Friday, November 12, 2010

Amirul

Khamis, 11 November 2010 - Pukul 2 petang, kami sekeluarga pergi sekolah Amirul. Ada Hari Anugerah Kecemerlangan & Kualiti sekolah.

Amirul, anak pertama Yati. Umur 7 tahun, darjah 1.

Sekolah Amirul ni, baru beroperasi selama 4 bulan. Sekolah baru siap dibina. Dekat dengan taman perumahan kami.

Rasa macam kelam kabut je operasi sekolah ni. Bukan apa, alangkah bagusnya kalau dia buat hari penyampaian hadiah hari Sabtu. Ni, dia buat pada petang Khamis. Mungkin pihak sekolah terlupa yang ada ibubapa bekerja swasta, susah nak keluar. Surat untuk hari penyampaian hadiah ni pun baru kami terima 2 hari lepas. Jadi, Encik Abe nak apply cuti pun dah terlewat. Nak tak nak, semalam Encik Abe ponteng kerja jap. Memang bukan semua murid perlu hadir. Cuma murid yang dapat hadiah dan ada buat persembahan yang hadir dengan ibubapa. Cuma, harap next time sekolah dapat buat dengan lebih teratur.

Hari ni pulak, hari Jumaat, sekolah Amirul cuti peristiwa. Bila tanya peristiwa apa. Rupanya ada lawatan sekolah ke Melaka. Tak pernah lagi Yati dengor cikgu ada lawatan, sampai tutup satu sekolah. Mungkin semua cikgu terlibat agaknya, tak de yang tinggal sampai sekolah kena tutup. Rasa pelik, tu je.

Amirul dapat nombor 16 dalam kelas. Kami rasa, teruk sangat. Tapi bila difikir-fikir balik, ok... sebab Amirul kelas A, ada ramai budak pandai. Yati terkilan bila tengok result dia, semua A, tapi subjek Pendidikan Islam, dia C. Ya Allah... geram rasa. Suruh baca, dia tengok TV. Rasa nak buang je Astro kat rumah. Tapi Playhouse Disney Channel tu bagus. Hafizan suka tengok. Cuma Amirul ni suka tukar ke Ceria atau Cartoon Network. Kartun merapu.

Tapi Amirul dapat hadiah untuk subjek Sains dan Jawi dia, tinggi.



Kena guna pendekatan lain la budak Amirul ni. Budak laki ni, dia banyak main. Masa yang sama, tak nak la push dia sangat. Dia baru darjah 1.

Next year, dah naik darjah 2. Macam baru semalam lahirkan dia. Cuba tengok gambar kat bawah, masa ni, Amirul baru 2 bulan. Kecik kan dia... Yati pulak, baru 24 tahun masa dalam gambar ni. Hehhe...


Hari Ahad ni, Amirul ada grading Taekwando. Kalau dia pass, boleh la naik tali pinggang hijau.

Bulan 12 juga, akan sambung ngaji. Dah pindah tempat lain, tempat ngaji Amirul, jauh sikit.

Mix feeling la. Rasa macam Amirul boleh buat lebih baik sebenarnya di sekolah. Tapi tak nak terlalu mendesak dia sangat, belajar-belajar. Dia tak pergi tuition. Sebab kakak Yati juga seorang cikgu. Dia kata, sekolah rendah ni, tak perlu tuition, kita sendiri boleh guide dia.

Orait... will improve next time, Insya-Allah. Kita cuba ok...

20 comments:

  1. cepat ank2 membesarkan, tak sedar pun. Moga Amirul jadi pelajar yg cemerlang dan anak yg soleh :)

    ReplyDelete
  2. bagusnye dapat award... keep up the good work amirul!!

    ReplyDelete
  3. xpelh yati, farouk pn mcm tu...xsama dgn kakak2 dia yg sedari year 1 smpai le nie cemerlang n no 1-3 dlm tgn ttp farouk dpt mcm amirul gak...anak lelaki lmbt ckit matang kot.....

    ReplyDelete
  4. alkisah kita sama jer.. akak dapat surat jemputan hari kecemerlangan niii semlm petang. Petang ni nak kena pergi. Nasib bos ok. tapi macam EL ler jugak.

    sekolah Izzah dah tak guna kedudukan dlm kelas ni. diorg just tgk dr segi berapa A dia dapat jer. so tak tau lah no berapa dia dapat.

    akak rasa tak perlulah tekankan sgt kecemerlangan akademik ni, dia pon kecik lg. akak mmg tak pernah hantar anak g tuisyen.. just beli buku2 latihan n suruh dia buat kat rumah.. tp kena berlakon ler skit, kita jd cikgu dia hahaha.. sbb izzah selalu berangan akak jd cikgu kat sekolah dia.. n ngajar kelas dia.. takmo ler akak hahaha. sorry terpanjang plak komen nyer

    ReplyDelete
  5. Salam,

    kak yati, comei gambar akak masa dulu :). Okey dah tu result Amirul. Masa darjah satu ni, budak2 lebih kurang aje, markah beza sikit je, satu dua markah gitu je..bila makin naik darjah, tahap pembelajarn makin susah, masa ni anak2 tak boleh main2 dah, matematik tak bleh congak2 dah, sape rajin buat kerja skolah n rajin study akan survive. saya tengok sepupu saya macam tu la, masa darjah 1,2 dia pandai lagi, lepas tu makin besar makin malas belajar, result dah tak tinggi mana. insyaAllah kak Yati boleh guide Amirul nanti.

    ReplyDelete
  6. Ayu,
    Mudah-mudahan begitu la. Amin...

    Mama-Miya yang suka minum kopi,
    Insya-Allah. Thank you, ya!

    Kak nza,
    Ye la kak. Tak sama dengan budak pompuan. Harap nanti dia besor sikit, berubah la jadi lagi baik.

    Kak Mila,
    short notice ya kak. Dah susah pulak ibubapa..
    Yati pun tak nak push dia sangat. Tapi pihak lain kak, Amirul ni cucu sulong, banyak sangat high expectations...
    Hehhe... orait la tu, akak jadi cikgu Izzah kat rumah... :)

    ReplyDelete
  7. xpaa...anis dulu mula2 periksa darjah 1,dapat no 31 kak! dari 32 org dlm kelas tu.baguih x?pasal baru pindah skolah dari skolah cina ke skolah kebangsaan.blur gila.tp next tu,dapat no.1.

    amirul budak bijak.yg penting dia pandai mengatur hidup dia.ada org cemerlang sgt dalam subjek2 pelajaran kt skolah,tp utk guna dlm hidup sendiri, dia xpandai.sebab dia hanya tau teknik nk lulus periksa.ada org,dia xscore dlm study,tp ilmu2 yg dia belajar tu,dia apply dalam hidup.tu sebaik2nya kegunaan ilmu kan,kak?

    ReplyDelete
  8. UmmuFarhan,
    hehhe.. comel ke.. comot.. :)
    Insya-Allah... akan cuba.

    Anis,
    hehhe.. you are very the correct! ^_^

    ReplyDelete
  9. yati,
    okay dah tu.. result utk setiap subjek bagus...
    adik kakyong ade sorg.. dr darjah 1 sampai 3.. asyik dpt nombor corot jer..
    jenuh jugak la slow talk dgn dia.. darjah 4 baru nampak dpt no kurang dr 10.. tahun ni spm.. hrp2 result dia okay...

    Insya Allah, Amirul buleh perform dgn lebih baik.. result exam tak menggambarkan keseluruhan prestasi anak kan....

    ReplyDelete
  10. kakyong,
    good luck untuk adik kakyong, SPM.
    ye betul. Cuma kami terkejut, kita orang semua adik beradik pompuan. Balik-balik no 1-3, tak pernah dapat no. 16. Huhu...

    ReplyDelete
  11. salam kak..sy doakan amirul sentiasa berjaya dalam pelajaran..semoga dia terus mengharumkan nama baik keluarga akak ya...

    ReplyDelete
  12. salam yati anak melor pun darjah satu, perempuan dia budak pandai tapi byk main jadi keputusan akhir tahun merosot melor sgt kecewa. kita kena beri perhatian lebih la kat diaorang ni baru tak merosot

    ReplyDelete
  13. yatie..baru darjah satu..ok tu,..susah kalau tak bagi tengok yv..sebab..adik2 nak tengok kan..akak dulu..masa tak bagi main game..akak simpan ps2..sampai abang dia pun tak boleh main..sabtu ahad baru boleh..

    ReplyDelete
  14. wah tahniah utk amirul..thanks yati coz thru topic ni ummi pun secara tak lansung dpt ilmu gak...maklumlah anak lum pi sekolah betul..

    ada auntie sebelah hubby anak amik periksa upsr but takder straight A dia cuma cakap keputusan hari ini bukan penamat kepada kejayaan.so apply kat kes ih..amirul teruskan usaha insya allah boleh..

    umair baru nak masuk taun 1 cam mana lah agaknya taun depan... ^_^

    ReplyDelete
  15. Sahromnasrudin,
    Amin... jika diizinkan Allah.

    Melor,
    itu pun satu faktor jugak, Yati rasa. Lebih masa tengok atau pantau anak.

    kak Erna,
    haha... sembunyi PS2 ye kak. :)
    TV tu, susah la nak sembunyi. Si kecik belajor english jugak tengok tv tu.

    ummi-izah,
    ye.. kena tingkatkan usaha. Insya-Allah...
    Umair pun boleh juga. Cabaran anak sekolah ni lain pula. :)

    ReplyDelete
  16. it's ok la yati
    jangan push dia sangat
    overall, result dia still bagus kan? :)
    panjang n masih jauh lagi perjalanan dia
    tapi yelah... ibu mana taknak tgk result anak dia excellent kan?
    kena banyak lagi guide n motivate dia :))

    ReplyDelete
  17. siratu dpt no. 26, dia lemah subjek BI, kena selalu pantau dia ni

    ReplyDelete
  18. h4ni3,
    rasanya, ok la.
    Memang ok, memandangkan Amirul kuat main. Tak suka baca.
    Insya-Allah, next time, harap improve sikit lebih baik. :)

    Kak Su,
    subjek BI? Amirul pulak subjek Agama.
    Memang kita kena pantau budak-budak ni, kak.
    Semoga next time result dia orang boleh diperbaiki lagi.

    ReplyDelete
  19. salam yati,

    kalau dr darjah satu dah ok, insyaallah..nnti ok tu sampai 'grad' sekolah nnti. no.16 je..sikit sgt, hehehe!

    jgn le yati susah hati sgt..baru darjah 1 :)

    ReplyDelete
  20. Lynn,
    Hehhe... harap-harap gitu la Lynn.
    Tak susah hati pun, cuma terkojut je. :D

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea