju kurung, seluar pendek pun Yati tak pernah jahit. Jadi, Yati search la, ada tutorial. Tapi tak jumpa plak yang baik punya, ajar camne nak measure. Jadi, Yati pun... hentam saja la... Meh tengok hasilnya...


Ni belum letak getah lagi... Tapi pelik sangat... Yati cuma ikut tutorial tu je. Muat tak, test kat dia. Jangankan abangku cayang, Dumbo baby elephant tu pun muat... 

Hmmm, kena search tutorial lain... sape tau link bagus, share la kat sini ye... Untuk bacaan Yati yang berhajat besor tapi tak reti jahit... :D

Monday, July 12, 2010

Felt coin Purse

Projek hujung minggu. Sudah 5 hari sejak Sulaiman kali terakhir hisap susu badan. Kalau dia tengok kita busy, dia tak mintak. Tapi bila mama dah duduk rileks nak tengok TV, atau pun kat dalam kereta, Sulaiman selak baju. :D Waduh... anak bijak... 

Timasih ye, pada kawan-kawan yang bagi support, nasihat... Sulaiman dah boleh minum susu botol sikit-sikit. Kadang-kadang, sikit. Kadang-kadang abis jugak satu botol dia minum, susu Dutch Lady 123 Coklat. Milo pun Sulaiman minum. :D

Berbalik pada tajuk kita, Yati buat 2 coin purse. 

Yang pertama, colour dark pink. Ada cross stitch hearts.


Yang keduanya, colour biru. Ada cross stitch pokok cinta.. Hehhe...


Tu je la... sempat buat. Lagi, Yati makan ubat stop susu dan surut bengkak breast, ubat tu buat Yati mabuk, ala loya-loya dan pening. Tak keluar pun pergi mana-mana. Baru Yati tahu, bukan takat ubat bagi susu badan banyak ada, ubat bagi susu stop pun ada, tau. Tapi susu Yati ada lagi. Walaupun Sulaiman tak minum. 

Ok, till then, take care everyone...!

Jahit cross stitch foto anda!

Thursday, July 08, 2010

Kena Marah

Yati tengah dalam proses putus susu ngan Sulaiman. Start semalam. Sebab kena makan ubat thyroid, yang lebih kuat banding sebelum ni. 

Kena marah dengan doktor, kenapa tak makan ubat. Siap kena tepuk dari belakang lagi. Terkejut dan sedih. Jugak, susah hati sebab Sulaiman minum susu botol sikit je. Yati tampal dengan plaster, cakap, t*t*k sakit, takde susu. 

Sian sangat dengan Sulaiman. Nape doktor tak operate je thyroid ni, tak yah makan ubat, boleh terus breastfeed. Dia boleh cakap pulak, "Berenti breastfeed sekarang!" Tak leh cakap elok-elok ke... kalu duit aku banyak, aku tak kuasa pergi hospital kerajaan. Sulaiman ni susah sikit, banding amirul dan Hafizan. Dia orang ikut je, bagi susu apa pun, minum. Dah la kecik, bertambah kecik la Sulaiman nanti.

Doktor klinik yang check Yati tu bagitau, ada patient dia, T4 dia 400, terus koma. Saje je, bagi kita takut. Doktor kat hospital semalam pun cakap camtu, dah effect kat jantung dah. Nanti tak makan ubat, sape nak jaga anak kalau awak takde. Ada ka cakap camtu... Doktor bukan Tuhan. T4 Yati pernah sampai 600 tau, langsung tak nampak thyroid tu. Cuma bila tangan shaking je, time untuk sambung ubat balik.

Tapi Sulaiman baru mintak susu botol tadi. Dia minta, tapi minum susu sikit je. Sulaiman cukup 2 tahun bulan depan. Mama bagi hadiah awal kat Sulaiman, dengan break bonding kita, dengan tak bagi Sulaiman minum susu lagi. :((


Sunday, July 04, 2010

Award dan Tag dari Ateh Qshe


Terima award dan tag dari Ateh Qshe.
Kena jawap soalan sekali.

1. Apa nama blog anda & knp letak name tue??
Nama blog saya ialah Yati's Blog. Saya namakan blog ini Yati's Blog kerana ini adalah blog Yati.

2. Apa nama url blog anda & dari mn datangnya nama tuh?
Url blog saya ialah http://homemakers-puteri.blogspot.com/  Nama ni dipilih kerana saya seorang surirumah yang bernama Puteri.

3. Apa method dalam penulisan anda..?
Diari saya sebagai seorang surirumah, berkisar tentang anak-anak, bisnes cross stitch saya yang diusahakan dari rumah, dan lain-lain cerita menarik bagi saya.

4. Penah terasa nk hapuskan blog? Berikan sebab munasabah?
Pernah. Sebab dah lama sangat tak update dulu. Dulu-dulu la. Sebelum wujudnya kedai online saya, Yati & Stitch.

5. Pernah ahli keluarga baca blog anda?
Ada, suami saya, dan bapak saya. Hello Papa! :)

6. Apa perasaan anda bila orang kata blog anda buruk, sedangkan anda merasakan ianya cantik?
Semua orang ada pendapat masing-masing. Saya terima kritikan untuk perbaiki mana yang patut.

7. Bile blog anda diberanakkan?
Blog saya diwujudkan pada Februari 2007. Dah lama, kan? Tapi jumlah post cuma ada 187 sahaja. Sebab saya delete post lama dulu-dulu dan pernah tak update blog lama sangat.

8. Siapa orang yang mula-mula tahu mengenai bl0g anda~?
Kawan-kawan baru yang kenal online.

9. 5-10 org utk tag..
Sape nak buat, sila amik ye. Nanti tulis nama, busy pulak, tak sempat nak siap. Sila, sila amik, jangan malu-malu.

Saturday, July 03, 2010

Felt Keychain - Bus and Cake

Permintaan dari Amirul. Dia dah lama mintak. Tapi baru sekarang dapat buat.

Ada rupa bas tak?

Lagi...

Ini cake kecik.

Kena adjust rutin harian. Amirul dah sekolah baru, SK Taman Teknologi. Sekolah lama Amirul, SK Seri Iskandar. Cantik sekolah baru Amirul. Amirul sekarang dah sekolah pagi. Sebelum ni sekolah petang. On first day tu, patutnya balik pukul 1. Tapi sebab belum dapat jadual waktu agaknya, pukul 12 dah ada depan pagar rumah. Dia jalan kaki katanya. Lama sangat tunggu bapaknya datang amik. Cian dia. Boleh jalan kaki je ke sekolah, tapi peluh la ketiak. Lagi pun dia kecik gi. Kalau dah besor sikit, boleh naik basikal. 

Ari ni hari Sabtu, nak jalan ke mana kome?
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea