Links

Tuesday, December 7, 2010

Felt Keychain yang saya baru buat

Jom kita tengok apa sebab Yati lama sangat tak update blog. ^_^
Yati siapkan felt keychain yang di order. 

Yang bawah ni, order dari Kak Rafidah, Johor Bahru. Dah pun selamat sampai ke tuannya. Jadi, boleh la share di sini.


Kak Rafidah order 10 pieces, terdiri daripada mushroom, chick, little fish, strawberry ice-cream, flower, Mr. Froggy, pinky cloud, little star, cherry cake dan Mrs Pinky Butterfly. Mrs Pinky Butterfly ni, extra large keychain, harga dia lain sikit, RM4. Manakala yang lain-lain, RM3 sebiji.
Terima kasih pada Kak Rafidah, beli keychain dari Yati.

Seterusnya, Yati buat untuk seorang yang nak 50 pieces. Tapi, tak jadi. Jadi, semua kat bawah ni jadi stok la, kalau ada yang order, tak perlu jahit lagi, dah siap. Jom kita tengok...


Mula-mula, cik bunga-bunga yang tersenyum riang siap dulu, dan siap menghiasi dinding ruang kerja Yati.  Udah jadi macam mekar sejambak pula ye. Ingat tak dulu, masa kita kecik-kecik, ada rancangan TV, tajuk Mekar Sejambak? Hehhe... Seterusnya...


Encik Dinasour pula join sekali... 

...sampai tak cukup ruang di situ, kena gantung kat dinding di sinun pulak.
Diikuti pula dengan..



Puan Rama-rama versi kecil. Sila abaikan kabel talian tetap saya yang tergantung tu. Kebetulan saya siapkan dinasour dulu, baru rama-rama. Kalau rama-rama siap dulu, habis madu bunga-bunga riang tu dihisap oleh rama-rama ni. Hehhe.. ntah apa-apa saya cakap ni... hangpa layan je la ye.
Sepatutnya diteruskan dengan penghasilan little fish, tapi saya tak teruskan, sebab tuan yang order tak jadi beli. 

Dengan ini, saya pun nak maklumkan, bahawa mulai hari ni, tatacara order felt crafts sama dengan order cross stitch. Kena bayar dahulu, tak pun bagi kuantiti yang banyak, bayaran deposit akan dikenakan dulu. 

Bukan duit yang Yati kejar. Sebab Yati suka buat benda-benda comel ni. Cuma masa dan tenaga saya tu lebih bernilai. Jadi, customer yang serius ingin beli saja akan dilayan dan dibuat order bila dah bayar.

Hari ni public holiday. Ada nak pergi mana-mana tak? Hari Sabtu lepas, kami ke Ulu Kenas lagi, mandi air terjun. Sangat sejuk! Berendam kejap je, tangan dah kecut. Next time nak pergi air terjun kat Tapah tu pulak. Apa program anda hari ni? 

^_^

22 comments:

  1. salam yatie..hari ni akak sambung shopping beli baju sekolah anak.semalam tak dapat..dah badan dia besar,ada aje yang tak muat..

    ReplyDelete
  2. Kak Erna,
    hehe... selamat pergi shopping, kak!
    Yati pun belum beli lagi ni ha. Tunggu abang dapat gaji daaa... hik hik...

    ReplyDelete
  3. huiii...comei2nyaa kak oii...aritu adala anis pi kedai kt sini, cari kain jenis camtu.alaa,yg nk buat bunga cute utk headband tu kan..tp xde la plak.nk sebut jenis material kain tu pun xtau.hihihi!apa nama kain tu a kak?

    ReplyDelete
  4. salam yati...sy tk kemana2 pn..hubby keje....tp tk pe la...leh jait...hehehe....

    sabo ye yati...harap pas ni tk jd lg cam tu....apsal la org tu dh ode tiba2 cancel...tk patut betul...insyaallah ade org beli nnt tu...cantik yati buat...rezeki ade kt mana2...:)

    ReplyDelete
  5. Anis,
    Timasih, timasih.
    Kain felt. Ada jenis sintetik felt (agak keras) dan wool felt (lebih lembut). Untuk buat bunga untuk headband, wool felt elok. :)

    Ainiayu,
    Oh, ada juga yang kerja hari ni ya. Takpe, sama la kita, lepak kat rumah je.
    Insya-Allah. Takpe, Yati anggap bukan rezeki Yati.

    ReplyDelete
  6. Wah... Yati banyaknya stok. Comel2 semuanya. Akak dulu berbulan2 jugak nak siapkan 50 biji keychain. Sehari bole buat 3 jer...

    ReplyDelete
  7. patut la lama menyepi rupanya ada projek wat keychain yg cute + comel...

    ReplyDelete
  8. Kak Aida,
    Timasih. :)
    Ye la kan kak. Kak Aida kan kerja, masa free je boleh buat kan. Yati pun sama. Dengan kerja kat rumah ni lagi. Ambil masa juga nak siap.

    Kak nza,
    hehhe... cari rezeki kak... :)

    MamaYatie,
    timasih, timasih.. ^_^

    ReplyDelete
  9. cute miut ler.. dinasour tuh... tak ape yati.. bende tu bleh keep as ready stock item..insy rezki kita ada nanti..

    ReplyDelete
  10. SCLover,
    Timasih. :)
    Insya-Allah. Takpe, nanti kalau ada yang order lagi senang kan, boleh terus pos je. :)

    ReplyDelete
  11. huhh.. sapo la yg kijam itu!!
    takpe.. insyaAllah ada yg beli nanti =)

    erkk.. camno kenal harni, alin n normah?

    ReplyDelete
  12. h4ni3,
    Hehhe.. tarappa, tarappa, tak jadi beli kalu, saya juga simpan.
    Sama sekolah ler, SMDU. Sedih dulu masa dia orang nak pergi mrsm. Tinggal la Harni dan makcik sorang tu, apa nama ntah, dah terhilang ingatan pulak. Dan Zuraidah ke, Zuridah ye namanya, lupa lagi. Satu kelas dengan dia orang, masa form 4 dan 5. :)

    ReplyDelete
  13. Yati, Alhamdulillah rezki Yati makin bertambah2. Semoga lebih maju..... InsyaAllah!

    ReplyDelete
  14. Kak Dee,
    Amin... mudah-mudahan gitu la kak.
    Thank you. :)

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Kak Yati, ceria sungguh felt keychain akak,,semuanya tersenyum n happy saje hehe..

    ReplyDelete
  16. UmmuFarhan,

    Hehhe... saja buat ceria. Tak kan nak buat muka masam je, tak berseri pulak nanti. :)

    ReplyDelete
  17. Dear, i want to order keychain 30 pcs. if ok, email me at queenaskunx@yahoo.com asap.
    thx

    ReplyDelete
  18. Thanks for your interest. Already emailed not too long ago.

    ReplyDelete
  19. Besi untuk keychain tu akak biasa beli kat mane ?

    ReplyDelete
  20. Fatihah,
    kat facebook ramai yang jual. masuk la mana-mana group craft supplies. Semoga membantu.

    ReplyDelete

Terpaksa juga letak word verification ni, banyak komen spam masuk. Thank you, appreciate komen kawan-kawan. ^_^