Monday, December 06, 2010

Selamat menyambut tahun baru 1432 Hijrah

Hello...
Ada orang rindu Yati tak? Hehhe...

Hari tu, ada jalan-jalan di blog Kakyong, nampak kakyong buat lempeng dan sambal tumis ikan bilis. Tiba-tiba, rasa teringin nak makan.
Yati pun buat la. Yati jarang buat lempeng ni. Masa buat pulak, Sulaiman menyibuk nak tengok mamanya masak apa atas dapur, ada yang hitam jadinya.


Kami makan colek sambal tumis ikan bilis with petai. Anak-anak pula makan, colek susu pekat. Mmmmm... bestnya, nasib baik buat banyak. Habis sambal kita orang kerjakan.

Esok kita akan menyambut awal muharam. Sekejap je, kan. Petang ni, jangan lupa baca doa akhir tahun ye, kawan-kawan.

Tahun ni Yati rasakan lain sangat. Yati dapat rasakan 'magik' yang Yati tak pernah rasa seumur hidup Yati. Secara tak langsung juga, Yati rasa lebih kuat berbanding tahun-tahun lepas. Kesusahan dan kesedihan tu banyak, tapi Yati redha dan syukur dengan semua yang Allah bagi. 

Yati yang sebelum ni, bila susah je, berlinang air mata. Kira, ratu air mata la kat rumah ni. Tapi Yati tak nak jadi macam dulu lagi. Kenapa la dari dulu tak sedar. Percaya bahawa Allah SWT itu Pemberi Rezeki. Tak perlu risau, tak perlu nangis rezeki anak-anak macamana. Semua dah tertulis. 

Mungkin sebelum ni Yati tak cuba buka mata dan hati betul-betul. Tak dengar betul-betul. Tak perlu mengadu pada orang, mengadu pada Tuhan paling berkesan. Usaha dan kerja keras yang kita buat, Insya-Allah mendapat balasan yang setimpal dari Allah. 

Selamat menyambut maal hijrah pada semua! Semoga tahun baru ini adalah lebih baik dan memberi lebih rezeki dan hikmah pada kita semua.

14 comments:

  1. Salam Maal Hijrah kak.. :)
    Semoga tahun depan memberi ruang kepada kita utk menjadi hambaNya yang lebih baik..amin..
    Sedapnya lempeng tu.. terasa mcm berbau smpai ke sini la.. hehe.. ;)

    ReplyDelete
  2. sayer rindu sama kamo..
    wahh tergoda plak ngan lempeng

    ReplyDelete
  3. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432! ^_^

    ReplyDelete
  4. MamaDaniel,
    Salam Maal Hijrah juga. :)
    Amin... Insya-Allah.
    Hik hik... cuba la buat. Makan time hujan, sedap!

    Erinsz,
    hehhe... saya rindu Erinsz juga!
    Cuba, cuba, memang sedap makan lempeng, sesekali tukar selera.

    Baincardin,
    Salam Maal Hijrah juga. :)
    Terima kasih singgah sini.

    ReplyDelete
  5. Makan lempeng cicah gula
    Gula disimpan dalam balang kaca
    Salam Maal Hijrah buat Yati sekeluarga
    Semoga tahun baru ini lebih baik hendaknya

    =))

    ReplyDelete
  6. yatie..salam maal hijrah..
    betul yatie..akak teringat lagi masa ceramah motivasi tahun lepas..
    bila kita mengdu dengan orang..allah akan tambah katanya..dan bila kita mengadu dengan allah..allah akan bukakan jalan..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..yati dapat kegembiraan yati..saya selalu doakan rakan2 saya selamat di dunia dan akhirat..

    sedap btul lempeng..esok nk buat gak la. hehehe..sibuk je nk tiru, ahaks!

    ReplyDelete
  8. salam maal hijrah dari akak sekeluarga.
    ermmm sambal ikan bilik n petai, kesukaan akak tu

    ReplyDelete
  9. h4ni3,
    Anak sepuluh, isteri pula tiga,
    Orangnya bernama Pak Haji Mamat,
    Salam Maal Hijrah untuk Hanie juga,
    Semoga semua diberkati dan selamat.
    ^_^

    kak Erna,
    Salam Maal Hijrah untuk kak Erna juga.
    Betul kak. Insya-Allah, kena yakin.

    Lynn,
    Amin. Hargai doa dari Lynn.
    Hehhe... sila, sila. Sesekali makan lempeng. :)

    Kak Su,
    Salam Maal Hijrah untuk kak Su juga.
    Ye ke.. sama la dengan husband Yati. Kalau buat, cepat benor abis.

    ReplyDelete
  10. salam yati...

    salam menyambut tahun baru 1432 H...
    tahniah buat yati.. teringin nak ade perasaan 'magik' mcm yati tu... :)
    & doakan semoga kakyong dpt merintis jalan lebih baik utk tahun ini...

    ReplyDelete
  11. Kakyong,
    Salam Maal Hijrah untuk kakyong juga.
    Insya-Allah kakyong juga akan rasainya juga. Yati doakan semua kawan-kawan Yati lebih berjaya dan maju lagi tahun ni, amin.

    ReplyDelete
  12. selamat tahun baru tuk mu sekeluarga semoga sejahtera la hendaknya

    ReplyDelete
  13. salam yati..

    salam maal hijrah juga buat yati and family...moga2 kita dapat lebih keberkatan , lebih produktif dalam kerja kraf dan amalan kita ...muah muah

    ReplyDelete
  14. Melor,
    Salam Maal Hijrah untuk Melor juga.
    Amin... :)

    Rafidah,
    Salam Maal Hijrah untuk Rafidah juga.
    Amin.
    Muah muah to you too... ^_^

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea