Friday, April 30, 2010

Spring SAL - 12th Update - Completed!

Saya sudah siap! :-)


Hehhe, bukan main suka lagi Yati. Padahal orang lain semua dah siap dulu.




Close-up fabric Yati guna,



Selesai satu projek besar. Tinggal lagi satu projek besar belum siap, stitch-a-photo Encik Nizam dan wife.

Kak Shima, Kak Nisa, ALynn dan Kak Dee,
Yati tak pasti bila boleh start summer, sebab lepas habis jahit stitch-a-photo tu, dah ada customer lain request untuk jahit dia punya pulak. Jadi, tak tau la bila boleh start summer.

'Till then, take care everyone...!

Tuesday, April 27, 2010

Fish and Chick

Bukan fish and chips ye. Yang tu memang sedap dimakan. Tapi agak mahal la jugak, bagi kami. Lagi-lagi fish and chip MarryBrown tu. Dulu besor, sekarang dah kecik. Mahal pulak tu. Sekali-sekala teringin, boleh ler.

Yati buat felt keychain, satu fish...


dan satu lagi, chick (anak ayam la)....


Dua-dua untuk customer Yati And Stitch yang amat saya hargai.

Bekojo la kito sekueknyo...

Friday, April 23, 2010

Beribu-ribu lemon

Hehhe. Takde lah. Mana ada beribu. Sebiji je. Itu pun, dah terbang pada tuannya.


Begitu jugak dengan strawberry ice cream dan red heart ni.


Babai.

Thursday, April 22, 2010

Flower and Tree Felt Keychain


Hafizan: Hey, awak buat clouds. (Hafizan bahasakan diri dia saya dan awak dengan semua orang)

Yati: Ni bukan cloud la, ni bunga.

Hafizan: Ye ke? Bunga ada face ke?

Yati: Ada, tu bunga dalam cerita kartun tu. Lagi pun, cloud mana ada color pink.

Hafizan: Ada, tu opah cakap mambang merah, mambu oren, mambang pink.

Yati: Ayoyo, ini budak... (dalam hati)

Itu la dia dialog Hafizan dan Yati di suatu petang, tatkala Yati sedang buat felt keychain ni.

Bunga (Err.. cloud) dan tree kat bawah dah pun terbang ke tuan punya masing-masing.


Sibuk buat benda ni je hari-hari. SAL saya? Oh tidak... cian dia terbiar.

Till then, have a great day everyone!

Wednesday, April 21, 2010

Two Awards

Wah, Yati dapat 2 award la hari ni!

Award pertama,


Award dari E-na. Timasih E-na. Lawa tulip.

Award kedua,


datangnya dari Rafidah Ahmad. Timasih ye.

Macam menang anugerah. :)
Sesiapa yang belum terima, dipersilakan untuk amik award-award di atas ye.

Timacih, babai!

Bantal Kecil Cross Stitch

Projek selingan.


Order dari Ida, untuk Aryssa. Umur Aryssa tua sebulan dari Sulaiman.


Harap Aryssa suka. Kalau tak guna sebagai bantal, boleh juga keluarkan bantal kecil kat dalam, dan isi barang, sebagai beg kecil.

Juga, hadiah ikhlas dari Yati.

Mr Froggy, felt keychain.

Till then, take care everyone!

Saturday, April 17, 2010

Blue Elephante


Yati buat felt keychain ni untuk Sri, dari Singapore, yang beli beberapa charts dari Yati And Stitch. Thank you, Sri.

Info Gajah kat Malaysia

  • Tahu tak, gajah kat Malaysia lain dari gajah Afrika, sebab telinga gajah Malaysia lebih kecil.

  • Tahu tak, gajah di Malaysia dianggarkan ada lebih kurang 1,500 ekor je yang tinggal, sebab habitat mereka dicerobohi, pembalakan dan pemburuan haram. Kebanyakan gajah ini ada di Sabah.

  • Tahu tak, gajah Malaysia ni ada yang suka makan durian, tak kopek kulit pun! Semua dia telan!

  • Tahu tak, gajah Malaysia ni sebenarnya pemalu dan akan elak dari orang.

  • Tahu tak, gajah Malaysia ni boleh hidup sampai 60 tahun.

  • Tahu tak, gajah Malaysia ni mengandung, eh mengandung pulak, bunting la, selama hampir 2 tahun, dan anak gajah menyusu sampai 3-4 tahun.

Sumber: WWF Malaysia

Sekian info hari Sabtu.

Thursday, April 15, 2010

Spring SAL - 11th Update


Yati ingatkan, boleh habiskan, tapi tak sempat jugak. Ini la progress setakat ni.




Bagus la Kak Shima dan Kak Nisa dah proceed dengan Summer, kan. Kalau nak tunggu Yati, tak tau bila boleh siap.

Syukur Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Customer Yati & Stitch ramai pulak minggu ni. Layan email je dah berjam-jam.
Progress untuk projek satu lagi? Oo, kali ni tak leh nak tunjuk. Kita tunggu, yek.

Monday, April 12, 2010

Mommies Blogger Award

Thank you to Kak Su, aka Mamasyaza, yang bagi award dan tag ni kat Yati.

Ada tad, Yati jawap yek.

1) Bagi ucapan kepada sape yg bagi award ni dan tepek award ni dlm blog masing-masing.
Timacih, Kak Su.

2) Listkan tarikh lahir anak-anak dari yang 1st hinggala seterusnya...jangan lupa letak sekali nama anak tu.


Amirul, 16 Januari 2003


Hafizan, 4 februari 2006


Sulaiman, 23 August 2008


3). Sesiapa yang pregnant, sila letak gambar gambar anda tengah pregnant tu
Err, saya tak mengandung dan tak merancang nak mengandung, dan rasanya, tak nak dah la.

4). Bagi award ni pada sesiapa yang hotmummy

1) Kak Nisa
2) Natasha
3) Ina
4) Lynn Nasir
5) Eis
6) m-i-o
7) Kak Nurul

Ok, dan pada sesape yang nak amik award dan tag ni, sila kan ye.

Saturday, April 10, 2010

Crafts Stuff and Cross Stitch Kit

Dear friends,

Sila la singgah ke Yati & Stitch, ada beberapa produk baru masuk seperti craft scissors, craft punch, DIY - Sling Bag, deco tape, juga cross stitch DIY bag. :)

Mai la singgah!

Wednesday, April 07, 2010

How to Stop Breastfeeding?

Yati dah tak boleh breastfeed (bf), sebab kena makan ubat tiroid balik. Tak elok jika terus bf sebab nanti ubat tu masuk through susu badan. Dulu Sulaiman dah kena ambik darah sebab Yati makan juga ubat tu. Tapi dah setahun stop. Sekarang kena continue balik.

Jadi, appreciate kiranya kawan-kawan, kakak-kakak dapat share petua camana nak stop bf. Sulaiman tak senang macam Hafizan dan Amirul dulu. Trick macam letak sos atau benda kat breast tak boleh jalan, sebab semua benda dia masuk dalam mulut.

Dah introduce formula. Macam-macam brand, tapi dia tak nak. Apa susu formula yang bagus ye?
Yati tau, kena reduce sikit-skit feeding dia. Tapi kalau ada petua lain, sila la share kat sini ye. How to stop breastfeeding, untuk toddler, 1 tahun 8 bulan.

Thursday, April 01, 2010

Beatiful Blogger Award (Lagi)

Tiga entry dalam satu hari? Waiya...

Hari tu dah dapat dah award ni dari Kak Shima, tapi hari ni ternampak kat blog My Internal Outlet, beliau juga anugerahkan award ni pada Yati. Timasih, m-i-o.

Kali ni ada Rules pulak. Ok...

1) Thank and link the person that gave you the award
Timacih, m-i-o. Gaya penulisan anda sangat menarik. Tak semua orang ada gift macam tu.

2) Rule No. 2: State 7 things about yourself
  • Yati rasa, Yati kena turunkan berat badan.

  • Cross stitch buat otak saya yang gila ni menjadi lebih waras.

  • Saya suka duduk bawak pokok yang besar.

  • Dulu, saya sangat-sangat gilakan Kurt Cobain. Huh, macam tak percaya. Tapi semua tu dah berlalu.

  • Saya suka baca ramalan fortune dan feng shui cina. Every year saya beli buku ni untuk tahun kuda. Sebab tahun 1978, tahun kuda. Tapi saya baca buku tu bila dah akhir tahun, kan tak leh percaya.

  • Waktu Hafizan masuk hospital dulu, baru saya sedar, bahawa suami dan anak-anak adalah nyawa saya.

  • Saya main Sorority Life kat facebook! Mai la join house saya! Dulu saya ada juga menternak dan memasak, tapi skrang dah tak jenguk langsung, sebab bz. Sorority Life je game simple dan tak guna banyak masa.

3) 15 pemenang bertuah menerima Beautiful Blogger Award...

Jeng, jeng, ha, Yati nampak ramai yang dah terima. Tapi 15 blog di bawah ni adalah antara blog yang Yati rasa patut terima.

1) Yoon and Stitch - Kak Nisa
2) Yuda Stitch- Cross Stitch Malaysia - Balkis
4) JajaKraf.Com - JajaKraf
6) PinkShoeLover - Rafidah Ahmad
8) Eis's Blog - Eis
11) 4fn1mf-family - Kak nza
12) Cemmomile - Ina
13) MySalmi - Kak Sal
14) Catatan Pu3 - Natasha
15) MyHeARTSEWingzone - Ainiayu

Thank u all.

So not True!

"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."-An-Nur, 19.

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya." - Al-Isra'a, 36.

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan" - Al-Baqarah, 191

Dia boleh kata yang Yati ni dok ralit sembang, biar anak main kat jalan, pastu kereta langgar, boleh marah-marah orang.

Ha? Aku nak sembang dengan sape? Dengan hantu??? Takde sorang manusia pun pagi tu, Yati tengah sorong Sulaiman atas stroller la, bila Hafizan kena langgar.

Dia cakap kat orang yang Yati ni tak jaga anak main kat jalan.
Yati rasa dah cukup bertimbangrasa bila tak report polis.
Tapi kenapa dia cakap macam tu kat orang?

Husband cakap, peduli la apa orang macam tu cakap. Pakai tudung labuh, tapi menipu orang.
I saw the whole thing. Allah tahu apa yang terjadi. Sejahil-jahil aku ni, tak de la dok cakap benda tak betul kat orang. Banyak lagi benda aku boleh buat.

Ya Allah, apakah tindakan paling bijak yang hamba-Mu ini perlu buat? Semoga Tuhan ampunkan dosa perempuan itu.

Spring SAL - 10th Update


Tengok, sikit saje progress kali ni.

Hari tu yang Yati cakap lemah-lemah anggota badan tu, sebenarnya Yati demam, tapi buat-buat tak demam. Ye la, bukannya dapat MC pun. Huk huk... biarkan gelora melanda hati, biarkan tangisan merintih, begitulah pedihnya jiwa, oh kasih...
Kiranya panas yang ku harapkan,
tetapi derita yang tiba
Begitulah suratan hidup sorang surirumah....

Ini pulak progress untuk projek satu lagi, stitch-a-photo potret Encik Nizam dan isteri. Gambar kecil adalah foto original.

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea