Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Aidil-Adha

Assalamualaikum...
Pekabo kawan-kawan hari ni?

Kat rumah saya ni, tengahari je, awan hujan datang. Baru check 10 email, dah kena tutup komputer. Saya takut maaa....  Bukan pe, Yati guna streamyx. Dulu ada sekali, komputer sudah tutup. Tapi kilat sudah menyambar tiang telefon belakang rumah. Kilat tu lalu ikut kabel telefon, ke modem streamyx dan seterusnya ke komputer. Jadi, ke kedai repair la jawapnya. Sejak tu la setiap kali mendung berserta guruh, walau pun tak de kilat, saya akan cepat-cepat off komputer. Kena la berhati-hati, sebelum terjadi.

Minta maaf kalau ada yang tunggu respond dari saya, yang ada buat order, yang ada bertanya, awat la.. si Yati ni lambat menjawap. Minta maap ye.. saya tak online la tu, tak boleh wooo.. bahaya... guruh dan kilat. Kalau saya online, saya perlu buat kerja, super fast...

Eh, lagi satu, kalau tak dapat respond dari saya juga, sila check spam/bulk folder email anda ya. Add la alamat email saya ke address book atau sila klik "Not Spam", jadi next time dia masuk la ke inbox anda. Terima kasih.

Ha... hari Sabtu lepas, kami sekeluarga pi makan kenduri. Kenduri kawin. Bestnya, terbayang-bayang kenikmatan rendang daging kat kenduri tu. Bersama nasi minyak, pecal, ayam percik, udang, sambal belacan dan ulam-ulaman... Hehhe.... marvelous... Selalunya, Yati tak berani bawak budak-budak ni makan kenduri di rumah orang. Takut dia buat peel naik anginnya, mau terbalik kerusi meja kang. Tapi hari sabtu lepas, orait la, budak-budak pun mood baik, makan nasi kenduri sama-sama. Alhamdulillah...

Oh... sebelum pi kenduri tu, awal pagi sabtu, Yati ada cuba buat kek batik, ikut resepi yang Kak Erna share di blognya. Senang juga ya, nak buat, banding kek masak dalam oven tu. Hehhe... Simpan dalam peti ais, dan esoknya, dah boleh makan.


Rupanya tak cantik, tapi rasanya, macam aiskrim cake perasa coklat tu! Hehhe...

Ok, cerita seterusnya, perkembangan terkini projek cross stitch.



Lagi sikit nak siap. ^_^
Ye la, blog saya ni kan rojak sikit. Satu entri, macam-macam cerita saya tulis. Sebab nak tulis banyak entri dalam satu hari, masa tak mengizinkan maa.... kena rangkumkan semua perkara menarik yang ingin dikongsi dalam satu tajuk. 

Tahun ni korang korban tak? Kami mungkin esok baru balik, ke Lumut. Tak balik Kelantan. Mungkin lain masa baru balik.

Berhati-hati di jalan raya ya semua! Selamat hari raya korban!

11 comments:

  1. salam eiduladha 1431h utk akak sekeluarga ya..semoha eiduladha kali ini akan menambahkan cahaya (nur) untuk akak sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. sedapnye! hehe. tergoda nafsu. selamat hari raya!

    visit my blog n drop some comment ya!

    http://difficulteasy.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. yatie..selamat hari raya qurban..masak apa..sambut raya haji ni..
    akak kena masak juga.anak sedara yang dah tak de mak tu..balik rumah akak..
    ok lah tu..yatie dah buat kekm batik..raya ni pun akak buat juga lagi..sebab mudah kan.

    ReplyDelete
  4. Sahromnasrudin,
    Selamat hari raya korban untuk Sahrom dan keluarga juga. :)

    izyani_azahari,
    Ha, memang sedap pun. Cuba la buat. :)
    Thank you ya, singgah sini.

    kak Erna,
    selamat hari raya korban untuk kak Erna dan keluarga juga.
    Yati tak masak pe. Cuma order rendang tok je, dengan jiran.
    Mama Yati dah masak semua. Jadi, balik jadi tukang makan je.
    Oh, resepi kek batik tu memang sedap la kak. Dah habis dah. Tahan 2 hari je. Ingat nak bawak balik sikit ke rumah mama Yati, tak sempat.

    ReplyDelete
  5. Selamat Menyambut Aidiladha!!!~ ^_^

    ReplyDelete
  6. anak kucing menari-nari
    melihat lembu menggeletar gigi
    hari raya aidiladha datang lagi
    bersama nikmatnya kita syukuri

    =))

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya korban buat yati dan keluarga! :)

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya aidiladha utk yati skluarga....

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Erm, sedapnya lauk kenduri tu,,saya tengah lapar ni hehe. Saya pun tak balik kelantan raya haji tahun ni, suami cuti sehari je. insyaAllah esok balik Klang, Selamat Hari Raya Aidiladha dari saya :).

    ReplyDelete
  10. salam aidil adha yati sekeluarga...

    kek batik tu mabeles... brp kali dah nak buat, tp asyik tak cukup bahan jer...

    dah nak hampir siap cross-stitch yati...

    ReplyDelete
  11. Baincardin,
    Salam aidil-adha juga untuk baincardin sekeluarga. :)

    h4ni3,
    ==> Pantun balas untuk Hanie:

    Lembu diam diikat tali,
    Kambing pun takut dikorban nanti,
    Ucapan salam aidil-adha kembali
    Untuk Hanie sekeluarga dari Yati.
    ^_^


    Lynn,
    Salam hari raya korban juga untuk Lynn sekeluarga! :)

    Kak nza,
    Selamat hari raya aidiladha juga untuk kak nza sekeluarga! :)

    ummufarhan,
    hehhe...
    cuti sehari je kan. Memang tak sempat nak balik jauh.
    Salam aidiladha untuk ummufarhan sekeluarga juga. :)

    Kakyong,
    selamat hari raya aidiladha untuk kakyong sekeluarga juga!
    Betul tu kakyong! Memang sedap kek batik tu.
    Oh... Yati pun kebetulan, cukup bahan, tu rasa nak cuba tu.
    Ha ah kakyong, sudah siap cross stitch last weekend. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea