Friday, November 05, 2010

Sepi Part II dan progress photo stitch...

Hello...
Happy Deepavali kepada semua yang beragama Hindu.

Lepas sembahyang Jumaat, kami akan pi Lumut, rumah opah. Opah suruh ambil muruku, banyak sangat. Opah tak larat nak makan, orang kasi.

Bila time Deepavali saya selalu teringat. Masa saya form 2, saya ada kawan baik. Nama dia Shanti a/p Muniandy. Bila habis form 2, dia pindah sekolah. Lepas tu terus lost contact. Saya cari dia kat FB, tapi tak jumpa. Mungkin dia guna nama lain. Dulu dia la kawan baik Yati. Rindu plak nak jumpa Shanti.



Ni apahal pulak sepi-sepi ni. Ye la, bila saya menyepikan diri (sepi ke... hehhe), telinga saya rasa lebih banyak mendengar. Banyak pulak benda yang saya tak perasan selama ni, baru saya tahu. Baru saya tahu.. oh.. kawan ni sekarang sudah berpisah... kawan yang ni pulak... sudah jatuh ke bawah... macam-macam la. Kuasa Allah kan.. kalau benda nak jadi, jadilah... Kunfayakun...

Siapa tengok cerita Sepi, angkat tangan?! Hehhe... perasan tak, ada bahagian cerita ni macam cerita Forest Gump. Part yang cerita Sufi, bila isteri dia meninggal, dia asyik lari je. Forest Gump pun asyik lari je kan, dalam hutan dia lari, mak dia mati, dia lari... Lebih kurang kan. Lagi satu, dalam cerita Forest Gump, ada bulu ayam tu melayang, dalam cerita Sepi, dia buat kertas tu melayang... jatuh atas cermin kereta, pastu terbang... pun lebih kurang jugak kan. Tapi entah kenapa, saya boleh tengok cerita Sepi ni banyak kali. Mungkin sebab suka tengok pemandangan kat Taiping tu, duduk bawah pokok rendang tu, menghadap tasik... tenang je kan.. tiba-tiba rasa macam nak pergi Tepeng pulak. ^_^





Hmmm.... 3 cerita dalam satu entri. Seterusnya, progress terbaru projek photo stitch.


Tinggal bahagian atas je lagi nak siapkan.

Minggu depan minggu terakhir sekolah kan. Minggu depan juga, raya haji kan... Mood cuti tu dah datang. Apa nak buat dengan budak-budak time cuti sekolah ni. Kalau yang tinggal di kawasan banjir tu, bercuti di rumah saja la kan... 

Ok. Jaga diri semua...

8 comments:

  1. yatie..cuti sekolah akan bermula..rasanya lagi lah yatie tak dapat ngadap lama2 kan..
    anak akak yang sorang aje tinggal sekolah ni pun sebok juga ni..tanya nak pi mana..akak jawab..hujan..banjir..tak dapat pi bercuti..

    ReplyDelete
  2. alahai yati ni...
    bikin orang rindu saja sama tepeng
    ni yg terasa nak gi tepeng balik ni
    tapi malas nak drive.. hahahha

    ReplyDelete
  3. citer sepi ni tgk kat mana?/
    huhuuu... tak update lagsung kakyong dgn citer ni... kehkehekhhh...

    ReplyDelete
  4. salam kak..citer sepi tue mmg touching sgt la...

    ReplyDelete
  5. waah..maruku!! uyin suka laa makan maruku.
    anis ada sorang kawan india gak.lawa tul dia.cam heroin hindustan.

    ReplyDelete
  6. salam,

    saya pun suka tgk citer sepi tu. tak berapa suka ngan ending mati-mati ni..tp kira ok la, nak ingatkan penonton bhw tak semua akan ikut planning kita. mcm kwn2 yati la jugak kan..hmm..

    yati sihat ke? moh raya ke gopeng :D

    ReplyDelete
  7. kak Erna,
    itu la pasal kak. Kalau sekolah, ada juga aktiviti budak ni buat. Dah cuti sekolah, kita la kena buat aktiviti ngan dia. Karang, mengadap tv je kerjanya.
    Hehhe... cuti kat rumah je la kak. Jimat.. :)

    h4ni3,
    hehhe.. tunggu holiday la, jalan-jalan, bawak anak ke Tepeng. :D

    kakyong,
    Saluran astro Ria selalu tunjuk. TV3 pun tunjuk gak, masa raya posa hari tu.

    luahfikiran,
    Terima kasih. ^_^

    Sahromnasrudin,
    Itu la dia. Tengok la director dia sape. :)

    Anis,
    oo ye ke... Maruku memang sedap, makan sambil tengok tv. Yang ni special pula. cair dalam mulut. Tak keras.
    ooo itu ada mix kot. Macam hindustan. :)

    Lynn,
    ya betul. Bukan semua benda dalam dunia ni ada happy ending.
    Yati sihat, Alhamdulillah. Insya-Allah, kalau tak kemana, Yati mai rumah Lynn ya. Lynn tak ke mana-mana ke?

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea