Wednesday, December 22, 2010

Makan dan rambut

Assalamualaikum...

6 hari juga blog ni takde entri baru. Saya takde mood dan malas bercakap.

Hari Ahad lepas, encik abe buat hotdog for breakfast. Hari Ahad ialah hari Yati malas masak sebab sepanjang minggu dah memasak. Selalunya, kalau tak ke mamak, abe beli nasi lemak. Tapi hari Ahad lepas, mood rajin dia mai....


Yang bun saje, untuk Sulaiman. Yang sosej, bun dan tomato sos untuk Amirul. Kami punya, tambah salad dan telor. Plus Yati punya, extra salad, sampai nak tutup bun pun susah. Kena buka mulut besor-besor. Hafizan tak minat hotdog. Dia makan french toast. Tak diambil gambarnya.

Hari Selasa pula, untuk breakfast, Yati buat cucur ikan bilis dan sosej. Idea datang dari blog kakyong.


Cucur saya dari dulu buat, tak penah jadi bentuk comel-comel, bulat-bulat. Tapi takpe la, habis jugak kalau buat.

Sekian cerita pasal makan. Cerita pasal rambut pula.
Rambut saya gugur dengan banyaknya. Ni proses berulang sebenornya. Bila dah lama sangat makan ubat thyroid tu, selalunya rambut saya akan gugur. Dan biasanya, dia akan kurang gugur balik hari demi hari.

Tapi kali ni, dia punya gugur, luar biasa banyaknya. Saya jadi fobia untuk sikat rambut dan syampoo. Bila pegang rambut, sekurang-kurangnya 5 helai rambut ada kat celah jari tu. Kalau buat kepala ke kiri ke kanan, ala-ala macam iklan syampoo tu, hui... boleh nampak banyak gugur.

Anggapan saya, sebab saya tak makan apa-apa supplement sekarang ni. Dulu, saya minum K-Link Liquid Chlorophyll. Takpun, saya ambil spirullina. Tak tau la betul ke tak. Cuma itu je la saya rasa. Bukan saya promote produk tau. Saya tak jual pun liquid chloropyhll tu kat kedai saya. Tapi saya amik benda tu dah lama dulu. Pernah setahun waktu baru pindah ke Perak dari KL, saya tak jumpa doktor pun untuk check thyroid saya ni, tapi saya rasa ok je, takde pun simptom-simpton biasa tu keluar, macam tangan shaking ke, heart rate laju ke...

Liquid chloropyll tu, kawan mama Yati yang suggest dulu. Dia ada birth mark kat muka. Bila amal minum tu, birth mark tu boleh jadi kurang kelihatan, macam dia repair dari dalam la. Ada sekali sebab Yati tak sempat nak beli yang K-Link punya, Yati beli yang cosway punya, tapi effect dia tak sama. K-Link punya lagi bagus.

Seronoknya kalau ada rambut sekuat **R. Letchemanah, yang pegang Malaysia Book of Records, tarik kapal terbang guna rambut saja, tahun 1990.


Bas double decker pun Encik R. Letchemanah ni pernah tarik guna rambut juga, pada 1999.

Tak kisah la rambut kita jenis lurus ke, kerinting ke, ikal ke, itu kan Allah dah jadikan. Semua jenis rambut cantik. Cuma rambut tu tak kuat, senang gugur.

Dulu saya pernah tanya kawan masa sekolah. Rambut dia cantik, hitam, panjang. Dia letak minyak kelapa. Saya pernah dulu cuba, tapi tak boleh tidor bila kepala berbau nyoq. Santan pun pernah cuba. Membantu juga. Tapi ye la kan, benda rambut gugur ni satu proses berulang pada saya. Sekarang saya dah stop makan ubat thyroid tu. Bulan 1 nanti, kena check darah. Sebab TSH dan T4 saya dah agak normal.

Tapi tu la saya cakap tadi. Selalunya, rambut gugur ni tak lama. Tapi kali ni, banyak dan lama pula. Bila sapu rumah, buat rasa down saje la, tengok rambut-rambut tu. Itu pun saya sapu banyak kali. Benci lihat rambut gugur merata-rata.

Adakah kemungkinan saya akan jadi macam penyanyi 80an dulu, **Sinead o connor


Tapi rambut banyak. Jadi, kalau tak botak pun, mungkin tinggal sikit-sikit macam ni...


Apa nama si **gollum Lord of the Ring ni? Lupa la pulak.. Smeagol ha.

Hai....! Takde la, takkan jadi camtu kot. Tapi kalau syampoo, lubang dalam bilik air tu memang cover habis dengan rambut saya yang gugur. Yikes... adakah encik abe masih berselera memandang si isteri ni yang rambut makin jarang?

Apa pun, saya sedor, ni ujian dariNya. Saya faham sekarang perasaaan pesakit kanser umumnya, dan mama saya, khasnya, masa buat kemoterapi dan rambut semua gugur. By the way, mama saya dah bebas dari cancer, Alhamdulillah.

Harap keadaan ni akan improve.

** Sumber: Malaysia Book of Records website.
 **Pictures of by Google

19 comments:

  1. as salam kak..semoga kak tabah hadapi ujian ini ya..ramai lagi yang lagi teruk dari kak..saya doakan kesejahteraan akak sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. emm baru tau mama yati kena cancer.. alhamdulillah kalau dah bebas dari cancer nii.. kena jaga betul2 agar ianya tak berulang.

    emm rasanya banyak ubat2an ni kalau kita mabil berpanjangan akan menyebabkan rambut gugur lah..sbb banyak dengar cerita orang lerr..

    ReplyDelete
  3. Sahromnasrudin,
    Waalaikumsalam. Timasih..!

    Kak Mila,
    ye betul, ada juga tegur mama Yati, jaga sikit makan tu. Tapi semua dia tibai, tak pantang langsung.
    Tak tau pulak ubat lain pun boleh effect rambut gugur juga. Ye la kot kan.

    ReplyDelete
  4. Liquid chloropyll tu mmg bagus utk kesihatan dlman cuma trkdg kita xrutin amalkn bnde2 tu....

    ReplyDelete
  5. Yati,

    Saya pun tgh menghadapi musim keguguran rambut skrg...baby dah 6 bln, so terima je la cycle perubahan hormon ni....lama lg la nk back to normal ni...

    ReplyDelete
  6. Kak nza,
    betul tu kak. Yati dulu hari-hari minum. Memang bagus.

    Ros,
    tu kena amik calcium tu dan minum susu untuk breastfeed. Lagi-lagi Ros tandem nursing lagi.

    ReplyDelete
  7. be strong put....jgn putus asa yea...usaha cara mana sekali pun

    ReplyDelete
  8. salam yati
    melor pun rambut asyik gugur aje makin byk lak tu. baby dah 5 bln asyik main liur je. lagi la byk yg gugur

    ReplyDelete
  9. Melor,
    kejap je, baby dah 5 bulan ya. Let's hope yang fasa rambut gugur ni cepat-cepat berakhir. :)

    ReplyDelete
  10. baincardin,
    wah, tengok gambar pun boleh kenyang ke.. :)

    ReplyDelete
  11. salam,

    kak yati, wah pandai pun cik abe kak yati masak..ok sgt2 dah tu..

    cucur kak yati sama la dgn rupa cucur saya..takpenah bulat hahah!

    kak yati, rambut saya sejak dulu lagi banyak gugur..dulu saya ada cyst, lepas buang cyst tu rmbut krg dh gugur..n then lepas bersalin banyak balik rmbut gugur..saya rasa la..mmg kita esp org ppuan akan alami keguguran rambut akibat prubhan hormon. ye tak? disamping pemakanan yg tak seimbang, mcm saya kurang minum susu. hopefully akak ada ambil apa2 supplement untuk support kesihatan akk, saya takde produk utk suggest pd akk sebab saya pun pening nak pilih produk yg mcm2 kat pasaran.

    ReplyDelete
  12. mula2 tengok tajuk, ingatkan ada rambut dlm makanan.. hehehhe

    ReplyDelete
  13. salam yati...sy harap yati sabo....insyaallah sume ok nnt...saya pn ada masalah rambut gugur...kadang2 mmg risau bila tgk rambut yg lekat kt sikat @ tgn...tak pn masa basuh rambut....seram...tp alhamdulillah sbb rambut sy masih byk so tk perasan sgt....

    yati jgn stress sgt sbb stress pn leh wat rambut gugur...:)

    ReplyDelete
  14. hi yati...
    rambut gugur ni subjektif kan....byk faktor sebenarnya kan..maybe yati leh tambah vitamin C dalam supplement rutin yati..kalau ada duit lebih sket...amalkan suntikan vitamin C..doktor cakap good untuk rambut, kesihatan badan , darah dan kulit serta imunisasi sistem kita. rasanya bulan2 RM 70 kalau vitamin C ni. bak kata orang..memang kena rawat dari dalam kan...kenala kita jahit byk2 mcm ni yati hehehe..

    ReplyDelete
  15. UmmuFarhan,
    hehhe.. boleh la kan, buat pengganti chef utama yang malas ke dapur.
    Hahha... ada geng. Buat cucur tak bulat. :)
    Ada cyst? Hmmm... boleh dikatakan ramai kawan kak Yati ada/pernah ada cyst ni. Betul cakap ummuFarhan. Hormon tak stabil. Ye la, nanti akak akan sambung balik liquid chlorophyll tu, sebab bagus.

    h4ni3,
    haha.. ada logiknya sangkaan itu. :) Malas nak buat banyak entri, 2 topik dalam 1.

    Ainiayu,
    i will try. Timacih ya! Your comments make my day.

    Rafidah,
    Betul cakap Rafidah tu. Kena rawat dari dalam. Thanks for the idea.
    Ye betul! Yati pun plan at least, siap 1 produk 1 hari. Azam tahun baru. Chewah... ^_^

    ReplyDelete
  16. yati,
    masak apa pun, walau rupa buruk tp rasa sedap, tetap terbaek..

    owh mak yati dah bebas dari kanser yer.. Alhamdulillah & tahniah.. rasanya bukan mudah nak survive dari kanser ni..

    & utk yati.. Insya Allah, semoga lepas ni cepat lebat semula rambut yati.. kakyong guna minyak zaitun syafi.. anak2 pun bantai guna minyak yg sama...

    nak kata rambut tak gugur tu tipu lah..

    ReplyDelete
  17. Kakyong,
    thanks kakyong.. suka dapat baca komen kakyong.
    Alhamdulillah, mungkin juga antara faktor boleh sembuh, mama Yati dapat detect awal, since stage 2. Baru kecil.
    Minyak zaitun Syafi? Nanti Yati cari. Thanks, kakyong.
    Mana tau, boleh bantu less kan gugur. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea