Monday, May 31, 2010

Cermin diri sendiri...

Sayang my three heroes, tapi selalu mencabar kesabaran.

Hari ini tak tau angin taufan apa datang, ntah. Salah satu sebab, mungkin kerana badan letih. Lain sebab, Yati asyik dok fikir, kerja Yati yang tak habis-habis, order cross stitch yang belum siap, belum online lagi untuk check email, sebab dok layan anak, masak, cuci najis kucing orang sebelah yang membuang kat depan garaj rumah, etc. Semalam tidor lewat, jahit.

Tadi siang, Yati pukul Sulaiman, Hafizan pun kena pukul. Itu la macam Yati cakap, angin taufan mana datang tak tau. Oh ok, mungkin sebab period jugak. Tapi bila Yati jumpa dan baca blog kepunyaan Afz, yang salah seorang anaknya adalah anak istimewa, rasa ape jenis mak la aku ni. Yati ni ada anak sihat, tapi tak reti nak bersyukur, siap pukul anak lagi...

Yati add di blog list Yati, supaya dapat sedar diri sikit bila angin taufan datang lagi..

Tuesday, May 25, 2010

Extra Big Felt Keychain


Tak pernah buat sebesar ni. Takde la besar sangat. Keychain ring pun guna yang besar. Mrs Pinky Butterfly yang sedap dipicit-picit ni tengah tunggu tuannya datang menjemput. Masa amik gambar baru perasan, macam kosong je wings dia tu. Patut letak sesuatu kat situ. Hmmm...


Mr Blue Dinasour ni pun tengah tunggu tuannya.

Marilah kita bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh.
Take care, everyone...!

Monday, May 24, 2010

Change

Yati dah pergi semalam, Mini Workshop Dari Kosong ke Jutawan. Walaupun Irfan Khairi tak ada, tapi dapat jumpa Dr Azman Ching. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Harap perubahan ini akan berkekalan selama-lamanya.

Anda rasa anda boleh berjaya?
YES, WE CAN!!!
:D

Friday, May 21, 2010

Progress Projek Stitch-a-Photo dan beberapa cerita ceriti

Perkara 1: Progress terkini


Macam dah habis je, tapi belum lagi la...


Bahagian bawah belum siap.

Yati hilang mood. Macam dah hilang keseronokan menjahit tu. Benda ni tak boleh dipaksa-paksa, di desak-desak, disuruh cepat.
Kena jahit dengan hati yang lapang dan tenang.
Yati seorang surirumah, menjaga 3 orang anak lelaki, membuat kerja rumah, dan mencari rezeki yang halal dari rumah.
Yati ada hati dan perasaan, bukannya mesin.
Nasib baik Encik Nizam yang potretnya dan isteri yang sedang dijahit sekarang faham akan keadaan Yati. 
Yati minta maaf kalau Yati tak sempurna.

Perkara 2: Semalam birthday saya tapi...

Husband saya lupa. Dia ingat semalam, 19 haribulan. Padahal semalam, 20 hb. Saya remind dia sebelum dia pergi kerja, baru dia teringat. Hmm... keciknya hati ini.
Tapi terubat sikit, bila kawan-kawan ramai yang wish kat Facebook. Kawan-kawan mat saleh yang main Sorority Life pun boleh wish.
Tapi orang yang paling dekat dengan saya lupa birthday saya.
Termenung saya sekejap sambil memandang dinding sepi ini...


Perkara 3: Mengubat hati yang luka


Hadiah giveaway dari Fathiah dari Sewing is Enjoy!

Dua potholder yang comel. Tak sampai hati nak guna. Nak gantung la, sebagai hiasan. Terima kasih, Fathiah!

Yati amat jarang menang giveaway. Jadi, sangat suka.
Orang kata, kalau kita bagi kat orang dengan ikhlas, orang akan balas balik dengan ikhlas. Yati baru buat giveaway hari tu, kebetulan boleh termenang giveaway orang lain pulak.

Pernah terbaca dalam majalan An-Nur, dia kata, kalau kita sedekah kat orang, kita cakap la kat dia, tolong doakan saya sihat ye. Tapi, Yati tak boleh nak cakap.
Masa pergi pasar malam, Yati ada sedekah dekat 2 orang. Tak banyak pun, seringgit je. Tapi semalam, Yati dapat 50 ringgit. Ok, mungkin bagi sesetengah orang tak banyak, tapi 50 ringgit, Yati boleh beli stok bahan mentah dan masak untuk seminggu.
Irfan Khairi  kata, kalau kita beri, kita akan dapat balik, Insya-Allah, berganda-ganda. Bercakap tentang Irfan Khairi...

Perkara 4: Workshop Anda Memang Layak Berjaya



Insya-Allah, Yati akan jumpa Irfan Khairi hari Ahad ni. Dah daftar.

Yati akan buat benda yang tak pernah Yati buat sebelum ni, tinggalkan anak-anak dan suami, sebab nak pergi Ipoh, join mini workshop ni. Harga sangat murah, kalau tak workshop dia kan mahal, beratus, mana lah mampu. dah la kat Ipoh pulak tu. Saya tak kan lepaskan peluang ini...!

Hari Ahad pulak tu, Amirul ada taekwando. Rasanya, Yati kena pergi by bus. Walau pun tak pernah naik bas. Tapi demi kemajuan diri sendiri dan mencari semangat yang hilang, saya mesti!!!
Harap anak-anak selamat di bawah  jagaan suami.
Doakan saya selamat dan tak tersesat ye!
Wish me luck...!

Sunday, May 16, 2010

Apple for Teacher


Untuk Cikgu Ling, class teacher Amirul, sempena Hari Guru.
Tali panjang, boleh gantung kat mana-mana.

Selamat Hari Guru pada Kak Nza, dan semua guru-guru! Semoga sabar dan terus tekun menjalankan tugas mendidik anak bangsa.

Monday, May 10, 2010

Pemenang Giveaway dari Yati

Cuaca agak buruk, dengan guruh dan kilat petang Isnin. Jadi, kena unplugged semua benda. Buat kerja offline. Instead of print out semua nama, Yati tulis dengan marker dan masukkan dalam balang ni...


Digoncang-goncang, dan dicabut oleh tangan yang paling bertuah dalam rumah ni. Bukan Yati. Yati kalau ada lucky draw ke, tak pernah menang. Dia je yang menang. Kalau pergi funfair yang ada main Bingo tu, dia yang Bingo dulu, nombor dia naik je. Orang yang Yati maksudkan, suami Yati la! :-)

Ehem.. ehem... hadiah utama, satu chart stitch-a-photo di menangi oleh...


Firahadifa!! Nanti email Yati gambar yang nak ditransfer ke chart, ye.

Walaupun Yati cakap hari tu, cuma ada seorang pemenang saje, tapi Yati rasa macam nak bagi satu lagi hadiah saguhati.
Pemenang hadiah saguhati ialah...

Ummu Farhan!! Hadiahnya, cushion cover dari Bandung, Indonesia. Boleh tengok kat sini macamana rupa cushion cover tu. Sila email Yati nama dan alamat penuh, serta nombor telefon ye.

Itu la dia, dua orang pemenang. Pada yang tak berjaya, takpe, lain kali cuba lagi ye. Yati nak ucapkan terima kasih banyak kerana sudi masuk giveaway Yati ni.

Cakpong, cakpong...

Giveaway dari Yati - closed!



Assalamualaikum, hello...!

Sempena anniversary Yati And Stitch yang ke-2 dan juga birthday Yati pada 20 May ini, Yati ingin buat giveaway!!!

Apa dia hadiahnya?

Stitch-a-photo chart!!!

Ini contoh chart nya,

Chart yang betul, ikut foto pemenang giveaway ni la. Foto apa pun boleh, family, baby, suami-isteri, pet, pokok bunga, pemandangan, cartoon character anak suka, apa saje.

Chart ini merangkumi simbol pattern cross stitch, stitch pattern (gambar hasil akhir bila siap), kod benang, jenis fabrik dan saiz.

Chart ini tidak termasuk benang dan kain.

Cara untuk join?

Tinggalkan komen di entry ini, itu saje.

Bagaimana pemenang dipilih?
Setiap nama akan di print out dan dicabut. Seorang pemenang sahaja.

Tarikh tutup giveaway: 5 petang, Isnin, 10 May (lebih kurang 3 hari saje)

Pemenang akan diumum hari Selasa, 11 May, Insya-Allah.

Bukan senang nak transfer foto ke chart. Berjam-jam jugak kena telek foto, lagi-lagi foto orang. Silap-silap tone benang hitam, muka pun jadi hitam.

Jangan lepaskan peluang ini! Transfer foto anda ke cross stitch chart for FREE!

Thursday, May 06, 2010

Kenapa May bermakna pada saya...

Sebab Pertama

Pada 20 May, tahun ni, umur Yati masuk 32 tahun. Tak minta apa-apa pun. Harap anak-anak dan suami sihat. Harap Mama baik dari cancer.

Sebab Kedua

Yati And Stitch masuk 2 tahun. Yati daftar Yati And Stitch dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 8 May 2008.
Tak sangka dapat bertahan sampai sekarang. Tak expect boleh tampung duit dapur hasil dari jahit cross stitch. Syukur pada Tuhan.

Yati nak buat giveaway. Stay tune ye...

Monday, May 03, 2010

waiya...!

Weekend lepas, balik rumah mak di Lumut.

Sempat la tengok cerita ni.


Twilight, di saluran Star Movies. Orang dah tengok nombor 2, saya baru nak tengok yang first.

Patut la ramai anak-anak dara tergilakan si Robert Pattinson ni. Handsome betul.


Nasib baik la saya ni dah mak budak. Kalau saya masih di awal remaja, dah tentu saya dah buat scrap book Robert Pattinson, sebagaimana saya dulu buat scrapbook kumpulan 4U2C. Bukan satu, 2 scrapbook saya buat penuh dengan gambar ahli-ahli kumpulan 4U2C. Ish, gila betul saya dulu.


Encik Abe cakap, kalau dah suka, telefon la Astro, tambah movie package kat rumah. Saya jarang tengok tv. Satu-satu rancangan Tv yang saya look forward untuk tonton adalah cerita Heroes, yang saya tak pernah miss sejak Season 1. Nathan dah tak de, isk isk... sedih...


Saya jawap kat Encik Abe, tak payah la. Nanti kalau ada movie, cross stitch ke mana, kedai ke mana. Bahaya, bahaya... pengaruh TV ni sungguh besar.
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea