Saturday, February 27, 2010

Spring SAL - 8th Update

Tengok kalendar, laaa... bulan ni mana ada sampai 30. Jadi, esok dah akhir bulan. Alamak, sangat sikit masa untuk menjahit seminggu 2 ni. Jadi, ini la progress Yati setakat ni. Sangat slow kan.


Ni pulak progress Yati untuk projek satu lagi.

Kejor yop, kejor. Nak kena tukar gear ni. Hehhe...

Monday, February 22, 2010

Saya dah balik...! :D

Bukan balik dari hutan. Memang aritu saya ada cakap, nak lari masuk hutan. Tapi mana boleh. Gila ke apa, kalau saya lari, sape nak jaga budak-budak ni.

Saya baru balik hospital. Bukan Hafizan. Hafizan ok. Dia ok lepas kena langgar kereta tu. Tapi lepas 24 jam, dia cirit-birit dan muntah. Sulaiman yang masuk hospital. Kami bawak Hafizan dan Sulaiman check hospital. Hafizan tak kena tahan. Sulaiman yang kena tahan wad. Sebab dah lemah sangat. Dia cirit dan muntah sejak hari Selasa. Sejak cuti raya cina hari tu, sejak dari rumah opah lagi. Dah 3-4 hari dia tak makan. Jadi, kena tahan wad.

Tau tak, saya dan Sulaiman dibawa ke wad dari tempat kecemasan naik ambulans? Pertama kali dalam hidup saya, naik ambulans. Wad tu, kat bangunan lain. Kami pulak tak tau jalan nak ke sana. Jadi, staff kecemasan kata, dia orang hantar naik ambulans. Agak jauh jugak. Kalau jalan kaki, peluh ketiak, cuaca panas cam sekarang. Kena naik kereta.

Masuk wad 3, wad kanak-kanak, hospital Batu Gajah. Saya la yang duduk hospital dengan Sulaiman. Masa abang dan budak-budak ni ada, ok. Tapi bila dah habis waktu melawat, dia orang kena balik, sunyi je rasa.
Sunyi, sesunyi-sunyinya, macam sorang-sorang dok dalam dunia. Tapi saya kena kuat. Tak lalu makan pun, kena sumbat jugak, walau pun, tau la kan, makanan hospital macamana, tapi sumbat jugak, kalau tak, takde energy, camne nak jaga Sulaiman. Sulaiman sangat lemah. Ujian darah tunjuk garam dalam badan semua dan keluar. Tu pasal dia dah tak larat jalan dan cakap.

Kalau keluarga korang ada yang masuk hospital, korang pergi melawat tau. Dia orang tak harap buah tangan mahal ke apa, kehadiran korang je dah cukup bagi kekuatan pada orang sakit di hospital. Saya ni, family takde pun melawat. Sangat jeles tengok orang lain, tok nenek, pakcik makcik, semua melawat budak2 lain yang sakit. Nasib baik ada sorang officemate abang datang melawat. Tapi saya tau, walau pun susah, ada orang lain lagi susah.

Ada orang, dah seminggu dok hospital. Anak fever sampai 39 Celcius, tak surut-surut. Majoriti budak-budak kat wad kanak-kanak ni, mak yang stayback kat hospital. Kalau baby yang masih susu badan, kita boleh faham. Tapi kalau yang dah besar, dah tak minum susu badan, mak jugak yang jaga. Ada sorang tu, dia pregnant, anak dia demam, due date dia bulan 3, tunggu hari je nak beranak, tapi kena dok hospital jaga anak. Agaknya, kebanyakan bapak-bapak sekarang, tau buat anak je kot, tak boleh harap nak jaga anak sakit kat hospital.

Jadi, saya kena kuat. Kalau rasa susah, orang lain lagi susah dari saya.
Malam, tak boleh tidor. Tengok Sulaiman je. Nafas turun naik. Kejap-kejap jaga. Nasib baik jugak, walau pun dia tak lalu makan, tapi dia minum jugak susu badan. Sulaiman kena masuk air. Takut bila dia tidor, wayar air tu terlilit kat leher dia. Tidor pusing-pusing. Dua kali gak kena cucuk. Sebab sekali, dia tarik keluar wayar air tu, darah menitik-nitik. Kecut Yati, cepat-cepat panggil nurse. Dia cucuk lain. Tangan yang sama.

Esoknya, masa doktor round, saya tanya, boleh balik tak. Doktor bagi balik. Sebab Sulaiman punya cirit pun dah tak watery sangat. Dan Sulaiman dah nak makan. Kami bawak balik.
Walau pun Sulaiman masih lemah, masuk dalam kereta je, dia senyum.

Hari ni, Syukur Alhamdulillah, Sulaiman dah makin pulih. Hafizan pulak sakit. Harap keadaan dia orang makin ok.

Terima kasih pada semua yang tinggalkan komen untuk Yati masa Hafizan kena langgar aritu. Memang saya naik hantu hari tu. Bukan sehari, tiga hari saya rasa macam nak makan orang je. Tapi sekarang saya dah ok. Masih belum sempat nak membalas dan melawat blog setiap yang tinggal komen. Komen panjang ke, satu ayat je ke, tapi kalau apa yang anda cakap, tak tercapai oleh akal saya, dan buat saya berfikir, itu satu satu benda berharga untuk saya. Saya harap satu hari nanti, dapat bagi benda atau gift pada setiap orang. Sekarang mungkin tak boleh. Tapi kalau boleh, in future, saya akan bagi.

Thursday, February 18, 2010

Hafizan kena langgar

Kami dah nak balik rumah dah. Hafizan naik basikal, paling depan. Yati tengah-tengah, tolak Sulaiman dalam stroller. Amirul kat belakang, naik scooter dia. Yati dah nampak dah kereta tu, slow je, di balik MyVi yang parking di tepi jalan. Usually, ni la masanya Yati akan jerit, "Tepi! Tepi!" kat budak-budak ni. Tapi Yati tak jerit, sebab Hafizan naik basikal tepi jalan, bukan tengah jalan. Tapi kereta tu langgar Haifzan jugak! benda ni berlaku di selekoh dekat rumah. Kereta tu nak pergi kanan, dia maik tepi sangat. Tapi dia bawak slow. Dia langgar Hafizan! Bunyi dangat menggerunkan. Bunyi benda patah. Yati jerit macam orang gila. Siap tunjuk penumbuk kat driver kereta. Pompuan bawak kereta. Kami ceapt-cepat ke tempat Hafizan. Orang tu dok check hafizan, dirikan Hafizan, dirikan basikal. Yati terjerit-jerit, "Buta ke? Tak tengok depan ke? kalau anak saya tengah jalan, awak nak langgar logik jugak, tapi anak saya tepi jalan!
" Tak reti bawak keta ke? "Maap kak, saya tak perasan. Saya tak nampak. " Tak nampak?" " Dia dok balik keta, saya tak nampak, dia kecik" Yati cakap sambil jerit, terketor-ketor. Yati check Hafizan, tangan luka sikit. Kaki, badan , kepala, takde apa yang berdarah. Ada indon sorang, maid sorang jiran ni, cakap, tenang kak, bawak balik rumah, minum air. Terkejut ni. Haifzan nangis kuat gila. Yati dukung dia balik rumah. Sambil membebel, orang pompuan tak reti bawak keta, bodoh, setan, buta, bla-bla.
Sebelum tu, sempat mintak business card dia. Dia cakap, doa dok rumah nombor 5. Jalan yang sama rumah kami. Dia blah. Kami balik rumah.
Sampai rumah, check hafizan lagi sekali. Nampak ok. Tipon abang, abang pulak kerja Sitiawan pulak hari ni, buat ppa, tak boleh balik segera. Sulaiman dah 2-3 hari demam, merengek nak tidor. Yati tidorkan Sulaiman. Tengah goyang-goyang buai, orang tu datang depan rumah. Yati bukak pintu. Dia ajak pi klinik. Yati cakap, tunggu bapak budak balik. Dia kata, takpe la, dia pun tak sedap hati nak pi kursus, takut ada apa-apa. Jadi, kami pi klinik Dr Azhar, naik kereta dia. Diam je dalam kereta. Yati tak tau apa nak react. yati nak sangat pelangkung kepala dia, cekik dia, maki dia. Tapi Yati diam. Sampai klinik, doktor belum sampai. Ye la, belumm pukul 9. Bila doktor sampai, kami orang pertama dipanggil. Dr check. Ada pengsan? Ada muntah? Takde. Tapi kalau dalam tempoh 24 jam ada, kena bawak pi hospital. Dr sapu ubat luka kat tangan Hafizan. Kena langgar kat mana? Kat rumah. Geleng kepala doktor. Doktor bagi ubat sapu untuk luka. Kami balik rumah, orang tu hantar. Yati tak tanya nama dia lagi. Dia bayar ubat Hafizan. Dia hulur 50 ringgit, dia kata, repair basikal Hafizan. Roda cabut. Yati hulur diary Yati, minta dia tulis nama dan nombor telefon.
Diaminta diri. Dia minta maaf, Yati pun minta maaf sebab jerit kat diatadi. Dia kata, kalau jadi kat anak dia pun, dia jerit jugak.
Dah selamat semua, baru abang balik. Sulaiman muntah.
Yati tak tau. Bunyi tu sangat kuat. YAti takut. Tapi nasib baik Hafizan takde apa. Benda tu berlaku depan mata Yati. That's it. No more morning walk for me. Yati tak mau. Yati juga tak mau budak2 ni main kat luar lagi. Nak tau tak apa? Selama ni, almost everyday Yati cakap kat abang, Yati tak suka orang yang ada 2 biji kereta, yang park kereta kat kuar rumah, kat tepi jalan. Yati sangat-sangat tak suka orang yang ada 2 kereta, tapi letak kereta depan rumah jiran. Dan hari ni, betul-betul terjadi. Sebab keretta yang diparking di tepi jalan, orang tu tak nampak Hafizan, dan langgar Hafizan. Orang tu pulak bawak keereta tepi, Yati tau, dia tak tengok deapan, dia tengok anak dia kat kerusi belakang. Anak dia dok kat backseat, dia bawak kereta slow, might be sebab dia teangh cakap dengan anak dia. Dia taktengok deapan. Tak nampak Hafizan.
Yati masih tak boleh lupakan saat tu, bila benda tu berlakau. yati ingat, Hafizan dah kena gelek dah dengan kereta. dia kata, side mirror dia bengkok. tak tau kena kepala, atau basikal Hafizan.
Yati tak tau la. Selama ni, Yati dok complain pasal orang yang ada 2 kereta ni. bawak masuk la 2-2 kereta dalam kawasan rumah. Tak pun, beli rumah besar, yang ada garaj besar.
Malas buka internet, tengok email, layan customer, minta bukan -bukan. Tak nak usaha sendiri. Yati susah, semua sendiri. Tak de minta tolong orang. Nak benda, tak nak usaha sendiri. Tapi kaya. Tapi orang yang tak nak usaha ni, hidup senang pulak, boleh beli kereta. Aku ni, kereta kemik dan bocor, tak repair-repair. Nak makan pun, kena jual emas. Malas la layan karenah orang. Rasa nak lari dok dalam hutan. Buat rumah atas pokok, macam orang putih sorang tu. Dok dengan alam dan binatang.
Yati taip entry ni spontan. Tau ada banyak typo, tapi nak terus publish. Yati cuma nak keluarkan semua, dan publish terus. Keluar dari kepala. Yati appreciate customer semua, tanpa dia orang, Yati tak leh la cari makan. Selain niaga, Yati sendiri adalah customer. Cuma kadang2, tak masuk akal la, dan dia orang lupa yang kita ni manusia, ada perasaan jugak.
Need time to cool myself. Bye.

Sunday, February 14, 2010

Spring SAL - 7th Update


Sebab petang nanti nak balik rumah mak, jadi buat entry update SAL ni lebih awal. Sebab dok rumah mak, tak boleh online.

Kan ada lebih kurang 15 hari untuk setiap entry update. Jadi, Yati plan, 13 hari jahit order stitch-a-photo dan 2 hari jahit projek SAL kita ni. Tapi, ada hari tak jahit langsung, sebab tidor, sebab mengantuk, sebab makan ubat selsema, minggu ni tak berapa sihat, ambil ubat kat klinik 1 Malaysia, ubat dia kuat, patut la dia bagi sikit je, cuma satu strip ubat selsema dan vitamin C, sebab bila makan ubat, lemah je, nak tidor dan tidor mati.

Ada hari yang lebih sihat pulak, time pegang jarum, Sulaiman jaga. Time Sulaiman jaga, Yati tengah pegang jarum. Jadi, tak leh jahit. Ikut mood Sulaiman jugak, time dia kenyang dan mood baik, dia bagi mak dia buat kerja. Tapi selalunya, tangan dia yang cepat tu dengan pantasnya grab kain yang sedang dijahit dan diramasnya, lalu memaksa Yati memekik, "Aip!" dan Sulaiman bukan nangis pun dimarah, tapi dia sengih balik kat kita.

So, ok, ni la progress Yati setakat ini. Bumbung rumah pun belum lepas daaa...


Berikut progress projek Yati yang satu lagi.

Ok, babai everyone. Nak balik kampung, tanam jagung.
Happy Chinese New Year, happy holiday, budak-budak ni seronok tengok tarian singa kat rumah semalam.
Gong Xi Fa Cai!

Monday, February 08, 2010

Happy Chinese New Year, Teacher...!


Hujung minggu ni, Chinese New Year. Jadi, Yati buat kad untuk cikgu kelas Amirul, Cik Ling. Cik Ling ajar kelas Amirul subjek English dan Muzik. Projek hari Sabtu dan Ahad lepas, buat cross stitch card ni.

Hadiah ikhlas untuk cikgu Amirul.

Bahagian dalam, Amirul tulis mesej sendiri. Sabor je la tulisan. Nape la tulisan Amirul tak bulat-bulat dan cantik macam tulisan Yati masa darjah 1 dulu? Ke, memang tulisan budak lelaki tak secantik atau sekemas tulisan budak perempuan?
Hmmm... apa pun, kot Yati tak sempat nak buat entry baru lepas ni, nak wish pada semua kawan-kawan bangsa cina, selamat hari raya cina pada semua. Ada cuti brough forward, jadi ramai yang balik kampung kan hujung minggu ni. Berhati-hati di jalan raya. Limau takde ke? :D

Thursday, February 04, 2010

Birthday Hafizan




4 Februari - Birthday Hafizan, ke-4 tahun. Hafizan, anak kedua Yati, yang tak suka makan nasi, nak tengok Playhouse Disney Channel sepanjang masa, hantu ultraman, yang Yati breastfeed sampai 2 tahun lebih, yang tak memilih susu formula (madu, coklat, semua boleh), yang lebih faham English dari Melayu, yang masih potty-train, yang masih belum boleh bercakap dengan lancar (kadang-kadang ok, kadang-kadang orang tak faham. Sebelum ni Yati tak pernah risau dan dah start risau sikit sekarang), anak Yati yang paling cepat boleh berjalan (sebelum 1 tahun lagi), suka makan coklat, ada angin kus-kus macam Yati juga, punya suara paling kuat (kalau menangis, boleh kejutkan semua orang dari tidor), yang nak pergi sekolah macam abangnya sebab ingat dia dah besar, padahal baru 4 tahun, yang kami berhajat untuk hantar ke pre-school next year, bukan tahun ni, macam Amirul jugak.

Kami sekeluarga pergi sambut harijadi Hafizan dengan makan KFC. Balik rumah, mandi, dan semua orang tidor. Kecuali mama yang nak buat entry ni dan nak jahit pulak lepas ni.

Happy birthday sayang mama Hafizan.

Tuesday, February 02, 2010

Lapik Gelas Kak Su

Yati terima tengahari semalam. Cenderahati dari Kak Su atau Mamasyaza, di atas salah seorang pengomen setia di blog beliau. Terima kasih banyak, Kak Su!