Friday, December 24, 2010

Anniversary

Semalam, dalam waktu lunch hour macam tu, ada kereta polis kat rumah jiran selang 2-3 rumah dari rumah kami. Lepas tu, polis tak beruniform pulak datang. Ramai la orang. Rupanya, rumah kakak tu kena masuk pencuri. Di siang hari. Habis barang kemas lesap. Kesian kakak tu. Peliknya, tak de sape pun yang perasan, termasuk orang sebelah kakak tu. Yati pun tak de nampak apa-apa, padahal Yati keluar masuk, keluar masuk, sidai kasut sekolah Amirul, siram pokok, semua. Pencuri tu masuk ikut pintu depan. Menakutkan... rupanya antara banyak kawasan kat sini, taman perumahan kami ni paling banyak kes pecah masuk rumah, menurut polis kat situ la. Kita orang tak tau pun. Aduh...takut la.

Hari ni, ulangtahun perkahwinan Yati dan Encik Abe. Yang ke-9. 


Encik Abe amik cuti hari ni. Kami nak pergi beli barang sekolah anak. Banyak benda belum beli dan buat. 

Apa yang dapat Yati katakan dalam usia perkahwinan kami ni... saya masih lagi belajar untuk menerima abe seadanya, sebab dia ada kekurangannya dan saya juga banyak kekurangan saya. Kadang-kadang, rasa tanggungjawap dan toleransi tu melebihi rasa cinta. Cinta tu boleh pudar, tapi sebagaimana pokok bunga, cinta juga boleh kita baja dan mekar semula. Chewah...

Kadang-kadang juga, perlu buat dunno a.k.a. buat bodoh je demi menjaga rumahtangga. Tak perlu la nak fikir apa yang kurang atau tak ada, yang penting, usaha dan berubah ke arah kebaikan sikit demi sedikit. (kaizen).

Sayangnya saya kat dia orang ni. 4 orang laki wooo... Ye la, Encik Abe dan 3 orang putera kami. Nyawa saya.

Babai, hari ni tak online. Pergi beli barang. 
Take care...! ^_^

26 comments:

  1. selamat ulangtahun perkahwinan kak ya..semoga berkekalan sehingga akhir hayat

    ReplyDelete
  2. salam dan selamat ulang tahun perkahwinan ke9 buat Yati dan suami,muga bahtera bahagia yang dibina berkekalan hingga ujung nyawa disamping hero2 tu...thn depan leh la lahirkan seorang putri pulak..
    hehehe...

    ReplyDelete
  3. Hepi anniversary...

    Kat Seri Iskandar duduk taman apa??

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary kak.. Best kan dikelilingi hero2 Malaya.. :)
    selamat shopping... :)

    ReplyDelete
  5. selamat ulangtahun perkahwinan yati....yup, after few years , kita akan lebih menghargai pasangan kita...lebih atau kurang...itu yang telah diberikan oleh yang Maha Esa....fida doakan semoga yati and hubby lebih menyayangi, lebih harmoni dan bahagia dunia akhirat...aminnn....enjoy this special day with love ...muahhh!

    ReplyDelete
  6. Happy Anniversary! moga yg terbaik segalanya, amin...:)

    ReplyDelete
  7. salam,

    kak yati,,tahniah! semoga kekal hingga ke syurga..wah..dah dekat 10 tahun dah usia perkahwinan akk..lama tu..insyaAllah, kalau kita xmementingkan diri sendiri sangat, banyak problem rumahtangga boleh selesai dengan baik..apply untuk diri saya sendiri juga :)

    ReplyDelete
  8. happy anniversay yati...
    moga kekal ke akhir hayat.. sampai ke syurga

    ReplyDelete
  9. Happy anniversary..dah ke berapa dah ni? moga berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  10. Happy Anniversary Yati and hubby...

    Semoga berbahagia hingga ke syurga....

    ReplyDelete
  11. salam yatie..happy annivesary;;
    semoga terus berbahagia disamping keluarga
    9 tahun..baru lagi tu..

    ReplyDelete
  12. hepi annivsry utk yati n cik abe...semoga kebahgiaan brpnjangan.....kt org ada masanya brdiam diri lbh baik..

    risau la yati kalau kwnsan slalu kena ceroboh..hati2 ye....

    ReplyDelete
  13. Tahniah Yati... Moga berkekalan hingga ke akhir hayat... insya allah...

    ReplyDelete
  14. Tahniah...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas k.yati n abe nye..Ulangtahun perkahwinan ke4 Imah pun tak lama dah...bulan depan jerrr...

    ReplyDelete
  15. "cinta itu
    boleh diibaratkan bagai
    makan
    sambal belacan"

    hehehe.. lalalla

    ReplyDelete
  16. selamat ulangtahun ke-9 ye..moga moga bertambah bahagia lepas ni...amin...

    ReplyDelete
  17. Betul tu...bila dah kahwin, cinta kita dah jadi menyeluruh. bukan mcm zaman berchenta yang suka merajuk & dipujuk. dh kawen ni, byk lagi benda nak pk...nak merajuk pun kadang tk sempat..ha2 sama2 belajar menerima kelebihan & kekurangan masing2...

    ReplyDelete
  18. Happy anniversary to both of you..

    ReplyDelete
  19. ehh.. lupaaa...
    happy anniversary yati!!!
    =))

    ReplyDelete
  20. "Part 6:The Final"

    Tamat sudah.....jom layan! :)

    ReplyDelete
  21. Sahromnasrudin,
    Terima kasih, Sahrom. :)

    Kak Imanmom,
    terima kasih, kak. Hehhe... cukup la 3 orang putera ni kak. Yati dah tutup kilang. :)

    Syani,
    Thank you, Syani.
    First time tinggal komen kan? Thanks singgah blog Yati ni ya.
    Bandar Seri Iskandar, duduk Seksyen 2. Sidek. Syani dok are sini ke? :)

    MamaDaniel,
    Thank you, Mama Daniel. Hui... mahal barang-barang sekolah anak. Pengsan!

    Rafidah,
    Terima kasih, Fida. Lapang dada Yati baca komen Fida. Muah muah to you too! ^_^

    Bain,
    Thank you, Bain. Amin.... :)
    Wah, rajinnya buat HDR. Sampai Part 6.

    UmmuFarhan,
    Terima kasih. Betul cakap UmmuFarhan. ^_^

    kak Mila,
    Thank you, kak. Mudah-mudahan begitu la kak. :)

    Ayu,
    Thank you. Anniversary ke-9, Ayu. Amin.... :)

    Ros,
    timasih, Ros! Insya-Allah... amin... :)

    kak Erna,
    salam kak. Terima kasih!
    Ya, memang agak baru, masih lagi dalam proses mengenal. Dr Mohd Fadzillah Kamsah cakap, sampai bila-bila proses mengenal tu takkan habis dalam rumahtangga. :)

    Kak nza,
    Tima kasih, kak. Betul. Kalau takde benda baik nak cakap, elok diam je.
    Betul tu kak, memang menakutkan. Rasa macam nak tambah lock je kat pintu.

    Yoon a.k.a. Kak Nisa,
    Tima kasih, kak. Amin... itu juga doa Yati.

    Imah,
    Terima kasih. Amin.... :)
    Oh ye ke... happy anniversary to Imah in advance!

    h4ni3,
    sambal belacan? Yes... true indeed.. ^_^
    Tapi kalau makan nasi takde sambal belacan, kurang selera la. Hehhe... thank you, Hanie!

    Mama Qistina,
    Terima kasih! Insya-Allah, amin.... :)

    Epit,
    Dah kawin ni, kalau merajuk, kena pujuk sendiri. Hehhe... Oleh tu, jangan la merajuk, buang masa dan airmata je. :)

    Nykolett,
    Thank you, Nykolett! And thanks for visiting my blog too! ^_^

    ReplyDelete
  22. salam yati...

    selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 9 yer! semoga panjang umur,murah rejeki dan bertambah2 cahyamata yer...moga2 dapalah cahyamata girl lak yer...:)

    iklas dari sy (atehqshe & bidadari)...:)

    ReplyDelete
  23. bidadari a.k.a. Atehqshe,
    salam. Terima kasih! Hehhe... cukup la 3 orang putera ni. Tak nak la tambah lagi.
    Terima kasih singgah sini ya!

    ReplyDelete
  24. SALAM,
    UCAPAN SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN. DIDOAKAN BERKEKALAN DAN SEJAHTERA

    ReplyDelete
  25. salam yati,

    oowh, kakyong terlepas nak wish on the dot.. apa2 pun hepi belated anniversary.. semoga bahagia berkekalan..

    betul lah yati.. kdg2 kena buat dunno jer dgn segala kekurangan.. kalo pk sgt memang leh runsing.. life ni bukan nak harapkan kesempurnaan, as long anak2 hepi dan tiada yg kacauganggu rumahtangga kita sudah la..

    ReplyDelete
  26. luahfikiran,
    Salam, Dato'. Terima kasih atas ucapan tu. :)

    Kakyong,
    Timasih, kakyong.
    Betul tu. Kita cuba je la perbaiki mana yang kurang. Usaha dan jangan putus asa. ^_^

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea