Tuesday, October 05, 2010

Tak sihat...

Yati tak berapa sihat. Jangkit dari budak-budak ni. Mula-mula, Amirul batuk dulu. Lepas tu, jangkit kat Hafizan dan Sulaiman. Pastu, kat Yati pulak.

Kalau setakat demam dan selsema, boleh buat tak layan lagi, buat kerja rumah. Tapi kali ni, sampai lembik dibuatnya. Dengan kunjungan dari 'Makcik Asma' lagi. Timing pun baik punya. Time malam-malam, klinik dah tutup. Sampai kenyang guna 'Encik Haler'. Tu pun semput lagi. Dah lama tak kena camni. Dua malam lepas, ingat macam nak mati dah. Nafas dah cungap-cungap, dada sakit sangat. Nak baring, dok dengor 'weezing' nafas sendiri, susah nak nafas. Abis tu, duduk je la. 


Esoknya baru dapat jumpa 'Mr Nebu.' Lepas tu, lega la kejap. Pastu, semput lagi. Jangan kata nak cuci kuali, berjalan sikit dah semput dah ha... Ish ish... pelik saya. Nak kata pi jamuan aidil fitri minum ais, takde pun. Jangankan minuman berais, air sejuk pun Yati tak minum. Pun semput jugak. Pernah terlintas di fikiran ni, si thyroid ni  ke yang mengacau saluran nafas saya...? Wallahualam, saya pun tak tau...

Hari ni dah baik sikit. Boleh la buat kerja. Alhamdulillah. Batuk tu yang tak tahan. Jarang-jarang batuknya. Tapi sekali batuk, terus semput. 

Kepada customer kedai Yati, yang ada tunggu respond dari Yati, mintak maaf banyak-banyak ya. Thank you atas kesabaran anda.

Semput oh semput... cepat la engkau pergi jauh-jauh dariku...

'Encik Haler', kawan baik di kala semput.

20 comments:

  1. takpe yati,sakit tu pun dtg dari Allah jugak..ada hikmah..mungkin suruh berehat kot..rest bebanyak ya..semoga cepat sembuh dan selamat hari raya dari akak dan famili..

    ReplyDelete
  2. Kak Anim,
    Timasih kak. Selamat hari raya, maaf zahir batin untuk akak jugak. :D

    ReplyDelete
  3. hok ala..siannyer..tido jer la akak..relekssss sepanjang ari....

    ReplyDelete
  4. salam kak..sy dah pos adiah tau..semalam petang sy pos..klu dah received, habaq mai kat saya ya...:-)
    p/s: sy doakan kak cepat sihat walafiat ya...

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh Yati, rest cukup-cukup, jangan buat kerja berat-berat ya, jangan stress dan banyakkan minum air. May Allah bless you always yati.

    ReplyDelete
  6. Salam....

    Semoga Yati cepat sehat....

    ReplyDelete
  7. sian dia...

    sekarang ni tengah musim kot..cuaca pun ujan jek...saya lak baru baik selesema...

    take care ek yati..semoga cepat baik and leh ber-kraf balik :)

    ReplyDelete
  8. jaga diri baik2 yer yati...moga Allah permudahkan urusan seharian yati

    ReplyDelete
  9. Sueann,
    Hehhe... semalam dah rileks... ari ni leh la buat kerja sikit, mana yang larat... :)

    Sahromnasrudin,
    ok, ok, roger... timasih ya!

    Sindar,
    Thank you, my friend... ^_^

    Baincardin,
    Amin.... :)

    kak Atie,
    Timasih kak. Uhuk uhuk......

    Rafidah,
    ooo ye ke... agaknya la, musim orang sakit...
    timasih yek!

    ReplyDelete
  10. sian ya melor dengar. semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  11. Yati, nak share pengalaman my sis. Dia dulu thyrod..bengkak kat leher, memang mudah tercungap2 & susah nak bernafas. After operation, feel better tp peringkat awal suara dia tak kuar...memang kena pangkah besor untuk AIS. now s/time sakit susah bernafas dia datang juga...entahlaa...

    ReplyDelete
  12. Kak Mila,
    Timasih kak. :)

    Melor,
    Timasih, Melor. :)

    Epit,
    ha?!!! aku dah start takut dah ni, pit... :(

    ReplyDelete
  13. Salam Yati,
    Semoga Yati sudah beransur sihat waktu ini. Yati ada guna minyak Habbatus Sauda' tak utk kurangkan asma? I've heard that the black seed banyak kegunaan dia. Saya rasa berat dada baca tentang mereka yang asma, cause some of family members kena benda ni. Selain ais, jgn makan something yg ada pewarna dan acidic (ada campuran cuka), sleep with socks.

    Saya doakan semoga asma ini pergi jauh2 dari Yati. Jaga diri baik2 my dear.. :)

    ReplyDelete
  14. Yati, akak pun dulu pernah kena hypertiroid ni masa mengandung anak sulung. Sampai tangan menggeletar tak bole nak control. Berat turun 10 kg dalam masa 2 bulan. Walhal selalu pergi hosp kerajaan masa tu. Tapi dr. bagi ubat tahan mabuk je. Langsung tak cek apa2. Alasan ... biasalah pregnant....Last2 pergi hosp. swasta ambik darah disahkan hypertiroid. Masa tu dr bagi tahu baby kemungkinan besar dah kena sama sbb lambat terima rawatan. Masuk bulan kelima akak keguguran. Sedih sangat masa tu.

    ReplyDelete
  15. salam yatie..semoga yatie cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak
    Lama tak jenguk akk..idah doakan semoga akk cepat sembuh ye..Dapatkan rawatan kat hospital ye kak..

    ReplyDelete
  17. Ayza,
    Yati pernah cuba Habbatus Sauda, dari BioAsli. Tapi macam tak serasi dengan Yati, cirit birit pulak jadinya. Mungkin nak kena cuba brand lain. Thank you ya, for the idea.
    Timasih, Ayza. Yati appreciate sangat.

    Kak Aida,
    ha ah, kalau pregnant, tak boleh makan ubat thyroid tu, tu sebab agaknya nape doktor tak check langsung thyroid akak dulu kot. Oh, sian akak. Simpati dari Yati.

    kak Erna,
    timasih, kak. :)

    Idah,
    Waalaikumsalam warahmatullah...
    Thank u, Idah. Kat hospital tak tau la, tapi ingat nak pergi klinik je.

    ReplyDelete
  18. yati,
    kalo dah jadi WAHM mom ni.. kita ni kdg2 koje non-stop.. asyik ingat nak siapkan kerja jer.. x kiralah kerja rumah, dr 1 ke 1 kerja diselesaikan.. kdg dah letih pun malas nak layan manjakan diri.. dok aim nak siapkan kerja jer... huhuuu

    semoga cepat sihat & kena amik masa utk berehat juga.. sbb kakyong pun kerap tak sihat.. dok pulun mcm2 kerja, sian kat badan.. walhal bdn ni dah tua, perlu rehat... ;)

    ReplyDelete
  19. Kakyong,
    Betul tu kakyong. Memang kita kena rehat. A good night sleep dah cukup bagi Yati. Cuma kalau la ada lebih energy, best jugak, leh buat lebih lagi kerja.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea