Sunday, December 12, 2010

Caca marba

Saya ternampak satu restoran dari Lumut ke Sitiawan. Nama restoran tu, Caca Marba.  Agak-agak, makanan atau menu apa dia serve kat restoran tu? ^_^

Selama ni, Yati sibuk siapkan order dan layan customer, sampai kedai pun tak bersapu. Sekarang saya sedang dalam proses mengemaskini kedai dan inventory. Belum habis lagi. Updating in progress but we're still in business as usual.

Dulu, sementara tunggu result SPM, saya pernah bekerja di sebuah farmasi di 1 Utama. Selang beberapa period, saya tak pasti, dia orang akan ambil masa tutup kedai dan kira semua barang dalam kedai. Dari sebesor-besor ke sekecil-kecil barang. Contoh, macam sweets atau coklat yang display kat bahagian cashier tu. Semua kena kira kuantitinya. Selalu ambil masa sampai ke petang untuk habis check stock. Itu pun sebab ramai staff, boleh agih-agihkan tugas. Dia ni check bahagian store, dia ni check bahagian depan. Yang ni tepi. Saya suka kerja di bahagian retail. Lagi enjoy dari kerja sebagai programmer mahu pun quality engineer tu.

Saya punya kedai online ni, saya sorang buat. Tak habis-habis lagi add dan remove product. Oh, sebab hari Jumaat ada kerja, balik rumah mama saya di Lumut. Hari ni hari Ahad, ada rumah kami balik.

Hmmm.... saya dibeza-bezakan. Mainan dua ringgit tak boleh campur dengan mainan mahal. Sulaiman nak main Thomas yang mahal, tak boleh. Bawak keluar rail train yang murah dan lama bagi Sulaiman main. Sulaiman dok rumah opah nangis menjerit, tak pernah dibuatnya nangis sampai macam tu. Kat rumah, saya ajar anak-anak share mainan. Kat rumah opah, opah ajar Amirul dan Hafizan jadi kedekut pulak, jangan bagi Sulaiman main mainan mahal. Hui.... baik balik cepat la. Mak mertua saya pun tak pernah beza-bezakan cucu. Mak saya sendiri buat camni. Ironic nya, mak saya tak tau pun yang saya kecil hati dengan cara dia. Hui... jom kita skipping la, boleh fikir benda lain. Oh lupa, kedai belum habis update.

Nescafe dah buat satu jag. Boleh minum sampai petang. Orait, nak breakfast nasi lemak. Bye... selamat berhujung minggu pada semua....

10 comments:

  1. dah lama tak sampai lumut, teringin nak bwk anak2 g sana, setelah 14 tahun tinggalkan itm manjung

    ReplyDelete
  2. salam..
    k.yati..nice to see your blog..saya baru berjinak2 dlm dunia cross stitch ni..cntik2 ye koleksi k.yati..blh la jd tok guru saya..:=)

    ReplyDelete
  3. as salam ziarah kak..sy pernah nampak satu restorabn kat Pekan, Pahang..restoran CRK ( CARI REZEKI KELUARGA) hehehehe

    ReplyDelete
  4. Kak Su,
    dulu akak ITM Manjung ye... Dah tak de dah. Sekarang dah panggil uitm perak cawangan seri iskandar.

    Mardhatillah Fatahiyyah,
    berbelit lidah nak sebut nama. :)
    Terima kasih. Jadi tok guru? Hehhe.. segan la. Kak Yati pun masih belajar.

    Sahromnasrudin,
    Waalaikumsalam. Cari rezeki keluarga tu sedap jugak didengar. Jujur bunyinya. Kalau caca marba tu, dalam fikiran ingat, macam kelam kabut dan campur aduk je. Hehhe... harap-harap restoran tu takde la begitu.

    ReplyDelete
  5. terasa pulak bila baca perenggan terakhir tu.. makbonda kakyong x penah lagi buat camtu.. tp MIL penah juga.. sampai satu tahap kakyong sampai penah tak bg ayahnya bawa anak2 g sana.. huhuu, kecil hati punya pasal.... la ni bila cucu kesayangan dia dah rosakkan semua menan tu baru le anak2 kakyong berpeluang nak main.. huhuu


    budak2 biasalah.. tp bila dah biasa diajar main sama2.. depa okay jer....

    ReplyDelete
  6. kakyong,
    nape perlu pilih kasih ye kakyong? Nape tak boleh layan semua orang sama rata?
    Kena jarang balik la. Opss..
    Harap begitu la kak. Budak-budak boleh lupa. Tapi kita yang tua ni, sampai bila pun ingat.

    ReplyDelete
  7. hanie lain pulak cara terasanya... mcm hanie ni, suka belikan mainan/barang utk anak2. bila mil tgk n berkenan, dia pun nak belikan benda yg sama utk cucu2 kesayangan dia. dah la mil anak dia memang 2 orang jer. n cucu2 kesayangan of kos la cucu2 dari anak sulung dia (hubby anak no 2). salah tak kalau nak terasa?? hehe

    ReplyDelete
  8. h4ni3,
    Macam pelik je. Tak patut juga. Apa motifnya beli mainan yang sama? Atau mungkin Yati tak tau cerita keseluruhan, jadi tak tau nak komen pe. Hmmmm... sabor je la ya.
    Asam garam kehidupan.

    ReplyDelete
  9. wahhh abg2nya belum balik ke tuh? lama diorg kat kampung yerr

    ReplyDelete
  10. Kak Mila,
    hari tu Amirul dan Hafizan pergi KL seminggu.
    Lepas tu, balik rumah Perak kejap.
    Last week, dia orang dok rumah opah kat Lumut pulak, sampai hari ni.
    :(

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea