Wednesday, November 24, 2010

Cross stitch travel bag and stitchbow

Amirul dengan Hafizan takde kat rumah. Dia orang ada di KL, dengan opah, tidor rumah aunty. Tinggal lah Sulaiman dan Yati dua orang kat rumah. Semalam masa abang-abangnya bertolak, bergenang airmata Sulaiman. Sulaiman baru 2 tahun, dia tak boleh cakap lagi. Tapi semalam dia cakap dengan Yati (in his own way) dan bunyinya macam, "Nape bagi abang pergi...?" Huhu... mama pun sedih la. Tapi nak buat camne.... kita main dua orang je la ya...

Wokay... jom kita cerita... hari tu, dengan ihsan abangku sayang... Yati beli travel bag! Yippie...! Sangat suka!


Dengan ini, mana-mana kampung balik pun, saya still boleh bawak barang cross stitch saya! Bahagian dalamnya camni...

Ada tempat boleh cucuk jarum, simpan gunting, letak magnifier, benang dan lain-lain la. Benang dalam travel bag ni, boleh disimpan guna stitchbow.

Stitchbow? Apa itu stitchbow? 

Itu tokei kedai boleh gelakkan saya pulak, bila saya tanya, apa ni?

Habis tu, you simpan benang macamana?

Saya guna bobbin la. Like this...


Ha... senang cari kan. Tengok lah benang ku, tersusun... chewah...

Haiya... itu kena gulung-gulung benang...? Itu old fashion maaa... Sekarang orang guna stitchbow.

Ini la dia stitchbow tu...


Oooo... stitchbow tu, satu cara simpan benang juga, floss holder la! Tapi lagi senang la. Dia ada tempat sarung nombor benang (tak yah sticker label macam guna bobbin) dan tak payah gulung-gulung juga, macam bobbin. Boleh terus sangkut itu benang. Ini macam...


Ha, kalau ada travel bag, boleh la guna stitchbow ya, kawan-kawan.

Yati beli sepacket je. Tau tak gulung benang di bobbin adalah satu therapy? Sambil gulung benang, boleh berangan-angan, bila aku nak jadi kaya... ha...

Ok... sekian cerita hari ni. Nak pergi angkat kain. Bag tu, harga dia tak sampai seratus. Siapa ada gunting cross stitch gold macam swan tu, angkat tangan? Saya tak ada! Saya still pakai gunting kecik beli kedai runcit, harga 5 ringgit, buat potong benang. Ha, sape yang ada gunting swan mahal tu, tambah 20 ringgit lagi, dapat travel bag. 

Sudah-sudah, saya tak nak pergi kedai cross stitch tingkat bawah Plaza Yik Foong tu lagi. Uncle tu dah tau kita suka cross stitch, dia bawak keluar semua barang cross stitch. Bahaya... 

^_^

Monday, November 22, 2010

Photo stitch Lailahaillallah Muhammadurrasulullah - Completed

Rasa macam dah lama sangat tak online. Tapi memang lama pun. 5 hari tak online. Erk...

Sudah siap! ^_^



 Satu projek sudah selesai. Alhamdulillah... 

Saya punya things-to-do list sangat panjang. Penuh satu page.

Macamana raya korban anda? Kami tak merasa makan daging korban kali ni.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Aidil-Adha

Assalamualaikum...
Pekabo kawan-kawan hari ni?

Kat rumah saya ni, tengahari je, awan hujan datang. Baru check 10 email, dah kena tutup komputer. Saya takut maaa....  Bukan pe, Yati guna streamyx. Dulu ada sekali, komputer sudah tutup. Tapi kilat sudah menyambar tiang telefon belakang rumah. Kilat tu lalu ikut kabel telefon, ke modem streamyx dan seterusnya ke komputer. Jadi, ke kedai repair la jawapnya. Sejak tu la setiap kali mendung berserta guruh, walau pun tak de kilat, saya akan cepat-cepat off komputer. Kena la berhati-hati, sebelum terjadi.

Minta maaf kalau ada yang tunggu respond dari saya, yang ada buat order, yang ada bertanya, awat la.. si Yati ni lambat menjawap. Minta maap ye.. saya tak online la tu, tak boleh wooo.. bahaya... guruh dan kilat. Kalau saya online, saya perlu buat kerja, super fast...

Eh, lagi satu, kalau tak dapat respond dari saya juga, sila check spam/bulk folder email anda ya. Add la alamat email saya ke address book atau sila klik "Not Spam", jadi next time dia masuk la ke inbox anda. Terima kasih.

Ha... hari Sabtu lepas, kami sekeluarga pi makan kenduri. Kenduri kawin. Bestnya, terbayang-bayang kenikmatan rendang daging kat kenduri tu. Bersama nasi minyak, pecal, ayam percik, udang, sambal belacan dan ulam-ulaman... Hehhe.... marvelous... Selalunya, Yati tak berani bawak budak-budak ni makan kenduri di rumah orang. Takut dia buat peel naik anginnya, mau terbalik kerusi meja kang. Tapi hari sabtu lepas, orait la, budak-budak pun mood baik, makan nasi kenduri sama-sama. Alhamdulillah...

Oh... sebelum pi kenduri tu, awal pagi sabtu, Yati ada cuba buat kek batik, ikut resepi yang Kak Erna share di blognya. Senang juga ya, nak buat, banding kek masak dalam oven tu. Hehhe... Simpan dalam peti ais, dan esoknya, dah boleh makan.


Rupanya tak cantik, tapi rasanya, macam aiskrim cake perasa coklat tu! Hehhe...

Ok, cerita seterusnya, perkembangan terkini projek cross stitch.



Lagi sikit nak siap. ^_^
Ye la, blog saya ni kan rojak sikit. Satu entri, macam-macam cerita saya tulis. Sebab nak tulis banyak entri dalam satu hari, masa tak mengizinkan maa.... kena rangkumkan semua perkara menarik yang ingin dikongsi dalam satu tajuk. 

Tahun ni korang korban tak? Kami mungkin esok baru balik, ke Lumut. Tak balik Kelantan. Mungkin lain masa baru balik.

Berhati-hati di jalan raya ya semua! Selamat hari raya korban!

Friday, November 12, 2010

Amirul

Khamis, 11 November 2010 - Pukul 2 petang, kami sekeluarga pergi sekolah Amirul. Ada Hari Anugerah Kecemerlangan & Kualiti sekolah.

Amirul, anak pertama Yati. Umur 7 tahun, darjah 1.

Sekolah Amirul ni, baru beroperasi selama 4 bulan. Sekolah baru siap dibina. Dekat dengan taman perumahan kami.

Rasa macam kelam kabut je operasi sekolah ni. Bukan apa, alangkah bagusnya kalau dia buat hari penyampaian hadiah hari Sabtu. Ni, dia buat pada petang Khamis. Mungkin pihak sekolah terlupa yang ada ibubapa bekerja swasta, susah nak keluar. Surat untuk hari penyampaian hadiah ni pun baru kami terima 2 hari lepas. Jadi, Encik Abe nak apply cuti pun dah terlewat. Nak tak nak, semalam Encik Abe ponteng kerja jap. Memang bukan semua murid perlu hadir. Cuma murid yang dapat hadiah dan ada buat persembahan yang hadir dengan ibubapa. Cuma, harap next time sekolah dapat buat dengan lebih teratur.

Hari ni pulak, hari Jumaat, sekolah Amirul cuti peristiwa. Bila tanya peristiwa apa. Rupanya ada lawatan sekolah ke Melaka. Tak pernah lagi Yati dengor cikgu ada lawatan, sampai tutup satu sekolah. Mungkin semua cikgu terlibat agaknya, tak de yang tinggal sampai sekolah kena tutup. Rasa pelik, tu je.

Amirul dapat nombor 16 dalam kelas. Kami rasa, teruk sangat. Tapi bila difikir-fikir balik, ok... sebab Amirul kelas A, ada ramai budak pandai. Yati terkilan bila tengok result dia, semua A, tapi subjek Pendidikan Islam, dia C. Ya Allah... geram rasa. Suruh baca, dia tengok TV. Rasa nak buang je Astro kat rumah. Tapi Playhouse Disney Channel tu bagus. Hafizan suka tengok. Cuma Amirul ni suka tukar ke Ceria atau Cartoon Network. Kartun merapu.

Tapi Amirul dapat hadiah untuk subjek Sains dan Jawi dia, tinggi.



Kena guna pendekatan lain la budak Amirul ni. Budak laki ni, dia banyak main. Masa yang sama, tak nak la push dia sangat. Dia baru darjah 1.

Next year, dah naik darjah 2. Macam baru semalam lahirkan dia. Cuba tengok gambar kat bawah, masa ni, Amirul baru 2 bulan. Kecik kan dia... Yati pulak, baru 24 tahun masa dalam gambar ni. Hehhe...


Hari Ahad ni, Amirul ada grading Taekwando. Kalau dia pass, boleh la naik tali pinggang hijau.

Bulan 12 juga, akan sambung ngaji. Dah pindah tempat lain, tempat ngaji Amirul, jauh sikit.

Mix feeling la. Rasa macam Amirul boleh buat lebih baik sebenarnya di sekolah. Tapi tak nak terlalu mendesak dia sangat, belajar-belajar. Dia tak pergi tuition. Sebab kakak Yati juga seorang cikgu. Dia kata, sekolah rendah ni, tak perlu tuition, kita sendiri boleh guide dia.

Orait... will improve next time, Insya-Allah. Kita cuba ok...

Wednesday, November 10, 2010

Felt keychain - anak ayam

Anak itik berenang-renang,
Anak ayam berlari-lari,
Kalau tidak kerana sayang,
Tidak hamba datang kemari.

Ha.. ha... siapa nak jawap? Sila-sila... ^_^


Foto: Bulk order felt keychain, anak ayam, assorted colors.

Yati simpan entri ni dah lama. Nak tunggu anak-anak ayam ni sampai dulu ke tuannya di Turki. Tapi, ada masalah teknikal. Tak sampai sana pun, cuma di Melaka je. Untuk ubat rindu tuannya yang jauh, meh la Yati share gambar anak-anak ayam ni ya. Terima kasih Ayza, order keychain dari Yati.

Orait.. bekerja la kita sekuatnya...

Monday, November 08, 2010

Cinta-Craft Giveaway

Dah lama tak masuk giveaway oleh crafters. Cuba nasib kali ni, mana tahu, rezeki...



Giveaway oleh Cinta-Crafts. Hadiah pun menarik...


Giveaway oleh Cinta-Craft ni berakhir pada 20/11/2010.

Bestnya kalau menang ni. ^_^

Friday, November 05, 2010

Sepi Part II dan progress photo stitch...

Hello...
Happy Deepavali kepada semua yang beragama Hindu.

Lepas sembahyang Jumaat, kami akan pi Lumut, rumah opah. Opah suruh ambil muruku, banyak sangat. Opah tak larat nak makan, orang kasi.

Bila time Deepavali saya selalu teringat. Masa saya form 2, saya ada kawan baik. Nama dia Shanti a/p Muniandy. Bila habis form 2, dia pindah sekolah. Lepas tu terus lost contact. Saya cari dia kat FB, tapi tak jumpa. Mungkin dia guna nama lain. Dulu dia la kawan baik Yati. Rindu plak nak jumpa Shanti.



Ni apahal pulak sepi-sepi ni. Ye la, bila saya menyepikan diri (sepi ke... hehhe), telinga saya rasa lebih banyak mendengar. Banyak pulak benda yang saya tak perasan selama ni, baru saya tahu. Baru saya tahu.. oh.. kawan ni sekarang sudah berpisah... kawan yang ni pulak... sudah jatuh ke bawah... macam-macam la. Kuasa Allah kan.. kalau benda nak jadi, jadilah... Kunfayakun...

Siapa tengok cerita Sepi, angkat tangan?! Hehhe... perasan tak, ada bahagian cerita ni macam cerita Forest Gump. Part yang cerita Sufi, bila isteri dia meninggal, dia asyik lari je. Forest Gump pun asyik lari je kan, dalam hutan dia lari, mak dia mati, dia lari... Lebih kurang kan. Lagi satu, dalam cerita Forest Gump, ada bulu ayam tu melayang, dalam cerita Sepi, dia buat kertas tu melayang... jatuh atas cermin kereta, pastu terbang... pun lebih kurang jugak kan. Tapi entah kenapa, saya boleh tengok cerita Sepi ni banyak kali. Mungkin sebab suka tengok pemandangan kat Taiping tu, duduk bawah pokok rendang tu, menghadap tasik... tenang je kan.. tiba-tiba rasa macam nak pergi Tepeng pulak. ^_^





Hmmm.... 3 cerita dalam satu entri. Seterusnya, progress terbaru projek photo stitch.


Tinggal bahagian atas je lagi nak siapkan.

Minggu depan minggu terakhir sekolah kan. Minggu depan juga, raya haji kan... Mood cuti tu dah datang. Apa nak buat dengan budak-budak time cuti sekolah ni. Kalau yang tinggal di kawasan banjir tu, bercuti di rumah saja la kan... 

Ok. Jaga diri semua...

Wednesday, November 03, 2010

Progress photo stitch

Hi...

Lagi progress projek tengah buat sekarang...


Cuba tengok besar projek ni atas meja saya...


Suka jahit projek ni. Tapi sesekali kena stop, sebab sakit belakang. Hehhe..



Ok. Cerita lain pulak...

bunga ros saya dah ada kutu/ kulat putih tu. Boring betul. Saya dah cakap dengan sopan santun dan lemah lembut,"Potong la mana yang dah kena tu". Tapi dia buat sardin je.

Dulu saya pernah tulis pasal kulat putih ni. Sejenis parasit yang melekat kat pokok bunga dan kalau dibiarkan, pokok tu akan mati slowly. Entri dulu ada di sini.

Sekarang dah start balik. Rasa macam nak tebang je pokok pisang orang tu.

Kadang-kadang rasa, duduk dalam hutan dikelilingi flora dan fauna pun lebih aman rasanya dari duduk dengan orang yang pentingkan diri sendiri dan tak mau tolak ansur. 
Mmmm... alahai...