Saturday, January 30, 2010

Update SAL project

Berabuk betul blog Yati ni. Nak buat macamana, makcik sibuk! Ni je la yang sempat dibuat.


Baru nak sampai kat tingkap, dah tersangkut. Kurang nampak la pulak.


Kat tingkap ni, Yati nampak 3371 dan 310. Yang terselindung di balik line backstitch tu benang apa ye? Kak Shima, Kak Nisa, ALynn dan KakDee (kalau KakDee dah dapat pattern). Yati dah cuba teropong di bawah lampu yang paling terang. Kalau ada magnifier, mungkin membantu kot.
Sekali tengok, macam 300, dua kali tengok, macam 814 pulak. Haiya, haiya... tolong saya...!


Hmmm... Yati dah lama tak update blog sebab jahit projek stitch-a-photo ni. Dah sampai sini.


Ok, hari ni hari Sabtu. Jom kita pekena roti canai.

Tuesday, January 19, 2010

Birthdays dan Cushion Cover Cross Stitch

Pada hari Sabtu lepas (16-01-2010), birthday Amirul. Selang 2 hari (18-01-2010), birthday Encik Abe pulak. Hari Sabtu, balik rumah ma, tengok ma dan sambut birthday sana. Kak dan abang ipar pun balik jugak. Suka Amirul.

How's ma doing? Ma dah lepas first chemotheraphy. Sudah sihat. Tapi tak dapat cium budak-budak ni. Ma tak boleh kena matahari dan dekat orang. Sebab imun sistem ma lemah. Kalau demam, kena cepat-cepat pergi hospital.

Amirul yang dah masuk 7 tahun.

Semoga Amirul akan jadi lebih berdikari lepas ni. Everywhere pergi, bawak kain, nak kesat hingus. Gambar ni waktu Amirul nak pergi taekwando class on Sunday.

Hari Ahad jugak, Yati berjaya siapkan satu projek yang dah lama Yati nak buat tapi tak sempat nak buat. Cushion cover untuk ma. Ada satu entry dulu-dulu, Yati ada cerita pasal cushion Garfield ma yang dah koyak tu. Jadi Yati ada niat nak buat ma yang baru.

Selain tu, nak juga test mesin jahit kecik tesco tu, jadi bahagian belakang, Yati buat quilt. Boleh tahan jugak mesin tu, tak padan dengan kecil.


Mengikut wikipedia,

Quilting is a sewing method done to join two or more layers of material together to make a thicker padded material. A quilter is the name given to someone who works at quilting.
The process of quilting uses a needle and thread to join two or more layers of material together to make a quilt.

Typical quilting is done with three layers: the top fabric or quilt top, batting or insulating material and backing material. The quilter's hand or sewing machine passes the needle and thread through all layers and then brings the needle back up. The process is repeated across the entire piece where quilting is wanted. A straight or running stitch is commonly used and these stitches can be purely functional or decorative and elaborate.

Quilting is done on bed spreads, art quilt wall hangings, clothing, and a variety of textile products. Quilting can make a project thick, or with dense quilting, can raise one area so that another stands out.
Quilting can be done by hand, by sewing machine, or by a spacialist longarm quilting system.

Ni pulak, close-up cross stitch


Bahagian atas, Yati jahit zip.

Yati tahu, jahitan Yati kurang bagus. Ni pertama kali Yati jahit cushion cover. Ambil masa whole day nak siapkan ni. Beginner la katakan, masih belajar lagi. Akan bawak next time ke rumah ma.

Ok, tu je cerita kali ni. Yati rasa, Yati tak dapat online setiap hari. Sebab Yati nak siapkan order orang ni. Kalau ada yang order dan nak cepat, boleh SMS Yati ye, email, contact number semua ada di Contacts di kedai Yati.


Kedai Yati

Saturday, January 16, 2010

sobs.. sobs...

Waaaa..!


Hari ni, saya rasa dah tak larat nak berkorban lagi. Saya dah letih. Walau pun deep down saya tahu, peluang ni datang hanya sekali, tapi saya tak mampu. Saya sedih sebab saya tahu, saya hampakan dia.

Thursday, January 14, 2010

Update SAL project

Yati tak banyak jahit kali ni. Sempat 2 hari lepas je. Selalunya, Yati suka jahit line by line, start dari atas. Tapi kat langit tu, benang color 800 dah abis, tak sempat plak ke kedai, jadi Yati jahit kat pokok tepi tu je.


Meh kita tengok dekat sikit.


Tu je la progressnya. Segan saya, sebab dah banyak ketinggalan.

Ni pun ada order stitch-a-photo dari customer. Baru prepare kain dan benang hari ni. Boleh start dah lepas ni.

Minggu ni, terima felt yang dibeli dari MSCraft Shoppe. Juga, cd PC game, ala-ala sniper, yang Yati beli kat eBay, untuk Encik Abe ku sayang, sempena anniversary dan birthdaynya pada this coming 18 haribulan.

Busy seperti biasa. Bekerja la kita sekuatnya.

Monday, January 11, 2010

Sibuk dan letih

Lama tak jenguk blog. Komen kawan-kawan pun baru dapat balas hari ni. Masa tu sangat limited.

Sejak sekolah dibuka, rutin dah berubah. Amirul sekolah sesi petang. Kerja rumah semua kena buat cepat-cepat. Contohnya, lunch kena siap sebelum Amirul pergi sekolah. Karang tak makan pulak dia. Bekal pun bawak juga.

Sebelum pergi sekolah, homework kena siapkan. Kalau kita tak check, dia pun tengok tv je. Walaupun baru first week sekolah minggu lepas, tapi dah ada home work sikit. Periksa untuk tentukan kelas pada hari Rabu lepas, dan hari Jumaat, dia dah tentukan kelas. Ada 7 kelas darjah 1 semuanya. Walau pun Amirul tak masuk kelas pertama, tapi dapat kelas ketiga pun dah ok. Sebab memang Amirul tak lancar membaca lagi.

Sekolah habis pukul 6.20 petang. Tapi, dekat pukul 7 baru sampai rumah. Sebab kereta banyak. So far ok lagi, sebab Encik Abe tak kerja lewat. Kalau la dia kerja lewat, terpaksa la ambil Amirul sendiri, tak tau camana. Nak kena bawak 2 orang budak kecik ni lagi. Kalau hujan pulak, waa... tak tau la macamana. I guess, kena harung jugak kan.

Lepas maghrib, Amirul ke kelas mengaji (Iqra'). Dalam seminggu, 4 hari saja. Hari Ahad, Amirul ke kelas taekwando. Sangat suka. Yati yang excited sebenarnya. Harap Amirul dapat buat dengan lebih bersungguh-sungguh lepas ni.

Dan... dalam kesibukan, terima parcel yang dinanti-nantikan. Ingat tak yang Yati cerita pasal dapat extra cash dari jawap survey tu? Ha, sebab duit tu dah dalam paypal, ingat nak beli sesuatu, reward kat diri sendiri. Hehhe.

Selain beli gift untuk Encik Abe (PC game, Sniper), Yati beli floss bobbin, untuk koleksi benang Yati. Harga sangat murah, dia jual borong. Jadi, dah terjumpa kat eBay, terkam la.
Jeng jeng, ni dia... 500 pieces plastic floss bobbin dengan DMC floss labels sekali. Dari South Korea.


Sebelum - benang semua Yati simpan dalam kotak aiskrim atau tin butter cookies.

Selepas - benang yang sudah disusun. Saya sangat suka. Yati dok buat kerja ni la dari hari Jumaat lepas sampai Ahad. Siap masak, pergi gulung benang. Stop kejap, pergi urus anak. Pastu, sambung balik, pantang ada gap masa, Yati ke meja kerja Yati, gulung benang. Satu therapy hilang stress jaga anak. Hehhe.

Sejuk mata memandang, bila benang semua dah tersusun ikut nombor. Senang nak cari. Ada lagi benang dalam tin biskut lagi satu, belum susun. Dah tak muat kotak anyaman Yati ni. Tengok la nanti kalau ada rezeki lebih, nak cari tempat storage baru. :)

Ada order stitch-a-photo dari customer. Yati mungkin jarang dapat pegang projek SAL.

Satu pagi dalam minggu lepas, Yati bangun dan rasa gigi semua macam nak tercabut. Belakang Yati dah 2-3 hari sakit. Terus beli calcium tablet. Lega sikit. Sulaiman bila malam, dia buat kita ni macam puting, nak bergayut je, tak nak lepas. Sakit habis badan-badan ni bila tidor tak boleh alih atau bergerak sebab Sulaiman tak nak lepas. Tapi dah ok sikit. Tak cukup minum Analene, nak kena calcium juga. Doktor pun suruh dulu lepas beranak Sulaiman, cuma Yati je malas nak pergi cari. Bila dah sakit, baru teringat.
Till then, take care everybody.

Tuesday, January 05, 2010

Cross Stitch Kucingku, Flower Vast and Anakku


Cross stitch ni dah lama berbungkus rapi dan ada dalam kotak, menanti ketibaan tuan baru. Namun, tuan baru tidak kunjung tiba. Dari berbungkus di dalam kotak, Yati berjaya memaksa Encik Abe mencapai drill dan skru untuk menebuk dinding di ruang makan, untuk Yati gantung kucingku ini. Kucing siam di balik bunga yang seakan merenung sayu muka tuannya yang tidak kunjung tiba. Namun berjaya menceriakan ruang makan rumah kami yang suram dan tidak berkipas. Lalu tiba-tiba terasa ingin membela kucing betul.


Ha? Adakah itu bunyi gelak mentertawakan hasil kerja tangan saya menganyam flower vase ini? Saya baru belajar la. Senget, dan tidak ada rupa flower vase pun, betul tak? Ingat tak entry Yati dulu, tentang weaving basket from old magazines dulu? Tu cuma lipat. Dan sejak hari tu, Yati teringin nak cuba buat yang kena gulung kertas jadi straw tu. Jadi, hujung minggu lepas, Yati cuba la buat. Guna majalah lama. Sepatutnya, guna newspapers, sebab rasanya, lagi sesuai untuk beginners macam Yati ni. Kalau guna majalah, dia jadi keras. Memang tegap, dan keras hasil akhir, macam rotan. Kalau sapu varnish, mesti rupa macam rotan. Kalau hentak atas meja, bunyi dah macam rotan dah. Yati akan cuba perbaiki lagi skill menganyam Yati, next time, akan guna newspapers saja. Supaya dapat anyam lebih kemas.

Nak tau tak? Yati minat nak belajar menganyam bakul dari suratkhabar atau majalah, sampai Yati terbeli satu ebook tentang menganyam bakul ni. Berapa harga ebook tu, Yati pun dah lupa, sebab dah beli lama. Memang nampak complete. Tapi waktu Yati go through, dia tak cakap in details pun camana cara nak menganyam betul-betul. Nape la orang ni jual ebook macam ni? Kalau tak nak bagitau secara detail, takut orang nak ikut cara dia menganyam, tak payah la buat ebook, kan. Buat naya orang yang membeli je. Takpe la nyah, bior la dia. Tak berkat ilmu dia. Menipu orang. Instead, Yati dapat tutorial free je, cari kat pakcik Google. Orang putih juga yang murah hati berkongsi ilmu dan tips. Orang kita, kedekut ilmu, dan suka menipu. Benci I...!


Anakku, yang sudah masuk darjah 1. Cepatnya masa berlalu. Dah besar dah Amirul ni. Baru hari tu, dia baby lagi. Mama yang excited Amirul masuk sekolah. Harap Amirul tahu nak membeli kat canteen camana, kira balance duit yang dapat. Harap Amirul tak kena buli dengan kawan-kawan yang lebih nakal. Harap Amirul dapat belajar dengan baik di sekolah.

Friday, January 01, 2010

Good Bye 2009


Hari tu, Yati buat karipap. 3 jenis. Anak-anak suka karipap, tapi kalau beli kat kedai, kena bawa keluar inti. Dia orang makan kulit karipap je.

Amirul suka kulit karipap, bentuk karipap. Hafizan suka kulit karipap, tapi dia suka keras atau garing. Jadi doh karipap tu digulung bentuk spiral. Memang habis dimakannya.

Dan untuk mak bapak budak, karipap biasa, inti daging dan kentang. Sedapnya. Hehhe, masuk bakul angkat sendiri.

Ha, cerita pasal camera Yati. Camera Yati tu bila ambil gambar, imej yang keluar jadi kuning kehijauan. Ingatkan, sebab battery 'kong' ari tu, jadi bila beli battery baru, masalah tu akan selesai. Nampaknya, tidak.

Bila tanya banyak kedai yang repair atau servis camera, dia orang kata, yang paling murah repair, harga $250. Tambah kurang seratus lagi, boleh dapat camera baru. Lagi pun, tak ada guarantee, sebab kalau repair pun, mungkin masalah tu akan datang balik. Tak tau apa punca imej dia jadi macam tu. Ada tokey camera yang cakap, mungkin sebab camera tu simpan dalam handbag, bila tinggal dalam kereta, atau jalan tempat panas, jadi, camera jadi rosak. Entah la.

So, I guess, buat masa ni. Pakai je la camera ni. Boleh ambil gambar, cuma gambar dia tak gambarkan warna sebenar objek. Jadi hijau, kuning-kuning sikit. Takpe la, Yati boleh edit gambar kat photoshop. Cuba tengok ni, gambar sebelum dan selepas di -edit.

Sebelum,
Selepas,

Yati tak berapa pandai nak bagi gambar tu nampak lebih sharp dan jelas. Tapi asal nampak, ok la kan. Hajat nak beli camera baru, tapi hold dulu la, sebab nak pakai duit banyak, anak nak masuk sekolah dan nak repair kereta lagi.

Minta maaf banyak-banyak pada semua readers blog Yati ni, sebab kualiti gambar memang tak cantik. Sorri ye.

Ni ada lagi satu,
Hui, gambar sangat kabur. Yati tengah belajar macamana nak jahit sarung kusyen. Gambar ni, Yati kumpul semua kain-kain yang dah koyak dan tak boleh pakai kat rumah, Yati jahit versi kecil, mitred corner cushion. Guna mesin jahit kecik yang Yati beli kat Tesco tu la. Baru Yati faham kenapa ramai yang sanggup beli mesin jahit yang beribu-ribu tu, sebab dapat kepuasan ye bila menjahit guna mesin ni, dan bila benda yang dijahit turn out sangat cantik dan kemas. Masih belajar lagi nak jahit cushion cara lain.

Selamat tahun baru 2010 pada semua! Semoga kita semua selamat mengharungi dugaan dan cabaran di tahun baru. Usaha kena ditingkatkan.
Syukur atas sedikit peningkatan dalam pencapaian yang diazamkan awal tahun dulu. Walau pun belum sampai tahap yang diingini, tapi takpe, akan cuba lagi.
Selamat tinggal 2009!
2010, here I come!
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea