Thursday, December 16, 2010

Cross stitch keychain - Teapot

Biasanya, Yati buat keychain dari kain felt. Kali ni, cuba buat keychain cross stitch pula.


Tak puas hati dengan bentuknya. Belah sini bucunya bulat. Belah satu lagi, bersegi pula. Nampak sangat tak reti menjahit ya. Hehhe...


Bahagian belakang, Yati guna kain cotton. Polka dots.

Macam nak buat lagi. Rasanya, ada idea camana nak improve bentuknya. Selalunya, orang buat keychain ni, suka buat motif comel macam cupcake ke, butterfly ke, heart ke...
Kalau anda cari keychain cross stitch, suka gambar apa? Cuba habaq mai kat saya... ^_^

20 comments:

  1. wah2...Yati dah maju setapak lg....ermh...nk buat apa ye...try buat tulisan2 plk la..nama org ke, thank you ke...I love u ke...hehehehe....

    ReplyDelete
  2. akak, wat la tote bag, henpon pouch guna cross stitch..musti cun

    ReplyDelete
  3. Kak nza,
    timasih. ^_^

    Ros,
    idea yang bernas, Ros! Yati dah take noted, thank you, thank you, thank you! :)

    Sueann,
    tote bag ala-ala shopping bag, kak Yati ada pernah buat dulu.
    Handphone pouch tu, tak pernah buat lagi. Great idea! Thank you, Sueann!

    ReplyDelete
  4. wah semakin kreatip ni...
    aksesori utk key-chain tu yati beli kat mana yer?

    ReplyDelete
  5. letak gamba munge pun ok
    pastu jangan buat shape 4 segi.. try buat bulat ke, heart shape ke, mesti tak nampak senget.. hahaha.. pandai2 je aku!!

    ReplyDelete
  6. gambar buah2 plus tulisan pon ok jugak... suka akak tgk CS tuh, kemas jerr

    ReplyDelete
  7. Kakyong,
    thank you, kakyong.
    Yati beli di kedai alat tulis di Manjung, dekat Billion.

    h4ni3,
    Gambar bunga ya? Bagus juga idea tu!
    Yati dah take noted.
    Thank you, Hanie!
    Ha, itu satu poin yang betul tu. Sebenornya dulu Yati pernah buat bentuk epal. Jadi pulak. Time nak buat square, dia tak jadi. Kena praktis lagi la. ^_^

    Kak Mila,
    Gambar buah? Orait, Yati tulis, takut lupa. :)
    Kalau cross stitch durian, gempak tak? Hehhe...
    Timasih, kak.

    ReplyDelete
  8. fiza suke bentuk cup cake :D...nnt yati buat lah yer..

    ReplyDelete
  9. salam yatie..kalau akak pun suka bunga juga..bunga ros..tentu cantik..warna pulak..merah..ros merah..

    ReplyDelete
  10. buat gamba comel2 like spongebob or kartun budak2 hee.. mesti cmel!!

    ReplyDelete
  11. Fiza,
    Insya-Allah, Yati akan buat one day nanti. Sekarang ada projek knit.
    Thanks, Fiza!

    Kak Erna,
    Salam kak. Bunga ros merah... orait... mesti cantik ya...
    Terima kasih, kak!

    Alia Syaza,
    Cartoon character? Bagus idea tu! Thank you, Alia! ^_^

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum kak..so cute..akak nie memang berbakat besar la..tahniah!!!

    ReplyDelete
  13. Sahromnasrudin,
    Waalaikumsalam Sahrom.
    Thank you. Takde la. Ye ke? Kembang lubang idung akak.

    ReplyDelete
  14. cantik la...ada idea nak buat something utk Teacher Day ke?

    ReplyDelete
  15. Ina,
    Terima kasih.
    Dulu pernah buat gift untuk cikgu Amirul. Link projek tu ada kat sini
    http://homemakers-puteri.blogspot.com/2010/05/apple-for-teacher.html

    ReplyDelete
  16. gambar watak kartun kot..hehe...tp sy lebih prefer gambar benda2 tak bernyawa...;)

    cantek lagi kiut keychain tu kak Yati !

    ReplyDelete
  17. Ummi Hanie,
    Watak kartun? Wah, ramai suka watak kartun. Terima kasih untuk idea tu.
    Gambar benda-benda tak bernyawa juga bagus. Dulu kak Yati pernah kena tegur sebab isu ni dulu. Ada orang tinggal komen kat chatbox, cakap tak elok cross stitch gambar kucing, atau benda hidup. Nanti malaikat tak masuk rumah. Pernah juga kak Yati buat entri tentang ni dulu.
    Terima kasih, Ummi Hanie.

    ReplyDelete
  18. salam yati,

    selagi 'benda bernyawa' tu tak dibuat pujaan dan tersimpan rapi kat lemari, rasanya okay. dulu sy pernah baca pasal hukum ada anak patung. isteri kecil nabi saw pun ada patung, tp dibuat main. dibolehkan.

    motif bumble bee, butterfly, lolipop, daisy, botol susu, moon and star, etc. zodiak sign ke..

    ReplyDelete
  19. Lynn,
    ya betul. Bukannya kita puja. Tapi Yati kalau boleh, nak elakkan dari jahit benda berupa patung atau binatang. Nanti ada la orang yang komen lagi. Macam takde orang lain nak dikomennya. Cuba pi tegur siti nurhaliza pakai tudung nampak rambut tu ke... kan..? :D
    Comel-comel la idea Lynn tu! Yati dah boleh bayangkan dah rupa dia... Yahooo... thank you, Lynn!

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea